Mayang meng"FB" kan artikel ini dulu tetapi terlupa untuk diblogkan, jadi mayang mengutip semula sekadar untuk menyudutkan percambahan kefahaman. Ini berkait pada Januari 2013 lalu semasa Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara (Cabaran dan Harapan) di PWTC. Pemerhatian mayang adalah kepada seorang professor melayu Singapura yang realiti kefahamannya seolah telah berjaya diasimilasi dengan perseketiran negara itu, yang kita pun tahu halanya ke mana. Sedangkan dialah antaranya yang sepatut disandarkan harapan oleh orang melayu Singapura.
1. Seorang Profesor Melayu Singapura bidang Sains Politik
sejak 1961 tentulah seorang yang hebat. Apatah namanya dikait dengan salah
satunya Oxford. membentangkan peratusan melayu Singapura 13.9%(2000) -
13.4%(2010) daripada 3.772 juta penduduknya (2010). 503.9 ribu Melayu
berbanding 2.794 juta Cina meletakkannya sebagai minoriti walaupun lebih
berbanding India yang hanya 9.2%.
2. Dalam pengiktirafan "Global, Maju dan Moden",
Singapura dianggap negara paling Global di dunia, mengatasi A.S. Katanya,
golongan Melayu ada peningkatan di sana namun bukanlah golongan yang boleh
dibanggakan oleh negara. Melayu Singapura dikatakan paling berjaya (?) tetapi
tidak pula mengatasi Cina dan India Singapura. Dasar terbuka "Foreign
Talent Policy" turut memberi kesan negatif kepada melayu-melayu ini
apabila diukur dengan sudut baru "unemployability" yang lebih
merbahaya daripada "unemployment" (Ini perlu diambil iktibar pro dan
kontra oleh kerajaan Malaysia di dalam dasar Talent Corp mereka). Mungkin ini
antara penyebab jurang melayu dengan kaum-kaum yang lebih berjaya ini melebar.
Melayu yang dikatakan lebih berjaya berbanding melayu-melayu lain ini (?) tidak
pula menceburi perniagaan di sana, jika ada pun yang kecil-kecil katanya.
Apabila biasisiwa tidak berasaskan kaum tetapi berprinsipkan meritokrasi
seperti amalan di Singapura, melayu-melayu yang terkebelakang berbanding dua
kaum lain sudah tentu kurang peluang. Sekularisme, kapitalisme, materialisme,
liberalisme, kosmopolitan telah mempengaruhi tatasusila, perlakuan dan gaya
hidup masyarakat yang mana 40% belia Islamnya tidak pun menghadiri sebarang
kelas agama. Di Singapura semuanya sedang berintegrasi antara satu dengan lain,
sudah tentu Islamnya semakin liberal.
3. Apa pun pokoknya beliau tidak berterus terang mengenai
keadaan Melayu di atas tanah asal sana atau mungkin beliau ini hanya kerap
berada di dalam tembok dinding bilik pensyarahnya berfikir dan berfikir kerana
jelas beliau tidak dapat menjiwai dan menyelami roh realiti kebenaran sebenar
konflik norma pemikiran dan hidup melayu Singapura. Atau mungkin roh mereka
telah mati kerana telah begitu diintegrasi. Dengan pengalamannya yang begitu
lama dan namanya yang begitu besar, Profesor Muhammad Hussein Mutalib
sebenarnya gagal mengupas persoalan "core issue" tentang Melayu
Singapura. Ini mengecewakan dan tempoh sejam itu berlalu begitu sahaja.
4. Sebaliknya Tuan Mohd Mohiyuddin Mohd Sulaiman, pengkaji
Islam di Myanmar, dalam tempoh sejam berjaya mengupas dan memahamkan audien
tentang belenggu "core issue" yang menyelubungi Myanmar dengan begitu
holistik sekali. Kata Mohiyuddin apabila diajukan soalan selepas
pembentangannya, yang dapat disimpulkan adalah "Jangan bertanya tentang
Islam atau tidak negara Malaysia, pokoknya negara ini adalah suatu tempat
paling nikmat untuk umat Islam, semuanya serba lengkap untuk Islam, malah
menjadi suatu destinasi pilihan bagi mana-mana juga umat Islam seluruh dunia
untuk hidup dan berada di sini. Bersyukurlah".
- Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara (Cabaran dan
Harapan), PWTC
No comments:
Post a Comment