Pemolo

Thursday, December 18, 2008

Pilihanraya KECIL Kuala Terengganu & DAP


mayangperapu.my

1. DAP akan terus secara halus menggunakan DSAI & PAS bagi mencapai matlamat memecah belahkan orang melayu.

2. Mereka akan manis menyokong siapa sahaja calon atas nama Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kawasan itu majoritinya melayu.

3. DAP lebih suka calonnya adalah daripada PKR tetapi memandangkan pembahagian dulu semasa PRU-12 adalah milik PAS jadi mereka secara strateginya bersetuju jika calonnya adalah daripada PAS.

4. Lagi pula tren imbangan pengaruh di Kuala Terengganu adalah di antara UMNO dan PAS bagi karektoristik lokaliti kawasan itu yang pekat kemelayuannya dan polarnya antara perbandaran dan kampung maka peluang bagi calon PAS adalah lebih cerah.

5. Sebab itulah DAP dari awal-awal lagi menyatakan sokongan kepada PAS seolah membayangkan sokongan mereka adalah begitu padu. Mengalah buat masa ini. Sebenarnya sekam.

6. Dijangka isu Ketuanan Melayu akan dilonggarkan di sini kerana membabitkan Raja-Raja. Lagi pula Terengganu adalah Negeri Agung Malaysia kini. Besar kemungkinan DAP hanya akan membantu dari segi kemudahan dan kewangan bagi cucuhan di belakang tabir.

7. Antara isu-isu yang akan dibangkitkan adalah Harga Minyak yang dikatakan sepatutnya lebih murah daripada kini (telah dilambung mula oleh Lim Guan Eng – katanya RM1.42 seliter), Rasuah akan dikaitkan dengan UMNO menggunakan isu Politik Wang Pemilihan UMNO Malaysia (telah dilambung oleh Saifuddin Nasution di dalam Dewan Rakyat), Harga Barang yang mahal dan tidak terkawal akan dikait dengan ketidakcekapan Kerajaan BN terutama UMNO. ISA akan terus diperalat. Pas akan terus mengaitkan UMNO dengan istilah ”Penzalim” yang tidak berkebajikan.

8. DSAI akan mewayangkan kealiman dirinya dan akan menjawab isu tanah runtuh di Selangor sebagai penyelewengan kerajaan BN sebelumnya di sana bagi menutup tuntutan mangsa yang terdiri daripada penduduk Selangor kepada kerajaan negeri yang dibonekai oleh PKR. Begitu juga sentimen peralihan kerajaan persekutuan dengan pertambahan kerusi parlimen di Kuala Terengganu.

9. Institusi Kepolisan yang dikaitkan dengan kerajaan BN juga akan dikatakan sebagai gagal dengan merujuk Ketua Polis yang dikatakan mementingkan projek mega daripada keselamatan rakyat yang disandarkan kepada indeks tahap keselamatan. Institusi kehakiman akan terus dipertikai walaupun telah ada tindakan yang dibentang di parlimen.

10. Secara umum propaganda RASUAH akan terus dikaitkan dengan UMNO bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada parti pemerintah dengan pelbagai cerita-cerita menggunakan nama Hak Rakyat.

11. Kita akan melihat bagaimana tren gerak-kerja yang akan dibuat oleh parti-parti komponen selain UMNO sama ada menjadi pemerhati, melepaskan batuk ditangga, bersungguh atau menikam belakang terutama wakil kaum cina dan india. Apa pun Gerakan dijangka menyepi.

12. Parti Gerakan yang memerhati akan melihat apa-apa isu yang dikaitkan dengan kepentingan Melayu jika dibangkitkan oleh UMNO akan dioalah sebagai tidak sensitif kepada rakyat pelbagai kaum dan akan diperpanjang ke selepas PRK Kuala Terengganu menjadi isu nasional dengan jenama "perkauman".

13. Kesemuanya adalah kepada pengukuran dan perancangan strategik pembangkang menghala ke PRU-13. Terutama sekali agenda tersirat DAP dan rakan-rakannya. Mereka akan terus bermain sentimen mengangkat Anwar Ibrahim sebagai kononnya bayangan Pemimpin Besar Negara yang mana rahsia beliau kini berada dalam kantung mereka. Apabila tiba masanya mereka akan melonggokkan rahsia-rahsia Anwar ini sehingga beliau terkancing.

14. Apa pun agenda mereka kini adalah dengan terus mengasingkan (mengepong) bukan melayu daripada melayu dan menggunakan melayu untuk memecahkan melayu. Pengasingan ini bagi kaum bukan melayu mereka jenamakan sebagai ”Malaysian” (Bahasa Inggeris) dan keterusan agenda memecahkan percampuran antara bukan melayu dengan melayu yang dipecahkan ini akan terus dinamakan dengan selitan propaganda ”Kuasa Rakyat” (termasuk Pas) sebelum mereka menendang keluar melayu-melayu ini daripada coalation mereka bila tidak diperlukan nanti.

15. "Bangsa Malaysia" yang disebutkan mereka sebenarnya adalah satu matlamat tersirat yang dibayangkan percantuman pelbagai kaum tetapi sebenarnya beragendakan dominasi oleh kaum cina. Tanpa disedari Pas juga menyahut seruan ini.

16. Apapun kebencian (kesumat) PAS kepada bangsanya sendiri yang berjenama UMNO dan kepentingan peribadi Anwar untuk menutup kelemahannya sendiri akan digunakan sepuas-puasnya tanpa perlu DAP bersusah payah.

17. Jika pembangkang menang, siapa pun ia, yang akan menangguk keuntungan dari kekeruhan perpecahan melayu adalah DAP untuk strategi jangka panjangnya untuk mengambil-alih Malaysia daripada penguasaan Melayu dan seterusnya membalas dendam. Mungkin secara halus mungkin secara kasar.

18. "Malaysian" , "Bangsa Malaysia", "Rakyat Malaysia" yang di uar-uarkan dan disambut oleh Pas dan PKR sebenarnya adalah pecahan persepsi ke arah Propaganda "Malaysian Malaysia" yang mana merupakan matlamat tersirat kaum cina cheuvanist ke arah dominasi pemerintahan negara ini.

- Raja-raja (sultan melayu) disebut mereka sebagai "Malay Rulers". Pemerintah Melayu. Bukan pemerintah mereka. Kekebalannya akan digagalkan secara halus.

1 comment:

  1. aduhai Terenganu kite, wak wat cam na , melayu tak sedar wei... lamat laun kalu ni le , pupus le bangse kita weh, jangan menang sorak kg tergadai weh

    ReplyDelete