Pemolo

Saturday, October 22, 2011

KUFUR NIKMAT

mayangperapu.my
1. Manusia lupa pada nikmat besar yang ada dan sebaliknya melihat kepada sedikit yang tidak sempurna. Malah menyalah sana-sini tanpa mencermin diri. Lupa adalah sifat insan. Manusia yang tidak bersyukur Allah SWT sebutkan mereka ini sebagai kufur nikmat. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat ". (Ibrahim:7).
Jangan sampai kita menerima bala' kesan akibat daripada kita sendiri tidak menjunjung peringatan Allah SWT. Antara lain ini juga peringatan kepada bahaya Fitnah yang kesannya besar kepada umat Islam yang tidak bersyukur digambarkan sebagai, “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (al-Baqarah:191)
dan “Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (al-Baqarah:193) (Ayat-ayat ini sebenarnya dikaitkan sebagai Fitnah yang diterjemah sebagai Syirik!).

2. Dalam pada itu kita juga harus melihat di tanah air kita, siapakah musuh islam yang sebenar dan adakah kita secara sengaja atau tidak telah menjunjung mereka. Sejelas-jelasnya yang menentang Islam adalah kelompok yang berpotensi mengambil-alih negara yang matlamat mereka adalah untuk memerintah. Di sini bentuknya adalah di dalam pertubuhan yang bertanding mendapat sokongan secara nisbah. Mereka yang mempunyai parti dan pengikut yang matlamat mereka adalah untuk berkerajaan. Parti DAP telah berulangkali dalam nada jelas dan tegas menyatakan tentangan terhadap Islam atau Negara Islam sekali pun. Tindak tanduk mereka jelas kearah itu. Tidak pernah berubah waima semenjak dulunya menyokong Chin Peng sehingga hari anak-anak buahnya menzahirkan tugu peringatan yang dijaga itu (salah satunya di Nilai Negeri Sembilan).




3. Kerana iri hati barangkali, kenapa boleh ada golongan islam yang berpakat dengan kelompok seperti ini.


Perumpamaan hari ini adalah seperti menjulang puak yang jelas menentang agama Islam atau apa-apa juga yang berkait Daulah Islam seperti puak DAP yang jelas menentang sehingga menyatakan mereka sanggup mati dulu kalaulah Islam hendak ditegakkan. Mereka ini yang mahukan agama lain disamatarafkan dengan islam dan membenarkan keadilan agama berbentuk penganut Islam yang juga boleh bertukar ke agama lain (murtad) itu sebagai keadilan, seperti yang jelas diperjuangkan oleh S. Ambiga.

Puak seperti ini dalam pengkisahan lalu daripada sirah Rasulullah SAW jelas disebut KAFIR HARBI (golongan kafir yang menentang dan membenci Islam).

Mereka yang bijak berlakon ini kini berada di dalam topeng-topeng kapitalis yang mendendangkan kononnya sebagai standard keadilan kehidupan dan hak asasi manusia yang dijulang di dalam Orde Baru Dunia itu.

Rasulullah SAW mengharamkan umatnya bersepakat dengan kelompok ini, malah dilaknat. Peringatan mayang jika salah julang dalam lingkaran ubat nyamuk ini janganlah sehingga terjadi fitnah yang disebut, “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (al-Baqarah:191) (perkaitan terperangkap dalam fitnah) kerana kesan akibatnya adalah amat besar dalam menentukan islam terus berdaulat di dalam daulah yang diazan mulanya kepada kita ini.

4. Sedangkan di negara ini jelas Islam diletakkan di puncak, maruahnya dibela dan begitu besar nikmat yang diperolehi berbanding saudara-saudara Islam lain di tempat-tempat atau negara lain dalam memperolehi nikmat beribadah sekalipun. Malah Islamnya aman dan tenteram untuk diamalkan. Maruahnya diambiltanggungjawab penuh oleh Raja dan kerajaannya dalam urusan tadbir dan kehidupan sebagai asas paling utama. Kesemuanya ini telah diperlembagakan ke dalam surat beranak negara ini dan ia dijaga.
"Mereka mengetahui nikmat-nikmat Allah, (tetapi) kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir". (QS. 16: 83). Jangan sampai saudara-saudara Islam lupa nikmat yang ada dan menuntut perkara-perkara kabur yang sebenarnya masih tidak boleh dipegang-gapai. Peringatan juga kepada umat Islam yang sama yang membenamkan saudara sendiri sebaliknya syubhah bersama kafir Harbi yang jelas menentang umat sendiri malah mengselarikan dengan juak kafir seperti DAP dan Ambiga ini. Mereka ini dibayangi oleh kuasa besar dibelakangnya untuk meratah orang Islam yang berpecah dan dipesongkan. Ada pula melayu-islam yang telah terperangkap di dalam mainan menjual dirinya kepada agenda kejahatan puak yang hendak menguasai bumi ini dengan kebathilan. Permainan akhir zaman yang barangkali mereka terlupa antara doktrin jahat ini adalah "sell you soul to the devil". Pemesongan mereka begitu rumit dan susah untuk dirungkai punca. Bagi golongan yang hanya melihat nikmat dunia dan kuasa sebagai hambatan, inilah yang akan masuk ke jerat mereka. Mereka akan membeli orang-orang seperti ini dan dijadikan perkakas mereka untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan yang mereka fikir sebagai ancaman kepada mereka.


“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” (Maida:49).

Jangan pula tanpa sedar kerana ingin mencapai awan di langit yang kita sendiri kabur bentuknya kita tergolong pula di kalangan yang Allah sebutkan golongan pemberi alasan: “kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (al-An’am:23), Sedangkan Allah telah memberi peringatan, “Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah) Sesat maksudnya, tanpa kita sedar kita bukan lagi berada di atas jalan yang lurus dan benar seperti yang kita sangkakan.


 
5. Semuanya kerana untung dunia yang sedikit kita mengkafirkan saudara kita apabila kita melihat dari lubang yang kecil.
 
Pandangannya janganlah sehingga kerana melihat nikmat besar yang sebenarnya kabur dan bukan keutamaan sebenar, kita pula jatuh kufur kepada nikmat yang Allah SWT telah hidangkan kepada kita. Telah pun ada di sekeliling umat islam tetapi ada yang lupa dan tidak bersyukur. Allah SWT telah berpesan nikmat itu boleh lagi ditambah tetapi nikmat itu juga boleh ditarik pergi.
 
Ramai saudara-saudara kita yang terperangkap dalam dakyah permainan akhir zaman di negara-negara lain telah terkena perangkap ini dan kini mereka terjajah kembali dibayangi oleh kusa bathil ini. 
 
Janganlah sampai orang yang menzalimi umat islam diangkat sebagai pemerintah barulah kelompok ini berpuas hati dan tekunci mulut.
 
Bayangkan nanti apa yang terjadi kerana kita terlalai mengsyukuri nikmat yang ada di daulah kita ini. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment