mayangperapu.my
TEMA BARU PAS?
1. Majlis Perbandaran Pulau Pinang meluluskan 44 ekar untuk Taman Tema RM120 juta di Empangan Teluk Bahang. Projek Gajah Putih Lim Guan Eng kroni Pas & PKR ini akan siap pada 2013 (bagi fasa 1). Kesemuanya 3 fasa dalam masa 6 tahun (sila rujuk Escape Penang website). Tanah milik PBA yang dikuasa DAP-Pas-PKR ini dipajak 60 tahun kepada operator. Umum pun tahu semenjak mereka menguasai kerajaan Pulau Pinang keuntungan PBA telah susut dengan begitu teruk (jatuh lebih 5 kali ganda - 2009). Mana tidaknya, bayangkan duit hospital Mat Sabu (salah seorang pengarah) yang tidak ada kena mengena dengan belanja PBA pun dibayar menggunakan wang PBA, lebih RM8000 bagi luka kecil semasa beliau menyertai Demo BERSIH!
2. Bagi kes Taman Tema di Teluk Bahang ini, jalannya yang sedia sempit akan disempitkan lagi dengan sesak-lambak trafik apabila taman ini dibuka nanti. Kawasan hutan dan tadahan akan dinoda pula oleh kerajaan DAP-Pas-PKR sedangkan kawasan pelancongan ini yang dulunya terkenal kerana hutan, bukit dan air laut yang membiru, kini telahpun sesak dengan penempatan dan perumahan elit puak-puak Guan Eng, ditambah pula dengan hotel-hotel mewah. Dimaklumkan menghala ke sini 6 buah hotel lagi akan dibangunkan di perbandaran. Pembangunan jenis apakah ini? Untuk siapa? Mungkinkah ada harga lain disebaliknya? Sedangkan tidak ada apa makna pun kalaulah ini hendak disebut sebagai pembangunan! Apatah lagi sebagai Pembangunan Islam yang Pas laung-laungkan.
3. Persoalan yang lain, adakah kesesakan trafik sedia ada yang telah memerangkap rakyat tempatan Pulau Pinang akan selesai dengan harga sebuah pembangunan yang merosakkan alam seperti ini? Sudah tentunya rakyat Pulau Pinang yang merana kerana terpaksa membayar harga kegagalan salah urus negeri yang telah mereka pilih dulu.
Mayang: mungkin ini yang disebut KEBAJIKAN islam oleh Pas. Di dalamnya nanti Pas nak isi apa? Tidak cukupkah lagi MAKSIAT di Pulau Pinang. Kebajikan kepada siapa ni!?
No comments:
Post a Comment