Pemolo

Tuesday, June 5, 2012

MALAYSIA DAN PERLEMBAGAAN NEGARA

mayangperapu.my


Sebahagian kecil penulisan rakan mayang yang dicatatkan di dalam bab
POLITIK MALAYSIA DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM.


MALAYSIA DAN PERLEMBAGAAN NEGARA

1. Malaysia adalah sebuah negara unik, bilamana ia bukan sahaja mengamalkan demokrasi berparlimen malah sistemnya adalah berlandaskan Raja Berperlembagaan. Ini bermakna Malaysia mengadaptasikan sistem Parlimen ber-Raja. 


2. Sejarahnya begitu, asalnya, sebelum kedatangan penjajah lagi, Tanah Melayu ini ada tuannya, dipertuan oleh rakyat melayunya, ada Rajanya. Rakyat asalnya sendiri yang mendaulatkan rajanya sebermula “Magna Carta” di Bukit Siguntang dan melunjur salasilahnya ke Tanah Melayu. Itu sejarah, Suruhanjaya Reid memahaminya, ada “Bangsa” di situ pada terasnya, di dalam induknya, maka atas kefahaman dan perakuan itu, Suruhanjaya Reid tidak membuangnya malah hakikat itu diambilkira, ia diperlembagakan. 

3. Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada dua dokumen penting iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 yang sebelumnya kajian dibuat pada tahun 1956 oleh Suruhanjaya Reid. Ia telah menukilkan segalanya, sistemnya sebegitu dengan mengambil kira pelbagai sudut kepentingan dan keadilan sosial, untuk pelbagai pihak, sudut hak asal, pra-syarat sebelum dan, selepasnya tanah air ini dibahterakan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


RAJA MELAYU, KAKITANGAN AWAM DAN KERAJAAN MALAYSIA


1. Pekerja-pekerja bagi melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dikenali sebagai Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Awam, ianya dilindungi, begitu juga kepentingan yang berkait dengan pengembangan pendidikan khususnya kuota pembelajaran, biasiswa, juga perniagaan melalui permit yang di bawah tanggungjawab kerajaan. 

2. Pelindungnya yang memayunginya adalah Raja-Raja Melayu. Sebagai pelindung, hal-hal keselamatan negara bagi menjaga kedaulatannya juga terletak dibawah kuasa Raja seperti pasukan polis dan tentera yang merupakan sebahagian jaminan keselamatan oleh Raja Melayu kepada rakyatnya. 

3. Memang benar, tidak kesemua negeri di Malaysia ber-Raja. Namun Malaysia mempunyai Majlis Raja-Rajanya yang secara rotasi Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terpilih di antara Sembilan Raja-Raja Melayu dari negeri-negeri ber-Raja Melayu ini. Ini bermakna negara Malaysia juga mempunyai Raja Melayunya dan negeri-negeri yang terletak di bawah Persekutuan ini yang tidak ber-Raja juga berada dibawah pemerintahan dan kuasa Raja Malaysia, iaitu DYMM Sri Paduka Baginda YDP Agong. Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang dilantik baginda sebagai wakil Tuanku bagi negeri-negeri tidak bersultan ini pula dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri ( Gabenor ). Ini bermakna mereka adalah wakil kepada Raja Melayu ( DYMM Agong ). 



4. Untuk hal-hal ini, melayu mendapat keistimewaan khusus di bawah kuasa Raja Melayu. Begitu juga hal agama orang-orang Melayu iaitu Islam bilamana bagi setiap negeri di Malaysia wakil-wakil bagi pihak baginda sebagai ketua agama islam, dilantik DYMM Sultan dan bagi negeri tidak ber-Raja dilantik oleh DYMM Seri Paduka YDP Agong yang dikenali sebagai mufti-mufti negeri. Begitu pula hal tanah dan air dalam wilayah Malaysia, kanun hak miliknya berada di bawah kuasa Raja Melayu ini. 


5. Hakikat inilah yang dikenali sebagai “Keistimewaan Melayu” atau dalam kata lain adalah “Keistimewaan Bangsa Teras ( Asal )” atau yang sering disebut “Ketuanan Melayu”, yang sebenarnya adalah manifestasi bagi melambangkan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu itu. Hak tentang keistimewaan ini dikitabkan sebagai Kontrak Sosial di dalam Perlembagaan Negara yang menjadi asas perundangan tertinggi negara Malaysia dan ianya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana atau sesiapapun yang berakyatkan Malaysia ataupun negara-negara lain atas resminya negara merdeka dan berdaulat.


6. Semenjak merdeka malah sebelumnya lagi, iaitu semasa pasca-kemerdekaan, amalan demokrasi telah dipraktikkan di Tanah Melayu melalui pilihanraya-pilihanraya umum. Sebermula tahun 1955 dan seterusnya dalam fasa-fasa empat-lima tahunan selepas itu, Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia telah melalui siri-siri pilihanraya umumnya. Keputusan pilihanraya umum 1955 yang diuji penjajah sebagai pra-syarat kemerdekaan, menyaksikan kemenangan besar kepada Parti Perikatan yang didokongi UMNO dan rakan-rakan komponennya. Seterusnya sehingga selepas itu, siri-siri pilihanraya umum telah menyaksikan bahawa Parti Perikatan yang kemudiannya dinamakan Barisan Nasional telah memperolehi kemenangan dan menjadi peneraju kerajaan Malaysia atau dalam kata lain adalah sebagai penggerak jentera kerajaan bagi pihak Rajanya; yang merancang, membentuk dan melaksana segala bentuk aktiviti dengan matlamat membina kesejahteraan untuk rakyat Malaysia. 



7. Tiada suatu masa pun sepanjang tempoh itu sehingga kini, kerajaan Malaysia adalah bukan parti Barisan Nasional. 

8. Barisan Nasional telah memenangi setiap pilihanraya yang pernah diadakan. Ini bermakna kewujudan negara dan segala nikmat yang dikecapi oleh rakyat, segala transformasi daripada sebuah negara miskin hingga kepada pembangunan, nikmat dan segala kemakmuran yang ada pada hari ini, kerajaan yang membawanya adalah kerajaan Barisan Nasional, malah perkaitan sehingga terbentuknya perlembagaan negara dengan hak yang ada pada Raja Melayu sehinggakan ternukil “Wasiat Raja-Raja Melayu” untuk melindungi hak keistimewaan orang-orang melayu dan bumiputera serta lain-lain warga rakyat ke dalam asas perundangan tertinggi negara iaitu Perlembagaannya juga telah dijayakan dengan begitu istimewa sekali oleh khususnya peneraju yang membentuk Pakatan Barisan Nasional itu iaitu UMNO ( diiringi bersama oleh rakan-rakan komponen yang berjaya dibentuknya ). UMNO lah yang mengapit Suruhanjaya Reid dalam hal-hal keistimewaan Raja-Raja Melayu dan hak-hak bangsa asal Tanah Melayu dan agamanya sehingga terbela dan terbentuk ke dalam Perlembagaan Negara.


9. Maka sebenarnya kewujudan negara ini adalah begitu sinonim sekali dan tidak dapat lari daripada usaha jerih-perih penyatuan orang-orang melayu yang pada fasa terunggulnya menggagalkan Malayan Union, dipimpin UMNO, sehingga hak melayu itu terbela dan diperlembagakan, juga oleh UMNO. Susur-galur dan keakraban keduanya “UMNO” dan “Tanah Melayu yang merdeka” itu sendiri sebenarnya tidak dapat dipisahkan dalam pembentukan sejarah pembentukan negara ini. 




10. Barisan Nasional itu sendiri pula adalah lambang toleransi dan penerimaan yang begitu tinggi kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini. Barisan Nasional itulah interpretasi Malaysia yang sebenarnya yang ada pada hari ini.

11. Rentetan sejarah berkerajaannya daripada negara mencapai kemerdekaan hingga kini, Barisan Nasional itulah kerajaan. Barangkali ada yang lupa di kalangan kakitangan-kakitangan kerajaan bahawa apabila dikatakan bekerja dengan kerajaan, sebagai anggota perkhidmatan awam kerajaan, sebenarnya kerajaan Malaysia itu adalah kerajaan Barisan Nasional. 
RAMAI YANG LUPA.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...



PAS AJAR APA? Cara berpakat dengan HARBI?

mayangperapu.my
written on Jun 3, 2012

Hadith riwayat Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a; Rasulullah SAW yang benar lagi dibenarkan Allah telah bersabda, maksudnya; "Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan syurga cuma sehasta, tetapi oleh kerana kerana dia telah ditentukan sebelum itu (dalam Luh Mahfuz) sebagai ahli neraka, maka dia pun beralih mengerjakan amalan ahli neraka, ketika itu dia mati, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka cuma sehasta, tetapi oleh kerana telah pun ditentukan sebelum itu (dalam Luh Mahfuz) dia sebagai ahli syurga, maka lalu dia beralih mengerjakan amalan ahli syurga, ketika itu dia mati, maka masuklah dia ke dalam syurga." (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW walaupun ditanya Malaikat untuk bertindak ke atas masyarakat Ta'if ketika dilontar batu dan dicerca sewaktu baginda SAW berdakwah kepada mereka tetapi baginda SAW mendoakan kebaikan kepada mereka. 



1. Mayang teringat, di dalam satu majlis di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009, Dato' Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) telah menyeru para hadirin beramai-ramai mendoakan kehancuran dan bala kepada PM DS Najib dan DS Dr Zahid Hamidi. 

2. Begitu pula Dato Sri Hj Hadi (Presiden Pas) pernah mengeluarkan fatwa di dalam Harakah 5 Julai 1999 yang mengutuk dan medoakan kejahatan ke atas orang-orang UMNO malah pernah pada 7 April 1983 di Banggol Peradong mengeluarkan fatwa yang diedar besar-besaran bagi mendakwa UMNO kafir. 
Malah pula semasa PRU-12 fatwa juga dikeluarkan bahawa boleh mengumpat dan mencerca UMNO. Ini dihujah oleh Pas sebagai Allah juga mencarut dan menghina dengan berlapikkan ayat-ayat al-Quran khususnya yang berkaitan al-Lahab (perlu diperjelas bahawa Abu Lahab adalah kafir harbi).

3. Dr Badrul Amin yang selalu disebut ulama PKR yang mengeluarkan begitu banyak cd-cd zikir munajat juga pernah menggelar Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai "Bapak Syaitan".

4. Presiden Pas juga pernah menggelar ulama yang tidak sealiran dengan Pas sebagai "Syaitan Bisu" dan Dr Mahathir juga pernah diserang dengan maksud persepsi sebagai Kafir.

5. Mayang jelas tak mungkin merasakan bahawa untuk kita menegakkan Islam, kita menggunakan kaedah perbuatan Dosa sebagai amalan. Tak mungkin kita mengatakan Allah itu mencarut sebagai baik dan tak mungkin Syaitan itu dijadikan kawan walaupun berlapikkan perkataan Ikhlas seperti kata Dato' Nik Aziz pada Januari 1999.

6. Allah SWT telah berfirman pada ayat 38 surah al-Nisa',"Barang siapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka SYAITAN ITU ADALAH TEMAN SEBURUK-BURUKNYA". Begitu pula al-Baqarah (168);"Janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu".

7. Dalam hal ini juga Dato' Nik Aziz pernah ibaratkan DAP itu sebagai Syaitan tetapi dalam masa yang sama PAS boleh berkawan rapat dengan DAP ini dalam satu ikatan ukhwah. Tak mungkin sebab itu langkah-langkah DAP ini diikuti oleh PAS walaupun jelas dan tegas HARBI ini menentang Islam  sejak dulu hinggalah baru-baru ini. DAP ini juga yang dengan sengaja mempertikaikan laungan Azan dan pernah menjuarai dan membiaya perlindungan kepada umat Islam yang dimurtadkan. 
Firman Allah, surah al-An'aam (121) maksudnya;"...dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik."

8. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi (pengikutnya) itu musuh, iaitu dari kalangan syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain akan perkataan-perkataan (janji-janji) yang indah-indah untuk menipu (umat Islam). - surah Al-An'am (6:112).
Ini dapat dilihat dalam pelabagai manifesto yang menjadi halwa lama dulu yang tidak pun mereka tunai. Kini buku jingga ( jingga warna propaganda komunis pula mereka perkenalkan. Sudah tentu tiada matlamat negara Islam di dalamnya).

9. Ambiga telah dengan jelas mengaku menerima dana dari 2 sumber Yahudi bagi membiayai BERSIH dan agenda-agendanya yang lain. Dia orang yang sama memperalatkan perundangan bagi menegakkan aktiviti murtad, malah mengangkat LGBT, pluralisma agama dan sepakat supaya agama Islam disama-tarafkan dengan agama-agama lain di negara ini. Di belakangnya adalah jelas ada DAP dan rakan-rakan kristian (nasrani) di dalam PKR dan Majlis Peguam. Maka Mayang tidak boleh menerima walau sebarang alasan pun untuk umat Islam yang mengaku diri Islam bersahabat malah menuruti ponggong orang seperti ini yang memainkan agenda jahat musuh Islam nombor wahid! bagi memporak-perandakan kesatuan Islam.

"Selama-lamanya orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha (senang hati) kepada kamu (umat Islam) hinggalah kamu mengikuti agama (cara hidup) mereka." al-Baqarah: 120).

10. Dalam hal ini mungkin tepatlah tindakan Dr Hasan Ali yang setelah dipecat dengan tidak adil, telah bertegas yang dia tidak mahu kembali kepada Pas ketika ini bertitik tolak daripada kes arak dan seterusnya perkara murtad umat Islam di Selangor tempoh hari, bilamana pula Pas menyetujui segala tindakan DAP dan PKR atas kesetiakawanan malah sanggup membela pula. Barangkali lupa kepada firman Allah ( al-Mumtahanah (60:1) yang bermaksud "Wahai orang yang berIMAN, janganlah kamu mengambil musuh-musuh Ku dan musuh mu menjadi teman-teman yang setia..."

11. Sedangkan yang WAJIB bagi umat Islam seperti yang Rasulullah SAW jihad dan syiarkan adalah kesatuan tali persaudaraan umat Islam. Ini pula diketepikan oleh sekelompok yang mengaku Umat Rasulullah SAW dengan sejuta alasan dan syarat!


* Jadi bagaimana manusia itu menetapkan syurga atau neraka sesama manusia dan kafir atau tidak sesama islam? Kecualilah, diri itu menganggap diri itu sehebat Tuhan! Azzazil pernah menjadi makhluk terhebat yang darjatnya tinggi di kalangan para malaikat. Perlu diingat dia terpelanting dari syurga kerana sifat ujub, riak, sombong dan takbur dalam dirinya yang dia kata dia betul walaupun Allah SWT kata tidak!... dan dia tetap kata dia betul walaupun dia menderhakai perintah Allah SWT.

MALAYSIA YANG KAFIR? Adakah itu pandangan Pas?

mayangperapu.my
written on May 29, 2012

1. Malaysia sebuah negara penuh nikmat. Di sini Islamnya dijaga. "Kebebasan" menyi'arkan Islam bergantung kepada kita malah sentiasa dibantu oleh kerajaan. Masjid-masjid dan surau diperuntukkan dan dibina di mana-mana. Begitu pula sekolah-sekolah aliran agama juga dibela. Hendak kan Tahfiz, tahfizlah, hendakkan pondok, pondoklah. Kerajaan yang ada tidak pernah menghalang, malah menggalakkan. Selain bantuan-bantuan yang dapat disalur kerajaan, derma dan bantuan datang mencurah-curah kerana rakyat islam kita semakin mampu dilimpah rezki kerana peluang yang ada sentiasa terbuka luas. Itu pilihan yang ada di sini dengan bebas sebebas-bebasnya. Malah bebas pula Yayasan-yayasan yang berkaitan Islam mengembangkan cara syi'ar dan dakwah masing-masing. Bantulah selagi terdaya dalam apa cara juga. Zakat juga begitu diambil berat malah diinstitusikan oleh kerajaan supaya lebih terurus dan tersusun. 

2. Begitu pula perbankkan Islam bermula di negara ini hasil dari inovasi rakyat Islam kita. Kolej dan Universiti juga jika mahu dibuka sebanyak mana pun yang beraliran Islam ini bukalah. Ia digalakkan. Syariah islam juga semakin dikembang bila mana lulusan-lulusan yang kerajaan kita laburkan dulu sudah kembali dan berada dalam pasaran. Malah akhidah umat Islam juga begitu dititik beratkan. Kita punya Raja yang menjadi Ketua Agama Islam. DYMM Raja-raja ini melalui wakilnya, melantik Mufti-mufti di kalangan mereka yang benar-benar layak dan berilmu. Begitu pula ada institusi yang menguruskan tentang agama Islam ini dan ianya dibiaya kerajaan. Perundangan Islam juga ada dan sentiasa di inovasikan dari masa ke semasa. Begitu juga sistem wakaf (perlu diinovasi lagi). 

3. Pelajar2 kita dulu yang beraliran agama, bila telah berkelulusan mengisi ruang-ruang yang ada ini. Semakin hari semakin berkembang malah kita punya Tabung Haji yang diiktiraf sebagai Badan Pengurusan Jemaah Haji yang paling kemas yang ada di dunia Islam, malah kini telah mampu melabur dan sebagainya dalam berjenamakan Islam termasuk hartanah. Syarikat-syarikat pengurusan jemaah haji & umrah juga semakin bercambah di mana-mana. Jika diperhatikan hari ini ramai umat Islam sudah semakin berilmu dan semakin memahami arah tuju apa itu Islam. Nikmatnya semakin bertambah. Ini mencakupi Addin. Ini juga sumbangan yang besar kerana kerajaan yang ada ini telah memberikan kebebasan menuntut dan mencari ilmu. Pelbagai cetakan dan buku malah digalak. Guru-guru aliran agama Islam dicipta dari masa ke semasa dengan bantuan dan peluang. 

4. Perlu Mayang sebut bahawa tidak pernah dalam alur-galur sejarahnya umat-umat Islam dibunuh dan dihukum kerana dia Islam di Malaysia negara yang penuh nikmat bagi orang Islam ini. Kerajaan Islamnya sentiasa bersama dengan Islam. Kerajaan yang ada tidak pernah mengajar orang-orang Islam menjadi Kafir. Tidak pernah memperkasakan aktiviti murtad di kalangan orang-orang melayu.

5. Dulu aliran asal Tanah Melayu semasa datuk-nenek kita dulu adalah Sunnah-Wal Jamaah dan ini sentiasa dijaga sehingga kini. Dalam pada itu aliran kefahaman Islam yang sedang berkembang telah mewujudkan banyak kefahaman dan cabangan apabila rakyat kita telah terdedah dengan pelbagai aliran luar di negara-negara berbeda. Maka pencabangan ini telah dibawa masuk. 

6. Di dalam Pas hari ini ia telah bercampur-baur. Sunnah Wal Jamaah seperti UMNO juga yang pada asalnya dulu di bawah era Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kini dijerapi aliran-aliran lain seperti Syiah (Iran-India), Wahabi (Arab) dan Muhammadiah (Indonesia). Ketiga-tiga aliran itu berlatar berbeda dan mempunyai pengaruh-pengaruh kuasa lain di belakangnya. Aliran-aliran itu malah telah mengatasi pengaruh Sunnah Wal jamaah di dalamnya. Mereka di dalam Pas ini berebut kuasa dan pengaruh. Kini pula dijerap berbaur antara ekstrim dan liberal yang telah digauli pengaruh Anwar. Fundamentalnya kini telah caca-merba hala. Sebab itu mungkin keadaan yang menuntut supaya bersama sesaudara dengan UMNO yang kuat memegang Sunnah Wal Jamaah dilihat begitu sukar direalisasikan.

7. Perlu kita ingat umat Islam di negara ini yang "kaum muslimin"nya melayu bukanlah begitu ramai, lebih sikit setengah dari penduduk sahaja. Sedangkan umat Islam kita dipecah-pecahkan lagi dengan kekeliruan. 

8. Sedangkan di luar lingkaran pula kaum-kaum dan agama lain ini kini sedang menuntut itu-ini. Jelas mereka kini mahukan kuasa yang ada pada orang Islam. Bukan salah mereka. Mereka hanya mencongak peluang daripada kelemahan yang umat Islam sendiri buat.

*Mayang begitu khuatir dengan trend kufur nikmat dan tidak bersyukur yang ada hari ini. Takutnya Allah SWT menarik kesemuanya pergi nanti. Nauzubillah.

KENAPA PAS SOKONG KARPAL? KARPAL ZIMMI atau HARBI?

mayangperapu.my
written on May 28, 2012


Sudah tentu, tak mungkin Mayang mengatakan Karpal Singh itu betul. Seperti kata Sheikh Dr Sulaiman Saloomi,"Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat & menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah MANHAJ (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW". Beliau menambah,"Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan". Dan adalah jelas dan nyata Karpal Singh menjadi jurucakap rasmi menentang Agama rasmi Persekutuan negara ini dan begitu amat benci bila disebut Negara Islam! 

Hasrat Pengerusi DAP ini sebelum mati, untuk melihat Malaysia ini BerPerdana Menterikan "bukan Melayu" juga tersiratnya sebagai bukan seorang Islam adalah jelas, bilamana kononnya tersasul menyebut Lim Guan Eng yang beragama Kristian itu sebagai bakal Perdana Menteri di hadapan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang...Dan Haji Hadi serta Nik Aziz diam terkelu bahasa kecuali tersembul,"Dia orang tua", kata Nik Aziz. Sedangkan Karpal sebut ini sejak muda belia dulu sampai sekarang. Tidak mungkin juga diterima, "Itu pendapat peribadi" seperti kata Hadi, kerana dia berjawatan "PENGERUSI DAP"!!!


Mimpi Ngeri Pas kepada Sheikh Dr Sulaiman Saloomi

mayangperapu.my
written on May 28, 2012

Siapa Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi? 
Beliau adalah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram. Seorang Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura Mekah.

Apa dia kata?
Dia kata," Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah, bukan kepada mana-mana pengundi, manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik".


Pas pula kata, "Pangkah Bulan Masuk Syurga!", "Undi Pas akan dibalas syurga". Fatwa Pas dari mulut Ketua-ketuanya ini telah berulang-ulang kali berlaku tatkala Pilihanraya menjelang tiba.

Sheikh Dr Sulaiman kata lagi, "fatwa yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan "KESESATAN"."

Seperti mana Harussani dan syura' Majlis Fatwa Kebangsaan negara ini yang disanggah oleh Pas. Mayang nak tengok kali ini pemain-pemain politik dalam Pas nak berpusing ke arah mana pula bagi menyanggah Ulama ini dan menyatakan bahawa fatwa mereka, "Pangkah Pas masuk Syurga" tetap betul.

Monday, June 4, 2012

ISLAM, IKHLAS & MUNAFIK sudut Nik Aziz

mayangperapu.my
written on May 23, 2012
1. Bila tanya Pas ni ikhlas ke nak bermuzakarah atau sekadar gimik politik, Nik Aziz jawab, "Bila sebut "Islam", dia mesti mempunyai unsur "ikhlas" (persoalannya soalan yg ditanya lain. Siapa yang tanya Islam itu ikhlas @ tak?). Tambahnya lagi,"...tidak ada islam yang tidak ada ikhlas ( rasanya semua orang islam tahu itu). Tambahnya lagi,"...yang TIDAK IKHLAS ITU MUNAFIK". Rasanya itu pun orang islam sedia maklum. Pokoknya persoalan yang ditanya tidak pun dijawab. Sebaliknya Datuk Nik Aziz menyifatkan pula andaian yang mengatakan ada pemimpin Pas menolak muzakarah sebagai mengarut,"pihak yang tidak mahu bermuzakarah adalah orang bukan Pas".


2. Datuk Seri Abdul Hadi (Presiden Pas) pulak kata,"Muzakarah yang dipohon UMNO ini juga hanya hendak menutup isu tuntutan Bersih dan kelemahan UMNO, (maka) KITA TIDAK AKAN BERMUZAKARAH".


3. Masalahnya bila yang tetiba ni UMNO pohon (seperti kata Hj Hadi tu), Datuk Nik Aziz lah yang tiba-tiba sebut (dia sebut dengan gunakan ayat "mencadangkan") tentang muzakarah tu. Esoknya tiba-tiba, dia juga yang bagi 3 syarat pelik tu. Lusanya dia jugaklah sebut muzakarahnya bukan bertujuan untuk perpaduan, kerana dia tidak pernah setuju tentang itu. Dia kata,"..perbincangan ialah tentang Pas lawan UMNO dan kenapa UMNO lawan Pas". Aik!???

4. Mayang tertarik tentang apa yang disebut oleh Datuk Nik Aziz sendiri di awal-awal tadi; tentang Islam, Ikhlas dan Munafik tu. Begitu juga dia sebut "jika tidak mahu muzakarah, bukan orang Pas". Pening kan? Haji Hadi kata (muzakarah dipohon UMNO), tidak akan ada muzakarah." 

Hadi ni bukan orang Pas ke?



Pening!?... mende yang mendenya ni??? 
Gimik Politik le tuuuuu... bukan ikhlas. Jawap cam tu je kan senang.
Tak payah la pusing satu Malaysia nak jawab soalan yang mudah macam tu...

*rasa-rasa Mayang resipi tentang "Islam, Ikhlas dan Munafik" dalam kes ni memang serba lengkap.



PAS YANG ASSABIYAH

mayangperapu.my
written on May 21, 2012



"Misalnya salah tanggapan mengenai perkauman sehinggalah kepada apa yang disebut sebagai assabiyah. Jangan kita tersalah erti. Assabiyah ini maksudnya kita taksub dan hidup berpuak-puak dalam kalangan sesama kita lalu berkelahi sesama sendiri. Itu hukumnya HARAM. Tapi bila kita taksub pada bangsa kita sendiri sehingga orang mencaci bangsa kita lalu kita bangkit menentang, itu tidak mengapa". - Harussani Zakaria. Ingatannya lagi,"Ingatlah firman Allah, "Jika kami kehendaki, kami hapuskan bangsa ini dan kami kami gantikan dengan bangsa lain"". 



Disebut "bangsa".

“Barangsiapa yang tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk di antara mereka, dan barangsiapa yang tidak berada di waktu pagi dan petang selaku pemberi nasihat bagi Allah dan Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpinnya dan bagi umumnya kaum muslimin, maka bukanlah ia termasuk di antara mereka.” (HR Thabrani).

Dalam negara ini, siapakah "Kaum Muslimin"???. 
Melayu itulah Kaum Muslimin.

1. Perlu saya sebut bahawa ingatan Allah ini telah berulang-ulang kali berlaku dalam sejarah peradaban dunia, semenjak Adam a.s hingga ke Musa a.s, malah banyak lagi. Begitu juga pada kaum nabi Lut a.s yang mana kaumnya dihilangkan dari muka bumi kerana mungkar berbudaya songsang di Kota Sodom. Juga berlaku selepasnya dalam peradaban moden bilamana bangsa-bangsa tertentu dihilangkan apabila pengamalan mereka lari dari syariat sebenar. Hanya yang beriman di kalangan bangsa itu yang diselamatkan.

2. Perkaitan bangsa dan kebangsaan inilah yang diulang sebut oleh Nik Aziz tentang "Kebangsaan" melayu itu. Itulah yang diminta dia untuk dibuang sedangkan dia sendiri pun seorang Melayu. Begitu pula segala ustaz atau tidak ustaz Pas, segala pemain-pemain politik Pas, semuanya Melayu! 
"Mananya Negro-Islam?, mananya Mat Saleh-Islam?, mananya Arab-Islam?" 

3. Assabiyah yang sebenar adalah "berpuak taksub" yang melihat hanya diri puaknya betul walaupun sebenarnya tidak benar. Inilah yang salah yang sepatutnya dibuang dan digantikan dengan persaudaraan sesama Islam dengan mendahulukan keikhlasan.

# Membenci dan meghukum saudara Islam yang tidak sealiran sebagai "kafir" tidakkah Assabiyah puak yang membuat tuduhan itu?

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"(HR Abu Dawud)

"Sesiapa yang menyeru kepada assabiyyah, seolah-seolah dia menggigit kemaluan bapanya (diriwayatkan di dalam Mishkat al Masabih)

"Tinggalkanlah (assabiyyah) kerana ia busuk" (HR Muslim dan Bukhari)

Wallah hu a'lam.







"FASIK!", kata MUFTI

mayangperapu.my
written on May 21, 2012
Memetik kata-kata Mufti Harussani Zakaria; 

1. Apabila timbul bermacam-macam fatwa, kita tidak boleh biar jika ia boleh mengancam perpaduan.

2. Kita lihat bagaimana ada fatwa mengatakan orang undi parti ini masuk syurga, undi parti itu masuk neraka. Apakah syurga neraka ini kita punya?

3. Nabi sudah kata bahawa orang itu masuk syurga bukan kerana solatnya atau puasanya tetapi rahmat Allah. Jadi tidak usahlah kita berbalah. Tidak guna kita bercakap berlapikkan al-Quran tetapi perbuatan kita lain. Jangan kita permainkan agama.

4. Kadang-kadang kerana kita cenderung untuk memainkan agama, sampai ke dalam khutbah pun kita mengumpat sehingga kita dilihat menjadi "FASIK".

5. Sepatutnya menjadi khatib, kita wajar menjadi contoh, tetapi bagaimana orang hendak ikut jika kita memaki-hamun dan mengumpat orang? Itu perbuatan "FASIK".

6. Sebab itu dalam apa juga diskusi, soal politik kita ketepikan seboleh mungkin.

7. Kalau mahu bincang politik, kat Parlimen pun boleh. Kalau kritik cara jalankan ekonomi tidak betul, bincanglah dan tunjuk alternatif lain supaya ia betul. Bincang di Parlimen.

8. Tapi tuntutan ke arah muzakarah ini sewajarnya dilihat kepada keperluan mengenai kepentingan umat Islam. Alangkah baiknya kalau ia tidak dibayangi soal politik sangat. 

Tapi nampaknya ia bersyarat?







MAJLIS PEGUAM YANG GELONG!

mayangperapu.my
written on May 17, 2012

1. Its funny bila Bar Council (Malis Peguam) buat resolusi dengan mengutip "vote" dalam mesyuarat tergempar yang luar biasa, ada antara yang mengangkat tangan bukan pun ahli tapi "pengundi hantu"! 
Sedangkan mereka ini mempertikaikan sistem pilihanraya negara ini khususnya SPR yang antara isunya begitu bernada sama dengan pembangkang iaitu kononnya mendaftar Pengundi Hantu! Hahaaa... 

2. Bar Council yg kononnya profesional ni rupa-rupanya juga lebih hantu daripada hantu. Mereka bermain politik tapi berlapikkan kononnya mereka kebal sebagai pengamal undang-undang. Dari sudut lain resolusi mereka juga tentang BERSIH 3.0 itu begitu membelakangkan undang-undang. 

3. Bar Council telah tidak bertitik-tolak daripada keputusan mahkamah bahawa mahkamah telah memutuskan bahawa Dataran Merdeka dilarang dimasuki untuk acara berkenaan. Mereka sendiri tidak menghormati undang-undang sebaliknya berpolitik. Sedangkan di dalam Majlis mereka sendiri, sistem mereka banyak yang tonggeng-terbalik, banyak kelemahan-kelemahan yang sepatut dan perlu diperbetulkan. Mereka sepatutnya melihat kepentingan ahli-ahlinya yang berjumlah lebih 14,000 yang selalu merungut tentang kelemahan-kelemahan yang ada. 

HAHAAAA... Bar Council pakai vote "PENGUNDI HANTU", amatlah LAWAK!





PENYATUAN ISLAM ALA PAS NIK AZIZ

mayangperapu.my
written on May 19, 2012

1. Tentang penyatuan orang Islam rasanya UMNO dah cadang lama dulu. Pas tolak dengan macam-macam alasan, bukan stakat memandang sinis malah menghina & mencerca. Menerima tindak balas saudara Islamnya sebegitu, UMNO pun senyap tetapi tidaklah menutup pintu. Tiba-tiba saja orang yang sama yang mencerca usaha itu dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut-nyebut tentang muzakarah ini pula. Beliau tiba-tiba menggunakan perkataan "mencadangkan" muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). ??? ( Pada ketika angin sepoi pun tak ada dari UMNO ). Tercengang UMNO macam baru lepas mimpi. Sebagai orang Islam, UMNO walaupun telah dikhianat dulu masih bersangka baik dan sedang mempertimbang menerima salam berkenaan demi kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara.

2. Tiba-tiba juga belum pun apa lagi, Nik Aziz Menteri Besar Kelantan bagi syarat tak tentu pasal dan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman. (Eh! Dia yang tiba-tiba sebut tentang muzakarah, tiba-tiba dia pulak bagi syarat?), katanya "Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam". Perlu Mayang sebut perkara ini dibangkitkan oleh Nik Aziz ketika Ulama Muktabar di negara ini mempersoalkan nama Islam pada Parti Pas yang disalahguna imejnya oleh Pas sebagai seolah "agama Islam" dan ini salah. Tetapi tiba-tiba dia pulak masuk campur rumah tangga orang lain dengan bagi syarat itu ini, pelik! 

3. Semua orang tahu jelas bahawa dasar UMNO adalah Memartabatkan Islam, Memaruahkan Bangsa Melayu serta menjaga Hak dan Mempertahankan Tanah Air. Yang menyebut-nyebut "Kebangsaan" kepada UMNO tu hanya Pas khususnya Nik Aziz. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu hanya nama. 
Kalau namanya Nik Aziz tak perlu pun letak nama Nik Islam bagi menggambarkan dia Islam, begitu juga Najib. Tak perlu letak Islam dalam namanya. 

4. Lebih pelik lagi, Nik Aziz kata, "UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan". Dia lupa ke Pakatan tu termasuk DAP yang anti-Islam dan PKR yang liberal-pluralis? Eh-eh! dia pulak suruh orang masuk Pakatan merepek dia... Betul lah amat lawak Mursyidul Am ni. ( Mursyidul Am TIBAI pun tak selawak ini )
Ini bukan ikhlas namanya tapi main-main, nak jadikan isu daripada sentimen. Tujuannya tidaklah lain untuk mencipta bahan untuk kempen nanti.

5. Kesimpulannya adalah mudah. Sebenarnya kenyataan Nik Aziz walaupun bunyinya macam nak berbaik-baik tetapi itu bukanlah cadangan tetapi SENTIMEN. Sengaja dibangkitkan untuk menutup mulut ahli-ahli Pas yang mahukan penyatuan Melayu-Islam dan juga untuk memerangkap UMNO. Nanti dia katalah, UMNO yang tolak. Nik Aziz ini semuanya berkisar mainan politik kuasa, bukannya semangat agama yang betul seperti apa yang Rasulullah SAW anjurkan. Ulama Ikhlas jenis apa macam ni?
"Masa dia rasa dia kuat, dia sombong, bongkak, riak, takbur tolak mentah2 ajakan perpaduan Melayu-Islam. Tapi bila rasa ada banyak isu terutama bila anak buah sendiri persoal DAP yang berterusan menolak Islam & hudud secara  tegas dan PKR pulak yang berjinak-jinak dengan LGBT dan pluraisma Agama yang dia tersokong, tiba-tiba dia bikin Sentimen baru. Semuanya bila dia mula rasa tren sokongan orang Islam dah tak menyebelahi dia dan pakatan peningnya"

Sepatutnya syarat yang sama dikenakan kepada DAP supaya meninggalkan sekularis & menjulang Islam dalam perlembagaan mereka sebelum Pas sepakati mereka. Begitu juga kepada PKR. Seperti PKR, DAP begitu teruja kepada liberalisme & pluralisme kenapa? Pendasar-pendasar mereka walaupun kulit luarnya pelbagai tetapi mereka bersatu pada agama mereka, Nasrani. Mungkinkah mereka ini akan menjulang Islam? Karpal Singh kononnya tersasul. Tapi itulah agendanya. Perdana Menteri bukan melayu? Tapi agamanya apa?

Kenapa Pas tergamak menuruti mereka ini & melaknat saudaranya sendiri? Arah Pas ini ke mana sebenarnya?