written on May 29, 2012
1. Malaysia sebuah negara penuh nikmat. Di sini Islamnya dijaga. "Kebebasan" menyi'arkan Islam bergantung kepada kita malah sentiasa dibantu oleh kerajaan. Masjid-masjid dan surau diperuntukkan dan dibina di mana-mana. Begitu pula sekolah-sekolah aliran agama juga dibela. Hendak kan Tahfiz, tahfizlah, hendakkan pondok, pondoklah. Kerajaan yang ada tidak pernah menghalang, malah menggalakkan. Selain bantuan-bantuan yang dapat disalur kerajaan, derma dan bantuan datang mencurah-curah kerana rakyat islam kita semakin mampu dilimpah rezki kerana peluang yang ada sentiasa terbuka luas. Itu pilihan yang ada di sini dengan bebas sebebas-bebasnya. Malah bebas pula Yayasan-yayasan yang berkaitan Islam mengembangkan cara syi'ar dan dakwah masing-masing. Bantulah selagi terdaya dalam apa cara juga. Zakat juga begitu diambil berat malah diinstitusikan oleh kerajaan supaya lebih terurus dan tersusun.
2. Begitu pula perbankkan Islam bermula di negara ini hasil dari inovasi rakyat Islam kita. Kolej dan Universiti juga jika mahu dibuka sebanyak mana pun yang beraliran Islam ini bukalah. Ia digalakkan. Syariah islam juga semakin dikembang bila mana lulusan-lulusan yang kerajaan kita laburkan dulu sudah kembali dan berada dalam pasaran. Malah akhidah umat Islam juga begitu dititik beratkan. Kita punya Raja yang menjadi Ketua Agama Islam. DYMM Raja-raja ini melalui wakilnya, melantik Mufti-mufti di kalangan mereka yang benar-benar layak dan berilmu. Begitu pula ada institusi yang menguruskan tentang agama Islam ini dan ianya dibiaya kerajaan. Perundangan Islam juga ada dan sentiasa di inovasikan dari masa ke semasa. Begitu juga sistem wakaf (perlu diinovasi lagi).
3. Pelajar2 kita dulu yang beraliran agama, bila telah berkelulusan mengisi ruang-ruang yang ada ini. Semakin hari semakin berkembang malah kita punya Tabung Haji yang diiktiraf sebagai Badan Pengurusan Jemaah Haji yang paling kemas yang ada di dunia Islam, malah kini telah mampu melabur dan sebagainya dalam berjenamakan Islam termasuk hartanah. Syarikat-syarikat pengurusan jemaah haji & umrah juga semakin bercambah di mana-mana. Jika diperhatikan hari ini ramai umat Islam sudah semakin berilmu dan semakin memahami arah tuju apa itu Islam. Nikmatnya semakin bertambah. Ini mencakupi Addin. Ini juga sumbangan yang besar kerana kerajaan yang ada ini telah memberikan kebebasan menuntut dan mencari ilmu. Pelbagai cetakan dan buku malah digalak. Guru-guru aliran agama Islam dicipta dari masa ke semasa dengan bantuan dan peluang.
4. Perlu Mayang sebut bahawa tidak pernah dalam alur-galur sejarahnya umat-umat Islam dibunuh dan dihukum kerana dia Islam di Malaysia negara yang penuh nikmat bagi orang Islam ini. Kerajaan Islamnya sentiasa bersama dengan Islam. Kerajaan yang ada tidak pernah mengajar orang-orang Islam menjadi Kafir. Tidak pernah memperkasakan aktiviti murtad di kalangan orang-orang melayu.
5. Dulu aliran asal Tanah Melayu semasa datuk-nenek kita dulu adalah Sunnah-Wal Jamaah dan ini sentiasa dijaga sehingga kini. Dalam pada itu aliran kefahaman Islam yang sedang berkembang telah mewujudkan banyak kefahaman dan cabangan apabila rakyat kita telah terdedah dengan pelbagai aliran luar di negara-negara berbeda. Maka pencabangan ini telah dibawa masuk.
6. Di dalam Pas hari ini ia telah bercampur-baur. Sunnah Wal Jamaah seperti UMNO juga yang pada asalnya dulu di bawah era Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kini dijerapi aliran-aliran lain seperti Syiah (Iran-India), Wahabi (Arab) dan Muhammadiah (Indonesia). Ketiga-tiga aliran itu berlatar berbeda dan mempunyai pengaruh-pengaruh kuasa lain di belakangnya. Aliran-aliran itu malah telah mengatasi pengaruh Sunnah Wal jamaah di dalamnya. Mereka di dalam Pas ini berebut kuasa dan pengaruh. Kini pula dijerap berbaur antara ekstrim dan liberal yang telah digauli pengaruh Anwar. Fundamentalnya kini telah caca-merba hala. Sebab itu mungkin keadaan yang menuntut supaya bersama sesaudara dengan UMNO yang kuat memegang Sunnah Wal Jamaah dilihat begitu sukar direalisasikan.
7. Perlu kita ingat umat Islam di negara ini yang "kaum muslimin"nya melayu bukanlah begitu ramai, lebih sikit setengah dari penduduk sahaja. Sedangkan umat Islam kita dipecah-pecahkan lagi dengan kekeliruan.
8. Sedangkan di luar lingkaran pula kaum-kaum dan agama lain ini kini sedang menuntut itu-ini. Jelas mereka kini mahukan kuasa yang ada pada orang Islam. Bukan salah mereka. Mereka hanya mencongak peluang daripada kelemahan yang umat Islam sendiri buat.
*Mayang begitu khuatir dengan trend kufur nikmat dan tidak bersyukur yang ada hari ini. Takutnya Allah SWT menarik kesemuanya pergi nanti. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment