Pemolo

Friday, March 9, 2012

Miskin Keluar! Pulau Pinang untuk Golongan Kaya!!!

mayangperapu.my




1. Antara janji DAP dulu sebelum PRU-12 yang juga disambut Pas dan PKR Pulau Pinang adalah untuk menghapuskan kemiskinan tegar. Hakikatnya 58% isi rumah di Pulau Pinang di bawah pendapatan RM3000. Di negeri bandar seperti Penang ni, Isi rumah RM3000 adalah kategori orang-orang susah. Inikan pula 40% isi rumah Penang di bawah RM1800. Bawah RM800 pun ada, ramai. Apa yang dibuat adalah dengan memberikan 25sen-27sen sehari sahaja kepada kelompok tertentu (RM100 one off hari tu). Tu cuma harga 2 biji hacks tapi dicanangkan sebagai menghapuskan kemiskinan.
2. Dalam masa yang sama kerajaan DAP-Pas-PKR ini tidak langsung membangunkan rumah mampu milik di peringkat bidang kuasa negeri (Laporan Audit) seperti yang dijanji sebahagiannya dalam Manifesto DAP dulu. Rumah-rumah yang dibina berharga Ratusan Ribu malah berjuta-juta Ringgit! PDC pula diasak meninggalkan agenda dulu yang sebahagiannya adalah untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Seperti kata ADUN Pantai Jerejak yang juga anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri, Sim Tze Tzin pada Julai 2010, “I feel that low-cost units should not be built on Penang island to prevent these places from becoming ‘unliveable’ areas,”.
3. Mungkinkah sebab itu juga Bayan Gate (tanah milik PDC) menjadi isu apabila harga tanah pembangunan (tanah tersebut dicipta semasa kerajaan BN dulu - reclaimation) yang ditawarkan oleh LGE kepada pemaju swasta bernilai tanah begitu rendah bagi sekaki persegi (hampir separuh nilai sebenar dengan syarat pembayaran tertunggaknya yang begitu mudah). Sedangkan PDC (pemilik tanah asal) sendiri begitu berpengalaman dan mampu untuk memajukan tanah tersebut untuk rakyat Pulau Pinang.
4. Yang dicanangkan kini oleh LGE adalah membina rumah mampu milik kononnya ke Seberang Perai (itu pun perancangan yang dibuat semasa BN memerintah dulu bagi membangunkan Batu Kawan). Apabila orang-orang susah dan miskin di Pulau Pinang tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang yang sebahagiannya adalah kaum tertentu maka mungkinkah "Janji" mereka untuk menghapuskan kemiskinan tegar ini di Pulau adalah dengan cara menghambat keluar orang-orang miskin ini supaya berpindah ke tempat-tempat lain.
5. Jadilah Pulau Pinang ini nanti negeri untuk kelompok orang-orang kaya sahaja yang orang-orang miskinnya dah lari. Terhapuslah nanti miskin tegar di Pulau Pinang kerana semuanya yang miskin telah dihambat keluar daripada pulau! Senangkan cara DAP-Pas-PKR ni...

No comments:

Post a Comment