Pemolo

Thursday, November 28, 2013

Selangor dan Pulau Pinang Negeri Maju Pas

mayangperapu.my

1. Asas-asas yang ada di Selangor dan Pulau Pinang bukan perkara baru. Negeri-negeri itu sudah lama dijadikan tumpuan dari sudut perdagangan. Pelabuhan diletakkan di situ, begitu juga industri-industri terpenting di negara juga ditumpukan di situ. Urat saraf nadi perhubungan seperti lebuhraya dan pengangkutan dengan sengaja juga telah dipusatkan ke situ semasa era BN. Semua prasarana itu ditumpu dan dimajukan secara strategik oleh BN sejak dulu. Tidak hairanlah kedua-dua negeri ini menjadi negeri yg termaju di Malaysia. Sebagai asas perbandaran yang tradisi kelompokan kaum terbanyaknya adalah cina, budayanya juga sudah tentu banyak berasas kepada kaum itu. Namun penyeimbangan juga perlu kerana negara kita berteraskan agama  tertinggi orang melayu iaitu Islam. Jesteru itu perkembangan yang berkait dengan Islam juga diselit-selit ke tengah-tengah lapangan ini oleh Bn dulu. Walaupun di kawasan ini kaum definitifnya adalah bukan Islam, premis-premis yang berkait dengan Islam juga dibangunkan, antaranya masjid-masjid, disulami lagi dengan penempatan agensi-agensi dan jabatan-jabatan pentadbiran persekutuan. Ini adalah kaedah untuk penyeimbangan supaya tumpahan komersial juga akan diperolehi oleh kaum-kaum lain selain cina kesan daripada perancangan kerajaan. Antara lain penempatan mampu milik yang tidak berteraskan keuntungan juga dibina dengan tujuan supaya kaum-kaum miskin lain khususnya melayu, bumiputera dan india juga boleh berada di bandar bagi mendapatkan limpahan komersial yang sengaja diwujudkan itu.

2. Namun berbeda dengan pentadbiran dulu yang aktiviti kaum yang tidak berteraskan Islam di sini yg dihadkan kuotanya, maka apabila pentadbiran baru daripada kualasi Pakatan Rakyat mengambil alih, DAP yang mendominasi pakatan itu dengan kerjasama PKR telah melonggar syarat sosial rakyat yang dengan sengaja telah memperbanyakkan premis-premis judi dan maksiat. Pengkomersialan hartanah juga telah tidak mengambil kira lagi kepada peluang baru golongan-golongan miskin. Rumah mampu milik dihentikan. Meritokrasi menjadi asas baru berasaskan siapa yang definitif di situ.  Maka rumah mampu milik telah tidak lagi dibina kerana nilainya yang tidak menguntungkan. Khidmat kebajikan sosial ini dilihat sebagai tidak bijaksana di dalam dunia kapitalis kerana terasnya tidak menguntungkan. Begitu juga janaan pendapatan telah tidak memperdulikan sensitiviti agama orang-orang melayu lagi dengan pengwujudan berlipat kali ganda premis-premis maksiat yang tidak mengambilkira sensitiviti Islam walaupun bangsa melayu bukanlah majoriti di situ. Ini pernah berlaku di Singapura di dalam kawasan penempatan-penempatan melayu. Industri seperti ini sengaja diletakkan di situ dengan alasan boleh menyumbangkan banyak pendapatan di tempat yang padat dengan penduduk ini. Sekaligus lanskap budaya orang-orang melayu bandar berubah.

3. Orang-orang melayu dikira bernasib baik, sebelum daripada Pakatan Rakyat menawan wilayah-wilayah komersial ini, premis-premis agama dan penempatan melayu sempat dimuatkan di situ oleh kerajaan BN dulu yang diterajui UMNO. Jika tidak, jadilah nasibnya seperti Pas yang berkulitkan Islam, yang mencanangkan tentang agama tetapi akhirnya mereka tidak mampu melaksanakan apa-apa pun yang mereka kata. Pas hanya mampu menumpang apa yang telah disediakan oleh kerajaan BN yang mereka fitnahkan dulu tanpa mampu membina sesuatu pun yang lebih bermakna seperti mana yang dikatakan oleh mereka di atas pentas-pentas dan masjid-masjid yang sebenarnya dibina oleh musuh yang mereka wujudkan itu. Hakikat itulah yang diterima oleh Dr Hasan Ali yang suatu ketika dulu cuba  memperjuangkan apa yang dijanjikan oleh Pas kepada rakyat melayunya. Akhirnya Dr Hasan sendiri terpelanting keluar oleh anasir sekutu Pasnya sendiri. Sebahagian orang melayu sendiri yang telah membuat pilihan ini kerana Pas menggunakan agama Islam bagi mempengaruhi minda rakyat di situ yang akhirnya memberikan keuntungan kepada DAP bagi melaksanakan apa yang mereka mahu kepada kepentingan kaum kelompok definitif mereka. Persoalannya, adakah Pas sanggup menanggung apa yang dikata tetapi tidak dikota di hadapan Allah SWT nanti? Dan siapa akan menanggung kesan akibat daripada fitnah yang telah mereka lemparkan sehingga orang-orang melayu ini terpengaruh dengan mengundi musuh Islam itu?

4. Ingat, orang-orang melayu dan Islam juga menyumbang kepada kezaliman yang dibuat oleh DAP di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka yang menyumbangkan share semasa pilihanraya akan menanggung dihadapan Allah SWT nanti dengan dipimpin oleh kepimpinan Pas yang acap menabur fitnah sehingga menggadaikan maruah Islam ini. Jangan ingat Islam itu hanya kulit, tetapi ada kesan dan akibatnya kerana ketamakan laba dunia dan kuasa yang berteraskan nafsu oleh kepimpinan Pas itu.