Pemolo

Monday, June 4, 2012

PENYATUAN ISLAM ALA PAS NIK AZIZ

mayangperapu.my
written on May 19, 2012

1. Tentang penyatuan orang Islam rasanya UMNO dah cadang lama dulu. Pas tolak dengan macam-macam alasan, bukan stakat memandang sinis malah menghina & mencerca. Menerima tindak balas saudara Islamnya sebegitu, UMNO pun senyap tetapi tidaklah menutup pintu. Tiba-tiba saja orang yang sama yang mencerca usaha itu dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut-nyebut tentang muzakarah ini pula. Beliau tiba-tiba menggunakan perkataan "mencadangkan" muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). ??? ( Pada ketika angin sepoi pun tak ada dari UMNO ). Tercengang UMNO macam baru lepas mimpi. Sebagai orang Islam, UMNO walaupun telah dikhianat dulu masih bersangka baik dan sedang mempertimbang menerima salam berkenaan demi kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara.

2. Tiba-tiba juga belum pun apa lagi, Nik Aziz Menteri Besar Kelantan bagi syarat tak tentu pasal dan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman. (Eh! Dia yang tiba-tiba sebut tentang muzakarah, tiba-tiba dia pulak bagi syarat?), katanya "Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam". Perlu Mayang sebut perkara ini dibangkitkan oleh Nik Aziz ketika Ulama Muktabar di negara ini mempersoalkan nama Islam pada Parti Pas yang disalahguna imejnya oleh Pas sebagai seolah "agama Islam" dan ini salah. Tetapi tiba-tiba dia pulak masuk campur rumah tangga orang lain dengan bagi syarat itu ini, pelik! 

3. Semua orang tahu jelas bahawa dasar UMNO adalah Memartabatkan Islam, Memaruahkan Bangsa Melayu serta menjaga Hak dan Mempertahankan Tanah Air. Yang menyebut-nyebut "Kebangsaan" kepada UMNO tu hanya Pas khususnya Nik Aziz. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu hanya nama. 
Kalau namanya Nik Aziz tak perlu pun letak nama Nik Islam bagi menggambarkan dia Islam, begitu juga Najib. Tak perlu letak Islam dalam namanya. 

4. Lebih pelik lagi, Nik Aziz kata, "UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan". Dia lupa ke Pakatan tu termasuk DAP yang anti-Islam dan PKR yang liberal-pluralis? Eh-eh! dia pulak suruh orang masuk Pakatan merepek dia... Betul lah amat lawak Mursyidul Am ni. ( Mursyidul Am TIBAI pun tak selawak ini )
Ini bukan ikhlas namanya tapi main-main, nak jadikan isu daripada sentimen. Tujuannya tidaklah lain untuk mencipta bahan untuk kempen nanti.

5. Kesimpulannya adalah mudah. Sebenarnya kenyataan Nik Aziz walaupun bunyinya macam nak berbaik-baik tetapi itu bukanlah cadangan tetapi SENTIMEN. Sengaja dibangkitkan untuk menutup mulut ahli-ahli Pas yang mahukan penyatuan Melayu-Islam dan juga untuk memerangkap UMNO. Nanti dia katalah, UMNO yang tolak. Nik Aziz ini semuanya berkisar mainan politik kuasa, bukannya semangat agama yang betul seperti apa yang Rasulullah SAW anjurkan. Ulama Ikhlas jenis apa macam ni?
"Masa dia rasa dia kuat, dia sombong, bongkak, riak, takbur tolak mentah2 ajakan perpaduan Melayu-Islam. Tapi bila rasa ada banyak isu terutama bila anak buah sendiri persoal DAP yang berterusan menolak Islam & hudud secara  tegas dan PKR pulak yang berjinak-jinak dengan LGBT dan pluraisma Agama yang dia tersokong, tiba-tiba dia bikin Sentimen baru. Semuanya bila dia mula rasa tren sokongan orang Islam dah tak menyebelahi dia dan pakatan peningnya"

Sepatutnya syarat yang sama dikenakan kepada DAP supaya meninggalkan sekularis & menjulang Islam dalam perlembagaan mereka sebelum Pas sepakati mereka. Begitu juga kepada PKR. Seperti PKR, DAP begitu teruja kepada liberalisme & pluralisme kenapa? Pendasar-pendasar mereka walaupun kulit luarnya pelbagai tetapi mereka bersatu pada agama mereka, Nasrani. Mungkinkah mereka ini akan menjulang Islam? Karpal Singh kononnya tersasul. Tapi itulah agendanya. Perdana Menteri bukan melayu? Tapi agamanya apa?

Kenapa Pas tergamak menuruti mereka ini & melaknat saudaranya sendiri? Arah Pas ini ke mana sebenarnya? 


Tuesday, April 10, 2012

mayangperapu.my
3 FASA TERAS JASA PERJUANGAN UMNO YANG MEMBENTUK LANSKAP NEGARA KE HARI INI
1. MENENTANG MALAYAN UNION
Perkumpulan UMNO telah menggerakkan perjuangan menentang Malayan Union yang mana sekiranya MU menjadi kenyataan perkara-perkara berikut :
1.Raja-Raja Melayu hilang kedaulatan dan kuasa.
2.Melayu dan kaum lain disama tarafkan.
3.Tiada keistimewaan beragama Islam
Andai tiada perjuangan yang dipimpin oleh UMNO menghapuskan Malayan Union; adakah negara akan mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, yang berkemungkinan rakyat bukan melayu yang lebih ramai ketika itu akan menguasai Tanah Melayu secara Jus Soli yang longgar diberikan oleh British melalui  prinsip Malayan Union.
2. PENENTANGAN terhadap KOMUNIS
Perkumpulan UMNO telah menentang Komunis yang dikepalai Chin Peng. Agenda komunis adalah seperti berikut:
1.Mengambil alih negara.
2.Mengtiadakan Raja-Raja Melayu.
3.Mengsosialiskan sebuah Republik Komunis
4.Menghilangkan Islam.
5.Menyamakan semua kaum dan tiada agama.
6.Secara tidak langsung majoriti komunis kaum cina menguasai pentadbiran berkerajaan Tanah Melayu. Melayu akan terus terjajah.
*Apa yang akan terjadi sekiranya Chin Peng dan komunis menang; adakah Tanah Melayu akan menjadi negara Republic Communist of Malaya atau negara merdeka yang berdaulat seperti hari ini.
3. MEMBEBASKAN PENJAJAHAN - MERDEKA
Meletakkan 4 teras penting kepada negara Malaysia yang merdeka.
1.Agama Islam diletakkan ditempat tertiggi dan istimewa. Orang melayu mesti beragama Islam.
2.Mendaulatkan Raja-Raja Melayu.
3.Meletakkan Hak Istimewa Melayu.
4.Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan.

* Dengan 4 teras penting kontrak sosial inilah yang telah merubah lanskap dan asas kepentingan bernegara orang melayu sehingga ke hari ini.Siapa yang berjuang dalam keadaan situasi melayu yang lemah semasa di bawah penjajahan British dulu?

Thursday, March 15, 2012

LOJI RADIASI ELEKTROMAGNETIK LIM GUAN ENG DI BATU KAWAN!

mayangperapu.my


1. Lynas seperti kata pakar daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) adalah tidak merbahaya, malah akan membawa pembangunan di Gebeng. Seperti juga PKR yang terjerit-jerit mahukan isu ini dinampak busuk oleh masyarakat, sekufunya Lim Guan Eng dalam satu himpunan di Padang Kota telah memprovokasikan Lynas ini dan telah menimbulkan kemarahan sesetengah pihak bilamana bagi menutup isu Bayan Gate (Bayan Mutiara) berbilion ringgit yang dimonopoli keputusan oleh beliau sendiri sebagai Ketua Menteri, ExcoTanah, Pengerusi CMI dan Pengerusi PDC, beliau telah dengan sengaja mengalihkannya kepada UMNO dengan isu lain.
2. Sebagai perbandingan, sebenarnya Lim Guan Eng sendiri telah mengimport loji yang lebih merbahaya berbanding Lynas ke dalam kawasan penempatan di Batu Kawan. Sebuah loji yang dibangunkan oleh Bosch Group dengan pelaburan RM 2.2 bilion ini pada 9 Mac 2012 lalu dilaporkan telah pun membayar 20% pendahuluan bagi tapak 32.2 hektar dengan nilai RM11.6 juta.
3. Bagi sesebuah kawasn penempatan penduduk, loji solar panel ini akan memberi kesan yang jauh lebih merbahaya daripada Lynas. Pada tahun 2010 pembangkang telah pernah mengaitkan kilang seakan-akan yang sama di Ipoh sebagai amat merbahaya sedangkan kilang berkenaan dirancang dibangunkan di kawasan perindustrian, sebaliknya di Pulau Pinang ini, mereka sendiri telah membawa masuk loji jenis radiasi magnetik ke dalam kawasan kependudukan yang ramainya terdiri daripada orang-orang India dan melayu di situ. 
4. Bahayanya radiasi elektromagnet ini mengikut pakar adalah menyamai kesan bahaya penggunaan handphone dalam kadar masa lama bilamana radiasi ini mampu mengubah 5% sel kanser aktif  kepada 95% sel kanser aktif. Ia juga mampu menerbitkan penyakit Alzheimer’s, Multiple Scelerosis & Parkinson’s bilamana bagi 2 minit pancaran radiasi elektromagnetik ini sahaja akan mampu melemahkan sel darah sehingga mengakibatkan protein dan racun/toksin bocor dan kemudiannya masuk ke otak yang merupakan penyebab mengembangnya penyakit berkenaan.
5. Selain dari itu, radiasi ini ini juga boleh menyebabkan bocoran hemoglobin yang berperanan membawa oksigen ke seluruh tubuh yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu ginjal. Ibu-ibu hamil juga mudah terangsang dan boleh menyebabkan kandungan menjadi cacat. Sistem pertahanan badan juga akan semakin lemah bila mana radiasi ini akan menyebabkan kerosakan kepada DNA. Di Jerman sendiri media lancet pada tahun 1998 telah menyatakan bahawa tekanan darah pada sabjek yang diteliti meningkat kepada 5-10Hg dan ini boleh menyebabkan risiko tinggi stroke atau serangan jantung!
Persoalan mayang, Lim Guan Eng sebagai wakil pembangkang sebenarnya lebih memainkan sentimen politik bagi memburuk-burukkan Lynas yang hakikatnya tidak merbahaya  (seperti kata pakar Dr Rosli Che Mat Pas) jika dibanding dengan apa yang cuba dibangunkannya ke dalam penempatan penduduk di Pulau Pinang ini. Ada sesuatu yang cuba ditutup oleh beliau kepada rakyat dengan mengwar-warkan kulit yang cantik saja sebaliknya kesan buruk sengaja diselimut dengan begitu tebal dengan tujuan agar rakyat tidak terperasan kezaliman yang akan dibawa beliau.
Persoalannya apakah motif Ketua Menteri berasal dari Melaka ini selain daripada hanya membuat keuntungan! Zahirnya seolah nampak membawa masuk pembangunan tapi batinnya??? Niat apa sebenarnya yang bersarang di hati LGE ini. Mayang amat merasakan penduduk Pulau Pinang khususnya di Batu Kawan dan Juru patut melakukan sesuatu bagi masa hadapan kehidupan lestari mereka di situ. Janganlah dibodohkan oleh manusia bernama Lim Guan Eng ini lagi yang semakin hari semakin jelas pembohongan dan kezaliman yang cuba disembunyikannya. Dia ini adalah seorang Monster!

Saturday, March 10, 2012

Pembangkang Menyerang Duit Seposen!!!

mayangperapu.my

Selepas pilihanraya Iran, apabila Preisden Barack Obama bertemu Benyamin Netanyahu PM Israel, agenda rundingan damai Palestin-Israel telah tidak dibincang sedangkan itu yang satu dunia sedang ternanti selepas majoriti rakyat Iran melebihi PRU2 mereka dulu telah keluar dan mengundi kerajaan mereka. Netanyahu terus dengan ketegasan akan memusnahkan loji nuklear Iran (yang tidak ada pun agenda pembangunan persenjataan. Bukti pun tak ada). Nampak benar Israel dan Amerika hanya bermain wayang menimbulkan isu lain bagi menutup tekanan supaya perjanjian damai di Palestin diselesaikan. Itulah mainan wayang dan retorika pemain-pemain dunia ini (World New Order) dan cara mereka memesongkan fokus manusia (kena bodo). Di sini pun semacam itu la... Apabila Anwar Ibrahim dibuktikan mempunyai talian dengan israel-zionist yang menjadi pemain-pemain dunia ini sejak dari dulu, cara mengalih isunya adalah dengan menuduh kerajaan Malaysia semasa era Mahathir ada hubungan dengan Israel. Apabila bukti yang dikeluarkan yang Tun Mahathir begitu konsisten dan tegas dengan dasar kita terhadap Israel sejak dulu. Dah tak ada apa sangat, syiling sepuluh sen kita pula dibuat isu, kononnya Israel lah apa lah.... Hahaha!
mayang: LGE lagi pandai. Dia guna isu Lynas yang diputar belitkan itu bagi menutup Isu Menggagau "Bayan Gate"! di Bayan Baru. Akhir sekali dia buat provokasi bagimenimbulkan kemarahan orang-rang UMNO dan kemudiannya menuduh melayu-umno itu samseng. Surat kepada Ketua Polis Negara sengaja dipebesar-besarkan. Tu dok kalih isu la tu...
mayangperapu.my

"Some of the points Mr. Lee Kuan Yew made back in 1965 : * The NEP (DEB) would not survive the test of history because it was racial and discriminatory, and changes would eventually come from the Malays themselves, not the Chinese or other races."
Mayang nak peringatkan orang Islam ja. Kat atas ni pemimpin hebat PAP bapak DAP yang kata, "Perubahan itu harus datang daripada Melayu sendiri, bukan kaum cina atau kaum-kaum yang lain". Itu la pasal puak Parti Kebajikan (PIS) dok buat kalut. Diaorang sokong la Anwar-DAP.

Dakyah Jahat Tentang Hutang Negara. Siapa yang buat?

mayangperapu.my

Kadar hutang negara masih rendah jika dibandingkan dgn negara maju spt Jepun 208.7%, Singapura 96.8%, Germany 81.2%, UK 79.8% & US 69.4%. Perbandingan negara serantau pula, Vietnam 54.3%, Filipina 49.9%, India 49.1% & Thailand 45.7%. Negara kita menetapkan ceiling pinjaman pada 55%, tidak akan melebihi had tersebut. Tetapi pembangkang sedang menabur dakyah fitnah seolahnya negara kita sedang dalam ambang bankrupt yg amat teruk. Kerajaan meminjam bukan untuk belanja pengurusan tetapi bagi tujuan pelaburan khususnya daripada jumlah peruntukan 2012, 60.5% ke dalam sektor ekonomi, termasuklah di dalamnya infrastruktur asas, bekalan air & pembangunan industri. Pelaburan sektor sosial sebanyak 26.6% merangkumi pendidikan, universiti, sekolah, kesihatan, hospital, klinik dan penyediaan perumahan yg lebih selesa. Semuanya untuk sekarang dan masa depan, demi kelestarian & kesejahteraan rakyat.

Friday, March 9, 2012

Miskin Keluar! Pulau Pinang untuk Golongan Kaya!!!

mayangperapu.my




1. Antara janji DAP dulu sebelum PRU-12 yang juga disambut Pas dan PKR Pulau Pinang adalah untuk menghapuskan kemiskinan tegar. Hakikatnya 58% isi rumah di Pulau Pinang di bawah pendapatan RM3000. Di negeri bandar seperti Penang ni, Isi rumah RM3000 adalah kategori orang-orang susah. Inikan pula 40% isi rumah Penang di bawah RM1800. Bawah RM800 pun ada, ramai. Apa yang dibuat adalah dengan memberikan 25sen-27sen sehari sahaja kepada kelompok tertentu (RM100 one off hari tu). Tu cuma harga 2 biji hacks tapi dicanangkan sebagai menghapuskan kemiskinan.
2. Dalam masa yang sama kerajaan DAP-Pas-PKR ini tidak langsung membangunkan rumah mampu milik di peringkat bidang kuasa negeri (Laporan Audit) seperti yang dijanji sebahagiannya dalam Manifesto DAP dulu. Rumah-rumah yang dibina berharga Ratusan Ribu malah berjuta-juta Ringgit! PDC pula diasak meninggalkan agenda dulu yang sebahagiannya adalah untuk membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Seperti kata ADUN Pantai Jerejak yang juga anggota jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri, Sim Tze Tzin pada Julai 2010, “I feel that low-cost units should not be built on Penang island to prevent these places from becoming ‘unliveable’ areas,”.
3. Mungkinkah sebab itu juga Bayan Gate (tanah milik PDC) menjadi isu apabila harga tanah pembangunan (tanah tersebut dicipta semasa kerajaan BN dulu - reclaimation) yang ditawarkan oleh LGE kepada pemaju swasta bernilai tanah begitu rendah bagi sekaki persegi (hampir separuh nilai sebenar dengan syarat pembayaran tertunggaknya yang begitu mudah). Sedangkan PDC (pemilik tanah asal) sendiri begitu berpengalaman dan mampu untuk memajukan tanah tersebut untuk rakyat Pulau Pinang.
4. Yang dicanangkan kini oleh LGE adalah membina rumah mampu milik kononnya ke Seberang Perai (itu pun perancangan yang dibuat semasa BN memerintah dulu bagi membangunkan Batu Kawan). Apabila orang-orang susah dan miskin di Pulau Pinang tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang yang sebahagiannya adalah kaum tertentu maka mungkinkah "Janji" mereka untuk menghapuskan kemiskinan tegar ini di Pulau adalah dengan cara menghambat keluar orang-orang miskin ini supaya berpindah ke tempat-tempat lain.
5. Jadilah Pulau Pinang ini nanti negeri untuk kelompok orang-orang kaya sahaja yang orang-orang miskinnya dah lari. Terhapuslah nanti miskin tegar di Pulau Pinang kerana semuanya yang miskin telah dihambat keluar daripada pulau! Senangkan cara DAP-Pas-PKR ni...