Pemolo

Friday, October 31, 2008

POLITIK WANG DALAM UMNO

by Dr. Mahathir Mohamad at October 24, 2008 5:54 PM

1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

PEMILIHAN UMNO

by Dr. Mahathir Mohamad at October 17, 2008 4:50 PM

1. Seluruh Negara sedang perhatikan penamaan calon-calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Keputusan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak pertahankan kerusi Presiden parti telah menyemarakkan lagi minat terhadap siapa yang akan memimpin UMNO. Ini kerana jangkaannya ialah siapa yang dipilih jadi Presiden UMNO akan turut dilantik Perdana Menteri Malaysia. Jika pengundi UMNO gagal memilih seorang pentadbir yang baik dan jujur, negara akan sekali lagi menempuh keadaan yang tidak stabil dan kejatuhan ekonomi. Tidak seorang pun rakyat Malaysia yang inginkan keadaan ini. Di dalam keadaan terdesak mereka mungkin akan pilih parti pembangkang pada pilihanraya akan datang. Dan ini tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Malahan ianya akan menjadikannya lebih buruk daripada penyandang jawatan yang tidak cekap yang ada sekarang.

2. Bagi UMNO empat tahun akan datang ini amat penting. Sesiapa juga yang menjadi Presiden parti, jika gagal memulih parti, bermakna bahawa masanya telah tamat bagi parti yang tertua di antara parti yang memperjuangkan kemerdekaan sesebuah negara. Jika ini terjadi maka kepimpinan UMNO yang akan datang ini akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada parti politik yang pada satu masa dulu amat berkuasa dan terkenal.

3. UMNO telah menggunapakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.


4. Pada anggapan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri ini, jika mereka berjaya pengaruhi ketua-ketua bahagian dan cawangan melalui rasuah dan mengancam dengan ugutan, pegangan mereka keatas parti akan kekal. Begitulah cengkaman mereka ke atas parti hinggakan parti nampak seolah-olah memberi sokongan padu kepada mereka. Mereka boleh lakukan apa sahaja dan sokongan yang tidak belah bagi terjamin.

5. Tetapi anggapan mereka salah. Ketua-ketua bahagian dan cawangan mungkn akan tunduk kepada mereka tetapi ahli parti dan penyokong yang bukan ahli parti tetap dengan pendirian mereka. Tidak berupaya untuk bersuara atau mengkritik pemimpin, mereka mengundi pembangkang.

6. Begitulah di dalam Pilihanraya Mac 2008 Parti Barisan Nasional dan UMNO mengalami kekalahan teruk. Pimpinan parti tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan ini, malahan mendakwa yang mereka menang kerana mempunyai cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan pusat.

7. Pengundi yang jelek dengan sikap pemimpin memastikan satu lagi tamparan hebat dikenakan di dalam pilihanraya kecil yang tidak kurang penting dan UMNO dan Barisan Nasional yang begitu kuat satu masa dahulu ditundukkan, sehinggakan takut untuk mempamerkan bendera parti.

8. Akhirnya beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berani bangkit dan memutuskan cukuplah. Presiden mesti dipaksa meletak jawatan. Selepas melengahkan waktu seberapa lama yang boleh, Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan dengan itu hak tradisi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.


10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.


11. Setakat ini masih tidak jelas sama ada bahagian-bahagian UMNO akan menyokong mereka yang membangkang Abdullah ataupun penyokongnya. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.

12. Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.

13. Bagaimana penting sekalipun pencalonan oleh bahagian-bahagian bagi melayakkan seseorang calon bertanding untuk mendapat tempat di dalam Majlis Tertinggi UMNO; kata putus bukan di tangan mereka. Ini terletak di tangan perwakilan ke Mesyuarat Agong.

14. Pada tahun 1987 apabila Tengku Razaleigh Hamzah bertanding kerusi Presiden menentang saya, saya mendapat lebih ¾ pencalonan daripada bahagian-bahagian. Tetapi saya menang dengan kelebihan hanya 43-undi daripada 2,500 perwakilan bahagian yang hadir. Jelas bahawa perwakilan ke Perhimpunan Agong tidak mengundi mengikut keputusan bahagian.

15. Ini harus mengingatkan yang bertanding jawatan supaya tidak terlalu yakin yang mereka akan menang hanya kerana mendapat jumlah pencalonan yang tertinggi dari bahagian-bahagian. Banyak perkara yang mungkin berlaku pada masa Perhimpunan Agong diadakan di Kuala Lumpur. Saya tidak terkejut jika banyak wang akan bertukar tangan, dan banyak juga keputusan yang beralih.

16. Pada pemilihan 1987, undian diberhentikan seketika pada waktu sembahyang Jumaat. Dipercayai ramai perwakilan dihampiri pada waktu rehat ini dan dipengaruhi menerusi pelbagai cara untuk ketepikan keputusan bahagian mereka dan mengundi calon lain.

17. Untuk elak kejadian ini tidak harus ada apa-apa masa rehat semasa proses mengundi. Jika boleh janganlah diadakan pada hari Jumaat. Bagaimanapun amat penting bagi pengundian di adakan pada hari pertama perhimpunan.

18. Seperti yang saya katakan, negara sedang perhatikan pemilihan UMNO dengan penuh debaran. Jika bahagian-bahagian dan perwakilan UMNO utamakan ketamakan diri mereka dalam membuat keputusan maka ini akan menjadi kali terakhir mereka menjadi "king-maker" di Malaysia.

19. Saya teringat akan ketamakan seorang Melayu kampung yang kerjanya mengutip buah keranji dari hutan untuk dijual kepada orang Thai. Kerjanya agak berat kerana pokok tinggi dan terdapat banyak semut.

20. Kerana tidak sabar dengan masalah yang dihadapi, pengutip keranji ini menebang pokok tersebut. Dan itu merupakan kali terakhir dia membuat duit dari mengutip keranji.

21. Mungkin yang belajar aliran Inggeris lebih setuju dengan cerita angsa yang mentaskan telur emas.

22. Apapun, pengajarannya tetap sama. Jual undi anda hari ini maka berakhirlah politik UMNO bagi anda.

Thursday, October 30, 2008

Komen Bulan April 2008;

April 2008; komen sikit...
ISU DATO’ MUKRIZ SEDIA BERTANDING KETUA PEMUDA

Mukriz Mahathir adalah ahli UMNO. Sebagai ahli yang fikir dia layak, berkemampuan, mempunyai perancangan memimpin maka sebenarnya tidak ada apa-apa isu pun yang perlu dibincangkan. Ia perlu dihormati kerana mengambil risiko untuk satu tanggungjawab yang besar dan berat.
Begitu juga Mohamad Khir atau Khairy Jamaluddin jika nak bertanding, bertanding saja. Ahli, sama saja. Jangan prejudis. Atau sesiapa pun lagi yang mahu bertanding. Bertanding saja. Tapi ukurlah baju di badan;
Persoalannya; ”Jika tuan mahu mengisi perjawatan ketua ini apakah faedahnya yang dapat tuan beri dari segi Misi dan Visi bangsa tuan? Matlamat tuan yang sebenarnya apa? Dapatkah tuan mengangkat martabat melayu keseluruhannya ke hadapan? Apakah perancangan tuan? Apakah pengisian tuan boleh mencapai sasaran tuan atau tong kosong? Tuan meletakkan agama Islam, bangsa melayu dan kecintaan kepada tanah kita pijak ini di hadapan atau selepas kepentingan lain? Cabarannya besar, tuan mampu ke?

Ini lah yang perlu dijawab oleh calon-calon yang sepatutnya menjiwai ukuran baju di badan sendiri untuk islam, melayu dan tanah tumpah darahnya. Bukan terikat kepada jawatan ketua sahaja. Apa-apa jawatan sekalipun. Bukannya dengan cara membeli dan menjual seperti di pasar. Jika berlaku tawaran beli dan ahli-ahli menjual dengan ”harga” maka jangan disalahkan mereka yang naik jadi pemimpin cara sebegitu tetapi salahkanlah juga diri sendiri yang menjual.

Bagaimana ahli-ahli nak menterjemahnya, terpulanglah.

Komen aku April 2008; Ahli UMNO Perlu Berani Luah Kepincangan

April 2008; komen sikit...
ISU AHLI UMNO PERLU BERANI LUAH KEPINCANGAN

Ahli UMNO perlu berani kerana benar dan berfakta. Bukan membuta tuli. Jika benar sekalipun, perlulah dengan tindakan yang bernas bukan menghancurkan.

Sehingga kini, pilihanraya telahpun berlalu. Faktor bahaya ke arah pembentukan kerajaan bukan BN bukan lagi isu. Yang ada adalah rasionaliti dan pembentukan reaksi ke arah pembetulan dan pengukuhan menjelang musim-musim mendatang. Ini isu pengukuhan UMNO. Jika dilihat pincang, bersuaralah mengikut salurannya. Suara sahaja tidak cukup. Ia perlu disusuli dengan tindakan tepat mengatasi kepincangan. Jika didiamkan ia akan membarah.

Barah lebih bahaya, apatah menghala ke PRU-13 nanti. Keputusan PRU-12 adalah satu fakta dan data yang perlu diteliti dan dikaji dan diambil tindakan segera. Sebenarnya ia barah. Sebab itu tidak dapat dilihat sebelum pilihanraya. Barah akan makin membesar dari masa ke semasa.

Mahathir bukan barah. Mahathir adalah orang ( ahli UMNO ) yang mengenalpasti dan memberitahu bahawa ada barah dan perlu diubati. Beliau ahli UMNO yang diibaratkan sebagai seorang bekas doktor pakar ( ini kerana 22 tahun kemampuan pengekalan kuasanya bukan satu tempoh yang singkat ) yang cuba memberitahu doktor-doktor lain bahawa ada barah. Siapa rasa dia doktor?; doktor-doktor yang mampu untuk mengubati barah, yang rasa layak, rasa mampu harus tampil ke hadapan untuk mengubatinya. Ini tanggungjawab.

Namun harus diingat, mengubati barah mempunyai risiko yang juga besar, namun ia perlu diubati dengan langkah yang betul, oleh pakar. Itu sahaja.

Komen Bulan April 2008; Desakan Tun Mahathir agar PM Berundur

April 2008; komen sikit..
ISU DESAKAN TUN MAHATHIR AGAR YAB PM BERUNDUR
Perdana Menteri adalah kerusi perjawatan. Abdullah Ahmad Badawi adalah individu. Abdullah Ahmad Badawi adalah ahli UMNO sama seperti jutaan ahli yang lain, sama seperti Mahathir Mohamad, juga ahli UMNO.

Kini Abdullah adalah Datuk Seri. Beliau kini adalah Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional. Pengerusi Barisan Nasional adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri selepas PRU-12. Sebelumnya selepas era PRU-11, beliau jugalah Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Perdana Menteri yang kukuh. Perbandingan dua PRU dan keputusannya; PRU-11 menang dengan mandat besar. PRU-12 menang dengan susutan yang tidak dijangka. Kini beliau adalah Perdana Menteri yang kurang kukuh. Sebagai ketua eksekutif pentadbiran yang berkuasa dan mempengaruhi, ini adalah satu tanggungjawab. Yang ditekankan oleh Tun Mahathir sebenarnya adalah pertanggungjawaban dan kemampuan pengurusan tepat pada penyandang kerusi penting ini. Bukannya Datuk Seri Abdullah sebagai individu. Ini sebenarnya adalah suara ke arah pengukuhan Presiden UMNO yang tepat, Pengerusi BN yang tepat dan Perdana Menteri yang tepat. Datuk Seri Abdullah juga berpeluang menjadi Perdana Menteri yang tepat ini, itu rasionalnya. Untuk itu beliau sendirilah yang perlu bertindak dengan tepat. Kelebihan ada padanya kerana kuasa ada padanya hari ini. Salah tindakan, bukan orang lain yang salah tetapi Abdullah sebagai individu yang juga ahli UMNO yang tersalah. Peluang ada di tangannya untuk menjadi Presiden UMNO yang lebih kukuh dari semalam. Kukuh secara terhormat tidak sama dengan yang dipaksakan kerana ada barah dibawahnya. Begitu juga sebagai ahli UMNO yang lain yang berfikir layak dan mampu untuk pengisian Presiden, peluang juga ada, jangan ditahan. Sebenarnya yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah suara reaksi ke arah pembentukan presiden UMNO yang dihormati, yang akan mengukuhkan Barisan Nasional yang akan berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk memudahkan segala perancangan dan perlaksanaan dapat dipacu dengan bermandat, yakin dan selamat ke hadapan.


IDOLA KU NAIK SHAIKH











Letih dan penat dulu. 1999 dan sebelumnya.
Ketika Anwar di dalam UMNO lagi, pelik memikirkan di mana keistimewaan tulen makhluk ini! Bila berbicara, berpentas dia merasa itulah dunia yang dia cipta. Dia translatekan pada audien. Dikutip bahasa dan frasa. Dikutip nama-nama sarjana yang disandar kepadanya "Shaikh sana-Shaikh sini" semua dia kenal, yang ketika itu belum menjadi tren. Berbunga-bunga nan indah. Takjub. Manusia bertepuk sorak. Terhibur. Inilah pemimpin masa depan! Walhal isinya hampas!

Tren pengucapan Anwar dilihat idealis. Hakikatnya hanya hiburan, menonjol, maka ramai yang jatuh cinta kepada Anwar.Dia sebenarnya artis, orang seni dalam dunia dia. Boleh jadi Shaikh, boleh jadi Sivaji, boleh jadi Robin Hood, boleh jadi Mandela. Bukan setakat perempuan yang sukakan rupa paras dia yang cantik manis, lelaki juga terpesona. Ramai. Azizah masa tu tak tahu apa-apa. Doktor dia pun entah ke mana. Dok rumah, tukang angguk. Adik beradik kata, dok kena makan penampar je. Ada kes mahkamah shariah pun. Ada kuasa boleh tarik punya. Anwar punya kerja. Dulu pun ada kes rogol budak perempuan di Bangunan Bahagian Anwar semasa dia dalam UMNO, ada kuasa. Dia jugak yang tarik dan hilangkan kes tu.

Anwar menjadi idola. Gayanya ditiru, dikutip ke atas pentas. Maka ramailah selepasnya yang berikonkan dia membawa gaya pengucapan yang sama. Tren baru, sengau, bersahaja, naik-turun bersulam tegas dalam jenaka, semangat. Ini tiket untuk menjadi pemimpin. Mudah. Pandai berucap!!! Anwar Ibrahim hebat!!!..? Ezam terpesona, Azmin terpesona ( bini dia pun sama, terpesona), kiri-kanan. Depan belakang, ramai lagi. Chandra Muzaffar juga. Dr Munawar pun, Sukma pun. Tu kira orang cerdik tu. Korporat pun ramai. Hari ni dah jadi ustaz-ustaz. Dalam UMNO dulu pun ramai, bijik mata Mahathir di dalam surat khabar ditojoh, di buat lanun. Ada siung pulak lagi. Dalam UMNO yang takut hilang jawatan dunia ramai juga masa tu, tiket kesenangan macam Anwar ajar. Ramai. Zahid pun biasa bela dia, bahasa nepotisme, bahasa kronisme. 1997-98. Ini semua "isme-isme" Anwar Ibrahim (bahasa yang sama di Indonesia). Tapi apa jadi pada Zahid dalam mesyuarat tindakan MKT ketika tu? Ada Anwar bela dia?

Manusia kata kenal dia. Ramai kata kenal. Tidak mungkin seorang manusia sesuci Anwar Ibrahim buat silap, buat dosa. Dia ikon. Dia pejuang islam! Berbicara di atas pentas masjid! Ada kewalian. Maksum. Itu kata ramai, orang yang rasa kenal tapi hakikatnya tak kenal pun, tengok jauh-jauh saja, luar-luar saja. Tapi rakan-rakan se MCKKnya dulu kata lain. Yang kenal dia. Keling yang 30 tahun rapit dengan dia dulu juga sewaktu zaman bahagia dulu kata lain, hari ini atas "kepentingan negara?, sayangkan negara" pun kata lain. Pun penipu. Dulu menipu hari ni insaf lah kot. Nalla, penipu yang kembali sedar, atau baru nak mengaku sedar. Menyusahkan orang. Macam Ezam. Macam Chandra juga. Ada lagi. Banyak. Luqman pun. Dr Rahim Ghouse mana? Senyap-sunyi. Insaf kot. Nalla Karuppan kata," Dulu duit Magnum tu lah Anwar Ibrahim dok pakai. Hari ni dia kata berjudi haram, Magnum haram. "Muka Anwar Ibrahim pagi lain, petang lain, malam lain. Tipu punya orang, tadak prinsip la ini orang. Apa yang Mahathir kata pada Anwar tentang Anwar, semuanya betul. Anwar bukan penganut agama islam yang baik, bulan puasa pun dia buat banyak benda-benda tarak betul, saya tau la. Kaki perempuan, tiap-tiap hari mau lain perempuan. 30 tahun saya kawan baik sama dia. Ingat ka dia mau ubah. Tarak berubah la ini orang". "Sivaji" ini mau kasi rosak negara ". Nalla yang kata. Bukan saya. Kawan baik dia yang kata. Berkawan 30 tahun. Tokeh Magnum.

"Mohamad Sabu yang segar bugar" kononnya bertiket islam, hari ni senyap-sunyi. Menuli. 90-an dulu dialah yang kata atas pentas Parti Islam seMalaysia pulak tu, "Anwar Al-Juburi". Bukan saya kata, dia yang kata. Disambutlah segala "pengaku ulama", para-para ustaz dan pengaku anbia' ini, diusung cerita ke segala ceruk pentas. Bertepuk soraklah para pengikut. Terhibur dengan cara macam persembahan ustaz-ustaz hebat ini. Betul!!!, Anwar Al-Juburi!!! Allahuakbar!!! Takbir!!!Hari ni duduk sekali. Kita nak panggil apa? Mana boleh panggil munafik pada ustaz-ustaz, pengaku ulama. Dosa. Dia orang ni boleh la panggil orang lain munafik sebab taraf dia tinggi setinggi tuhan. Ada seorang bekas Imam yang lebih tahu. Pengakuan orang yang kena sumbat dengan Anwar sendiri kepada dia. Pun diam. Subahat la tu.

Sewaktu menjawat Menteri Pelajaran, yang terhebat Anwar buat adalah menjadikan dirinya Menteri kepada Kementerian Pendidikan. Tukar nama, jadilah dia Menteri Pendidikan pertama di Malaysia. Hebat! Sebelumnya selaku Menteri Pertanian, dihambatnya segala para-para tikus di bendang. Perang!!!Menjadi Menteri Kewangan, Apa tu "Management By Out"?, dia tanya. Tapi orang putih iktiraf dia The best Finance Minister!!!, Menteri Kewangan yang terbaik dalam dunia lah kot. Sebab tu gamaknya dia bawak masuk pakej mula IMF 50 million dulu. Masa krisis ekonomi 90-an dulu.Abdullah masa tu dok sembunyi belakang pokok getah saja, gara-gara Pak Shaikh ni. Kena timbus. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim boleh suruh dia jadi tukang angkat kasut saja. Kena gelak dengan geng Anwar Ibrahim pemimpin hebat yang banyak duit. Seantero UMNO kena beli dengan duit. Berebut. Ada jawatan ada duit. Kena pegang terus jawatan, beli undi, bertambahlah duit. Pandai Anwar Ibrahim ajar. Raja Duit. Yang lingkup? UMNO. Tak apa janji ada duit! Anwar Ibrahim hebat! Jom join Anwar! Pemimpin masa depan.Yang Perdana Menteri pula ketika tu kata kita tidak akan tunduk dengan desakan IMF dan Bank Dunia. Anwar kritik Mahathir ke segala pelusuk rantau. Kaki-kaki dia ramai. Kaya-kaya pulak tu. Macam-macam dia kata pada Mahathir, Bodo! Akulah yang pandai. Dipolisikan; pinjaman-pinjaman bank disekat. Bank-bank kena kutip balik hutang-hutang. BLR naik. Perniagaan tidak boleh kembang. Lingkup. Hutang kena bayar. Melambung pulak tu. Kesan dia, orang pun tak boleh bayar hutang, bank pun tak boleh kutip apa-apa. Ekonomi merudum. Negara di ambang kelingkupan. Hebat Anwar Ibrahim.
Sanusi biasa kata, "Bukan susah jadi menteri ni."
Akhirnya Perdana Menterilah juga yang kena ambil alih portfolio Kementerian Kewangan ni. Daim dipanggil semula walaupun dah "Tun". Datanglah balik orang tua tu pasal nak selamatkan negara. Ha! naik perbaik yang rosak tu lah yang susah. Tapi dia boleh buat. Hari ni Pak Shaikh ni ada re-carnation. Dia lah yang biasa jadi menteri itu dan ini, bagitau semua orang. Pengalaman luas! Tahu menguruskan negara. Dia lah yang layak jadi Perdana Menteri. Yang dia tak bagi tahu berapa banyak duit Foundation of the Future, anak perempuan Dick Cheney dah rasuah dia, USD beb. Good fren to Wolfowitz lagi. Nak ditambah lagi. Mohamad Sabu dan seangkatan dia pun tepuk sama. Sebab tu menikus. Pengaku-pengaku ulama pun tepuk sama sebab Anwar Ibrahim boleh turunkan harga minyak dunia sebanyak 30 sen sambil pakai Ray-Ben je. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Orang yang iktiraf dia Menteri Kewangan terbaik dunia dulu hari jugaklah yang provok mengatakan dia bakal Perdana Menteri Malaysia, tak gitu Pak Habib?
Ezam sekongkolan Anwar hari tu jugak lah yang hari ni bagi komen khuatir dan mesti ada muslihat bahawa akhbar Yahudi mencanangkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Walhal kita dah bagi tahu daripada dulu lagi dah. Sewaktu Anwar dalam UMNO lagi! Sewaktu dia memporak-porandakan UMNO lagi dulu dengan budaya duit dia! Yang kau bengong ikut dia dulu sebab apa. Menyusahkan orang. Menyusahkan negara. Hari ni nak tunjuk pandai. Sebenarnya tunjuk kebodohan diri sendiri. Macam mana nak jadi pemimpin?Tu la yang penat tu. Waktu UMNO busuk, di rosakkan oleh "Pak Shaikh" ni. Pakat semua diam, sembunyi, takut. Bela dia lagi ada la. Macam-macam orang kata pada UMNO. Menikus.Hadirlah orang-orang yang sedar ke depan. Tak perlu jawatan pun. Masa tu dikira orang jahat la. Tidak ada kepentingan kecuali kepentingan melayu, islam. Berani berkata benar! Bila dah cantik dah wangi, semua yang berduit pakat-pakat tampil beli jawatan UMNO. Berebut-rebut balik. Yang dulu penyokong "die-hard" Anwar pun tampil semula. Nak hidup. Berduit. Beli saja jawatan.
Ingat pasar malam!!!?
Pegang jawatan-jawatan besar dengan kereta-kereta yang besar. Agenda pengukuhan sebenar diabaikan. Mendongak langit melupa tanah, pengukuhan politik diri yang diutamakan, membina kesenangan. Orang lihat, rakyat lihat. Diri lupa sebab kasta tinggi. Tak perlu peduli pun apa orang kata. Bila rosak, busuk pakat-pakat menuding jari pada lain. Lupa muhasabah diri.
"Sedih. Penat melihat UMNO diruntuhkan oleh politikus-politikus ni".
from alfahizal 23 April 2008