1. Industri dan prasarana pengilangan telah dibangunkan secara
agresif dan terancang di Pulau Pinang sejak zaman BN semasa Dr Koh Tsu Koon
sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Landasan inilah yang menjadikan Pulau Pinang
antara negeri industri yang disegani.
2. MIDA adalah Malaysian Industrial Development Authority yang menumpukan FDI dalam bidang Industri yang bukan sahaja pelaburan masuk di Pulau Pinang tetapi bagi keseluruhan negara. Elemen-elemen asas yang sama digunakan bagi lain-lain negeri, begitu jugalah pelaburan-pelaburan luar di negeri-negeri lain ini dianalisa. Standardnya adalah sama bagi kesemua negeri. Maka prestasi perbandingan ini adalah selari. Jika tinggi prestasinya,maka tinggilah, jika rendah, maka rendahlah. Ianya berasakan kepada fakta.
3. Jesteru itu, apabila Lim Guan Eng mempertikaikan pengumuman FDI
ke Pulau Pinang yang merudum seperti mana data yang dibentang oleh MIDA ini,
ianya amat tidak wajar dan terpesong daripada prinsip asas iaitu “Industri”.
MIDA sudah tentu tidak mengambilkira bidang dan sektor lain. Sudah tentu juga
maklumat baru sehari dua tentang FDI tidak dimasukkan, angkanya juga perlulah
angka yang rasmi dan bukannya hanya berdasarkan cakap. FDI adalah berasaskan
data dan fakta yang dianalisa menjadi dapatan yang rasmi. Lantaran itu juga pandangan
Lim Guan Eng agar dimasukkan pelaburan sektor-sektor lain ke dalam FDI Industri
menunjukkan beliau juga tidak peka. Sama ada beliau tidak bijak atau sengaja
beliau beralasan untuk mengelirukan warga Pulau Pinang. Lebih tepat ini adalah
retorik politik yang tidak bertanggung jawab yang cuba dimasukkannya ke dalam
kencah pengurusan yang berbeza sebagai alasan bagi dirinya.
4. Apa yang dipersoalkan adalah; Pulau Pinang sebagai negeri
Industri yang disegani, kini menghadapi kemasukan FDI yang rendah serta merudum
berbanding dahulu. Sebagai kerajaan DAP yang berbeza, prestasi Lim Guan Eng
tidaklah boleh bersandar kepada BN lagi. Oleh kerana beliau menawarkan kepada
warga Pulau Pinang kerajaan alternatif untuk dipilih pengundi maka pelaburan
FDI ke Pulau Pinang wajiblah di bawah
tanggung jawab kerajaan beliau. Sebagai Ketua Menteri kerajaan alternatifnya,
maka beliaulah yang bertanggungjawab. MIDA dan agensi-agensi di bawah kerajaan
pusat atau BN selama ini, walaupun berbeza kerajaan telah banyak membantu,
termasuklah oleh NCIA. Banyak pelaburan-pelaburan serta FDI yang telah dibawa masuk
ke Pulau Pinang sebelum ini. Isunya sebagai mendakwa selaku Pengerusi Penang
In-Invest serta Ketua Menteri kerajaannya, apa yang dia buat? Beliau harus
mengaku ketidakmampuannya dan bukannya menuding kepada orang lain.
5. Bagi prasarana infrastruktur air yang dibangunkan oleh BN
sejak sekian lama, Lim Guan Eng sebaliknya menaikkan tariff air dan mengenakan
surcaj sedangkan catatan untung PBA yang beliau ambil alih terus merudum
berbanding semasa BN dulu yang konsisten walaupun tidak mengenakan harga air
yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang. Persoalannya kenapa jadi begitu?
6. Selain itu, kerajaan BN juga telah membantu menyediakan prasarana peluang kerja dan potensi oleh NCIA di Pulau Pinang, antaranya yang lain lagi kerajaan BN pusat telah membangunkan Empangan Mengkuang, suntikan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pembinaan Jambatan Kedua dan lain-lain lagi semasa LGE memerintah yang mana sepatutnya kerajaan negeri yang diteraju oleh Lim Guan Eng lah yang perlu sediakan. Suntikan berbilion-bilion ringgit Malaysia ini disenyapkan oleh Lim Guan Eng sebaliknya dengan mudah menuduh ada sabotaj oleh kerajaan pusat. Dia tidak boleh duduk goyang kaki dan mengharapkan pelaburan masuk. Apabila tiada pelaburan masuk ke negeri di bawah tadbirannya, dia menyalahkan pihak lain. Ini kenyataan tidak bertanggungjawab yang cuba menyembunyikan kelemahan dirinya.
*Dia suka kondem orang-orang lain dan negeri lain, antaranya,
“"Perlu diingat bahawa Pulau Pinang adalah penerima terbesar pelaburan
langsung asing (FDI) di Malaysia. Kedudukan Kedah begitu jauh dari segi FDI,"
katanya apabila beliau menentang hasrat pembinaan lapangan terbang oleh Kedah
suatu ketika dulu. Sedangkan Kedah juga perlukan FDI untuk memajukan negeri
mereka. Ya, itu barulah sabotaj namanya.