Pemolo

Thursday, October 30, 2008

Komen Bulan April 2008;

April 2008; komen sikit...
ISU DATO’ MUKRIZ SEDIA BERTANDING KETUA PEMUDA

Mukriz Mahathir adalah ahli UMNO. Sebagai ahli yang fikir dia layak, berkemampuan, mempunyai perancangan memimpin maka sebenarnya tidak ada apa-apa isu pun yang perlu dibincangkan. Ia perlu dihormati kerana mengambil risiko untuk satu tanggungjawab yang besar dan berat.
Begitu juga Mohamad Khir atau Khairy Jamaluddin jika nak bertanding, bertanding saja. Ahli, sama saja. Jangan prejudis. Atau sesiapa pun lagi yang mahu bertanding. Bertanding saja. Tapi ukurlah baju di badan;
Persoalannya; ”Jika tuan mahu mengisi perjawatan ketua ini apakah faedahnya yang dapat tuan beri dari segi Misi dan Visi bangsa tuan? Matlamat tuan yang sebenarnya apa? Dapatkah tuan mengangkat martabat melayu keseluruhannya ke hadapan? Apakah perancangan tuan? Apakah pengisian tuan boleh mencapai sasaran tuan atau tong kosong? Tuan meletakkan agama Islam, bangsa melayu dan kecintaan kepada tanah kita pijak ini di hadapan atau selepas kepentingan lain? Cabarannya besar, tuan mampu ke?

Ini lah yang perlu dijawab oleh calon-calon yang sepatutnya menjiwai ukuran baju di badan sendiri untuk islam, melayu dan tanah tumpah darahnya. Bukan terikat kepada jawatan ketua sahaja. Apa-apa jawatan sekalipun. Bukannya dengan cara membeli dan menjual seperti di pasar. Jika berlaku tawaran beli dan ahli-ahli menjual dengan ”harga” maka jangan disalahkan mereka yang naik jadi pemimpin cara sebegitu tetapi salahkanlah juga diri sendiri yang menjual.

Bagaimana ahli-ahli nak menterjemahnya, terpulanglah.

No comments:

Post a Comment