1. Dengan anggaran 29 juta rakyat Malaysia, 67.4% (19.5
juta) adalah bumiputera, 56.4% adalah Melayu (16.4 juta). 24.6% adalah Cina
(7.1 juta) dan India 7.3% (2.1 juta). 17.8 juta penduduk adalah beragama Islam
(61.4%), 5.7 juta beragama Buddha (19.7%), 2.7 juta Kristian (10%) dan Hindu
1.8 juta (6%). Dianggarkan 1.3 juta kaum cina adalah beragama Kristian dan kaum
India menghampiri 300 ribu orang.
2. Jika diteliti senarai 10 orang terkaya di Malaysia
yang dikeluarkan oleh forbes (awal 2014);
Robert Kuok - US$12.5 bilion; 2. Ananda Krishnan -
US$11.7 bilion; 3. Lim Kok Thay - US$6.6 bilion; 4. Teh Hong Piow - US$5.6
bilion; 5. Quek Leng Chan - US$4.8 bilion; 6. Lee Shin Cheng - US$4.5 bilion;
7. Yeoh Tiong Lay - US$2.8 bilion; 8. Syed Mokhtar AlBukhary - US$2.75 bilion;
9. Tiong Hiew King - US$1.8 bilion; 10. Vincent Tan - US$1.3 bilion
3. Daripada 10 terkaya ini, Bilionaire kaum Cina
mempunyai kekayaan sebanyak US$39.9 bilion di mana yang beragama Kristian (Cina) mempunyai kekayaan sebanyak US$13.8 bilion (Robert & Vincent), Buddha
sebanyak US$26.1 bilion (dengan andaian Lim,Teh, Quek, Lee, Yeoh & Tiong
beragama Buddha (?)), Kaum India Hindu US$11.7 Bilion (Ananda) dan
Melayu/Bumiputera Islam US$2.75 bilion. Ini bermakna pecahan kek kekayaan 10 terkaya di Malaysia adalah kaum Cina sebanyak 73.5%, India
21.5% dan bangsa Melayu hanya 5%. Kristian di Malaysia sendiri adalah 25.5% berbanding Islam hanya 5%
sahaja.
4. Kenapa orang-orang seperti Lim Guan Eng dan bapanya, serta "Jeff" Ooi (cina), "Tony" Pua (cina), "Teressa" Kok (cina), "Irene" Fernandez (india), Karpal (sikh) dan ramai lagi,
begitu juga orang seperti Paderi Lawrence Andrew (india) secara selaras menyerang asas-asas negara ini melalui agama dan bangsa teras secara kaedah anti graviti (sonsang). Perhatikan mereka ini satu agama walaupun daripada kaum yang berbeza.
Lim Guan Eng yang tidak meletakkan nama Kristiannya di hadapan begitu sangat mempertikaikan Syed Mokhtar sebagai satu objek mudah, "seorang melayu yang monopoli" dan kononnya kekayaan Syed Mokhtar adalah tidak adil dan melambangkan sebagai orang melayu
dan Islam di Malaysia ini zalim terhadap kaum-kaum dan agama lain, tidak adil. Orang-orang seperti Lim Guan Eng menanam
persepsi seolah-olah orang melayu yang tidak layak ini mencuri harta kekayaan kaum-kaum lain di negara ini dengan secara pilih kasih, rasuah (?) dan menindas kaum-kaum lain.
4. Daripada 10 terkaya ini, orang melayu dan Islam yang
mewakili 56.4% (61.4%) penduduk hanya memiliki 5% kekayaan terkumpul. Kaum India yang
hanya seramai 7.3% pun memiliki 21.5% kekayaan dan kaum Cina yang 24.6% itu memiliki
73.5% kekayaan. Jika diandaikan Lim,Teh, Quek, Lee, Yeoh & Tiong beragama
Buddha, Kristian sendiri memiliki 25.5% kekayaan daripada
hanya 10% penganut di negara ini. Itu andaian kerana "pangkal nama" cina itu adalah Buddha, mereka mungkin juga ada yang beragama Kristian seperti mana keluarga Lim atau Karpal Singh. Jika begitu, jika di kalangan mereka itu ada lagi yang beragama Kristian maka besarlah lagi kek kekayaan yang dimiliki oleh wakil Kristian di Malaysia.
Jadi apakah sebenarnya konsep adil yang cuba dipusingkan oleh Lim Guan Eng, dia menyerang Syed Mokhtar dengan katanya "Malaysian Malaysia" (slogan DAP yang ditinggalkan oleh Lee Kua Yew) untuk keadilan semua rakyat Malaysia, samarata-samarasa? Meneliti nisbah di atas adakah betul apa yang dicanang oleh Ketua Menteri Kerajaan Tahaluf Siyasi Pulau Pinang itu? Adakah di Malaysia ini orang Islam
cukup zalim sehingga Kristian yang 10% itu perlu pula mengambil saki baki kuasa
yang ada daripada orang Islam di sini? Kenapa? Untuk Apa? Adakah untuk kaum Cina, kaum India ataupun sebenarnya menggunakan (asimilasi agama) kaum-kaum ini untuk agenda agama Kristian?
5. Yang lebih pelik, orang-orang Melayu Islam dalam Pas dan PKR yang bersama (menghalalkan) bertahaluf siyasi dengan kelompok ini pun menyambut sama kata-kata nista orang seperti Lim Guan Eng ini kepada
Syed Mokhtar! Masuk sama dalam mainan agenda Guan Eng kerana Lim Guan Eng tahu tabi’e penyakit mereka ini iaitu berhasad, dengki, khianat dan busuk hati kepada saudara seagama sendiri. Kelompok ini juga dijual dengan mimpi supaya mahukan kek orang Melayu Islam yang sikit itu dengan cara yang mudah, jadi itulah yang diajar oleh orang seperti Guan Eng kepada mereka.
Adakah agenda kristian yang mempergunakan kaum cina, india dan lain-lain ini mahukan Islam di sebalik Bangsa Melayu itu bertelagah dengan kaum-kaum lain? Adakah mereka mahu pula bangsa Islam di negara ini bangkit menuntut ketidak adilan anatara agihan kekayaan kaum ini? Kumpulan penyamar kristian telahpun menempatkan diri dalam barisan kepimpinan kaum-kaum bukan Islam ini dan menggunakan isu kaum untuk kepentingan mereka. Sudah tentunya kebencian yang ditanam kepada orang Melayu akan menguntungkan mereka. Selain kaum-kaum lain yang diperalatkan, yang paling diperbodohkan adalah orang-orang melayu yang tamak, yang menjual Islam dan bersekongkol dengan mereka melalui penghalalan Tahaluf Siyasi itu. Kerana Grand Design nya adalah daripada luar yang amat memusuhi Islam.
*Mayang Perapu: Siapa yang zalim??? Siapa yang menindas pemikiran
rakyat???
No comments:
Post a Comment