Pemolo

Wednesday, July 1, 2009

TOLAK KERAJAAN PERPADUAN!!! KENAPA?

mayangperapu.my
drip from menangsorak

Kenapa ada yang TOLAK (-)???

1. Logiknya semua orang akan suka apabila ada pihak yang menganjurkan perpaduan. Tak kiralah sama ada perpaduan yang dimaksudkan itu adalah dikalangan adik beradik, jiran tetangga atau pun masyarakat. Apatah lagi jika perpaduan yang dibincangkan itu adalah diantara dua parti utama orang Melayu di Malaysia ini. Saya kira rata2 umat Melayu sudah bosan dan letih dengan retorik dan latahan pemimpin2 politik Melayu di Malaysia ini. Sementara ahli2 Yang Berhormat Melayu saling bertikam lidah, kutuk mengutuk, cabar mencabar sesama sendiri tanpa segan silu kepada rakyat maupun pemerhati asing luar maupun dalam negara - kaum lain berusaha memperkukuhkan kedudukan mereka sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan dan status sosial mereka.

2. Kita tidak boleh menafikan kejayaan Samy Vellu yang telah membawa keluar kaum India dari belenggu kemiskinan untuk menjadi kaum paling banyak berubah dalam tempoh amat singkat iaitu kurang dari 5 tahun. Kaum Cina tak perlulah kita hairan lagi - sudahlah mereka menguasai 90% ekonomi runcit di Malaysia, mereka juga sudah mendapat hak2 lain seperti tempat dalam MRSM, biasiswa JPA, bantuan tambahan untuk sekolah2 venakular mereka, tanah2 anugerah dan lain2 lagi.

3. Senario 'perpecahan' dikalangan umat Melayu Islam juga membuka ruang kepada agama lain dari Islam untuk memperhebatkan peluang mereka untuk berdakwah dikalangan anak2 Melayu walaupun secara sindiran atau tempiasan. 'Allah' kini bukan lagi hak eksklusif untuk orang Melayu beragama Islam. Kalau diikutkan pejuang2 Artikel 11, semua kanak2 di Malaysia dibawah umur 18 tidak boleh dipaksa oleh ibu-bapa mereka untuk mengikuti mana2 agama demi kebebasan kemanusiaan.

4. Yang menghairankan kita ialah ada pula golongan Melayu yang kononnya beragama Islam juga mendokong cita2 ini. Sekiranya undang2 'tidak paksa agama' ini terlaksana yang paling ramai yang akan menghadapi bahananya ialah orang Melayu Islam kerana kanak2 Melayulah yang paling ramai di Malaysia ini. Tapi nak kita kata apa - orang Melayu ini memang terkenal tak pandai Matematik - mereka tak berapa faham yang sebagai kaum terbesar di Malaysia (70% ++) merekalah yang akan paling terkena kesan cadangan Artikel 11 itu. Agaknya mereka ingat 'aku sorang saja yang kena, bukan semua!' - dia congak2 70% tu lebih kurang sama saja dengan 30% - kira teruk2 buat apa? Terima sajalah cadangan itu!

5. Segala pemikiran kebebasan ini timbul selepas tahun 1997 ketika negara dilanda krisis dalam kepimpinan orang Melayu. Kaum lain yang menjadi 'king maker' (penentu) dalam senario politik pecah dan perintah ini mengalih sokongan mereka kepada segerombolan parti politik pembangkang yang bersatu (perpaduan tu!) untuk menjatuhkan sebuah lagi perpaduan parti2 politik.

6. Jelas perpaduan dapat merubah lanskap sosio-politik-budaya malah pemerintahan sesebuah negeri seperti yang kita lihat berlaku semasa PR12 yang lalu. Tidak hairanlah jika ada pihak khuatir perpaduan juga boleh merubah pemerintahan negara ini. Bukankah pihak2 yang berpolitik sekarang masing2 mempunyai perpaduan mereka sendiri yang mereka harap dapat membawa teraju Malaysia kepada kumpulan mereka.Politik Perpaduan? - yang berlawanan pun boleh berkawan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Hanya apabila Datuk Seri Hj Hadi mencadangkan 'Kerajaan Perpaduan' dengan UMNO maka mereka yang berkepentingan lain (PKR & DAP) merasa curiga kerana 'perpaduan' mereka sendiri yang akan pecah jika cadangan Hj Hadi menjadi realiti. Hakikatnya, perpaduan itu amat penting - hanya yang menjadi persoalannya ialah dengan siapa perpaduan itu dilangsungkan.

Ramai juga dikalangan orang Melayu yang mengimpikan senario ini. Entahlah boleh jadi atau tidak?

Tuan Guru tak setuju. Karpal pun (tak setuju!)

 

 

8. Suasana di Malaysia kini tidak lagi berpihak kepada orang Melayu. Di khabarkan kepada dunia oleh rakan Cina dan India dari Malaysia bahawa orang Melayu amatlah tidak adil kepada mereka kerana orang Melayu diberi layanan istimewa di tanah air mereka sendiri. Mengikut logik mereka itu, tuan rumah tidak boleh mendapat keistimewaan di rumahnya sendiri tetapi mesti berkongsi sama rata sama rasa dengan semua yang singgah dirumah tuan tanah tadi. Itu adalah hak asasi manusia - orang Melayu tak faham ke? Dan jika ada perpaduan Melayu maka itu adalah satu usaha untuk menindas orang lain. Teruk betullah Melayu ni!

9. Tanya rakan2 Cina dan India 'bila lagi nak serah rumah kamu kepada kami?' Kami lebih pandai menjaganya dari kamu sendiri - mungkin orang Melayu boleh berpindah ke tempat lain?! Kenapa tak cari? Orang Melayu dahulu dah pernah dihalau British ke Madagascar, Afrika Selatan, Pulau Solomon dan Pulau Christmas. Kenapa tidak keluar sekarang? Buat apa ada perpaduan kalau nanti jadi gaduh sesama sendiri - lebih baik saja mengalah, itu lebih demokratik!

10. Jadi, tidak hairanlah ada orang yang tolak 'Kerajaan Perpaduan' - ianya hanyalah untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara orang Melayu dan pada mereka itu sangat tidak adil! Tidak demokratik!

No comments:

Post a Comment