Pemolo

Tuesday, November 25, 2008

Malu...Sedih; Hilang Maruah

1. Ketika "Reformasi!!!" dilaung-laungkan ketika itu... Kerana kita sedar laungan itu adalah satu "propaganda merapu" yang datang dari orang yang juga merapu; atas kesedaran, atas memahami, atas rasa memperbetulkan yang salah, satu jiwa perjuangan, satu semangat dan kekuatan terbentuk dari dalaman diri; insaf & bermaruah. Tanpa segan silu diri ini pada ketika itu, tahun 1998-99 mengaku "Aku UMNO!!!" di tengah-tegah gelombang reformasi.
Bendera UMNO berkibar, lencana UMNO, sticker UMNO & apa-apa sahaja yang umno tak lekang, sentiasa tersemat, terlekat - tiada perasaan takut dan gementar pun! Menongkah gelombang "reformasi tipu" yang besar. Berkorban masa duit ringgit. Membina, menyedarkan sekelompok minoriti UMNO di Permatang Pauh supaya bangga dan keluar berjuang tanpa mengira jawatan ( kerana yang berjawatan ketika itu tidak melaksana tanggungjawab dengan ruh sebenar UMNO di Permatang Pauh - mereka malu mengaku diri UMNO! ).
Ketika itu rasa amat bangga, rasa amat bermaruah mengaku kepada sesiapa sahaja, menayang dada bahawa "Aku UMNO!!!", "Mari berdepan!".

2. Tetapi hari ini setelah UMNO dicantikkan dimaniskan, dipulihkan sebelum tahun 2004, dan kini 2008 UMNO diruntuhkan, hati ini rasa malu dan terasa seperti hilang maruah bila mengaku dengan bangga dan menayang dada bahawa "aku umno"... (walaupun di dalam hati amat teramat menyayangi UMNO)... malu mengaku bahawa aku umno dari kelompok yang tiada maruah. Siapa yang membuat UMNO hilang maruah? Tiada ruh.

- sedih kerana UMNO telah hilang maruah!
Terima Kasih kepada politikus-politikus UMNO...

No comments:

Post a Comment