mayangperapu.my
1. Semalam Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pendapat bahawa setiap calon yang berminat bertanding jawatan ketiga tertinggi parti harus merujuk pandangan Presiden, "Tentu Presiden mempunyai pandangannya sendiri". Ramai yang berpendapat ini berikutan ura-ura kuat yang Mukhriz Mahathir akan masuk gelanggang yang sama. Ada juga yang kata Mukhriz akan memberi jawapannya sehingga hari Khamis. Hari ini hari Khamis, berita yang mayang dapat, "Ya, sah! Mukhriz akan bertanding Naib Presiden UMNO". Nama Menteri Besar Kedah ini sedang harum, orangnya juga mendapat rating yang tinggi, jadi rugilah Mukhriz tidak masuk bertanding. Bayang-bayang ayahnya masih punya pengaruh kuat untuk dijadikan sebagai advantage. Orang-orang Mahathir di pinggiran pun ramai. Mereka sebenarnya tidak pernah meninggalkan politik sebaliknya seperti second layer yang akan timbul pada bila-bila masa.
2. Sudah tentu selain Zahid, Datuk Sri Hishamuddin juga tidak senang duduk. Datuk Seri Shafie Apdal mungkin tidak begitu khuatir berikutan prestasi Sabah-Sarawak yang banyak membantu BN semasa PRU-13 lepas. Dia wakil daripada sana. Manakala, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang cuba menyelit tu terpaksalah lebih bekerja keras turun padang. Mereka orang lama, dah biasa berkempen ke pelusuk tanah air, sepak terajang ni tegal biasa mereka.
Pemolo
Thursday, September 19, 2013
Wednesday, September 18, 2013
BERTANDING MEMINTA-MINTA EHSAN UNTUK JAWATAN ???
mayangperapu.my
* Yang MKT dan top-top post peringkat kebangsaan pun, sila lah alert dalam penawaran, kerana anda akan dinilai nanti oleh rakyat. Kita tak mahu ada yang senang-lenang tapi parti kita kalah dalam PRU. Tak guna pun kalau gitu.
1. Sekarang ni musim pemilihan UMNO. Ke sana ke mari bersempena selepas mesyuarat UMNO kempen berjalan, calon ke depan menunjuk muka. Borang-borang penawaran jawatan dah dikeluarkan yang akan disubmitt pada 21 September ini.
2. Selain daripada calon-calon luar peringkat nasional, khususnya MKT dan Exco-exco sayap (tolak Presiden & Timbalan dan Ketua-ketua sayap), jawatan-jawatan peringkat Bahagian juga ditawarkan, daripada Ketua sehinggalah ahli-ahli jawatankuasa Bahagian. Begitulah juga di tiga-tiga sayap peringkat Bahagian.
3. Mayang cuma nak buat teguran sikit tentang kaedah kempen. Biasanya merayu meminta ehsan untuk orang memberi undi. Kenapa meminta ehsan? Sepatutnya kena lah confident. Suarakan idea, kreativiti dan apakah yang akan dilaksana untuk berbakti kepada Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Tumpah Darah. Usulkan, bahaskan, beritahu kepada perwakilan manifesto ka apa ka... "Kenapakah saya bercadang untuk beribadah dengan memegang jawatan ini, apakah yang saya akan buat!...". Teguran mayang ni bukan hanya kepada peringkat-peringkat bawahan ni saja tetapi lebih-lebih lagi kepada calon Ketua UMNO Bahagian. Kita tak mahu tin kosong! Wawasan biar jelas...
* Yang MKT dan top-top post peringkat kebangsaan pun, sila lah alert dalam penawaran, kerana anda akan dinilai nanti oleh rakyat. Kita tak mahu ada yang senang-lenang tapi parti kita kalah dalam PRU. Tak guna pun kalau gitu.
Tuesday, September 10, 2013
LIM GUAN ENG AKAN BERMUBAHALAH TENTANG CEC???
mayangperapu.my
·
Tapi
mayang tetap hairan, dah sah-sah pembohong si Guan Eng ni, tapi tetap
masyarakat cina yang kononnya kurang yakin kepada DAP itu tetap memberi undi
yang amat besar kepada Pakatan Pembangkang semasa PRU-13 tempoh hari. Iya ka
masyarakat cina tak yakin atau ada yang dok buat wayang lagi bila rancangan besar
DAP yang nak ambil alih negara ni tak menjadi, makanya buat-buatlah macam insaf
gitu…
1. Liang Kak Chean mencabar
Guan Eng untuk segera mengangkat sumpah di
gereja sekiranya benar Ketua Menteri DAP Pulau Pinang itu benar-benar seorang
Mubaligh Kristian yang tulus. Seperti mana mubahalah yang dibuat oleh Saiful
Bukhary yang mengajak Anwar Ibrahim bersama-sama dengan ikhlas bagi menyatakan
yang benar itu benar dan yang salah itu salah, Guan Eng selaku Setiausaha Agong
DAP tidak perlu gentar seperti Anwar untuk mengangkat sumpah, kerana beliau
sendiri telah beberapa kali tampil menafikan adanya unsur manipulasi undi pada
pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Disember lepas, sedangkan dakwaan
itu datangnya daripada dalam DAP sendiri, dari kalangan ramai ahli-ahlinya yang
berpengaruh. Berani kerana benar dan tidak berani kerana tidak benar. Janganlah
jadi seperti mana Shaikh Anwar.
2. Selain Naib Presiden
Jaringan Cina Malaysia (JCM) itu yang mencabar Guan Eng, Naib Pengerusinya,
Chan Kit Mun juga meminta Guan Eng membuat perkara sama, bersumpah. Ini
adalah kerana bukannya DAP tidak biasa bersumpah. Mereka juga telah pernah
bersumpah untuk menyebarkan agama kristian di Malaysia dan berbai'ah untuk berjuang menaikkan Perdana
Menteri Kristian di Malaysia seperti mana yang didedahkan oleh Razali, bekas
rakan rapat dan anak buah Guan Eng itu. Kit Mun juga menyifatkan tindakan DAP
yang tiba-tiba tergesa-gesa cuba mengadakan pemilihan semula CEC telah
menimbulkan tanda tanya rakyat kerana dulu mereka menafikannya dan tidak semena-mena pula menuduh UMNO yang tidak ada kena mengena langsung dengan DAP itu
sebagai pihak yang bersalah (?). Seperti kata Kak Chean, Guan Eng perlu
bersumpah bagi membuktikan ketulusannya bagi mengembalikan semula keyakinan
masyarakat Cina terhadap kepemimpinan beliau. Rakyat perlu
mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa
sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP seperti mana drama air mata merambu-rambu yang dibuat oleh bapa Guan Eng, Lim Kit Siang tempoh hari yang "seolah-olah" menyalahkan Perdana Menteri pulak yang menganiaya dia yang konon-kononnya DAP akan dibatalkan (???) dan calon-calon DAP akan terpaksa berlogokan Pas dalam PRU-13 lepas. Tak ada pun!
Monday, September 9, 2013
SUDUT PANDANG INTELEK SINGAPURA MELAYU KEPADA ISLAM DI SINGAPURA SENDIRI
mayangperapu.my
Mayang meng"FB" kan artikel ini dulu tetapi terlupa untuk diblogkan, jadi mayang mengutip semula sekadar untuk menyudutkan percambahan kefahaman. Ini berkait pada Januari 2013 lalu semasa Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara (Cabaran dan Harapan) di PWTC. Pemerhatian mayang adalah kepada seorang professor melayu Singapura yang realiti kefahamannya seolah telah berjaya diasimilasi dengan perseketiran negara itu, yang kita pun tahu halanya ke mana. Sedangkan dialah antaranya yang sepatut disandarkan harapan oleh orang melayu Singapura.
1. Seorang Profesor Melayu Singapura bidang Sains Politik
sejak 1961 tentulah seorang yang hebat. Apatah namanya dikait dengan salah
satunya Oxford. membentangkan peratusan melayu Singapura 13.9%(2000) -
13.4%(2010) daripada 3.772 juta penduduknya (2010). 503.9 ribu Melayu
berbanding 2.794 juta Cina meletakkannya sebagai minoriti walaupun lebih
berbanding India yang hanya 9.2%.
2. Dalam pengiktirafan "Global, Maju dan Moden",
Singapura dianggap negara paling Global di dunia, mengatasi A.S. Katanya,
golongan Melayu ada peningkatan di sana namun bukanlah golongan yang boleh
dibanggakan oleh negara. Melayu Singapura dikatakan paling berjaya (?) tetapi
tidak pula mengatasi Cina dan India Singapura. Dasar terbuka "Foreign
Talent Policy" turut memberi kesan negatif kepada melayu-melayu ini
apabila diukur dengan sudut baru "unemployability" yang lebih
merbahaya daripada "unemployment" (Ini perlu diambil iktibar pro dan
kontra oleh kerajaan Malaysia di dalam dasar Talent Corp mereka). Mungkin ini
antara penyebab jurang melayu dengan kaum-kaum yang lebih berjaya ini melebar.
Melayu yang dikatakan lebih berjaya berbanding melayu-melayu lain ini (?) tidak
pula menceburi perniagaan di sana, jika ada pun yang kecil-kecil katanya.
Apabila biasisiwa tidak berasaskan kaum tetapi berprinsipkan meritokrasi
seperti amalan di Singapura, melayu-melayu yang terkebelakang berbanding dua
kaum lain sudah tentu kurang peluang. Sekularisme, kapitalisme, materialisme,
liberalisme, kosmopolitan telah mempengaruhi tatasusila, perlakuan dan gaya
hidup masyarakat yang mana 40% belia Islamnya tidak pun menghadiri sebarang
kelas agama. Di Singapura semuanya sedang berintegrasi antara satu dengan lain,
sudah tentu Islamnya semakin liberal.
3. Apa pun pokoknya beliau tidak berterus terang mengenai
keadaan Melayu di atas tanah asal sana atau mungkin beliau ini hanya kerap
berada di dalam tembok dinding bilik pensyarahnya berfikir dan berfikir kerana
jelas beliau tidak dapat menjiwai dan menyelami roh realiti kebenaran sebenar
konflik norma pemikiran dan hidup melayu Singapura. Atau mungkin roh mereka
telah mati kerana telah begitu diintegrasi. Dengan pengalamannya yang begitu
lama dan namanya yang begitu besar, Profesor Muhammad Hussein Mutalib
sebenarnya gagal mengupas persoalan "core issue" tentang Melayu
Singapura. Ini mengecewakan dan tempoh sejam itu berlalu begitu sahaja.
4. Sebaliknya Tuan Mohd Mohiyuddin Mohd Sulaiman, pengkaji
Islam di Myanmar, dalam tempoh sejam berjaya mengupas dan memahamkan audien
tentang belenggu "core issue" yang menyelubungi Myanmar dengan begitu
holistik sekali. Kata Mohiyuddin apabila diajukan soalan selepas
pembentangannya, yang dapat disimpulkan adalah "Jangan bertanya tentang
Islam atau tidak negara Malaysia, pokoknya negara ini adalah suatu tempat
paling nikmat untuk umat Islam, semuanya serba lengkap untuk Islam, malah
menjadi suatu destinasi pilihan bagi mana-mana juga umat Islam seluruh dunia
untuk hidup dan berada di sini. Bersyukurlah".
- Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara (Cabaran dan
Harapan), PWTC
Subscribe to:
Posts (Atom)