Pemolo

Thursday, October 30, 2008

Komen Bulan April 2008; Desakan Tun Mahathir agar PM Berundur

April 2008; komen sikit..
ISU DESAKAN TUN MAHATHIR AGAR YAB PM BERUNDUR
Perdana Menteri adalah kerusi perjawatan. Abdullah Ahmad Badawi adalah individu. Abdullah Ahmad Badawi adalah ahli UMNO sama seperti jutaan ahli yang lain, sama seperti Mahathir Mohamad, juga ahli UMNO.

Kini Abdullah adalah Datuk Seri. Beliau kini adalah Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional. Pengerusi Barisan Nasional adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri selepas PRU-12. Sebelumnya selepas era PRU-11, beliau jugalah Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Perdana Menteri yang kukuh. Perbandingan dua PRU dan keputusannya; PRU-11 menang dengan mandat besar. PRU-12 menang dengan susutan yang tidak dijangka. Kini beliau adalah Perdana Menteri yang kurang kukuh. Sebagai ketua eksekutif pentadbiran yang berkuasa dan mempengaruhi, ini adalah satu tanggungjawab. Yang ditekankan oleh Tun Mahathir sebenarnya adalah pertanggungjawaban dan kemampuan pengurusan tepat pada penyandang kerusi penting ini. Bukannya Datuk Seri Abdullah sebagai individu. Ini sebenarnya adalah suara ke arah pengukuhan Presiden UMNO yang tepat, Pengerusi BN yang tepat dan Perdana Menteri yang tepat. Datuk Seri Abdullah juga berpeluang menjadi Perdana Menteri yang tepat ini, itu rasionalnya. Untuk itu beliau sendirilah yang perlu bertindak dengan tepat. Kelebihan ada padanya kerana kuasa ada padanya hari ini. Salah tindakan, bukan orang lain yang salah tetapi Abdullah sebagai individu yang juga ahli UMNO yang tersalah. Peluang ada di tangannya untuk menjadi Presiden UMNO yang lebih kukuh dari semalam. Kukuh secara terhormat tidak sama dengan yang dipaksakan kerana ada barah dibawahnya. Begitu juga sebagai ahli UMNO yang lain yang berfikir layak dan mampu untuk pengisian Presiden, peluang juga ada, jangan ditahan. Sebenarnya yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah suara reaksi ke arah pembentukan presiden UMNO yang dihormati, yang akan mengukuhkan Barisan Nasional yang akan berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk memudahkan segala perancangan dan perlaksanaan dapat dipacu dengan bermandat, yakin dan selamat ke hadapan.


No comments:

Post a Comment