Pemolo

Friday, September 30, 2011

HUDUD RECYCLE ALA-PAS

mayangperapu.my
‎23 April 2011


1. Kelantan sehingga hari ini adalah negeri termiskin (selain Kedah), begitu pula peratusan pengidap HIV adalah yang tertinggi di Malaysia walaupun selepas 23 tahun Parti Kebajikan (dulunya menggunakan “Islam”) Se-Malaysia memerintah negeri itu. Malah masalah asas air rakyat setelah pernah dibantu oleh kerajaan pusat beratus-ratus juta sehingga ke hari ini tidak dapat diselesaikan sedangkan sumber kekayaan negeri dari sehari ke sehari semakin merosot khususnya balak. Ke mana?

2. Dalam manifesto Pilihan Raya Umum 1990, Pas berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah negeri itu (Manifesto Pilihan Raya Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990). Tiba-tiba pada 25 Jun 1999 Nik Aziz antara lain berkata, “Pas Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...”.

3. Haji Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan jika Pas memerintah Terengganu, keesokan harinya sebelum ayam berkokok, Hudud akan dilaksanakan. Selepas itu bila dapat memerintah Terengganu beliau menyatakan bahawa hudud hanya 0.0001 (peratusan yang begitu kecil) daripada Al-Quran maka tak perlu dilaksanakan.

4. Resolusi mengenai pengguguran negara Islam kepada hanya negara kebajikan juga dibuat oleh Pas sendiri (semasa mukatamar), bukan oleh orang lain. Dan tiba-tiba Nik Aziz bercakap tentang pelaksanaan Hudud selepas 23 tahun Pas memerintah Kelantan!? Beliau yang digelar ulama, yang berkelulusan hanya Bahasa Arab tidak mampu menyelaras malah melaksanakan bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah serta hadis. Maka sebab itu draf Hudud yang dibazirkan dengan nilai RM250,000 oleh Pas (difahamkan tidak sampai pun 30 muka surat) yang diupah kepada ilmuwan-ilmuwan Asia Barat yang tidak diiktiraf oleh ulama-ulama sana (dulu) dibakul sampahkan begitu sahaja sebab terlalu banyak persoalan asas dalam menepati 15 syarat pelaksanaan hudud sebenar tidak pun mampu dijawab. Sebagai contoh, seperti yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir: Jika seorang islam dan seorang bukan islam mencuri, adakah orang islam akan dipotong tangan dan orang bukan islam itu hanya dipenjarakan? Dimanakah asas keadilan prinsip sebenar Hudud Islam itu berbanding hudud ala-Pas? Persoalan ini tidak pun dapat dijawab oleh Nik Aziz malah menyalahkan pihak lain dengan alasan-alasan retorik, seperti biasa.

5. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" kononya. Sikap taksub kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong Pas ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Percaya pulak tu, waima mengkafirkan orang-orang Islam lain, sedangkan "Sejarah hidup" Pas selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam.

6. Jika pun jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hukum hudud bagi menegakkan kononnya Islam oleh Pas sepatutnya bukan Kelantan sahaja yang patut dihududkan. Negeri-negeri lain dibawah pakatan mereka juga patut dihududkan. Pas bukan bertanding di Kelantan sahaja!

*Sedangkan di Malaysia UMNO dalam menerapkan prinsip “Maqasid Syariah” mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda telah lama mendahului slogan kosong Pas itu!

Tuesday, September 13, 2011

YAB DS NAJIB Highlite KEBUSUKAN HATI LGE

mayangperapu.my

1. Satu ketika, barangan pembinaan terpaksa dihantar melalui laut ke Pulau Pinang kerana pelbagai halangan diberikan untuk syarikat pembinan menggunakan jalan darat yang dikuasai DAP. Masalah pengambilan tanah yang bukan masalah sebelum Mac 2008 menjadi punca utama kelewatan projek Jambatan Pulau Pinang 2. Masalah hanya selesai setelah rundingan semula harga dengan pemilik tanah (antaranya kerajaan Pulau Pinang sendiri).
Tapi rundingan semula ini telah menyebabkan kelewatan projek dan kelewatan ini juga menyebabkan harga bahan pembinaan yang meningkat, menambahkan lagi masalah sedia ada sebelum pembinaan berjalan semula pada November 2008. Chief Of Staff LGE, Jeff Ooi siap mengumumkan bahawa projek tersebut berpotensi dibatalkan.

2. Tapi kebijakan Perdana Menteri mengatasi segalanya. Penubuhan SPV (syarikat khas milik penuh kerajaan pusat), Jambatan Kedua Sdn Bhd berjaya menyelesaikan semua masalah yang timbul melalui perjanjian dengan pihak pihak terbabit padaApril 2010.
Semua ini tidak diketahui sepenuhnya kebanyakkan rakyat biasa di Pulau Pinang mahupun Malaysia. Rakyat Pulau Pinang pun tidak tahu rupa sebenar Ketua Menteri yang mereka lantik. Muka nampak innocent tapi hati busuk macam bangkai.

3. Bila projek ini sudah berjalan semula, barulah DAP nak terhegeh-hegeh nak mengaku ada peranan, siap si Malik Kassim kata Projek Pakatan mereka. Dengan tak malu juga menggunakan projek pembinaan jambatan ini dipromosikan sebagai hak mereka kepada pelabur luar, kononnya bukti pembangunan dan kemudahan pelaburan, macamlah dia yang buat pun.

4. Lagipun resmi Perdana Menteri Dato Seri Najib bukan yang memalukan tuan rumah walau apa imej buruk yang cuba ditunjukkan Pakatan ke atas dirinya dan keluarga. Ini cubaan yang dibuat oleh Pakatan Bohong ketika mereka terdengar Najib dan Rosmah akan melawat Permatang Pauh. Siap nak pakai baju kuning dengan cincin nak hina Rosmah. Padahal fitnah tu mereka yang buat.

5. Sebenarnya, dimana-mana tempat Pakatan menguasai pun memang ada saja halangan yang diberikan ke atas projek persekutuan. Di Selangor projek bekalan air dari Pahang ke Selangor tapi kemudian yang dituduh ialah kerajaan Persekutuan menganiayai rakyat negeri-negeri tersebut kerana memilih pembangkang sebagai kerajaan.

6. Patutnya tahun ini Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah boleh digunakan, tapi kerana masalah di atas, ia tertangguh. Setiap kali kesesakan berlaku di Jambatan Pulau Pinang, ingatlah muka LGE dan lambang DAP, kerana merekalah projek itu tertangguh.

7. Banyak lagi projek tertangguh sebab gangguan hati busuk Pakatan Bohong ini di Pulau Pinang; Sekolah, Perumahan Kos Rakyat dan lain-lain. Kalau surau dan Masjid jangan cakap la, milikan tanah bagi projek baru kini dialih ke bawah Perbadanan yang dikuasai oleh Lim Guan Eng. Bukan lagi berstatus wakaf orang islam. Ini bermakna masa ke depan status bangunan tu boleh bertukar daripada masjid atau surau kepada bangunan lain, perpustakaan pun boleh jadi, tokong pun boleh atau apa-apa saja. Itu pun belum Universiti Singapura yang nak melanggar Pulau Pinang di Balik Pulau yang dijuarai Lim Guan Eng. Sengaja hendak diletakkan di perkampungan tradisi.

Eloklah tu rakyat Pulau Pinang…pilihlah lagi.

BAPAK ANWAR DI INDONESIA 1 (sudut sanusi)

mayangperapu.my
petikan daripada blog sanusi junid (Tuesday, July 19, 2011)
PROFESOR RISET MENTERTAWAKAN DEMONSTRASI 'BERSIH'

PERTEMUAN DENGAN BAPAK PROF. DR. HERMAWAN SULISTYO DI RESTORAN HOTEL INTER-CONTINENTAL JAKARTA PADA 10 JULAI, 2011

1. Maaf, baru sekarang saya sempat tulis lagi mengenai demonstrasi 'Bersih'.

2. Pada pendapat saya malang sungguh nasib penganjur demonstrasi 'Bersih' pada 9hb Julai, 2011.

3. Ianya ditertawa orang.

4. Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.

5. Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.

6. Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.

7. Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.

8. Komennya, 'kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.'

9. Saya bertanya, 'Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV'.

10. Jawabnya dalam bentuk pertanyaan, 'Ada. Kenapa ya? Apa orang tidak peduli dia lagi sampai dia perlu demo? Kan dia kepala partai dan ahli Parlimen. Apa tidak cukup bicara dalam Parlimen mengenai masalah negara?' Katanya, 'Di Indonesia, dan di serata dunia, anggota Parlimen dan Senate tidak kelihatan berdemonstrasi.'

11. Saya jawab, 'Tidak. Anwar mungkin tidak punya waktu untuk berbahas di dalam Parlimen kerana dia harus meladeni berbagai dakwaan yang dia harus lalui di mahkamah.'

12. 'Dakwaan seksual?' tanya Professor Riset.

13. 'Ya. Mungkin juga dia mengharapkan mendapat cedera di dalam demo ini nanti sehingga rakyat bersimpati dan mengundinya di dalam pemilu (pilihanraya umum) nanti'.

14. Saya terus menyambung, 'Waktu dia dipukul oleh Kepala Polisi Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, semasa dia ditahan kerana kes liwat dan rasuah dahulu dia mendapat banyak simpati rakyat sehingga menguntungkannya di dalam pemilu.'

15. Profesor Riset: 'Saya baca mengenai itu, tetapi apa begitu politik di Malaysia?'

16. 'Dalam sejarah UMNO ada tokoh yang sangat disegani bernama Dato' Harun Idris. Beliau dahulunya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.'

17. 'Saya juga pernah membaca mengenai kes itu; apa hubungannya dengan kes Anwar dipukul kepala polisi?'

18. 'Waktu Dato' Harun berada di dalam penjara, kerana kes rasuahnya, beliau telah mendapat kemenangan besar dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, kerana perasaan simpati ahli-ahli UMNO terhadapnya.'

19. Saya terus menyambung, 'keadaannya sama Pak dengan kejadian-kejadian di rumah apabila ibu melaporkan kenakalan anak. Tergantung kepada cara reaksi bapanya. Jika si bapa begitu terkesan dengan laporan ibu itu sehingga si bapa memarahi atau memukul anaknya maka ibu mungkin terdiam sejenak. Tetapi jika terus dipukul maka akan timbul simpati ibu sehingga akhirnya mungkin ibu pula yang memarahi bapanya, walau pun yang melapor pada mulanya ialah ibu itu sendiri..'

20. 'Apa Pak Anwar juga menagih simpati?'

21. 'Kira-kira begitu,' jawab saya.

22. 'Kenapa?'

23. 'Kerana Anwar kini ada dua kes di dalam mahkamah. Yang pertama kes liwat dengan Saiful dan yang kedua kes video seksual dengan perempuan China yang sudah disahkan oleh pengkaji terkenal di Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa video itu genuine dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Ianya hanya menjadi 100% apabila Anwar mengaku.'

24. 'Kalau kes liwat itu sudah kali kedua ......'

25. 'Kes pertama bagaimana?' Tanya Professor Riset.

26. 'Kes pertama Anwar didapati bersalah meliwat Azizan supirnya, tetapi beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah lebih tinggi ...'

27. 'Kok bisa begitu?' Profesor kelihatan hairan.

28. 'Mahkamah yang lebih tinggi itu menolak kes itu kerana waktu liwat gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, walau pun liwat berlaku' saya menjelaskan.

29. 'Bisa lepas ya jika waktunya tidak terbukti?'

30. 'Dari tiga hakim yang mengadili kes Anwar ini dua darinya lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiganya mendapati Anwar meliwat, cuma waktunya tidak terbukti. Ini ada tertulis dalam buku Michael Backman berjodol 'Inside Knowledge' di bawah tajuk 'Malaysia's Dark Cloud'. Hakim wanita berpendapat Anwar bersalah kerana jika seseorang itu terbukti membunuh tetapi waktu pembunuhan berlaku tidak terbukti masakan yang membunuh itu dilepaskan. Dua hakim lelaki menolak pendirian ini kerana bagi mereka ini mahkamah undang-undang dan bukan mahkamah moral.'

31. 'Kok bisa begitu?' Professor Riset menggilingkan kepalanya.

32. Saya menambah, 'Anwar juga mempunyai seorang ahli hukum ketua pembelanya yang pintar. Kes Anwar biasanya memakan masa yang panjang atas alasan Anwar tidak sihat, peguam tidak sihat, hakim tidak layak, bukti tidak jelas, kalau bukti jelas cara pengambilannya tidak teratur ... dan lain-lain.'

33. 'Tetapi imej Anwar di Indonesia tetap baik. Tidak ada yang menjelaskan begini. Bagaimana dengan kes video seksnya?'

34. 'Kes liwat Anwar ini membuat dia popular di Barat, khususnya di Amerika Syarikat kerana di sana masyarakatnya liberal dan 'amalan liwat itu diterima baik oleh masyarakat. Malahan sesama lelaki dan sesama wanita pun bisa bersuami isteri. Malahan cerita mengenai amalan liwat juga boleh membantu untuk melegakan pihak Barat yang sentiasa bimbang jika ada pemimpin yang mereka anggap sebagai tokoh Islam yang fanatik di dunia.Bagi mereka pemimpin Islam yang meliwat tidak mungkin menjadi se orang Muslim yang fanatik atau fundamentalis.'

35. 'Kalau Barat menerima baik seseorang yang dituduh meliwat, apakah pula masalah Anwar?'

36. 'Masalahnya ialah kes Video Seksual yang sudah disahkaan oleh pakar terkenal di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan sebagai tulin dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Bapak kan tahu masyarakat Amerika Syarikat tersangat sensitif jika ada skandal seksual di pihak atasannya. Imej Anwar pasti terjejas di Barat dengan kes Video ini.

37. 'Ya, saya teringat kes Monica Lewinsky dengan Bill Clinton yang menggegar Amerika Syarikat, kes Presiden Bank Dunia Paul Wolforwitz, katanya kawan Bapak Anwar, dengan wanita Iran bernama Shaha Riza sehingga Paul terpaksa berhenti dari jawatannya; dan kini kes Presiden Bank Dunia lagi Dominique Strauss-Kahn dengan ..... lupa namanya.'

38. 'Masalah Anwar yang kedua ialah kekalahan-kekalahan yang dialami oleh partainya dalam pemilu-pemilu kecil di Malaysia dan kekalahan teruk partainya dalam piliharanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.'

39. Saya menyambung, 'Anwar juga menghadapi masalah kerana jika partainya kalah teruk sekali dalam pilihanraya umum nanti bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan gagal tetapi jika partai PAS dan DAP mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang dan prestasi partainya mendukacitakan bukan sahaja kredibilitinya untuk terus menjadi Ketua Partai Kolusi Pakatan Rakyat tercabar malahan kekalahan begitu tidak membantu kesnya yang di dalam mahkamah sekarang. Oleh itu Anwar perlu menyediakan sebab atas kekalahannya. Makanya kumpulannya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya atau KPU (Komisi Pemilihan Umum) di sini sebagai persiapan untuk berdemonstrasi lagi apabila kalah nanti. Kesimpulannya nanti ialah mereka kalah kerana KPU Malaysia menyeleweng.'

40. 'Mesir, Tunisia dan demonstrasi-demonstrasi di negara-negara Islam sekarang ini menjadi sumber inspirasi baginya. Itu ramalan saya'

41. 'Tidakkah Malaysia bimbang dengan imej Anwar yang baik di Indonesia?'

42. 'Banyak anggota keluarga saya di Jakarta yang bersimpati dengan Anwar kerana melihat isteri dan anaknya. Sebagai isteri Wan Azizah perlu dihormati kerana setianya kepada suami. Asal suaminya tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam Wan Azizah patut di hormati. Dia tidak perlu menyelidik peranan suaminya di belakangnya.'

43. Profesor Riset meminta penjelasan, 'Apakah Malaysia tidak bimbang dengan imejnya yang dicemarkan oleh Anwar dalam omongan dan wawancaranya di media Indonesia?'

44. 'Saya tidak bimbang kerana TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berjumlah hampir 2 juta, cukup ramai yang mengetahui keadaan sebenar di Malaysia. Kita harus percaya bahawa kebenaran itu akan menang akhirnya.'

45. Saya sambung, 'Imej Malaysia dalam media Indonesia tidak mempengaruhi pemilu di Malaysia. Imej Indonesia dalam media di Malaaysia boleh mempengaruhi pemilu di Indonesia kerana TKI juga mengundi dan mereka dipengaruhi media di Malaysia.'

46. Professsor Riset bertanya lagi, 'Bagaimana dengan pekerja Indonesia yang dianiaya oleh tuan rumah, atau majikannya, di Malaysia?'

47. Saya menjelaskan, 'Itu berlaku di mana saja. Di Saudi Arabia ada pekerja Indonesia yang dihukum pancung walau pun TKI di Saudi Arabia tidak seramai di Malaysia. Indonesia hanya mendengar, melihat dan membaca, melalui media, mengenai TKI diazab di Malaysia dan tidak pula mengetahui mengenai rakyat Malaysia yang diazab atau dibunuh oleh TKI.'

48. Saya katakan, 'Bukan semua orang Malaysia baik, begitu juga dengan TKI. ....bukan semuanya baik'

49. 'Seterusnya, agak susah bagi Malaysia untuk menjelaskan bahawa kebanyakana TKI yang dianiayai di Malaysia ialah oleh majikan yang bukan Melayu dan bukan Islam kerana di bawah Pancasila tidak ada perbezaan antara suku, ethnik dan ugama di Indonesia. Jika TKI yang berugama Islam hanya dibenarkan bekerja di rumah-rumah orang Islam mungkin jumlah tragedi yang berlaku akan berkurangan. Orang Melayu di Malaysia menganggap orang Indonesia sebagai saudara serumpun dan turut sedih apabila membaca mengenai majikan bukan Melayu menyiksa TKI.'

50. 'Tidakkah pemerintah Malaysia berusaha membaiki imej buruk yang didedahkan dalam media Indonesia oleh Anwar? tanya Profesor Riset.

51. Jawapan saya, 'Agak susah, dan sebenarnya tidak perlu, kerana Anwar banyak kawan di Indonesia khususnya di kalangan wartawan dan pengusaha. Belia mengenal mantan tokoh-tokoh HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Indonesia sejak dari waktu Anwar menjadi pemimpin mahasiswa. Hubungan beliau dengan wartawan dan pengusaha terpupuk waktu beliau menjadi Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Wakil Perdana Menteri. Beliau memegang jawatan-jawatan ini kerana lantikan Bapak Mahathir. Contohnya, ada mantan Menteri Indonesia yang dibantu oleh Bapak Anwar waktu belajar untuk S3 (PhD) di Universiti Sains Malaysia dan ada mantan Menteri Indonesia yang pernah dibantu oleh Bapak Anwar waktu beliau dalam swasta.'

52. 'Anwar tidak mungkin dapat mengumpul begitu banyak kawan di kalangan wartawan dan pengusaha jika Bapak Mahathir tidak memberi kesempatan untuknya memegang jawatan dalam Kabinet. Tetapi wartawan dan pengusaha yang menjadi kawan Anwar, kerana Anwar dilantik oleh Bapak Mahathir, tidak menjadi kawan Mahathir.'

53. Oleh kerana ibu mertua saya sampai ke restoran, dengan kereta roda, kerana ada majlis menyambut hari lahir di restoran itu, maka saya menamatkan perbicaraan dengan menyatakan, 'Bapa Professor, kita sambung lagi perbicaraan di lain kesempatan.'

54. 'Terima kasih. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti untuk mengarang buku mengenai hubungan Tan Sri dengan Indonesia.' Kami bersalaman.

55. Saya tambah, 'Saya menunggu ....... kesimpulannya, susah untuk mempersembahkan yang benar mengenai Anwar dalam media di Indonesia jika banyak wartawan dan tokoh media adalah kawannya.'

56. 'Sebabnya ...?'

57. Saya menjawab, 'Kerana bangsa Melayu, termasuk yang dari rumpun Melayu, lebih menyokong kawan daripada prinsip dan kebenaran.'

59. 'Terima kasih. Selamat hari jadi.'

60. Waktu saya menghantar Professor Riset keluar restoran, beliau, sambil ketawa berlulucuan, menambah, 'Oh ada satu lagi ... kasi tahu pada Bapa Anwar jika lain kali dia mahu adakan demonstrasi undang saja dari Indonesia tenaga TKD ( Tenaga Kerja Demonstrasi ) yang perlu dibayar hanya Rp50,000-00 (lebih kurang RM18-00) sehari dan bukan RM200-00 lebih seperti di Malaaysia. TKD juga akan demo sepanjang hari dan tidak takut pada polisi.'

61. 'Menarik. Assalaamu'alaikum.'

62. 'Wa'alaikumussalam.'

'Idea yang cukup baik.'