Pemolo

Monday, December 19, 2011

ADLI menghina PM??? Apa salah Najib pada dia?

mayangperapu.my



1. Encik Adli Bin Abdul Halim seorang anak melayu yang mendapat peluang daripada dasar kerajaan. Beliau berjaya ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris walaupun keputusan peperiksaannya agak longgar berbanding orang lain. Beliau penuntut pengajian bahasa inggeris sebagai bahasa kedua di UPSI yang dibangunkan oleh kerajaan BN. Subsidi pendidikannya dan segala kemudahan pembelajarannya juga selama ini dibantu dan diwujudkan oleh kerajaan BN. Bukan Pas, bukan PKR dan bukan DAP.

2. Budak Penaga Seberang Perai dari Permatang Bertam Kepala Batas ini adalah contoh seorang manusia yang takbur dan tidak bersyukur kepada nikmat yang telah dianugerahkan kepada negara yang makmur ini dan dirinya sendiri secara khusus. Ayah pemuda yang dilahirkan pada tahun 1989 ini pun adalah pesara yang mendapat pencen daripada kerajaan BN.

3. Budak ini telah terjebak dengan momokan dan putar-belit Pas dan mungkin juga PKR apabila beliau telah menyerang PWTC dalam majlis orang dan menurunkan bendera berbentuk gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak.
4. Beliau sepatutnya menyerang Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau kepimpinan DAP yang kini menekan melayu termasuklah untuk membuang kelebihan seperti mana yang Encik Adli dapat di UPSI sebagai seorang melayu. Lagi pula DAP kini dalam agenda menebarkan kristian dan usaha-usaha ini begitu giat dibuat oleh mereka di Pulau Pinang, Selangor dan di Sabah-Sarawak. Kenapa dia tak serang?

5.Masalahnya, apa yang Najib buat pada dia sampai hatinya begitu gelap dan busuk berpenyakit? Beginikah bakal guru yang akan dilahirkan daripada kilang yang dibangunkan oleh BN sendiri.

*Pasti ada yang tak kena di UPSI ni. Ada kelompok munafik seperti Abdullah Ubai @ Abdullah Saba’ dah masuk jarum mungkin. Pokoknya siapa yang membenarkan anasir berbalut islam tetapi sebenarnya peruntuh Islam ini masuk ke Institut Pengajian yang matlamatnya untuk melahirkan modal insan kepada negara ni.
Apa peneraju UPSI buat ni?

Thursday, December 8, 2011

PEMBOHONGAN LIM GUAN ENG TENTANG PELABURAN DI NEGERI PULAU PINANG; Macam Biasa.

mayangperapu.my


NCIA (Northern Corridor Implimentation Authority), yang merupakan badan statutari inisiatif kerajaan Pusat (BN) di bawah akta 687 NCIA 2008 yang bertanggungjawab membangunkan (Wilayah Ekonomi) Koridor Utara (NCER) dan bertindak selaku fasilitator sama ada pelaburan dan pembangunan unit-unit sini. Dalam kata lain NCIA adalah sebahagian daripada badan yang ditubuhkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bagi peringkat negeri Pulau Pinang sahaja NCIA telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

1.      Di peringkat negeri Pulau Pinang, jumlah inisiatif/pelaburan/kerjasama dengan pihak swasta setakat ini berjumlah RM8.1 billion. Peluang pekerjaan yang telah dijanakan adalah sebanyak 7,132 pekerjaan.
2.      Selain pewujudan peluang pekerjaan, syarikat –syarikat swasta ini juga digalakkan untuk melaksanakan pembangunan vendor tempatan.
3.      Bagi inisiatif pembangunan sumber manusia, didalam setiap program yang dilaksanakan bersama, pihak NCIA menitikberatkan jaminan pekerjaan  yang perlu disediakan oleh syarikat swasta yang terlibat.
4.       Syarikat-syarikat swasta juga perlu melaksanakan CSR bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan/perniagaan kepada penduduk-penduduk luar Bandar dalam meningkatkan taraf hidup serta pendapatan keluarga.

Persoalannya: LIM GUAN ENG sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menceritakan ini semua, iaitu pelaburan yang dibawa masuk ke Pulau Pinang bernilai RM8.1 billion dengan plebih 7,000 pekerjaan baru itu dibuat oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, begitu juga bagi sebahagian besar daripada RM4 bilion lagi, juga oleh agensi-agensi dan badan kerajaan pusat yang lain. Lim Guan sebaliknya menceritakan bahawa RM12 billion pelaburan ke Pulau Pinang seolahnya dibuat oleh beliau dan kononnya atas kebijaksanaan pentadbiran beliau. Beliau mencanang ke seluruh pelusok negara. Yang beliau tak memberitahu rakyat adalah, sebenarnya beliau dan kerajaan Pakatan DAP-Pas-PKR negeri Pulau Pinang gagal. Beliau hanya berjaya main wayang untuk menipu rakyat! 

Mayang: agak sedih, lebih lagi pelik!, bila pihak NCIA sendiri menutup mulut. Begitu juga badan-badan lain yang telah berjaya membawa masuk pelaburan ke Penang! (kalau setakat menjawab seperti melepas batuk di tangga, buat apa?). Kan ke pelakon grammy (Guan Eng) tu dah take advantage, lembu punya susu, sapi dapat nama?  

Thursday, December 1, 2011

DOA HIMPUNAN MELAYU & HARAPAN

mayangperapu.my


1. Mayang masih risau melihat bacaan pada himpunan melayu-islam UMNO kali ini (yang sedang berlangsung). Masih kabur arah, semangatnya juga tidak ada apa-apa yang unggul walaupun YAB Presiden telah memulakan ucapannya yang baik. Macam biasa, macam lepas-lepas.. Rohnya seperti tersangkut pada mana-mana, tidak mengalir ke segenap anggota, ke saraf, ke jantung. Jiwanya seperti tiada perasaan ke nadi-nadi penggerak. Masih lena barangkali. Mayang masih mencari-cari booster yang berlainan dari biasa, tapi tetap tidak kelihatan.
2. Peringkat kepimpinanan bahagian dan pemain-pemain politik kem seolahnya masih dengan lagu dan mainan sama,  walaupun YAB Presiden telah berusaha sedaya upaya meletupkan sesuatu ke sanubari semua yang hadir. Begitu  pula perwakilan masih bersenyum simpul, seperti tiada ancaman serius yang berlaku di luar sana. Sedangkan perkara itu ada. Kejituan semangat dan roh  Agama Islam, Bangsa Melayu dan perjuangan mempertahankan nusa itu belum juga sampai, juga tidak pun begitu padu dalam erti kata roh Islam, Iman & Ehsan yang sebenar.  Masih belum faham barangkali atau masih melayang-melayang dengan dengan  cerita-cerita dongeng. Masing-masing masih cuba melingkarkan kepandaian berteori masing-masing. Tidak sampai menjerap dan meresap pun ke jiwa rata-rata orang Melayu yang dahagakan kepada sesuatu yang jelas dan munasabah  sebagai satu tonik menghadapi pilihanraya yang sebenarnya pada kali ini cukup genting sekali.
3. Kitaran lingkaran masih kelihatannya masih bertongkat nafsu kepada keinginan menjadi calon dan caturan-caturan tertentu. Ini dapat dirasakan di kitaran luar dewan. Muat baju yang ikhlas masih tidak diukur oleh yang empunya badan. Masih pada kepentingan kendiri nampaknya. Jadi bagaimana yang dikatakan bersedia itu? Terlupa Tsunami dulu barangkali. Kasihanilah orang-orang melayu. Pemain-pemain dalamnya masih sebegitu, pemain-pemain luar pula menyucuk jarum bersenjatakan kulit agama dan kononnya standard hak asasi manusia kepada bangsanya sendiri dengan mengasing-asingkan itu dan ini. Apa akan jadi?
4. Tiada lain barangkali, toniknya harus berada kepada bagaimana untuk mengimankan UMNO ini pada landasan sirratul mustaqim. Sudah disebut lama tetapi pemain-pemainnya kelihatannya masih dalam kerohanian serupa yang lagho walaupun degarnya kelihatan hebat daripada biasa. Sempatkah ditiupkan roh Iman dalam masa yang begitu singkat ini? Waktunya semakin tiba. Katanya juga gendang akan dipalu tidak pun lama lagi yang azannya akan masuk ke azan kedua. Tiada ubat jika UMNOnya tetap UMNO yang sama.
Harapannya esok (hari ke-2) menjanjikan sesuatu yang bermakna.
Semoga Allah SWT melindungi nusa ini dari bangsanya sendiri hilang maruah dan hak mereka.

Tuesday, November 29, 2011

GIMIK BARU PAS: Genting Highland !!!

mayangperapu.my



Apabila Pas tidak dilihat Islam lagi oleh orang Melayu, Gimik baru dicipta lagi. Selain Hudud yang diulang-ulang, Pas pun tahu dia tidak akan mampu menawan Pahang kecuali menipu orang Melayu Pahang dengan Gimik terbaru;

State PAS chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man told The Malay Mail the party may consider closing up Resorts World Genting’s gambling operations if it wins the State. But first, will need to discuss with its coalition partners and relevant stakeholders before a consensus is reached. “Genting is still on lease from the State government. We need to see how we perform during the next general election. But we will discuss with our component parties. This involves religious concerns. The discussion will also include all stakeholders.”

Teliti kepada, "Tetapi kami perlu mendapatkan persetujuan rakan-rakan pakatan dan pihak-pihak berkepentingan dulu sebelum keputusan sebulat suara dibuat".

Wayang yang biasa dibuat Pas sedangkan masalah judi dan maksiat di Kelantan, Kedah, Selangor & Pulau Pianang tidak pun mereka tangani dengan serius, melainkan wayang dan terus mewayang kepada orang-orang islam. Begitulah keadaannya apabila Hudud yang dicanang yang telah dilulus sejak 1993 tidak pun secara istiqomah mereka laksana. Cuma baru-baru ini sahaj timbul. Kenapa? Sebab Pilihanraya lagi...
Mayang: Hajatnya tinggi untuk menipu orang islam yang dia tahu dia tak mampu laksana.

GIMIK POLITIK Siapa? Pas atau Harbi?

mayangperapu.my


Teresa Kok: Orang yang sama yang menentang azan! orang yang sama menentang Menara Warisan yg mewakili bumiputera tetapi tidak pula menentang menara2 yg dibangunkan oleh kumpulan cina seperti YTL @ Berjaya Group di kawasan yg sama. Dan orang yang sama mengedar daging korban... Dia berkorban prinsipnya sedikit untuk menipu hati orang islam. Orang islam sendiri yang membuka pintu kepada musuh islam ini masuk ke dalam. Kerana apa? kerana dengki, khianat & busuk hati orang islam kepada saudara2 islamnya yang lain... Halal lah...

* sekelilingnya pun orang Islam, tidak cukup di surau dilambak aurat, Pas mengangkat pula penentang islam ini supaya yang islamnya memberikan undi kepada harbi seperti ini yang jelas prinsip mereka "langkah mayat mereka dulu sebelum islam hendak ditegakkan"... subhah Pas ini tidak pernah dibuat Rasulullah SAW!

Monday, November 28, 2011

DOA; Menjelang Himpunan Melayu Islam. Allah Hu Akbar !!!

mayangperapu.my


Menjelang Perhimpunan Umat Melayu;


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Mu Ya Allah, Maha Suci Engkau. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, kami memohon ampun serta bertaubat kepada-Mu. Segala puji-pujian bagi Mu dan tiada kekuatan melainkan dengan-Nya, dan salam sejahtera ke atas Nabi Allah Muhammad S.A.W.

Ya Allah, bukalah untuk kami pintu-pintu rahmat-Mu, masukkanlah kami ke dalam urusan agama kami dengan kemasukan yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolong kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami, sesungguhnya Engkau Maha Luas kurnia-Nya. Ya Allah lindungilah kami dari sebelah atas daripada disambar, dari sebelah bawah kami daripada ditenggelamkan dan dari kanan dan kiri kami daripada syaitan yang direjam.

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah kami supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepada kami dan kepada ibu bapa kami, dan supaya akan tetap kami mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunan kami. Sesungguhnya kami bertaubat kepada Mu, dan sesungguhnya kami daripada orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepada Mu)

Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketaqwaan kepada kami dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah kami meomohon perlindungan Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabul.

Ya Allah, perbaikkanlah hati-hati kami dalam kebaikan, dan perelokkanlah hubungan antara kami, dan tunjukkan kami jalan-jalan ke syurga-Mu, dan selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada Nur-Mu, dan jauhilah kami daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan fitnah sama ada yang zahir atau tersembunyi. Berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, dan jadikanlah kami mensyukuri nikmat-nikmat Mu, memuji-Mu dengannya, menerimanya. Sempurnakanlah ia ke atas kami.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kami mohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal!.

Ya Allah kami menghadapi hari ini dengan bersaksi terhadap-Mu, dan terhadap para malaikat pemikul Arasy, dan para malaikat-Mu dan setiap makhluk-Mu, bahawa Engkau merupakan Ilah yang benar dan Nabi Muhammad ialah hamba-Mu dan utusan-Mu.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad) nikmat yang tidak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad S.A.W di syurga yang paling tinggi selama-lamanya. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad S.A.W serta para-para sahabat baginda.

Maha Suci Engkau, ya Allah, dan kami mengucapkan segala puji-pujian kepada-Mu. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, kami memohon ampun serta bertaubat kepada-Mu, Ya Allah.

Ameen.

Wednesday, November 23, 2011

VIDEO & KOMUNIS MAT SABU

mayangperapu.my


1.Chuah Soi Lek seorang cina. Apabila video terdedah walaupun tak jelas mukanya, beliau dengan gentleman mengaku salah & meletakkan jawatan. Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yg mepersoal @ kata jangan letak jawatan. MCA pun kata ok.

2.Elizabeth Wong seorang cina. Apabila kangkangnya terdedah jelas, dia pun mengaku itu kangkangnya, Nik Aziz membela penzina ini dan Anwar kata jangan lepas jawatan, buat bodo saja. Siap dapat hadiah cuti.

3.Anwar Ibrahim seorang islam. Apabila bervideo2 terdedah aktiviti zina yang jelas muka & batang tubuhnya dgn tidak gentleman menyalahkan orang2 lain, objek lain & bukan diri dia. Tidak berani mubahalah, tidak berani bersumpah dan tidak melepaskan jawatan. Malah aktiviti menegakkan benang basahnya disokong oleh Hj Hadi, Nik Aziz dan kepimpinan orang islam Pas. Video telah dimarah dgn begitu rupa kerana dia besi.

4.Mat Sabu seorang islam Pas. Apabila dia berkhalwat dengan bini orang, terlondeh segala2nya di Kelantan negeri islam yg Pas perintah. Oleh sebab rupanya dia komunis maka hudud telah tidak dilaksankan ke atas beliau dan dia dilepaskan saja. Sekali lagi Nik Aziz dan segala kepimpinan yang kononnya nak laksanakan hudud, tidak melaksana hudud kerana hudud tidak berkuatkuasa ke atas seorang komunis. Komunis itu hari ini adalah Timbalan Presiden Pas.
 
mayang: Pas itu benar, Nik Aziz itu benar, Mat Sabu itu benar, Anwar itu benar, Eli Wong itu benar, yang x benar adalah Chuah sebab dia je x islam?  Errr... Mat Sabu yang kata Anwar Al-Juburi kan? bukan mayang.






Tuesday, November 22, 2011

KEBAJIKAN PAS: TAMAN TEMA ESCAPE DI TELUK BAHANG

dikait anilnetto.com
mayangperapu.my

TEMA BARU PAS?


1. Majlis Perbandaran Pulau Pinang meluluskan 44 ekar untuk Taman Tema RM120 juta di Empangan Teluk Bahang. Projek Gajah Putih Lim Guan Eng kroni Pas & PKR ini akan siap pada 2013 (bagi fasa 1). Kesemuanya 3 fasa dalam masa 6 tahun (sila rujuk Escape Penang website). Tanah milik PBA yang dikuasa DAP-Pas-PKR ini dipajak 60 tahun kepada operator. Umum pun tahu semenjak mereka menguasai kerajaan Pulau Pinang keuntungan PBA telah susut dengan begitu teruk (jatuh lebih 5 kali ganda - 2009). Mana tidaknya, bayangkan duit hospital Mat Sabu (salah seorang pengarah) yang tidak ada kena mengena dengan belanja PBA pun dibayar menggunakan wang PBA, lebih RM8000 bagi luka kecil semasa beliau menyertai Demo BERSIH!

2. Bagi kes Taman Tema di Teluk Bahang ini, jalannya yang sedia sempit akan disempitkan lagi dengan sesak-lambak trafik apabila taman ini dibuka nanti. Kawasan hutan dan tadahan akan dinoda pula oleh kerajaan DAP-Pas-PKR sedangkan kawasan pelancongan ini yang dulunya terkenal kerana hutan, bukit dan air laut yang membiru, kini telahpun sesak dengan penempatan dan perumahan elit puak-puak Guan Eng, ditambah pula dengan hotel-hotel mewah. Dimaklumkan menghala ke sini 6 buah hotel lagi akan dibangunkan di perbandaran. Pembangunan jenis apakah ini? Untuk siapa? Mungkinkah ada harga lain disebaliknya? Sedangkan tidak ada apa makna pun kalaulah ini hendak disebut sebagai pembangunan! Apatah lagi sebagai Pembangunan Islam yang Pas laung-laungkan.

3. Persoalan yang lain, adakah kesesakan trafik sedia ada yang telah memerangkap rakyat tempatan Pulau Pinang akan selesai dengan harga sebuah pembangunan yang merosakkan alam seperti ini? Sudah tentunya rakyat Pulau Pinang yang merana kerana terpaksa membayar harga kegagalan salah urus negeri yang telah mereka pilih dulu.


Mayang: mungkin ini yang disebut KEBAJIKAN islam oleh Pas. Di dalamnya nanti Pas nak isi apa? Tidak cukupkah lagi MAKSIAT di Pulau Pinang. Kebajikan kepada siapa ni!?

Saturday, October 22, 2011

KUFUR NIKMAT

mayangperapu.my
1. Manusia lupa pada nikmat besar yang ada dan sebaliknya melihat kepada sedikit yang tidak sempurna. Malah menyalah sana-sini tanpa mencermin diri. Lupa adalah sifat insan. Manusia yang tidak bersyukur Allah SWT sebutkan mereka ini sebagai kufur nikmat. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat ". (Ibrahim:7).
Jangan sampai kita menerima bala' kesan akibat daripada kita sendiri tidak menjunjung peringatan Allah SWT. Antara lain ini juga peringatan kepada bahaya Fitnah yang kesannya besar kepada umat Islam yang tidak bersyukur digambarkan sebagai, “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (al-Baqarah:191)
dan “Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (al-Baqarah:193) (Ayat-ayat ini sebenarnya dikaitkan sebagai Fitnah yang diterjemah sebagai Syirik!).

2. Dalam pada itu kita juga harus melihat di tanah air kita, siapakah musuh islam yang sebenar dan adakah kita secara sengaja atau tidak telah menjunjung mereka. Sejelas-jelasnya yang menentang Islam adalah kelompok yang berpotensi mengambil-alih negara yang matlamat mereka adalah untuk memerintah. Di sini bentuknya adalah di dalam pertubuhan yang bertanding mendapat sokongan secara nisbah. Mereka yang mempunyai parti dan pengikut yang matlamat mereka adalah untuk berkerajaan. Parti DAP telah berulangkali dalam nada jelas dan tegas menyatakan tentangan terhadap Islam atau Negara Islam sekali pun. Tindak tanduk mereka jelas kearah itu. Tidak pernah berubah waima semenjak dulunya menyokong Chin Peng sehingga hari anak-anak buahnya menzahirkan tugu peringatan yang dijaga itu (salah satunya di Nilai Negeri Sembilan).




3. Kerana iri hati barangkali, kenapa boleh ada golongan islam yang berpakat dengan kelompok seperti ini.


Perumpamaan hari ini adalah seperti menjulang puak yang jelas menentang agama Islam atau apa-apa juga yang berkait Daulah Islam seperti puak DAP yang jelas menentang sehingga menyatakan mereka sanggup mati dulu kalaulah Islam hendak ditegakkan. Mereka ini yang mahukan agama lain disamatarafkan dengan islam dan membenarkan keadilan agama berbentuk penganut Islam yang juga boleh bertukar ke agama lain (murtad) itu sebagai keadilan, seperti yang jelas diperjuangkan oleh S. Ambiga.

Puak seperti ini dalam pengkisahan lalu daripada sirah Rasulullah SAW jelas disebut KAFIR HARBI (golongan kafir yang menentang dan membenci Islam).

Mereka yang bijak berlakon ini kini berada di dalam topeng-topeng kapitalis yang mendendangkan kononnya sebagai standard keadilan kehidupan dan hak asasi manusia yang dijulang di dalam Orde Baru Dunia itu.

Rasulullah SAW mengharamkan umatnya bersepakat dengan kelompok ini, malah dilaknat. Peringatan mayang jika salah julang dalam lingkaran ubat nyamuk ini janganlah sehingga terjadi fitnah yang disebut, “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (al-Baqarah:191) (perkaitan terperangkap dalam fitnah) kerana kesan akibatnya adalah amat besar dalam menentukan islam terus berdaulat di dalam daulah yang diazan mulanya kepada kita ini.

4. Sedangkan di negara ini jelas Islam diletakkan di puncak, maruahnya dibela dan begitu besar nikmat yang diperolehi berbanding saudara-saudara Islam lain di tempat-tempat atau negara lain dalam memperolehi nikmat beribadah sekalipun. Malah Islamnya aman dan tenteram untuk diamalkan. Maruahnya diambiltanggungjawab penuh oleh Raja dan kerajaannya dalam urusan tadbir dan kehidupan sebagai asas paling utama. Kesemuanya ini telah diperlembagakan ke dalam surat beranak negara ini dan ia dijaga.
"Mereka mengetahui nikmat-nikmat Allah, (tetapi) kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir". (QS. 16: 83). Jangan sampai saudara-saudara Islam lupa nikmat yang ada dan menuntut perkara-perkara kabur yang sebenarnya masih tidak boleh dipegang-gapai. Peringatan juga kepada umat Islam yang sama yang membenamkan saudara sendiri sebaliknya syubhah bersama kafir Harbi yang jelas menentang umat sendiri malah mengselarikan dengan juak kafir seperti DAP dan Ambiga ini. Mereka ini dibayangi oleh kuasa besar dibelakangnya untuk meratah orang Islam yang berpecah dan dipesongkan. Ada pula melayu-islam yang telah terperangkap di dalam mainan menjual dirinya kepada agenda kejahatan puak yang hendak menguasai bumi ini dengan kebathilan. Permainan akhir zaman yang barangkali mereka terlupa antara doktrin jahat ini adalah "sell you soul to the devil". Pemesongan mereka begitu rumit dan susah untuk dirungkai punca. Bagi golongan yang hanya melihat nikmat dunia dan kuasa sebagai hambatan, inilah yang akan masuk ke jerat mereka. Mereka akan membeli orang-orang seperti ini dan dijadikan perkakas mereka untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan yang mereka fikir sebagai ancaman kepada mereka.


“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” (Maida:49).

Jangan pula tanpa sedar kerana ingin mencapai awan di langit yang kita sendiri kabur bentuknya kita tergolong pula di kalangan yang Allah sebutkan golongan pemberi alasan: “kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (al-An’am:23), Sedangkan Allah telah memberi peringatan, “Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah) Sesat maksudnya, tanpa kita sedar kita bukan lagi berada di atas jalan yang lurus dan benar seperti yang kita sangkakan.


 
5. Semuanya kerana untung dunia yang sedikit kita mengkafirkan saudara kita apabila kita melihat dari lubang yang kecil.
 
Pandangannya janganlah sehingga kerana melihat nikmat besar yang sebenarnya kabur dan bukan keutamaan sebenar, kita pula jatuh kufur kepada nikmat yang Allah SWT telah hidangkan kepada kita. Telah pun ada di sekeliling umat islam tetapi ada yang lupa dan tidak bersyukur. Allah SWT telah berpesan nikmat itu boleh lagi ditambah tetapi nikmat itu juga boleh ditarik pergi.
 
Ramai saudara-saudara kita yang terperangkap dalam dakyah permainan akhir zaman di negara-negara lain telah terkena perangkap ini dan kini mereka terjajah kembali dibayangi oleh kusa bathil ini. 
 
Janganlah sampai orang yang menzalimi umat islam diangkat sebagai pemerintah barulah kelompok ini berpuas hati dan tekunci mulut.
 
Bayangkan nanti apa yang terjadi kerana kita terlalai mengsyukuri nikmat yang ada di daulah kita ini. Nauzubillah.

Monday, October 17, 2011

NEGARA LAHIR DIMULAKAN AZAN



mayangperapu.my
Seperti bayi baru lahir yang diazankan. Selepas laungan kemerdekaan & Negara ku. Azan dikumandangkan & diiringi doa berikut oleh Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.
Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.
 
mayang: Pas ni faham ke tak??? Dok tabur fitnah merata...(Tak ambil iktibar dari peristiwa Palestine langsung!)
mayang tertarik pada doa;"Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki". Kalaulah ada yang sedar.

Friday, September 30, 2011

HUDUD RECYCLE ALA-PAS

mayangperapu.my
‎23 April 2011


1. Kelantan sehingga hari ini adalah negeri termiskin (selain Kedah), begitu pula peratusan pengidap HIV adalah yang tertinggi di Malaysia walaupun selepas 23 tahun Parti Kebajikan (dulunya menggunakan “Islam”) Se-Malaysia memerintah negeri itu. Malah masalah asas air rakyat setelah pernah dibantu oleh kerajaan pusat beratus-ratus juta sehingga ke hari ini tidak dapat diselesaikan sedangkan sumber kekayaan negeri dari sehari ke sehari semakin merosot khususnya balak. Ke mana?

2. Dalam manifesto Pilihan Raya Umum 1990, Pas berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah negeri itu (Manifesto Pilihan Raya Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990). Tiba-tiba pada 25 Jun 1999 Nik Aziz antara lain berkata, “Pas Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...”.

3. Haji Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan jika Pas memerintah Terengganu, keesokan harinya sebelum ayam berkokok, Hudud akan dilaksanakan. Selepas itu bila dapat memerintah Terengganu beliau menyatakan bahawa hudud hanya 0.0001 (peratusan yang begitu kecil) daripada Al-Quran maka tak perlu dilaksanakan.

4. Resolusi mengenai pengguguran negara Islam kepada hanya negara kebajikan juga dibuat oleh Pas sendiri (semasa mukatamar), bukan oleh orang lain. Dan tiba-tiba Nik Aziz bercakap tentang pelaksanaan Hudud selepas 23 tahun Pas memerintah Kelantan!? Beliau yang digelar ulama, yang berkelulusan hanya Bahasa Arab tidak mampu menyelaras malah melaksanakan bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah serta hadis. Maka sebab itu draf Hudud yang dibazirkan dengan nilai RM250,000 oleh Pas (difahamkan tidak sampai pun 30 muka surat) yang diupah kepada ilmuwan-ilmuwan Asia Barat yang tidak diiktiraf oleh ulama-ulama sana (dulu) dibakul sampahkan begitu sahaja sebab terlalu banyak persoalan asas dalam menepati 15 syarat pelaksanaan hudud sebenar tidak pun mampu dijawab. Sebagai contoh, seperti yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir: Jika seorang islam dan seorang bukan islam mencuri, adakah orang islam akan dipotong tangan dan orang bukan islam itu hanya dipenjarakan? Dimanakah asas keadilan prinsip sebenar Hudud Islam itu berbanding hudud ala-Pas? Persoalan ini tidak pun dapat dijawab oleh Nik Aziz malah menyalahkan pihak lain dengan alasan-alasan retorik, seperti biasa.

5. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" kononya. Sikap taksub kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong Pas ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Percaya pulak tu, waima mengkafirkan orang-orang Islam lain, sedangkan "Sejarah hidup" Pas selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam.

6. Jika pun jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hukum hudud bagi menegakkan kononnya Islam oleh Pas sepatutnya bukan Kelantan sahaja yang patut dihududkan. Negeri-negeri lain dibawah pakatan mereka juga patut dihududkan. Pas bukan bertanding di Kelantan sahaja!

*Sedangkan di Malaysia UMNO dalam menerapkan prinsip “Maqasid Syariah” mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda telah lama mendahului slogan kosong Pas itu!

Tuesday, September 13, 2011

YAB DS NAJIB Highlite KEBUSUKAN HATI LGE

mayangperapu.my

1. Satu ketika, barangan pembinaan terpaksa dihantar melalui laut ke Pulau Pinang kerana pelbagai halangan diberikan untuk syarikat pembinan menggunakan jalan darat yang dikuasai DAP. Masalah pengambilan tanah yang bukan masalah sebelum Mac 2008 menjadi punca utama kelewatan projek Jambatan Pulau Pinang 2. Masalah hanya selesai setelah rundingan semula harga dengan pemilik tanah (antaranya kerajaan Pulau Pinang sendiri).
Tapi rundingan semula ini telah menyebabkan kelewatan projek dan kelewatan ini juga menyebabkan harga bahan pembinaan yang meningkat, menambahkan lagi masalah sedia ada sebelum pembinaan berjalan semula pada November 2008. Chief Of Staff LGE, Jeff Ooi siap mengumumkan bahawa projek tersebut berpotensi dibatalkan.

2. Tapi kebijakan Perdana Menteri mengatasi segalanya. Penubuhan SPV (syarikat khas milik penuh kerajaan pusat), Jambatan Kedua Sdn Bhd berjaya menyelesaikan semua masalah yang timbul melalui perjanjian dengan pihak pihak terbabit padaApril 2010.
Semua ini tidak diketahui sepenuhnya kebanyakkan rakyat biasa di Pulau Pinang mahupun Malaysia. Rakyat Pulau Pinang pun tidak tahu rupa sebenar Ketua Menteri yang mereka lantik. Muka nampak innocent tapi hati busuk macam bangkai.

3. Bila projek ini sudah berjalan semula, barulah DAP nak terhegeh-hegeh nak mengaku ada peranan, siap si Malik Kassim kata Projek Pakatan mereka. Dengan tak malu juga menggunakan projek pembinaan jambatan ini dipromosikan sebagai hak mereka kepada pelabur luar, kononnya bukti pembangunan dan kemudahan pelaburan, macamlah dia yang buat pun.

4. Lagipun resmi Perdana Menteri Dato Seri Najib bukan yang memalukan tuan rumah walau apa imej buruk yang cuba ditunjukkan Pakatan ke atas dirinya dan keluarga. Ini cubaan yang dibuat oleh Pakatan Bohong ketika mereka terdengar Najib dan Rosmah akan melawat Permatang Pauh. Siap nak pakai baju kuning dengan cincin nak hina Rosmah. Padahal fitnah tu mereka yang buat.

5. Sebenarnya, dimana-mana tempat Pakatan menguasai pun memang ada saja halangan yang diberikan ke atas projek persekutuan. Di Selangor projek bekalan air dari Pahang ke Selangor tapi kemudian yang dituduh ialah kerajaan Persekutuan menganiayai rakyat negeri-negeri tersebut kerana memilih pembangkang sebagai kerajaan.

6. Patutnya tahun ini Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah boleh digunakan, tapi kerana masalah di atas, ia tertangguh. Setiap kali kesesakan berlaku di Jambatan Pulau Pinang, ingatlah muka LGE dan lambang DAP, kerana merekalah projek itu tertangguh.

7. Banyak lagi projek tertangguh sebab gangguan hati busuk Pakatan Bohong ini di Pulau Pinang; Sekolah, Perumahan Kos Rakyat dan lain-lain. Kalau surau dan Masjid jangan cakap la, milikan tanah bagi projek baru kini dialih ke bawah Perbadanan yang dikuasai oleh Lim Guan Eng. Bukan lagi berstatus wakaf orang islam. Ini bermakna masa ke depan status bangunan tu boleh bertukar daripada masjid atau surau kepada bangunan lain, perpustakaan pun boleh jadi, tokong pun boleh atau apa-apa saja. Itu pun belum Universiti Singapura yang nak melanggar Pulau Pinang di Balik Pulau yang dijuarai Lim Guan Eng. Sengaja hendak diletakkan di perkampungan tradisi.

Eloklah tu rakyat Pulau Pinang…pilihlah lagi.

BAPAK ANWAR DI INDONESIA 1 (sudut sanusi)

mayangperapu.my
petikan daripada blog sanusi junid (Tuesday, July 19, 2011)
PROFESOR RISET MENTERTAWAKAN DEMONSTRASI 'BERSIH'

PERTEMUAN DENGAN BAPAK PROF. DR. HERMAWAN SULISTYO DI RESTORAN HOTEL INTER-CONTINENTAL JAKARTA PADA 10 JULAI, 2011

1. Maaf, baru sekarang saya sempat tulis lagi mengenai demonstrasi 'Bersih'.

2. Pada pendapat saya malang sungguh nasib penganjur demonstrasi 'Bersih' pada 9hb Julai, 2011.

3. Ianya ditertawa orang.

4. Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.

5. Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.

6. Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.

7. Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.

8. Komennya, 'kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.'

9. Saya bertanya, 'Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV'.

10. Jawabnya dalam bentuk pertanyaan, 'Ada. Kenapa ya? Apa orang tidak peduli dia lagi sampai dia perlu demo? Kan dia kepala partai dan ahli Parlimen. Apa tidak cukup bicara dalam Parlimen mengenai masalah negara?' Katanya, 'Di Indonesia, dan di serata dunia, anggota Parlimen dan Senate tidak kelihatan berdemonstrasi.'

11. Saya jawab, 'Tidak. Anwar mungkin tidak punya waktu untuk berbahas di dalam Parlimen kerana dia harus meladeni berbagai dakwaan yang dia harus lalui di mahkamah.'

12. 'Dakwaan seksual?' tanya Professor Riset.

13. 'Ya. Mungkin juga dia mengharapkan mendapat cedera di dalam demo ini nanti sehingga rakyat bersimpati dan mengundinya di dalam pemilu (pilihanraya umum) nanti'.

14. Saya terus menyambung, 'Waktu dia dipukul oleh Kepala Polisi Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, semasa dia ditahan kerana kes liwat dan rasuah dahulu dia mendapat banyak simpati rakyat sehingga menguntungkannya di dalam pemilu.'

15. Profesor Riset: 'Saya baca mengenai itu, tetapi apa begitu politik di Malaysia?'

16. 'Dalam sejarah UMNO ada tokoh yang sangat disegani bernama Dato' Harun Idris. Beliau dahulunya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.'

17. 'Saya juga pernah membaca mengenai kes itu; apa hubungannya dengan kes Anwar dipukul kepala polisi?'

18. 'Waktu Dato' Harun berada di dalam penjara, kerana kes rasuahnya, beliau telah mendapat kemenangan besar dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, kerana perasaan simpati ahli-ahli UMNO terhadapnya.'

19. Saya terus menyambung, 'keadaannya sama Pak dengan kejadian-kejadian di rumah apabila ibu melaporkan kenakalan anak. Tergantung kepada cara reaksi bapanya. Jika si bapa begitu terkesan dengan laporan ibu itu sehingga si bapa memarahi atau memukul anaknya maka ibu mungkin terdiam sejenak. Tetapi jika terus dipukul maka akan timbul simpati ibu sehingga akhirnya mungkin ibu pula yang memarahi bapanya, walau pun yang melapor pada mulanya ialah ibu itu sendiri..'

20. 'Apa Pak Anwar juga menagih simpati?'

21. 'Kira-kira begitu,' jawab saya.

22. 'Kenapa?'

23. 'Kerana Anwar kini ada dua kes di dalam mahkamah. Yang pertama kes liwat dengan Saiful dan yang kedua kes video seksual dengan perempuan China yang sudah disahkan oleh pengkaji terkenal di Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa video itu genuine dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Ianya hanya menjadi 100% apabila Anwar mengaku.'

24. 'Kalau kes liwat itu sudah kali kedua ......'

25. 'Kes pertama bagaimana?' Tanya Professor Riset.

26. 'Kes pertama Anwar didapati bersalah meliwat Azizan supirnya, tetapi beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah lebih tinggi ...'

27. 'Kok bisa begitu?' Profesor kelihatan hairan.

28. 'Mahkamah yang lebih tinggi itu menolak kes itu kerana waktu liwat gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, walau pun liwat berlaku' saya menjelaskan.

29. 'Bisa lepas ya jika waktunya tidak terbukti?'

30. 'Dari tiga hakim yang mengadili kes Anwar ini dua darinya lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiganya mendapati Anwar meliwat, cuma waktunya tidak terbukti. Ini ada tertulis dalam buku Michael Backman berjodol 'Inside Knowledge' di bawah tajuk 'Malaysia's Dark Cloud'. Hakim wanita berpendapat Anwar bersalah kerana jika seseorang itu terbukti membunuh tetapi waktu pembunuhan berlaku tidak terbukti masakan yang membunuh itu dilepaskan. Dua hakim lelaki menolak pendirian ini kerana bagi mereka ini mahkamah undang-undang dan bukan mahkamah moral.'

31. 'Kok bisa begitu?' Professor Riset menggilingkan kepalanya.

32. Saya menambah, 'Anwar juga mempunyai seorang ahli hukum ketua pembelanya yang pintar. Kes Anwar biasanya memakan masa yang panjang atas alasan Anwar tidak sihat, peguam tidak sihat, hakim tidak layak, bukti tidak jelas, kalau bukti jelas cara pengambilannya tidak teratur ... dan lain-lain.'

33. 'Tetapi imej Anwar di Indonesia tetap baik. Tidak ada yang menjelaskan begini. Bagaimana dengan kes video seksnya?'

34. 'Kes liwat Anwar ini membuat dia popular di Barat, khususnya di Amerika Syarikat kerana di sana masyarakatnya liberal dan 'amalan liwat itu diterima baik oleh masyarakat. Malahan sesama lelaki dan sesama wanita pun bisa bersuami isteri. Malahan cerita mengenai amalan liwat juga boleh membantu untuk melegakan pihak Barat yang sentiasa bimbang jika ada pemimpin yang mereka anggap sebagai tokoh Islam yang fanatik di dunia.Bagi mereka pemimpin Islam yang meliwat tidak mungkin menjadi se orang Muslim yang fanatik atau fundamentalis.'

35. 'Kalau Barat menerima baik seseorang yang dituduh meliwat, apakah pula masalah Anwar?'

36. 'Masalahnya ialah kes Video Seksual yang sudah disahkaan oleh pakar terkenal di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan sebagai tulin dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Bapak kan tahu masyarakat Amerika Syarikat tersangat sensitif jika ada skandal seksual di pihak atasannya. Imej Anwar pasti terjejas di Barat dengan kes Video ini.

37. 'Ya, saya teringat kes Monica Lewinsky dengan Bill Clinton yang menggegar Amerika Syarikat, kes Presiden Bank Dunia Paul Wolforwitz, katanya kawan Bapak Anwar, dengan wanita Iran bernama Shaha Riza sehingga Paul terpaksa berhenti dari jawatannya; dan kini kes Presiden Bank Dunia lagi Dominique Strauss-Kahn dengan ..... lupa namanya.'

38. 'Masalah Anwar yang kedua ialah kekalahan-kekalahan yang dialami oleh partainya dalam pemilu-pemilu kecil di Malaysia dan kekalahan teruk partainya dalam piliharanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.'

39. Saya menyambung, 'Anwar juga menghadapi masalah kerana jika partainya kalah teruk sekali dalam pilihanraya umum nanti bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan gagal tetapi jika partai PAS dan DAP mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang dan prestasi partainya mendukacitakan bukan sahaja kredibilitinya untuk terus menjadi Ketua Partai Kolusi Pakatan Rakyat tercabar malahan kekalahan begitu tidak membantu kesnya yang di dalam mahkamah sekarang. Oleh itu Anwar perlu menyediakan sebab atas kekalahannya. Makanya kumpulannya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya atau KPU (Komisi Pemilihan Umum) di sini sebagai persiapan untuk berdemonstrasi lagi apabila kalah nanti. Kesimpulannya nanti ialah mereka kalah kerana KPU Malaysia menyeleweng.'

40. 'Mesir, Tunisia dan demonstrasi-demonstrasi di negara-negara Islam sekarang ini menjadi sumber inspirasi baginya. Itu ramalan saya'

41. 'Tidakkah Malaysia bimbang dengan imej Anwar yang baik di Indonesia?'

42. 'Banyak anggota keluarga saya di Jakarta yang bersimpati dengan Anwar kerana melihat isteri dan anaknya. Sebagai isteri Wan Azizah perlu dihormati kerana setianya kepada suami. Asal suaminya tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam Wan Azizah patut di hormati. Dia tidak perlu menyelidik peranan suaminya di belakangnya.'

43. Profesor Riset meminta penjelasan, 'Apakah Malaysia tidak bimbang dengan imejnya yang dicemarkan oleh Anwar dalam omongan dan wawancaranya di media Indonesia?'

44. 'Saya tidak bimbang kerana TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berjumlah hampir 2 juta, cukup ramai yang mengetahui keadaan sebenar di Malaysia. Kita harus percaya bahawa kebenaran itu akan menang akhirnya.'

45. Saya sambung, 'Imej Malaysia dalam media Indonesia tidak mempengaruhi pemilu di Malaysia. Imej Indonesia dalam media di Malaaysia boleh mempengaruhi pemilu di Indonesia kerana TKI juga mengundi dan mereka dipengaruhi media di Malaysia.'

46. Professsor Riset bertanya lagi, 'Bagaimana dengan pekerja Indonesia yang dianiaya oleh tuan rumah, atau majikannya, di Malaysia?'

47. Saya menjelaskan, 'Itu berlaku di mana saja. Di Saudi Arabia ada pekerja Indonesia yang dihukum pancung walau pun TKI di Saudi Arabia tidak seramai di Malaysia. Indonesia hanya mendengar, melihat dan membaca, melalui media, mengenai TKI diazab di Malaysia dan tidak pula mengetahui mengenai rakyat Malaysia yang diazab atau dibunuh oleh TKI.'

48. Saya katakan, 'Bukan semua orang Malaysia baik, begitu juga dengan TKI. ....bukan semuanya baik'

49. 'Seterusnya, agak susah bagi Malaysia untuk menjelaskan bahawa kebanyakana TKI yang dianiayai di Malaysia ialah oleh majikan yang bukan Melayu dan bukan Islam kerana di bawah Pancasila tidak ada perbezaan antara suku, ethnik dan ugama di Indonesia. Jika TKI yang berugama Islam hanya dibenarkan bekerja di rumah-rumah orang Islam mungkin jumlah tragedi yang berlaku akan berkurangan. Orang Melayu di Malaysia menganggap orang Indonesia sebagai saudara serumpun dan turut sedih apabila membaca mengenai majikan bukan Melayu menyiksa TKI.'

50. 'Tidakkah pemerintah Malaysia berusaha membaiki imej buruk yang didedahkan dalam media Indonesia oleh Anwar? tanya Profesor Riset.

51. Jawapan saya, 'Agak susah, dan sebenarnya tidak perlu, kerana Anwar banyak kawan di Indonesia khususnya di kalangan wartawan dan pengusaha. Belia mengenal mantan tokoh-tokoh HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Indonesia sejak dari waktu Anwar menjadi pemimpin mahasiswa. Hubungan beliau dengan wartawan dan pengusaha terpupuk waktu beliau menjadi Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Wakil Perdana Menteri. Beliau memegang jawatan-jawatan ini kerana lantikan Bapak Mahathir. Contohnya, ada mantan Menteri Indonesia yang dibantu oleh Bapak Anwar waktu belajar untuk S3 (PhD) di Universiti Sains Malaysia dan ada mantan Menteri Indonesia yang pernah dibantu oleh Bapak Anwar waktu beliau dalam swasta.'

52. 'Anwar tidak mungkin dapat mengumpul begitu banyak kawan di kalangan wartawan dan pengusaha jika Bapak Mahathir tidak memberi kesempatan untuknya memegang jawatan dalam Kabinet. Tetapi wartawan dan pengusaha yang menjadi kawan Anwar, kerana Anwar dilantik oleh Bapak Mahathir, tidak menjadi kawan Mahathir.'

53. Oleh kerana ibu mertua saya sampai ke restoran, dengan kereta roda, kerana ada majlis menyambut hari lahir di restoran itu, maka saya menamatkan perbicaraan dengan menyatakan, 'Bapa Professor, kita sambung lagi perbicaraan di lain kesempatan.'

54. 'Terima kasih. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti untuk mengarang buku mengenai hubungan Tan Sri dengan Indonesia.' Kami bersalaman.

55. Saya tambah, 'Saya menunggu ....... kesimpulannya, susah untuk mempersembahkan yang benar mengenai Anwar dalam media di Indonesia jika banyak wartawan dan tokoh media adalah kawannya.'

56. 'Sebabnya ...?'

57. Saya menjawab, 'Kerana bangsa Melayu, termasuk yang dari rumpun Melayu, lebih menyokong kawan daripada prinsip dan kebenaran.'

59. 'Terima kasih. Selamat hari jadi.'

60. Waktu saya menghantar Professor Riset keluar restoran, beliau, sambil ketawa berlulucuan, menambah, 'Oh ada satu lagi ... kasi tahu pada Bapa Anwar jika lain kali dia mahu adakan demonstrasi undang saja dari Indonesia tenaga TKD ( Tenaga Kerja Demonstrasi ) yang perlu dibayar hanya Rp50,000-00 (lebih kurang RM18-00) sehari dan bukan RM200-00 lebih seperti di Malaaysia. TKD juga akan demo sepanjang hari dan tidak takut pada polisi.'

61. 'Menarik. Assalaamu'alaikum.'

62. 'Wa'alaikumussalam.'

'Idea yang cukup baik.'

Thursday, August 18, 2011

Resipi Anwar

mayangperapu.my

Resipi Anwar Ibrahim; " Menipu biarlah sampai semua orang Percaya! Menipulah bersungguh-sungguh!!!"


DAWAMA memalukan Melayu. Nak tutup ke?

mayangperapu.my

1. Apabila kita jalankan perniagaan, contoh seperti pengangkutan bas dan bas kita pula pergi-balik2 sentiasa sarat dengan penumpang. Tiba-tiba kita umumkan perniagaan kita rugi. Bodoh ke apa?

2. DAWAMA menjalankan perniagaan percetakan langsung untuk DBP. Tak perlu susah payah mencari customer. Kerja dia cetak tak putus-putus sebarang permintaan dari DBP. Tak perlu pening-pening kepala susah payah minta sedekah ke sana ke mari.

3. YAB TPM baru-baru ini mengumumkan bahawa Malaysia berada di ranking 23 dunia daripada 110 negara dengan jumlah penerbitan buku tahun lepas mencapai 16,000 tebitan baru. Usaha penerbitan buku ini begitu digalakkan dan diklasifikasikan penting (3M - Membaca, Menulis, Mengira) untuk ditingkatkan lagi oleh kerajaan dalam program transformasinya.

4. Hairan, alih-alih DAWAMA yang ber CEO dan punya Lembaga Pengarah ini kata "syarikat percetakan selamat" tu rugi? Difahamkan bahawa sejak 2002 lagi ramai staf DAWAMA dikatakan tidak dimaklum pun tentang prestasi DAWAMA. Mereka ini yang seramai 300 orang lebih saja pun tak mampu diuruskan dengan baik oleh Lembaga Pentadbiran & Pengurusan DAWAMA. Bagaimana bos-bos besar ini dipilih, sedangkan mereka ini tak mampu pun menguruskan syarikat selamat ini dengan baik pun sehingga mengalami kerugian. GILA!

5. Dikatakan ada ura-ura bahawa staf DAWAMA yang 300 lebih tu akan diberhentikan (notis @ surat belum dikeluarkan). Dengar kata juga buku di galeri DAWAMA sekarang didiskaunkan begitu hebat untuk menampung overhead semasa DAWAMA. Kalau begitulah keadaannya Mayang jangkakan bahawa itu strategi perniagaan untuk gulung tikar. DAWAMA hendak ditutup ke?

6. Sebagai seorang Melayu, Mayang begitu amat sedih dan rasa amat malu kerana syarikat 100% melayu dan paling mudah perniagaannya malah dijaga dengan baik oleh kerajaan boleh jadi sampai bernasib sebegitu. Apakah tiada cara lain? Syarikat percetakan sebegini sepatutnya dinilai strategik malah sepatutnya juga boleh dijadikan tarafnya dalam kategori GLC. Percetakan dan Penerbitan ini adalah bidang perniagaan yang besar keuntungannya. Jutaan nilainya.

7. Cuma DAWAMA ini mungkin diurus oleh orang-orang yang bodoh saja. Kalau tak bodoh pun, mungkin ada sebab lain.

*Betul-betul menyusahkan orang lain. Susahkan kerajaan jugak. Kerajaan pulak nak buat apa? - Tolong check cepat sikit, ni cerita lawak apa la dalam DAWAMA ni.

Tuesday, August 16, 2011

Larangan suara AL-Quran: Sedekah Peluru Di Bulan Ramadhan

mayangperapu.my

1. Di Pulau Pinang: Larangan suara membaca Al-Quran dari masjid melalui pembesar suara (sebelum Subuh) diputuskan seperti berikut oleh Sahibus Smahah Dato' Seri Haji Hassan Bin Ahmad, Mufti Negeri. Katanya,"Ia merupakan suatu keputusan HUKUM sebagai panduan serta menjelaskan pandangan Islam tentang amalan tersebut kepada seluruh umat Islam di negeri Pulau Pinang untuk diikuti dan dipatuhi".

2. Adik Dato Seri Haji Hassan iaitu (Ustaz) Zakaria Ahmad pernah datang ke Pulau Pinang mendoakan Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat, "Ya Allah ya Tuhan ku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri". Tak disebutkan pun oleh beliau doa yang sepatutnya kepada orang islam seperti DYMM Agong atau YTM YDP Negeri. Tetapi beliau berdolak-dalik kata tidak mendoakan sedemikian walaupun bersaksikan ratusan jemaah masjid. Dalam kata lain khatib saudara kepada (Ustaz) Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas ini, BERBOHONG dengan nyata. 
Ketua Penerangan Pas (Part Kebajikan) Malaysia

2. Eloklah negeri2 lain pun buat perkara yang sama. Kan Mayang dah bagi tahu lama dulu, di Pulau Pinang ni, agama rasminya bukan lagi agama Islam dah pun. Tunggu nanti larangan azan kat pembesar suara pulak berkuatkuasa. Lorong dah pun dibuka oleh pejabat Mufti Pulau Pinang yang lokasinya di Tingkat 48, KOMTAR, berjiran dekat je dengan Pejabat Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng (Umar Abdel Aziz) di Tingkat 52 bangunan sama. YB Tuan Abdul Malik Abul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama yang sekarang dok menepis kiri-kanan pun, pejabatnya kat situ. Nombor telefon Pejabat Mufti yang selalu orang Pulau Pinang dok komplen kat pejabat mufti adalah 04-2632975. Ya lah kot-kot la ada lagi yang nak komplen pasal suara azan ni menganggu kesejahteraan hidup manusia? Silalah...


3. "Mayang teringin nak tengok, berani ke pemimpin-pemimpin "Pakatan Bohong" ni mempengaruhi keputusan supaya larangan berarak dan memecah kelapa tengah jalan ketika Thaipusam yang amat-amat mengganggu pengguna dikuatkuasakan. Ya lah Dato Mufti kan ke menggunakan alasan mengganggu orang lain dalam menghukumkan larangan mengaji Al-Quran di pembesar suara tu. Kalau Subuh dah dilarang, apa hal pulak waktu lain, sama jugak. Begitulah jugak bunyi-bunyi Don-Dong Cheng Wayang cina pun amat menganggu. Eloklah juga dilarang bunyinya. Sila lah buat..."

"Betul lah satu perbuatan sedekah peluru kepada musuh agama rasmi negara Malaysia ni. Pas dapat pahala ke dok ampu kafir harbi, Malik pun dapat pahala ke dok jadi burung kakak tua Guan Eng?"