Pemolo

Thursday, December 18, 2008

Pilihanraya KECIL Kuala Terengganu & DAP


mayangperapu.my

1. DAP akan terus secara halus menggunakan DSAI & PAS bagi mencapai matlamat memecah belahkan orang melayu.

2. Mereka akan manis menyokong siapa sahaja calon atas nama Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kawasan itu majoritinya melayu.

3. DAP lebih suka calonnya adalah daripada PKR tetapi memandangkan pembahagian dulu semasa PRU-12 adalah milik PAS jadi mereka secara strateginya bersetuju jika calonnya adalah daripada PAS.

4. Lagi pula tren imbangan pengaruh di Kuala Terengganu adalah di antara UMNO dan PAS bagi karektoristik lokaliti kawasan itu yang pekat kemelayuannya dan polarnya antara perbandaran dan kampung maka peluang bagi calon PAS adalah lebih cerah.

5. Sebab itulah DAP dari awal-awal lagi menyatakan sokongan kepada PAS seolah membayangkan sokongan mereka adalah begitu padu. Mengalah buat masa ini. Sebenarnya sekam.

6. Dijangka isu Ketuanan Melayu akan dilonggarkan di sini kerana membabitkan Raja-Raja. Lagi pula Terengganu adalah Negeri Agung Malaysia kini. Besar kemungkinan DAP hanya akan membantu dari segi kemudahan dan kewangan bagi cucuhan di belakang tabir.

7. Antara isu-isu yang akan dibangkitkan adalah Harga Minyak yang dikatakan sepatutnya lebih murah daripada kini (telah dilambung mula oleh Lim Guan Eng – katanya RM1.42 seliter), Rasuah akan dikaitkan dengan UMNO menggunakan isu Politik Wang Pemilihan UMNO Malaysia (telah dilambung oleh Saifuddin Nasution di dalam Dewan Rakyat), Harga Barang yang mahal dan tidak terkawal akan dikait dengan ketidakcekapan Kerajaan BN terutama UMNO. ISA akan terus diperalat. Pas akan terus mengaitkan UMNO dengan istilah ”Penzalim” yang tidak berkebajikan.

8. DSAI akan mewayangkan kealiman dirinya dan akan menjawab isu tanah runtuh di Selangor sebagai penyelewengan kerajaan BN sebelumnya di sana bagi menutup tuntutan mangsa yang terdiri daripada penduduk Selangor kepada kerajaan negeri yang dibonekai oleh PKR. Begitu juga sentimen peralihan kerajaan persekutuan dengan pertambahan kerusi parlimen di Kuala Terengganu.

9. Institusi Kepolisan yang dikaitkan dengan kerajaan BN juga akan dikatakan sebagai gagal dengan merujuk Ketua Polis yang dikatakan mementingkan projek mega daripada keselamatan rakyat yang disandarkan kepada indeks tahap keselamatan. Institusi kehakiman akan terus dipertikai walaupun telah ada tindakan yang dibentang di parlimen.

10. Secara umum propaganda RASUAH akan terus dikaitkan dengan UMNO bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada parti pemerintah dengan pelbagai cerita-cerita menggunakan nama Hak Rakyat.

11. Kita akan melihat bagaimana tren gerak-kerja yang akan dibuat oleh parti-parti komponen selain UMNO sama ada menjadi pemerhati, melepaskan batuk ditangga, bersungguh atau menikam belakang terutama wakil kaum cina dan india. Apa pun Gerakan dijangka menyepi.

12. Parti Gerakan yang memerhati akan melihat apa-apa isu yang dikaitkan dengan kepentingan Melayu jika dibangkitkan oleh UMNO akan dioalah sebagai tidak sensitif kepada rakyat pelbagai kaum dan akan diperpanjang ke selepas PRK Kuala Terengganu menjadi isu nasional dengan jenama "perkauman".

13. Kesemuanya adalah kepada pengukuran dan perancangan strategik pembangkang menghala ke PRU-13. Terutama sekali agenda tersirat DAP dan rakan-rakannya. Mereka akan terus bermain sentimen mengangkat Anwar Ibrahim sebagai kononnya bayangan Pemimpin Besar Negara yang mana rahsia beliau kini berada dalam kantung mereka. Apabila tiba masanya mereka akan melonggokkan rahsia-rahsia Anwar ini sehingga beliau terkancing.

14. Apa pun agenda mereka kini adalah dengan terus mengasingkan (mengepong) bukan melayu daripada melayu dan menggunakan melayu untuk memecahkan melayu. Pengasingan ini bagi kaum bukan melayu mereka jenamakan sebagai ”Malaysian” (Bahasa Inggeris) dan keterusan agenda memecahkan percampuran antara bukan melayu dengan melayu yang dipecahkan ini akan terus dinamakan dengan selitan propaganda ”Kuasa Rakyat” (termasuk Pas) sebelum mereka menendang keluar melayu-melayu ini daripada coalation mereka bila tidak diperlukan nanti.

15. "Bangsa Malaysia" yang disebutkan mereka sebenarnya adalah satu matlamat tersirat yang dibayangkan percantuman pelbagai kaum tetapi sebenarnya beragendakan dominasi oleh kaum cina. Tanpa disedari Pas juga menyahut seruan ini.

16. Apapun kebencian (kesumat) PAS kepada bangsanya sendiri yang berjenama UMNO dan kepentingan peribadi Anwar untuk menutup kelemahannya sendiri akan digunakan sepuas-puasnya tanpa perlu DAP bersusah payah.

17. Jika pembangkang menang, siapa pun ia, yang akan menangguk keuntungan dari kekeruhan perpecahan melayu adalah DAP untuk strategi jangka panjangnya untuk mengambil-alih Malaysia daripada penguasaan Melayu dan seterusnya membalas dendam. Mungkin secara halus mungkin secara kasar.

18. "Malaysian" , "Bangsa Malaysia", "Rakyat Malaysia" yang di uar-uarkan dan disambut oleh Pas dan PKR sebenarnya adalah pecahan persepsi ke arah Propaganda "Malaysian Malaysia" yang mana merupakan matlamat tersirat kaum cina cheuvanist ke arah dominasi pemerintahan negara ini.

- Raja-raja (sultan melayu) disebut mereka sebagai "Malay Rulers". Pemerintah Melayu. Bukan pemerintah mereka. Kekebalannya akan digagalkan secara halus.

Wednesday, December 17, 2008

Melayu Mudah Lupa

mayangperapu.my

by Mahathir Mohamed. Dec 17, 2008
Melayu Mudah Lupa

1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).

2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".

3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.

4. "One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.

5. "It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law".

6. Lain padang lain belalang.

Monday, December 15, 2008

Sebuah Syarikat yang bernama JERIT!!!

mayangperapu.my

1. S. Arulchelvan adalah penyelaras JERIT.

2. JERIT adalah singkatan kepada Jaringan Rakyat Tertindas. Maka pendokong-pendokong JERIT ini termasuklah S.Arulchelvan adalah rakyat Malaysia yang diseksa dan ditindas dengan amat dasyat di Malaysia. Nak hidup pun susah tapi boleh senyum dan berat badan mereka juga melebihi had terutama Mr. Arul.

3. S. Arulchelvan yang juga Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan JERIT dibayangi parti politik tertentu. Mereka diiktiraf Suhakam, katanya.

4. S. Arulchelvan kata lagi, "Saya tidak bersetuju bahawa tuduhan JERIT bukan 'Pertubuhan Berdaftar'. JERIT adalah gabungan kumpulan masyarakat yang tertindas dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat".

5. Jadi, JERIT adalah sebuah syarikat?

6. Ha..Ha..Ha..

- tergelak lah pulak...* nih pendaftar syarikat tolong tengok sat, apa lah pulak ni...

Ramlan & Reformis nyaa...& Anwar & Khalid & Tian Chua dan dot dot dot

mayangperapu.my
Tiba-tiba saja nama Ramlan naik. Menjadi buah mulut. Siapa Ramlan? Dia bukan Ramlan(g) Poringin.

Ramlan seorang pejuang. Seorang pejuang dalam sebuah negara aman, Malaysia.

Agak pelik, sebuah negara yang begitu aman dan begitu makmur seperti Malaysia melahirkan begitu banyak pejuang hari ini, di merata-rata. Ini termasuklah pejuang paling unggul abad ini, Anwar Bin Ibrahim. Yang mana kehebatan perjuangan telah mengatasi barisan pejuang-pejuang dan pahlawan-pahlawan tanah air daripada dulu, sebelum merdeka sehinggalah era selepas merdeka. Apa yang diperjuangkannya adalah sesuatu yang tidak dapat dijawab kerana terlalu hebat Anwar Ibrahim ini, malah telah melebihi indeks tandaan erti perjuangan itu sendiri.

Itulah yang didokong oleh sebahagian besar penyokong Parti KeAdilan Rakyat. Alasannya ”Kuasa Rakyat & Hak Rakyat!”. Hebat.

Nama Ramlan Abu Bakar tiba-tiba saja mencanak naik. Beliau menentang Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, sorang Tan Sri! Strateginya untuk berkombat ala gerila memang mencerminkan darah perjuangannya. Apatah lagi caranya untuk bermogok, berbogel itu sudah dapat mentakrifkan definisi keberanian yang paling amat melampau. Melangkau keberanian-keberanian pahlawan-pahlawan yang pernah dilahirkan.
Ramlan Abu Bakar adalah pengerusi Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), yang beranaknya juga daripada Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Dia ahli PKR yang sentiasa menyematkan logo PKR di mana-mana. Yang peliknya dia mengisytiharkan perang terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga seorang PKR untuk membuat serang hendap berbogel kepadanya, malah lebih pelik dia mencabar Pemimpin Tidak Terbanding PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ”sebelum ini sering diuar-uarkan Anwar adalah pembela bangsa, negara dan rakyat”, tambahnya, ”Slogan ’Kuasa Rakyat’ yang dilaungkannya hanya manis mulut di bibir sahaja. Anwar pandai memanipulasi rakyat dengan kepandaian berkata-kata dan pidato supaya rakyat memilih dia”. Kini Ramlan menyifatkan "Anwar Ibrahim sebagai seorang pendusta, hipokrit dan munafik!"
Berat tuduhan Encik Ramlan ni kepada Anwar. Lebih berat daripada tuduhan Ezam Mohd Noor dan Lukman NorAdam (juga bekas-bekas PKR) kepada Anwar. Lebih hebat dia daripada Ezam dan Lukman (yang setelah maki hamun UMNO sampai tak cukup padang, hari ni teringin dapat tempat dalam UMNO balik). Mungkin dia terlupa bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pejuang yang maha hebat! gamaknya.

Ramlan tambah lagi, ”Anwar bijak mempengaruhi rakyat tetapi hasilnya jelas dilihat hari ini, bukan kebajikan yang diberikan tetapi kezaliman yang diberikan kepada rakyat!”. Malah dia sehingga membuat perbandingan,”Jika kami berbogel pun ianya tidaklah melibatkan kesejahteraan rakyat kerana rakyat masih kekal seperti biasa tetapi perbuatan menipu rakyat dan melakukan kezaliman ke atas rakyat ( perbuatan Anwar dan Khalid ) akan memberikan kesan kepada rakyat!”.
Ditambah lagi, nama Yang Berhormat Tian Chua juga yang tidak kurang darah pejuangnya itu dikatakan pula sebagai seorang Ahli Parlimen yang tidak mampu pun menyelesaikan satu masalah lif rosak di Sentul Utama, dalam kawasan Parlimen Batu. "6 Bulan dah", katanya.
”Seharusnya sebelum menjanjikan sesuatu mereka perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu dan menentukan apa perkara yang boleh mereka lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan,” kata Ramlan lagi sebagai merujuk janji-janji manifesto Pakatan Rakyat (PR) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

*Encik Ramlan mungkin terlupa jasa Anwar yang berjaya menurunkan harga minyak dunia termasuklah kat Malaysia ni sambil pakai "rayban" je...siap tunjuk-tunjuk lagi...


Maka lahirlah seorang lagi Pejuang dalam Parti KeAdilan Rakyat. "RE..FOR..MAAA.....???"

- Pening memikior...