Pemolo

Thursday, October 30, 2008

Komen aku April 2008; Ahli UMNO Perlu Berani Luah Kepincangan

April 2008; komen sikit...
ISU AHLI UMNO PERLU BERANI LUAH KEPINCANGAN

Ahli UMNO perlu berani kerana benar dan berfakta. Bukan membuta tuli. Jika benar sekalipun, perlulah dengan tindakan yang bernas bukan menghancurkan.

Sehingga kini, pilihanraya telahpun berlalu. Faktor bahaya ke arah pembentukan kerajaan bukan BN bukan lagi isu. Yang ada adalah rasionaliti dan pembentukan reaksi ke arah pembetulan dan pengukuhan menjelang musim-musim mendatang. Ini isu pengukuhan UMNO. Jika dilihat pincang, bersuaralah mengikut salurannya. Suara sahaja tidak cukup. Ia perlu disusuli dengan tindakan tepat mengatasi kepincangan. Jika didiamkan ia akan membarah.

Barah lebih bahaya, apatah menghala ke PRU-13 nanti. Keputusan PRU-12 adalah satu fakta dan data yang perlu diteliti dan dikaji dan diambil tindakan segera. Sebenarnya ia barah. Sebab itu tidak dapat dilihat sebelum pilihanraya. Barah akan makin membesar dari masa ke semasa.

Mahathir bukan barah. Mahathir adalah orang ( ahli UMNO ) yang mengenalpasti dan memberitahu bahawa ada barah dan perlu diubati. Beliau ahli UMNO yang diibaratkan sebagai seorang bekas doktor pakar ( ini kerana 22 tahun kemampuan pengekalan kuasanya bukan satu tempoh yang singkat ) yang cuba memberitahu doktor-doktor lain bahawa ada barah. Siapa rasa dia doktor?; doktor-doktor yang mampu untuk mengubati barah, yang rasa layak, rasa mampu harus tampil ke hadapan untuk mengubatinya. Ini tanggungjawab.

Namun harus diingat, mengubati barah mempunyai risiko yang juga besar, namun ia perlu diubati dengan langkah yang betul, oleh pakar. Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment