Pemolo

Monday, December 19, 2011

ADLI menghina PM??? Apa salah Najib pada dia?

mayangperapu.my



1. Encik Adli Bin Abdul Halim seorang anak melayu yang mendapat peluang daripada dasar kerajaan. Beliau berjaya ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris walaupun keputusan peperiksaannya agak longgar berbanding orang lain. Beliau penuntut pengajian bahasa inggeris sebagai bahasa kedua di UPSI yang dibangunkan oleh kerajaan BN. Subsidi pendidikannya dan segala kemudahan pembelajarannya juga selama ini dibantu dan diwujudkan oleh kerajaan BN. Bukan Pas, bukan PKR dan bukan DAP.

2. Budak Penaga Seberang Perai dari Permatang Bertam Kepala Batas ini adalah contoh seorang manusia yang takbur dan tidak bersyukur kepada nikmat yang telah dianugerahkan kepada negara yang makmur ini dan dirinya sendiri secara khusus. Ayah pemuda yang dilahirkan pada tahun 1989 ini pun adalah pesara yang mendapat pencen daripada kerajaan BN.

3. Budak ini telah terjebak dengan momokan dan putar-belit Pas dan mungkin juga PKR apabila beliau telah menyerang PWTC dalam majlis orang dan menurunkan bendera berbentuk gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak.
4. Beliau sepatutnya menyerang Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau kepimpinan DAP yang kini menekan melayu termasuklah untuk membuang kelebihan seperti mana yang Encik Adli dapat di UPSI sebagai seorang melayu. Lagi pula DAP kini dalam agenda menebarkan kristian dan usaha-usaha ini begitu giat dibuat oleh mereka di Pulau Pinang, Selangor dan di Sabah-Sarawak. Kenapa dia tak serang?

5.Masalahnya, apa yang Najib buat pada dia sampai hatinya begitu gelap dan busuk berpenyakit? Beginikah bakal guru yang akan dilahirkan daripada kilang yang dibangunkan oleh BN sendiri.

*Pasti ada yang tak kena di UPSI ni. Ada kelompok munafik seperti Abdullah Ubai @ Abdullah Saba’ dah masuk jarum mungkin. Pokoknya siapa yang membenarkan anasir berbalut islam tetapi sebenarnya peruntuh Islam ini masuk ke Institut Pengajian yang matlamatnya untuk melahirkan modal insan kepada negara ni.
Apa peneraju UPSI buat ni?

Thursday, December 8, 2011

PEMBOHONGAN LIM GUAN ENG TENTANG PELABURAN DI NEGERI PULAU PINANG; Macam Biasa.

mayangperapu.my


NCIA (Northern Corridor Implimentation Authority), yang merupakan badan statutari inisiatif kerajaan Pusat (BN) di bawah akta 687 NCIA 2008 yang bertanggungjawab membangunkan (Wilayah Ekonomi) Koridor Utara (NCER) dan bertindak selaku fasilitator sama ada pelaburan dan pembangunan unit-unit sini. Dalam kata lain NCIA adalah sebahagian daripada badan yang ditubuhkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bagi peringkat negeri Pulau Pinang sahaja NCIA telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

1.      Di peringkat negeri Pulau Pinang, jumlah inisiatif/pelaburan/kerjasama dengan pihak swasta setakat ini berjumlah RM8.1 billion. Peluang pekerjaan yang telah dijanakan adalah sebanyak 7,132 pekerjaan.
2.      Selain pewujudan peluang pekerjaan, syarikat –syarikat swasta ini juga digalakkan untuk melaksanakan pembangunan vendor tempatan.
3.      Bagi inisiatif pembangunan sumber manusia, didalam setiap program yang dilaksanakan bersama, pihak NCIA menitikberatkan jaminan pekerjaan  yang perlu disediakan oleh syarikat swasta yang terlibat.
4.       Syarikat-syarikat swasta juga perlu melaksanakan CSR bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan/perniagaan kepada penduduk-penduduk luar Bandar dalam meningkatkan taraf hidup serta pendapatan keluarga.

Persoalannya: LIM GUAN ENG sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menceritakan ini semua, iaitu pelaburan yang dibawa masuk ke Pulau Pinang bernilai RM8.1 billion dengan plebih 7,000 pekerjaan baru itu dibuat oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, begitu juga bagi sebahagian besar daripada RM4 bilion lagi, juga oleh agensi-agensi dan badan kerajaan pusat yang lain. Lim Guan sebaliknya menceritakan bahawa RM12 billion pelaburan ke Pulau Pinang seolahnya dibuat oleh beliau dan kononnya atas kebijaksanaan pentadbiran beliau. Beliau mencanang ke seluruh pelusok negara. Yang beliau tak memberitahu rakyat adalah, sebenarnya beliau dan kerajaan Pakatan DAP-Pas-PKR negeri Pulau Pinang gagal. Beliau hanya berjaya main wayang untuk menipu rakyat! 

Mayang: agak sedih, lebih lagi pelik!, bila pihak NCIA sendiri menutup mulut. Begitu juga badan-badan lain yang telah berjaya membawa masuk pelaburan ke Penang! (kalau setakat menjawab seperti melepas batuk di tangga, buat apa?). Kan ke pelakon grammy (Guan Eng) tu dah take advantage, lembu punya susu, sapi dapat nama?  

Thursday, December 1, 2011

DOA HIMPUNAN MELAYU & HARAPAN

mayangperapu.my


1. Mayang masih risau melihat bacaan pada himpunan melayu-islam UMNO kali ini (yang sedang berlangsung). Masih kabur arah, semangatnya juga tidak ada apa-apa yang unggul walaupun YAB Presiden telah memulakan ucapannya yang baik. Macam biasa, macam lepas-lepas.. Rohnya seperti tersangkut pada mana-mana, tidak mengalir ke segenap anggota, ke saraf, ke jantung. Jiwanya seperti tiada perasaan ke nadi-nadi penggerak. Masih lena barangkali. Mayang masih mencari-cari booster yang berlainan dari biasa, tapi tetap tidak kelihatan.
2. Peringkat kepimpinanan bahagian dan pemain-pemain politik kem seolahnya masih dengan lagu dan mainan sama,  walaupun YAB Presiden telah berusaha sedaya upaya meletupkan sesuatu ke sanubari semua yang hadir. Begitu  pula perwakilan masih bersenyum simpul, seperti tiada ancaman serius yang berlaku di luar sana. Sedangkan perkara itu ada. Kejituan semangat dan roh  Agama Islam, Bangsa Melayu dan perjuangan mempertahankan nusa itu belum juga sampai, juga tidak pun begitu padu dalam erti kata roh Islam, Iman & Ehsan yang sebenar.  Masih belum faham barangkali atau masih melayang-melayang dengan dengan  cerita-cerita dongeng. Masing-masing masih cuba melingkarkan kepandaian berteori masing-masing. Tidak sampai menjerap dan meresap pun ke jiwa rata-rata orang Melayu yang dahagakan kepada sesuatu yang jelas dan munasabah  sebagai satu tonik menghadapi pilihanraya yang sebenarnya pada kali ini cukup genting sekali.
3. Kitaran lingkaran masih kelihatannya masih bertongkat nafsu kepada keinginan menjadi calon dan caturan-caturan tertentu. Ini dapat dirasakan di kitaran luar dewan. Muat baju yang ikhlas masih tidak diukur oleh yang empunya badan. Masih pada kepentingan kendiri nampaknya. Jadi bagaimana yang dikatakan bersedia itu? Terlupa Tsunami dulu barangkali. Kasihanilah orang-orang melayu. Pemain-pemain dalamnya masih sebegitu, pemain-pemain luar pula menyucuk jarum bersenjatakan kulit agama dan kononnya standard hak asasi manusia kepada bangsanya sendiri dengan mengasing-asingkan itu dan ini. Apa akan jadi?
4. Tiada lain barangkali, toniknya harus berada kepada bagaimana untuk mengimankan UMNO ini pada landasan sirratul mustaqim. Sudah disebut lama tetapi pemain-pemainnya kelihatannya masih dalam kerohanian serupa yang lagho walaupun degarnya kelihatan hebat daripada biasa. Sempatkah ditiupkan roh Iman dalam masa yang begitu singkat ini? Waktunya semakin tiba. Katanya juga gendang akan dipalu tidak pun lama lagi yang azannya akan masuk ke azan kedua. Tiada ubat jika UMNOnya tetap UMNO yang sama.
Harapannya esok (hari ke-2) menjanjikan sesuatu yang bermakna.
Semoga Allah SWT melindungi nusa ini dari bangsanya sendiri hilang maruah dan hak mereka.