1."Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" dah
mai...Tergantung antara 3 negara dalam alam mistik. Ibrahim Mat Zin telah
pernah memberi perkhidmatannya dalam kejadian Highland Tower, kes pencarian
mayat banjir Kuala Dipang dan kes pembunuhan ahli politik oleh Mona Fendy.
2.Pasangan Bomoh Warisan pun meminta izin, menawarkan diri
untuk menggunakan kaedah pengimbasan batin berikutan orang bunian telah
menyembunyikan pesawat.
3.Ada pula tentang sumber terbaru tentang penglibatan
militia namun kenyataannya "“Sehingga kini, kita tiada bukti untuk
mengaitkan bahawa kumpulan militan negara China (kumpulan kecil)
bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat ini.
4.Ada juga cerita sumber yang tidak established menyatakan
MH370 kini berada di sempadan Russia-China berikutan terdapatnya 3@4 orang
Billionaire China yang menumpang pesawat berkenaan - ini isu kidnap oleh
kumpulan antarabangsa yang punya kepentingan-kepentingan tertentu.
5.Ada pula ahli politik populis yang berpengaruh
menggemburkan bahawa kehilangan berkait dengan simptom Bermuda Triangle. Ini di
uar-uarkan oleh DS Nizar.
6. Kerajaan Malaysia pula dalam pengumuman telah mengerahkan
segala aset ketenteraan membuat pencarian dan beberapa negara lain termasuk,
U.S, Filipina, Singapura dll turut membantu.
7.Ada beberapa anggota FBI pula ingin memasuki negara untuk
siasatan risikan berikutan ada warga U.S di atas pesawat? Selang beberapa hari
ada pula perkaitan tentang passport palsu oleh dua individu yang dikatakan
"not asian looking" berdasarkan cctv (?). Ada misteri di situ.
8.Ada pula pandangan tentang terhempas dan hanyut ke
perairan Thailand. Dikukuhkan dengan ada pula orang nampak cahaya yang menjunam
ke laut di Kelantan.
9. Ada pula yang mengaitkan dengan ayat Al-Quran surah-surah
tertentu, ada pula yang mengaitkan dengan huruf dan angka MH370 - Mas Hilang
pada bulan tiga, tujuh haribulan yang kosong itu diibaratkan tidak akan
dijumpai. Ini lebih kurang seperti nujum angka Illimuniti (?). DLL
*Macam-macam (?). Apa pun rakyat Malaysia dikatakan antara
yang sukar difahami tentang logik akal mereka yang begitu memperpercayai banyak
cerita-cerita yang berlerakan yang tidak sahih atas dogma yang dipimpin oleh
persepsi politik. Persepsi imaginary yang dibina secara pengulangan oleh
kelompok tertentu sehingga apa-apa juga akan dikaitkan dengan segalanya begitu
negatif. Bayangan "Hantu-Hantu" yang tidak wujud ini adalah amat
begitu berbahaya untuk sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti
kita. Terlalu banyak spekulasi yang tiada asas dan hanya dilepas cakap tanpa
mengambilkira sensitiviti antara satu dengan lain. Namun itulah yang dibentuk
untuk memecahkan perpaduan kita atas kepentingan-kepentingan individualistik
tertentu atau disengajakan oleh anasir-anasir terancang tertentu.
Terbaik, adalah kita bersama-sama mendoakan. Yang Islam
buatlah solat hajat. Yang lain-lain agama berdoalah, berhajat mengikut cara
masing-masing. Allah swt memberi ujian namun Dia juga Maha pemakbul. Halanya
adalah supaya MH370 ini dijumpai dan semuanya selamat. Hentikan hebahan yang
berunsur spekulasi, melihat orang lain bodoh dan kitalah sahaja yang pandai.
Ada unsur ujub di situ. Semoga Allah swt melindungi kita semua daripada fitnah
dan kesan akibatnya.
Amiiin.
No comments:
Post a Comment