Pemolo

Saturday, October 22, 2011

KUFUR NIKMAT

mayangperapu.my
1. Manusia lupa pada nikmat besar yang ada dan sebaliknya melihat kepada sedikit yang tidak sempurna. Malah menyalah sana-sini tanpa mencermin diri. Lupa adalah sifat insan. Manusia yang tidak bersyukur Allah SWT sebutkan mereka ini sebagai kufur nikmat. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat ". (Ibrahim:7).
Jangan sampai kita menerima bala' kesan akibat daripada kita sendiri tidak menjunjung peringatan Allah SWT. Antara lain ini juga peringatan kepada bahaya Fitnah yang kesannya besar kepada umat Islam yang tidak bersyukur digambarkan sebagai, “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (al-Baqarah:191)
dan “Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (al-Baqarah:193) (Ayat-ayat ini sebenarnya dikaitkan sebagai Fitnah yang diterjemah sebagai Syirik!).

2. Dalam pada itu kita juga harus melihat di tanah air kita, siapakah musuh islam yang sebenar dan adakah kita secara sengaja atau tidak telah menjunjung mereka. Sejelas-jelasnya yang menentang Islam adalah kelompok yang berpotensi mengambil-alih negara yang matlamat mereka adalah untuk memerintah. Di sini bentuknya adalah di dalam pertubuhan yang bertanding mendapat sokongan secara nisbah. Mereka yang mempunyai parti dan pengikut yang matlamat mereka adalah untuk berkerajaan. Parti DAP telah berulangkali dalam nada jelas dan tegas menyatakan tentangan terhadap Islam atau Negara Islam sekali pun. Tindak tanduk mereka jelas kearah itu. Tidak pernah berubah waima semenjak dulunya menyokong Chin Peng sehingga hari anak-anak buahnya menzahirkan tugu peringatan yang dijaga itu (salah satunya di Nilai Negeri Sembilan).




3. Kerana iri hati barangkali, kenapa boleh ada golongan islam yang berpakat dengan kelompok seperti ini.


Perumpamaan hari ini adalah seperti menjulang puak yang jelas menentang agama Islam atau apa-apa juga yang berkait Daulah Islam seperti puak DAP yang jelas menentang sehingga menyatakan mereka sanggup mati dulu kalaulah Islam hendak ditegakkan. Mereka ini yang mahukan agama lain disamatarafkan dengan islam dan membenarkan keadilan agama berbentuk penganut Islam yang juga boleh bertukar ke agama lain (murtad) itu sebagai keadilan, seperti yang jelas diperjuangkan oleh S. Ambiga.

Puak seperti ini dalam pengkisahan lalu daripada sirah Rasulullah SAW jelas disebut KAFIR HARBI (golongan kafir yang menentang dan membenci Islam).

Mereka yang bijak berlakon ini kini berada di dalam topeng-topeng kapitalis yang mendendangkan kononnya sebagai standard keadilan kehidupan dan hak asasi manusia yang dijulang di dalam Orde Baru Dunia itu.

Rasulullah SAW mengharamkan umatnya bersepakat dengan kelompok ini, malah dilaknat. Peringatan mayang jika salah julang dalam lingkaran ubat nyamuk ini janganlah sehingga terjadi fitnah yang disebut, “Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (al-Baqarah:191) (perkaitan terperangkap dalam fitnah) kerana kesan akibatnya adalah amat besar dalam menentukan islam terus berdaulat di dalam daulah yang diazan mulanya kepada kita ini.

4. Sedangkan di negara ini jelas Islam diletakkan di puncak, maruahnya dibela dan begitu besar nikmat yang diperolehi berbanding saudara-saudara Islam lain di tempat-tempat atau negara lain dalam memperolehi nikmat beribadah sekalipun. Malah Islamnya aman dan tenteram untuk diamalkan. Maruahnya diambiltanggungjawab penuh oleh Raja dan kerajaannya dalam urusan tadbir dan kehidupan sebagai asas paling utama. Kesemuanya ini telah diperlembagakan ke dalam surat beranak negara ini dan ia dijaga.
"Mereka mengetahui nikmat-nikmat Allah, (tetapi) kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir". (QS. 16: 83). Jangan sampai saudara-saudara Islam lupa nikmat yang ada dan menuntut perkara-perkara kabur yang sebenarnya masih tidak boleh dipegang-gapai. Peringatan juga kepada umat Islam yang sama yang membenamkan saudara sendiri sebaliknya syubhah bersama kafir Harbi yang jelas menentang umat sendiri malah mengselarikan dengan juak kafir seperti DAP dan Ambiga ini. Mereka ini dibayangi oleh kuasa besar dibelakangnya untuk meratah orang Islam yang berpecah dan dipesongkan. Ada pula melayu-islam yang telah terperangkap di dalam mainan menjual dirinya kepada agenda kejahatan puak yang hendak menguasai bumi ini dengan kebathilan. Permainan akhir zaman yang barangkali mereka terlupa antara doktrin jahat ini adalah "sell you soul to the devil". Pemesongan mereka begitu rumit dan susah untuk dirungkai punca. Bagi golongan yang hanya melihat nikmat dunia dan kuasa sebagai hambatan, inilah yang akan masuk ke jerat mereka. Mereka akan membeli orang-orang seperti ini dan dijadikan perkakas mereka untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan yang mereka fikir sebagai ancaman kepada mereka.


“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” (Maida:49).

Jangan pula tanpa sedar kerana ingin mencapai awan di langit yang kita sendiri kabur bentuknya kita tergolong pula di kalangan yang Allah sebutkan golongan pemberi alasan: “kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (al-An’am:23), Sedangkan Allah telah memberi peringatan, “Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah) Sesat maksudnya, tanpa kita sedar kita bukan lagi berada di atas jalan yang lurus dan benar seperti yang kita sangkakan.


 
5. Semuanya kerana untung dunia yang sedikit kita mengkafirkan saudara kita apabila kita melihat dari lubang yang kecil.
 
Pandangannya janganlah sehingga kerana melihat nikmat besar yang sebenarnya kabur dan bukan keutamaan sebenar, kita pula jatuh kufur kepada nikmat yang Allah SWT telah hidangkan kepada kita. Telah pun ada di sekeliling umat islam tetapi ada yang lupa dan tidak bersyukur. Allah SWT telah berpesan nikmat itu boleh lagi ditambah tetapi nikmat itu juga boleh ditarik pergi.
 
Ramai saudara-saudara kita yang terperangkap dalam dakyah permainan akhir zaman di negara-negara lain telah terkena perangkap ini dan kini mereka terjajah kembali dibayangi oleh kusa bathil ini. 
 
Janganlah sampai orang yang menzalimi umat islam diangkat sebagai pemerintah barulah kelompok ini berpuas hati dan tekunci mulut.
 
Bayangkan nanti apa yang terjadi kerana kita terlalai mengsyukuri nikmat yang ada di daulah kita ini. Nauzubillah.

Monday, October 17, 2011

NEGARA LAHIR DIMULAKAN AZAN



mayangperapu.my
Seperti bayi baru lahir yang diazankan. Selepas laungan kemerdekaan & Negara ku. Azan dikumandangkan & diiringi doa berikut oleh Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.
Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.
 
mayang: Pas ni faham ke tak??? Dok tabur fitnah merata...(Tak ambil iktibar dari peristiwa Palestine langsung!)
mayang tertarik pada doa;"Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki". Kalaulah ada yang sedar.

Friday, September 30, 2011

HUDUD RECYCLE ALA-PAS

mayangperapu.my
‎23 April 2011


1. Kelantan sehingga hari ini adalah negeri termiskin (selain Kedah), begitu pula peratusan pengidap HIV adalah yang tertinggi di Malaysia walaupun selepas 23 tahun Parti Kebajikan (dulunya menggunakan “Islam”) Se-Malaysia memerintah negeri itu. Malah masalah asas air rakyat setelah pernah dibantu oleh kerajaan pusat beratus-ratus juta sehingga ke hari ini tidak dapat diselesaikan sedangkan sumber kekayaan negeri dari sehari ke sehari semakin merosot khususnya balak. Ke mana?

2. Dalam manifesto Pilihan Raya Umum 1990, Pas berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah negeri itu (Manifesto Pilihan Raya Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990). Tiba-tiba pada 25 Jun 1999 Nik Aziz antara lain berkata, “Pas Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa...”.

3. Haji Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan jika Pas memerintah Terengganu, keesokan harinya sebelum ayam berkokok, Hudud akan dilaksanakan. Selepas itu bila dapat memerintah Terengganu beliau menyatakan bahawa hudud hanya 0.0001 (peratusan yang begitu kecil) daripada Al-Quran maka tak perlu dilaksanakan.

4. Resolusi mengenai pengguguran negara Islam kepada hanya negara kebajikan juga dibuat oleh Pas sendiri (semasa mukatamar), bukan oleh orang lain. Dan tiba-tiba Nik Aziz bercakap tentang pelaksanaan Hudud selepas 23 tahun Pas memerintah Kelantan!? Beliau yang digelar ulama, yang berkelulusan hanya Bahasa Arab tidak mampu menyelaras malah melaksanakan bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah serta hadis. Maka sebab itu draf Hudud yang dibazirkan dengan nilai RM250,000 oleh Pas (difahamkan tidak sampai pun 30 muka surat) yang diupah kepada ilmuwan-ilmuwan Asia Barat yang tidak diiktiraf oleh ulama-ulama sana (dulu) dibakul sampahkan begitu sahaja sebab terlalu banyak persoalan asas dalam menepati 15 syarat pelaksanaan hudud sebenar tidak pun mampu dijawab. Sebagai contoh, seperti yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir: Jika seorang islam dan seorang bukan islam mencuri, adakah orang islam akan dipotong tangan dan orang bukan islam itu hanya dipenjarakan? Dimanakah asas keadilan prinsip sebenar Hudud Islam itu berbanding hudud ala-Pas? Persoalan ini tidak pun dapat dijawab oleh Nik Aziz malah menyalahkan pihak lain dengan alasan-alasan retorik, seperti biasa.

5. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" kononya. Sikap taksub kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong Pas ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Percaya pulak tu, waima mengkafirkan orang-orang Islam lain, sedangkan "Sejarah hidup" Pas selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam.

6. Jika pun jika Pas benar-benar mahu melaksanakan hukum hudud bagi menegakkan kononnya Islam oleh Pas sepatutnya bukan Kelantan sahaja yang patut dihududkan. Negeri-negeri lain dibawah pakatan mereka juga patut dihududkan. Pas bukan bertanding di Kelantan sahaja!

*Sedangkan di Malaysia UMNO dalam menerapkan prinsip “Maqasid Syariah” mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda telah lama mendahului slogan kosong Pas itu!

Tuesday, September 13, 2011

YAB DS NAJIB Highlite KEBUSUKAN HATI LGE

mayangperapu.my

1. Satu ketika, barangan pembinaan terpaksa dihantar melalui laut ke Pulau Pinang kerana pelbagai halangan diberikan untuk syarikat pembinan menggunakan jalan darat yang dikuasai DAP. Masalah pengambilan tanah yang bukan masalah sebelum Mac 2008 menjadi punca utama kelewatan projek Jambatan Pulau Pinang 2. Masalah hanya selesai setelah rundingan semula harga dengan pemilik tanah (antaranya kerajaan Pulau Pinang sendiri).
Tapi rundingan semula ini telah menyebabkan kelewatan projek dan kelewatan ini juga menyebabkan harga bahan pembinaan yang meningkat, menambahkan lagi masalah sedia ada sebelum pembinaan berjalan semula pada November 2008. Chief Of Staff LGE, Jeff Ooi siap mengumumkan bahawa projek tersebut berpotensi dibatalkan.

2. Tapi kebijakan Perdana Menteri mengatasi segalanya. Penubuhan SPV (syarikat khas milik penuh kerajaan pusat), Jambatan Kedua Sdn Bhd berjaya menyelesaikan semua masalah yang timbul melalui perjanjian dengan pihak pihak terbabit padaApril 2010.
Semua ini tidak diketahui sepenuhnya kebanyakkan rakyat biasa di Pulau Pinang mahupun Malaysia. Rakyat Pulau Pinang pun tidak tahu rupa sebenar Ketua Menteri yang mereka lantik. Muka nampak innocent tapi hati busuk macam bangkai.

3. Bila projek ini sudah berjalan semula, barulah DAP nak terhegeh-hegeh nak mengaku ada peranan, siap si Malik Kassim kata Projek Pakatan mereka. Dengan tak malu juga menggunakan projek pembinaan jambatan ini dipromosikan sebagai hak mereka kepada pelabur luar, kononnya bukti pembangunan dan kemudahan pelaburan, macamlah dia yang buat pun.

4. Lagipun resmi Perdana Menteri Dato Seri Najib bukan yang memalukan tuan rumah walau apa imej buruk yang cuba ditunjukkan Pakatan ke atas dirinya dan keluarga. Ini cubaan yang dibuat oleh Pakatan Bohong ketika mereka terdengar Najib dan Rosmah akan melawat Permatang Pauh. Siap nak pakai baju kuning dengan cincin nak hina Rosmah. Padahal fitnah tu mereka yang buat.

5. Sebenarnya, dimana-mana tempat Pakatan menguasai pun memang ada saja halangan yang diberikan ke atas projek persekutuan. Di Selangor projek bekalan air dari Pahang ke Selangor tapi kemudian yang dituduh ialah kerajaan Persekutuan menganiayai rakyat negeri-negeri tersebut kerana memilih pembangkang sebagai kerajaan.

6. Patutnya tahun ini Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah boleh digunakan, tapi kerana masalah di atas, ia tertangguh. Setiap kali kesesakan berlaku di Jambatan Pulau Pinang, ingatlah muka LGE dan lambang DAP, kerana merekalah projek itu tertangguh.

7. Banyak lagi projek tertangguh sebab gangguan hati busuk Pakatan Bohong ini di Pulau Pinang; Sekolah, Perumahan Kos Rakyat dan lain-lain. Kalau surau dan Masjid jangan cakap la, milikan tanah bagi projek baru kini dialih ke bawah Perbadanan yang dikuasai oleh Lim Guan Eng. Bukan lagi berstatus wakaf orang islam. Ini bermakna masa ke depan status bangunan tu boleh bertukar daripada masjid atau surau kepada bangunan lain, perpustakaan pun boleh jadi, tokong pun boleh atau apa-apa saja. Itu pun belum Universiti Singapura yang nak melanggar Pulau Pinang di Balik Pulau yang dijuarai Lim Guan Eng. Sengaja hendak diletakkan di perkampungan tradisi.

Eloklah tu rakyat Pulau Pinang…pilihlah lagi.

BAPAK ANWAR DI INDONESIA 1 (sudut sanusi)

mayangperapu.my
petikan daripada blog sanusi junid (Tuesday, July 19, 2011)
PROFESOR RISET MENTERTAWAKAN DEMONSTRASI 'BERSIH'

PERTEMUAN DENGAN BAPAK PROF. DR. HERMAWAN SULISTYO DI RESTORAN HOTEL INTER-CONTINENTAL JAKARTA PADA 10 JULAI, 2011

1. Maaf, baru sekarang saya sempat tulis lagi mengenai demonstrasi 'Bersih'.

2. Pada pendapat saya malang sungguh nasib penganjur demonstrasi 'Bersih' pada 9hb Julai, 2011.

3. Ianya ditertawa orang.

4. Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.

5. Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.

6. Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.

7. Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.

8. Komennya, 'kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.'

9. Saya bertanya, 'Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV'.

10. Jawabnya dalam bentuk pertanyaan, 'Ada. Kenapa ya? Apa orang tidak peduli dia lagi sampai dia perlu demo? Kan dia kepala partai dan ahli Parlimen. Apa tidak cukup bicara dalam Parlimen mengenai masalah negara?' Katanya, 'Di Indonesia, dan di serata dunia, anggota Parlimen dan Senate tidak kelihatan berdemonstrasi.'

11. Saya jawab, 'Tidak. Anwar mungkin tidak punya waktu untuk berbahas di dalam Parlimen kerana dia harus meladeni berbagai dakwaan yang dia harus lalui di mahkamah.'

12. 'Dakwaan seksual?' tanya Professor Riset.

13. 'Ya. Mungkin juga dia mengharapkan mendapat cedera di dalam demo ini nanti sehingga rakyat bersimpati dan mengundinya di dalam pemilu (pilihanraya umum) nanti'.

14. Saya terus menyambung, 'Waktu dia dipukul oleh Kepala Polisi Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, semasa dia ditahan kerana kes liwat dan rasuah dahulu dia mendapat banyak simpati rakyat sehingga menguntungkannya di dalam pemilu.'

15. Profesor Riset: 'Saya baca mengenai itu, tetapi apa begitu politik di Malaysia?'

16. 'Dalam sejarah UMNO ada tokoh yang sangat disegani bernama Dato' Harun Idris. Beliau dahulunya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.'

17. 'Saya juga pernah membaca mengenai kes itu; apa hubungannya dengan kes Anwar dipukul kepala polisi?'

18. 'Waktu Dato' Harun berada di dalam penjara, kerana kes rasuahnya, beliau telah mendapat kemenangan besar dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, kerana perasaan simpati ahli-ahli UMNO terhadapnya.'

19. Saya terus menyambung, 'keadaannya sama Pak dengan kejadian-kejadian di rumah apabila ibu melaporkan kenakalan anak. Tergantung kepada cara reaksi bapanya. Jika si bapa begitu terkesan dengan laporan ibu itu sehingga si bapa memarahi atau memukul anaknya maka ibu mungkin terdiam sejenak. Tetapi jika terus dipukul maka akan timbul simpati ibu sehingga akhirnya mungkin ibu pula yang memarahi bapanya, walau pun yang melapor pada mulanya ialah ibu itu sendiri..'

20. 'Apa Pak Anwar juga menagih simpati?'

21. 'Kira-kira begitu,' jawab saya.

22. 'Kenapa?'

23. 'Kerana Anwar kini ada dua kes di dalam mahkamah. Yang pertama kes liwat dengan Saiful dan yang kedua kes video seksual dengan perempuan China yang sudah disahkan oleh pengkaji terkenal di Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa video itu genuine dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Ianya hanya menjadi 100% apabila Anwar mengaku.'

24. 'Kalau kes liwat itu sudah kali kedua ......'

25. 'Kes pertama bagaimana?' Tanya Professor Riset.

26. 'Kes pertama Anwar didapati bersalah meliwat Azizan supirnya, tetapi beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah lebih tinggi ...'

27. 'Kok bisa begitu?' Profesor kelihatan hairan.

28. 'Mahkamah yang lebih tinggi itu menolak kes itu kerana waktu liwat gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, walau pun liwat berlaku' saya menjelaskan.

29. 'Bisa lepas ya jika waktunya tidak terbukti?'

30. 'Dari tiga hakim yang mengadili kes Anwar ini dua darinya lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiganya mendapati Anwar meliwat, cuma waktunya tidak terbukti. Ini ada tertulis dalam buku Michael Backman berjodol 'Inside Knowledge' di bawah tajuk 'Malaysia's Dark Cloud'. Hakim wanita berpendapat Anwar bersalah kerana jika seseorang itu terbukti membunuh tetapi waktu pembunuhan berlaku tidak terbukti masakan yang membunuh itu dilepaskan. Dua hakim lelaki menolak pendirian ini kerana bagi mereka ini mahkamah undang-undang dan bukan mahkamah moral.'

31. 'Kok bisa begitu?' Professor Riset menggilingkan kepalanya.

32. Saya menambah, 'Anwar juga mempunyai seorang ahli hukum ketua pembelanya yang pintar. Kes Anwar biasanya memakan masa yang panjang atas alasan Anwar tidak sihat, peguam tidak sihat, hakim tidak layak, bukti tidak jelas, kalau bukti jelas cara pengambilannya tidak teratur ... dan lain-lain.'

33. 'Tetapi imej Anwar di Indonesia tetap baik. Tidak ada yang menjelaskan begini. Bagaimana dengan kes video seksnya?'

34. 'Kes liwat Anwar ini membuat dia popular di Barat, khususnya di Amerika Syarikat kerana di sana masyarakatnya liberal dan 'amalan liwat itu diterima baik oleh masyarakat. Malahan sesama lelaki dan sesama wanita pun bisa bersuami isteri. Malahan cerita mengenai amalan liwat juga boleh membantu untuk melegakan pihak Barat yang sentiasa bimbang jika ada pemimpin yang mereka anggap sebagai tokoh Islam yang fanatik di dunia.Bagi mereka pemimpin Islam yang meliwat tidak mungkin menjadi se orang Muslim yang fanatik atau fundamentalis.'

35. 'Kalau Barat menerima baik seseorang yang dituduh meliwat, apakah pula masalah Anwar?'

36. 'Masalahnya ialah kes Video Seksual yang sudah disahkaan oleh pakar terkenal di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan sebagai tulin dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Bapak kan tahu masyarakat Amerika Syarikat tersangat sensitif jika ada skandal seksual di pihak atasannya. Imej Anwar pasti terjejas di Barat dengan kes Video ini.

37. 'Ya, saya teringat kes Monica Lewinsky dengan Bill Clinton yang menggegar Amerika Syarikat, kes Presiden Bank Dunia Paul Wolforwitz, katanya kawan Bapak Anwar, dengan wanita Iran bernama Shaha Riza sehingga Paul terpaksa berhenti dari jawatannya; dan kini kes Presiden Bank Dunia lagi Dominique Strauss-Kahn dengan ..... lupa namanya.'

38. 'Masalah Anwar yang kedua ialah kekalahan-kekalahan yang dialami oleh partainya dalam pemilu-pemilu kecil di Malaysia dan kekalahan teruk partainya dalam piliharanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.'

39. Saya menyambung, 'Anwar juga menghadapi masalah kerana jika partainya kalah teruk sekali dalam pilihanraya umum nanti bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan gagal tetapi jika partai PAS dan DAP mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang dan prestasi partainya mendukacitakan bukan sahaja kredibilitinya untuk terus menjadi Ketua Partai Kolusi Pakatan Rakyat tercabar malahan kekalahan begitu tidak membantu kesnya yang di dalam mahkamah sekarang. Oleh itu Anwar perlu menyediakan sebab atas kekalahannya. Makanya kumpulannya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya atau KPU (Komisi Pemilihan Umum) di sini sebagai persiapan untuk berdemonstrasi lagi apabila kalah nanti. Kesimpulannya nanti ialah mereka kalah kerana KPU Malaysia menyeleweng.'

40. 'Mesir, Tunisia dan demonstrasi-demonstrasi di negara-negara Islam sekarang ini menjadi sumber inspirasi baginya. Itu ramalan saya'

41. 'Tidakkah Malaysia bimbang dengan imej Anwar yang baik di Indonesia?'

42. 'Banyak anggota keluarga saya di Jakarta yang bersimpati dengan Anwar kerana melihat isteri dan anaknya. Sebagai isteri Wan Azizah perlu dihormati kerana setianya kepada suami. Asal suaminya tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam Wan Azizah patut di hormati. Dia tidak perlu menyelidik peranan suaminya di belakangnya.'

43. Profesor Riset meminta penjelasan, 'Apakah Malaysia tidak bimbang dengan imejnya yang dicemarkan oleh Anwar dalam omongan dan wawancaranya di media Indonesia?'

44. 'Saya tidak bimbang kerana TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berjumlah hampir 2 juta, cukup ramai yang mengetahui keadaan sebenar di Malaysia. Kita harus percaya bahawa kebenaran itu akan menang akhirnya.'

45. Saya sambung, 'Imej Malaysia dalam media Indonesia tidak mempengaruhi pemilu di Malaysia. Imej Indonesia dalam media di Malaaysia boleh mempengaruhi pemilu di Indonesia kerana TKI juga mengundi dan mereka dipengaruhi media di Malaysia.'

46. Professsor Riset bertanya lagi, 'Bagaimana dengan pekerja Indonesia yang dianiaya oleh tuan rumah, atau majikannya, di Malaysia?'

47. Saya menjelaskan, 'Itu berlaku di mana saja. Di Saudi Arabia ada pekerja Indonesia yang dihukum pancung walau pun TKI di Saudi Arabia tidak seramai di Malaysia. Indonesia hanya mendengar, melihat dan membaca, melalui media, mengenai TKI diazab di Malaysia dan tidak pula mengetahui mengenai rakyat Malaysia yang diazab atau dibunuh oleh TKI.'

48. Saya katakan, 'Bukan semua orang Malaysia baik, begitu juga dengan TKI. ....bukan semuanya baik'

49. 'Seterusnya, agak susah bagi Malaysia untuk menjelaskan bahawa kebanyakana TKI yang dianiayai di Malaysia ialah oleh majikan yang bukan Melayu dan bukan Islam kerana di bawah Pancasila tidak ada perbezaan antara suku, ethnik dan ugama di Indonesia. Jika TKI yang berugama Islam hanya dibenarkan bekerja di rumah-rumah orang Islam mungkin jumlah tragedi yang berlaku akan berkurangan. Orang Melayu di Malaysia menganggap orang Indonesia sebagai saudara serumpun dan turut sedih apabila membaca mengenai majikan bukan Melayu menyiksa TKI.'

50. 'Tidakkah pemerintah Malaysia berusaha membaiki imej buruk yang didedahkan dalam media Indonesia oleh Anwar? tanya Profesor Riset.

51. Jawapan saya, 'Agak susah, dan sebenarnya tidak perlu, kerana Anwar banyak kawan di Indonesia khususnya di kalangan wartawan dan pengusaha. Belia mengenal mantan tokoh-tokoh HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Indonesia sejak dari waktu Anwar menjadi pemimpin mahasiswa. Hubungan beliau dengan wartawan dan pengusaha terpupuk waktu beliau menjadi Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Wakil Perdana Menteri. Beliau memegang jawatan-jawatan ini kerana lantikan Bapak Mahathir. Contohnya, ada mantan Menteri Indonesia yang dibantu oleh Bapak Anwar waktu belajar untuk S3 (PhD) di Universiti Sains Malaysia dan ada mantan Menteri Indonesia yang pernah dibantu oleh Bapak Anwar waktu beliau dalam swasta.'

52. 'Anwar tidak mungkin dapat mengumpul begitu banyak kawan di kalangan wartawan dan pengusaha jika Bapak Mahathir tidak memberi kesempatan untuknya memegang jawatan dalam Kabinet. Tetapi wartawan dan pengusaha yang menjadi kawan Anwar, kerana Anwar dilantik oleh Bapak Mahathir, tidak menjadi kawan Mahathir.'

53. Oleh kerana ibu mertua saya sampai ke restoran, dengan kereta roda, kerana ada majlis menyambut hari lahir di restoran itu, maka saya menamatkan perbicaraan dengan menyatakan, 'Bapa Professor, kita sambung lagi perbicaraan di lain kesempatan.'

54. 'Terima kasih. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti untuk mengarang buku mengenai hubungan Tan Sri dengan Indonesia.' Kami bersalaman.

55. Saya tambah, 'Saya menunggu ....... kesimpulannya, susah untuk mempersembahkan yang benar mengenai Anwar dalam media di Indonesia jika banyak wartawan dan tokoh media adalah kawannya.'

56. 'Sebabnya ...?'

57. Saya menjawab, 'Kerana bangsa Melayu, termasuk yang dari rumpun Melayu, lebih menyokong kawan daripada prinsip dan kebenaran.'

59. 'Terima kasih. Selamat hari jadi.'

60. Waktu saya menghantar Professor Riset keluar restoran, beliau, sambil ketawa berlulucuan, menambah, 'Oh ada satu lagi ... kasi tahu pada Bapa Anwar jika lain kali dia mahu adakan demonstrasi undang saja dari Indonesia tenaga TKD ( Tenaga Kerja Demonstrasi ) yang perlu dibayar hanya Rp50,000-00 (lebih kurang RM18-00) sehari dan bukan RM200-00 lebih seperti di Malaaysia. TKD juga akan demo sepanjang hari dan tidak takut pada polisi.'

61. 'Menarik. Assalaamu'alaikum.'

62. 'Wa'alaikumussalam.'

'Idea yang cukup baik.'

Thursday, August 18, 2011

Resipi Anwar

mayangperapu.my

Resipi Anwar Ibrahim; " Menipu biarlah sampai semua orang Percaya! Menipulah bersungguh-sungguh!!!"


DAWAMA memalukan Melayu. Nak tutup ke?

mayangperapu.my

1. Apabila kita jalankan perniagaan, contoh seperti pengangkutan bas dan bas kita pula pergi-balik2 sentiasa sarat dengan penumpang. Tiba-tiba kita umumkan perniagaan kita rugi. Bodoh ke apa?

2. DAWAMA menjalankan perniagaan percetakan langsung untuk DBP. Tak perlu susah payah mencari customer. Kerja dia cetak tak putus-putus sebarang permintaan dari DBP. Tak perlu pening-pening kepala susah payah minta sedekah ke sana ke mari.

3. YAB TPM baru-baru ini mengumumkan bahawa Malaysia berada di ranking 23 dunia daripada 110 negara dengan jumlah penerbitan buku tahun lepas mencapai 16,000 tebitan baru. Usaha penerbitan buku ini begitu digalakkan dan diklasifikasikan penting (3M - Membaca, Menulis, Mengira) untuk ditingkatkan lagi oleh kerajaan dalam program transformasinya.

4. Hairan, alih-alih DAWAMA yang ber CEO dan punya Lembaga Pengarah ini kata "syarikat percetakan selamat" tu rugi? Difahamkan bahawa sejak 2002 lagi ramai staf DAWAMA dikatakan tidak dimaklum pun tentang prestasi DAWAMA. Mereka ini yang seramai 300 orang lebih saja pun tak mampu diuruskan dengan baik oleh Lembaga Pentadbiran & Pengurusan DAWAMA. Bagaimana bos-bos besar ini dipilih, sedangkan mereka ini tak mampu pun menguruskan syarikat selamat ini dengan baik pun sehingga mengalami kerugian. GILA!

5. Dikatakan ada ura-ura bahawa staf DAWAMA yang 300 lebih tu akan diberhentikan (notis @ surat belum dikeluarkan). Dengar kata juga buku di galeri DAWAMA sekarang didiskaunkan begitu hebat untuk menampung overhead semasa DAWAMA. Kalau begitulah keadaannya Mayang jangkakan bahawa itu strategi perniagaan untuk gulung tikar. DAWAMA hendak ditutup ke?

6. Sebagai seorang Melayu, Mayang begitu amat sedih dan rasa amat malu kerana syarikat 100% melayu dan paling mudah perniagaannya malah dijaga dengan baik oleh kerajaan boleh jadi sampai bernasib sebegitu. Apakah tiada cara lain? Syarikat percetakan sebegini sepatutnya dinilai strategik malah sepatutnya juga boleh dijadikan tarafnya dalam kategori GLC. Percetakan dan Penerbitan ini adalah bidang perniagaan yang besar keuntungannya. Jutaan nilainya.

7. Cuma DAWAMA ini mungkin diurus oleh orang-orang yang bodoh saja. Kalau tak bodoh pun, mungkin ada sebab lain.

*Betul-betul menyusahkan orang lain. Susahkan kerajaan jugak. Kerajaan pulak nak buat apa? - Tolong check cepat sikit, ni cerita lawak apa la dalam DAWAMA ni.

Tuesday, August 16, 2011

Larangan suara AL-Quran: Sedekah Peluru Di Bulan Ramadhan

mayangperapu.my

1. Di Pulau Pinang: Larangan suara membaca Al-Quran dari masjid melalui pembesar suara (sebelum Subuh) diputuskan seperti berikut oleh Sahibus Smahah Dato' Seri Haji Hassan Bin Ahmad, Mufti Negeri. Katanya,"Ia merupakan suatu keputusan HUKUM sebagai panduan serta menjelaskan pandangan Islam tentang amalan tersebut kepada seluruh umat Islam di negeri Pulau Pinang untuk diikuti dan dipatuhi".

2. Adik Dato Seri Haji Hassan iaitu (Ustaz) Zakaria Ahmad pernah datang ke Pulau Pinang mendoakan Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat, "Ya Allah ya Tuhan ku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri". Tak disebutkan pun oleh beliau doa yang sepatutnya kepada orang islam seperti DYMM Agong atau YTM YDP Negeri. Tetapi beliau berdolak-dalik kata tidak mendoakan sedemikian walaupun bersaksikan ratusan jemaah masjid. Dalam kata lain khatib saudara kepada (Ustaz) Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas ini, BERBOHONG dengan nyata. 
Ketua Penerangan Pas (Part Kebajikan) Malaysia

2. Eloklah negeri2 lain pun buat perkara yang sama. Kan Mayang dah bagi tahu lama dulu, di Pulau Pinang ni, agama rasminya bukan lagi agama Islam dah pun. Tunggu nanti larangan azan kat pembesar suara pulak berkuatkuasa. Lorong dah pun dibuka oleh pejabat Mufti Pulau Pinang yang lokasinya di Tingkat 48, KOMTAR, berjiran dekat je dengan Pejabat Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng (Umar Abdel Aziz) di Tingkat 52 bangunan sama. YB Tuan Abdul Malik Abul Kassim, EXCO Hal Ehwal Agama yang sekarang dok menepis kiri-kanan pun, pejabatnya kat situ. Nombor telefon Pejabat Mufti yang selalu orang Pulau Pinang dok komplen kat pejabat mufti adalah 04-2632975. Ya lah kot-kot la ada lagi yang nak komplen pasal suara azan ni menganggu kesejahteraan hidup manusia? Silalah...


3. "Mayang teringin nak tengok, berani ke pemimpin-pemimpin "Pakatan Bohong" ni mempengaruhi keputusan supaya larangan berarak dan memecah kelapa tengah jalan ketika Thaipusam yang amat-amat mengganggu pengguna dikuatkuasakan. Ya lah Dato Mufti kan ke menggunakan alasan mengganggu orang lain dalam menghukumkan larangan mengaji Al-Quran di pembesar suara tu. Kalau Subuh dah dilarang, apa hal pulak waktu lain, sama jugak. Begitulah jugak bunyi-bunyi Don-Dong Cheng Wayang cina pun amat menganggu. Eloklah juga dilarang bunyinya. Sila lah buat..."

"Betul lah satu perbuatan sedekah peluru kepada musuh agama rasmi negara Malaysia ni. Pas dapat pahala ke dok ampu kafir harbi, Malik pun dapat pahala ke dok jadi burung kakak tua Guan Eng?"

Saturday, July 2, 2011

Kasi BERSIH

mayangperapu.my

1. Teringat kisah orang-orang tua kenapa ayam tak boleh terbang macam burung helang. Katanya Jarum Emas yang membolehkan ayam terbang hilang. Jadi sebab tu ayam dok kais tanah tak henti-henti. Dok cari jarum mas tu la kot. Mana la tahu, kot-kot terjumpa. Mulut dia pulak potpet2 sekampung...bising. Dah la buat kerja tak ada faedah, bising la pulak. Mungkin si ayam tu kena injek ubat kot. Rasa mengepak je.

2. Heran. Macam mana la Pan Islamic Party sebuah Parti Kebajikan pilih orang yang kena tangkap khalwat dgn isteri orang (Norma) di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu pada 31 Januari 1995 boleh jadi Timbalan Presiden Parti Kebajikan. Alasannya ketika kena tangkap khalwat tu pun dah melembukan ahli-ahli dia, katanya Norma datang hantar ubat sakit perut. Padahal dekat 20 minit tercangok depan pintu baru dia buka pintu bilik hotel. Tudung Norma terlondeh. Mat Sabu pakai tuala ja. Katil berselerak. Mungkin Mat Sabu buas kot. Sebab tu lah PAS buang Islam dah kot. Ambil Mat Sabu. Mat Sabu sekali lagi berjaya meng"LEMBU"kan ahli-ahli PAS jadi Parti Kebajikan. Sekarang dia nak meng"LEMBU"kan rakyat pulak. Ajak buat benda syirik. Menyembah S.Ambiga.

3. S.Ambiga yang hari tu sokong-galak orang islam murtad. PAS pun dah sembah dia. Mungkin sebab PAS nak buat Kebajikan kepada Ambiga kot. Mana lah tahu nanti dapat masuk syurga ramai-ramai. Tanya la Ustaz Mat Sabu, dia boleh tolong confirmkan. Seperti mana dia confirmkan dulu bahawa Anwar Ibrahim sebagai peliwat. Macam kokok ayam dia dakwa Anwar tu "Al-Juburi". Sekarang dia confirm kan pulak bahawa Anwar tu tak macam dia. Anwar tu baik lah. Itu lah, ini lah. Siap ajak orang ramai turun sembah-sembah Ambiga nak selamatkan Anwar Ibrahim kononnya "BERSIH".

4. Anwar Ibrahim senyum ja tengok gelagat Mat Sabu sebab mana lah tahu BERSIH ni boleh bersihkan dosa-dosa dia. BERSIH dosa ni bukan susah, pam duit KEBAJIKAN je, maka akan cucilah segala dosa-dosa yang ada. Betul tak Ambiga?............apasal Dato ni senyap je.

5. Ler...patut la. Ambiga tu kan ker berhala sembahan PAS ja. Mana boleh cakap. Patung.

6. Pandai Mat Sabu buat lawak lagi. Kali ni buat tajuk lawak dia Meng"LEMBU"kan rakyat. Orang-orang PAS la ramai yang kena kenan lembu ni. Pakat gelak. Siap Takbir lagi. Yang islam PKR pulak pakat lali dapat injection ubat. Tiba-tiba saja rasa kuat, padahal kurus melengkung macam penagih gian. Anwar pulak dok menyorok belakang patung sembahan, Ambiga. Belakang Anwar pulak pun ada yang menyorok jugak. Ramai pulak tu. Nampak macam sepet pun ada, hidung tinggi pun ada, yang bersiung-bersayap pun ramai. Siap bagi briefcase ada isi lagi, " Ambiga, you nampak ka isi ini briefcase, lumayan. nanti kita pakat-pakat share naaa... Kasi BERSIH dulu...hihihi".

Kena LEMBU lagiiiii...

Friday, January 22, 2010

Tragedi Perahu Naga Pulau Pinang

mayangperapu.my


Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang (PDBA) mendakwa pernah menasihatkan kerajaan Pulau Pinang agar tidak menganjurkan latihan atau perlumbaan perahu naga di kawasan laut terbuka kerana ia berbahaya tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Presiden persatuan itu, Lim Chew Hock berkata, nasihat itu pernah disampaikan oleh beliau kepada Anggota Exco Kerajaan Negeri Danny Law Heng Kiang tetapi nasihat itu bagai mencurah air ke daun keladi. Malah pandangan persatuan tidak diambil peduli. "Nasihat dan cadangan itu ditolak dengan alasan saya bukan ahli jawatankuasa Penang International Dragon Boat Festival dan tidak berhak memberi apa-apa cadangan ataupun nasihat kepada penganjur," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Lim mendakwa laut terbuka tidak sesuai dijadikan tempat latihan mahupun pertandingan perlumbaan perahu naga kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mempunyai pelbagai risiko seperti ombak besar, arus deras, pasang surut air dan keadaan cuaca semasa.

Pada 17 Januari lalu, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum.

* Exco yang sentiasa berfikir dia betul dan orang lain salah. Tapi apabila berlaku tragedi menyalahkan pula pihak lain selain dirinya. Ketegaq la tu...

"Berak tengah jalan tidak mahu mengaku"
Perumpamaan terbaik untuk kerajaan sosialis Pulau Pinang diketuai Khalifah PAS Lim Guan Eng .

Ini salah pihak sekolah, bukan kerajaan negeri saya...

Tuesday, January 12, 2010

Perlembagaan yang tiada roh...

mayangperapu.my

1. Bila kita ada Perlembagaan Negara tapi kita tidak menggemburkan roh dia, jadilah dia satu lembaga yang tiada roh.

2. Perlembagaan berkait dengan undang-undang tertinggi negara, yang kita sebagai rakyat terikat dengan "kontrak" itu. Jika melanggar kontrak, pasti ada tindakannya. Jika tidak dibuat tindakan, pihak yang diamanahkan itulah yang tidak melaksanakan tanggunjawab
.

3. Jika seorang itu mencuri. Jika tiada undang-undang, tidak lah ada apa dan tidak boleh ditakrif betul atau salah. Hanya norma sesuatu tempat yang menjastifikasikan betul @ salah. Tetapi jika ada undang-undang mentakrifkan bahawa mencuri itu salah dan ada cara tindakan serta ada pula hukumnya, maka mencuri itu salah dan wajib diambil tindakan terhadap pesalah. Dia diadili pula selepas itu. Jika terbukti bersalah, ada pula tindakan dan hukumannya. Yang diamanahkan oleh kuasa dan undang-undanglah yang bertindak menangkap, membicara dan menghukum. Jika yang diamanahkan bertindak tidak melaksanakan tanggungjawab maka sebenarnya dia pula yang jatuh bersalah.

4. Maka jika penguatkuasaan tidak dibuat, tiada tindakan, tidak melaksana roh undang-undang tertinggi negara, siapa yang salah?

Monday, November 23, 2009

mayangperapu.my
Lee Kuan Yew, musuh islam yang nyata yang dikatakan Kafir Harbi yang penuh dengan kepura-puraan untuk menghancurkan umat islam, diGOODkan oleh Nik Aziz.

Tuan Guru Abdullah Sa’amah, pengasas Pondok Geting & Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Aziz tidak selari dengan Sunnah Wal Jamaah dan ijtihad ulama serta tafsiran Al-Quran beliau ikut kefahaman sendiri untuk kepentingannya.

Teguran oleh Persatuan Pondok Kelantan supaya beliau tidak memesong akidah ditolak mentah2. Katanya, ” Nik Aziz berasa alim disebabkan dia mempunya ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan akidah, tasawur, fikah & usuluddin Nik Aziz 'terlalu jahil'. Beliau bukan Mursyidul Am”.

- Berat tu?

2. Tunggu selepas ni totok Pas akan menyerang Tok Guru Haji Lah ni.

Wednesday, October 28, 2009

AMAH LUAR DIGANTI PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

mayangperapu.my


Pekerja kilang rakyat Malaysia




Ini amah-amah luar negara yang bekerja di Malaysia

1. Daripada permintaan cuti minggu, waktu kerja terhad ofis-hour hingga minta gaji minimum RM800sebulan; purata gaji amah luar sekarang RM500sebulan minimum, makan-pakai-tempat tinggal ditanggung majikan. RM500 "pendapatan bersih" boleh tabung. Berapa ramai rakyat kita mampu menabung sebanyak itu sebulan? "Pembantu Rumah" patut dijadikan profesion rakyat sendiri berbanding operator kilang yg tidak mampu tabung RM500.

2. Di pendalaman kilang-kilang menawarkan gaji RM800 sebulan. Ramai rakyat sambut datang bekerja di bandar. Itu belum ditolak kos transport-sewa- makan-belanja setiap bulan. Ada yg berpindah ke bandar & kerana kejutan budaya & desakan hidup, terjerumus masalah sosial lain. Ramainya melayu-islam.


                                                    Ada yang dibela. Lebih menyayat hati dibela oleh bukan islam.


*Elok juga kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia menubuhkan Pusat Latihan melatih Pembantu Rumah rakyat tempatan.

Monday, October 26, 2009

CHUA JUI MENG HAMBA TUAN MELAYU

mayangperapu.my



1. Di Sabah, Chua Jui Meng kata, dia & kaum2 lain "hamba" kepada orang melayu di Malaysia sebab "Ketuanan Melayu". Sebagai "hamba" dia boleh berkata begitu di pentas terbuka tanpa tindakan daripada tuan nya pun? Tak mungkin "Datuk" ini lupa dia pernah berkedudukan Menteri. "Hamba" boleh jadi Menteri!!!?

2. Jui Meng lebih kaya drp jutaan melayu di negara "Ketuanan Melayu". Malah lebih daripada itu keturunan cina ini lebih kaya daripada jutaan lagi kaum2 pribumi di negara ini. Malah kalau kaum cina dan india dikatakan merempat menjadi hamba di negara ini, mana mungkin lebih jutaan kaum-kaum ini lebih kaya & berharta daripada jutaan bangsa asal sini!!!?

3. "Saya bukan Datuk, bukan Menteri seperti dia tapi saya Melayu". Jadi hamba saya jadi Menteri jadi Raja Kesihatan dan saya 1000 kali ganda ( malah lebih ) lebih susah daripada dia di Malaysia.

4. Katanya, dia terharu kerana Presiden "boneka" PKR, Dr Wan Azizah berkata, PKR menolak "Ketuanan Melayu", maka itu sebabnya DATUK bekas MENTERI KESIHATAN "MALAYSIA" ini meninggalkan MCA dan menyertai PKR. ( itu pun setelah dia tiada tempat dalam perjuangannya mendapat kedudukan baru dalam MCA )

5. Menggunakan manipulasi "istilah Ketuanan" yang dijahatkan & dihumban kepada khalayak. Ini provokasi politik yang amat jahat untuk laba kantung politik diri. Dulu semasa Menteri tidaklah pula dia kata begitu seperti mana juga Anwar ketika Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Patutlah rakyat dalam MCA reject pemain politik kuasa seperti ini.

Sunday, September 27, 2009

ENAM SAKIT MELAYU

mayangperapu.my

1. 6 jenis kelompok melayu yang sakit.
                                                  Berkawan dengan syaitan yang dibolehkan

2. Sakit yang nampak adalah melayu-melayu yang kini membangkang yang tidak sedar akan perbuatan mereka yang kelak akan membunuh masa depan orang melayu atas sifat marah. Sebenarnya dengki-khianat kerana kuasa, tidak mampu memberi yang lebih baik, tidak mendapat pengiktirafan tetapi mahu diiktiraf kedudukan. Ini yang berada di dalam Pas dan terselit di dalam PKR.
                                       Kaki tipu terkenal: Tipu biar sampai orang percaya. Itulah formulanya...


3. Kelompok kedua adalah melayu-melayu yang protes yang sedar tapi atas sifat marah dan ingin memberi pengajaran maka tanpa disedari juga perbuatan mereka akan meruntuhkan hak orang melayu nanti secara tidak sengaja. Ini biasa dikategorikan sebagai yang di atas pagar.

4. Kelompok ketiga adalah orang-orang melayu di dalam UMNO yang mengejar keduniaan, yang sedar perbuatan mereka tetapi kerana mengejar kemewahan melalui kuasa. Tidak peduli walaupun suatu hari nanti kuasa melayu akan runtuh. Mereka ini terus tampil membeli jawatan. Sedangkan tidak ada definisi perjuangan sebenar untuk orang melayu dalam jiwa mereka pun. Agenda kekayaan kendiri.

5. Kelompok keempat adalah orang-orang melayu yang juga di dalam UMNO sendiri yang tidak sedar-sedar untuk muhasabah di mana silap dan salah dan terus berbudaya yang sama memilih orang-orang yang tidak sepatutnya memimpin, memimpin mereka. Mereka menjual jawatan kepada yang datang membeli atau kerana terpesona kepada suatu penawaran lakonan bermusim. Ini pengikut-pengikut kem yang semborono.

6. Kelompok kelima adalah orang melayu yang tidak mengambil pusing langsung dan tidak mengambil tahu. Apa nak jadi, jadi lah, yang merasakan tidak ada kena mengena.


7. Kelompok sakit yang keenam adalah orang-orang melayu yang tidak faham hujung pangkal dan hanya terpengaruh seperti mana terpengaruhnya menonton cerita-cerita wayang. Sakit ini diibaratkan seperti lalang yang hanya mengikut arus. Kelompok terhibur yang menerima bulat-bulat lakonan pelakon.

8. Jika anda melayu yang tidak berada dalam mana-mana kategori di atas, anda sihat.

Wednesday, July 1, 2009

CHIN PENG HERO! Siapa yang punya?

mayangperapu.my
drip frm menangsorak

1. Melihat sambutan kaum cina Malaysia kita melihat mereka amat bangga dengan perjuangan yang telah diterajui oleh Chin Peng. Walaupun hanya Dr.Teng yang menyarankan Kerajaan Malaysia membenarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia, kemungkinan kebanyakan kaum Cina bersetuju dengan saranan tersebut. Ada yang sebut tapi ramainya yang diam seperti diamnya seorang anak dara yang besetuju tanda setuju pada pinangan orang.

2. Yang nampak membantah keras adalah orang Melayu Islam dan bekas tentera yang telah berjuang melawan CPM yang dipimpin Chin Peng. Ramainya yang keras membantah pun yang sudah vateran. Tunggu kubur kata mari.

3. Petikan pengkisahan rakan, "Semasa askar Melayu sedang bertempur dengan komunis di Malaya, saya baru lahir. Ketika saya sudah berumur 10 tahun komunis masih lagi berperang dengan tentera Malaysia. Saya masih ingat satu peristiwa dimana trak2 tentera membawa pulang jenazah askar2 Melayu yang terkorban menentang Komunis. Khabarnya zakar askar2 yang terbunuh itu dipotong dan disumbat kedalam mulut mereka sendiri - sebagai tanda bencinya Komunis terhadap askar Melayu. Walaupun saya masih kanak2 tetapi rasa pilu yang dirasai masih ada dihati ini. Bayangkan bagaimana rasa ibu bapa, anak isteri mereka2 yang terkorban".

"Hanya pada tahun 1989 baru Komunis mengaku kalah - ketika saya sudah berumur 30 tahun. Jadi kalau ditanya kepada saya Chin Peng ni hero siapa? Jawab saya, tentulah orang2 yang secara langsung atau tidak, menyokong keganasan yang telah ketuai oleh Chin Peng. Orang2 yang redha akan pembunuhan askar2 Melayu serta orang awam yang kebetulan korban angkara tentera pimpinan Chin Peng".












Inilah sambutan Chin Peng kepada askar Melayu!


Untuk cerita lanjut, sila layari:
http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/12/bintang-tiga-dan-chin-peng-bukan.html

4. Kemudian ada juga orang Melayu kononnya atas dasar perjanjian dan kemanusiaan juga menyokong Chin Peng dibenarkan 'pulang'.

"If the demand is excessive, explain but don't raise history to cover up shortcomings. Do not get angry always, threaten and dish out pieces of incomplete history for political mileage," "When we agree, we must honour the agreement," - Zaid Ibrahim

( Orang Melayu seperti Zaid Ibrahim sudah lupa segala2nya tentang cara hidup Melayu Islam! Nak kata tak layak disebut Melayu, pun boleh. Tapi perlembagaan kita tidak mengizinkan. Jadi kita hormat perlembagaan. Mungkin kita guna istilah "Melayu Murtad". Sesuai kot ).

Keampunan hanya boleh diberi apabila seseorang itu bertaubat dan memeluk agama Islam. Tetapi sekiranya budaya, cara fikir malah falsafah hidup Chin Peng masih seperti dahulu - hanya umurnya yang sudah tua - TIADA MAAF BAGI NYA!

5. Perangai bunuh dan lupakan itu adalah sikap yang diambil oleh Yahudi ketika mereka menentang British di Palestin. Kalau tidak masakan orang2 seperti Begin, Sharon dan lain2 pemimpin Israel yang dahulunya dilabel penganas boleh menjadi Perdana Menteri. Saya percaya sekiranya Chin Peng masih muda dan diberi peluang pula oleh Kerajaan yang memerintah, ada kemungkinan besar beliau boleh menjadi Pemimpin Cina yang dihormati dikalangan kaumnya. apa tidaknya, tidakkah terbukti beliau mampu menggunakan apa saja cara untuk 'melawan' kerajaan semasa. Inilah yang dinamakan 'Hero' kerana mampu melakukan perkara yang orang lain tidak berani atau tidak mampu melakukan.























6. Sikap suka mengidolakan kaum sendiri inilah yang menjadi kesangsian utama terhadap kesetiaan kaum Cina di negara Malaysia. Kalau mereka mengagung-agungkan Dato Lee Chong Wei tiada siapa yang akan marah kerana jasa Dato Lee dalam sukan Badminton. Kalau nak dipuja Dato Michelle Yeoh pun tiada siapa yang akan pertikai kerana sudah lumrah manusia berbangga dan berseronok dengan kejayaan anak kandung, kaum keluarga, orang sekampung, anak bangsa dan rakyat senegara. TETAPi apabila Chin Peng yang secara peribadi bertanggung jawab merancang dan mengarahkan peperangan yang mengorbankan askar Melayu di puji dan pertahankan oleh kaum Cina ianya adalah satu tamparan kepada askar Melayu khasnya dan orang Melayu amnya.

Sifat sama oleh kaum India yang mempertahankan anak bangsa mereka yang penjenayah juga merupakan sikap yang mencurigakan. Memang tiada ibu yang akan mengaku anaknya jahat selagi anak tersebut tidak durhaka kepadanya tetapi jika seluruh masyarakat India tidak menjauhkan diri mereka dari penjenayah hanya atas dasar bangsa ini adalah masalah sosial yang berat!

7. Dimanakah pertimbangan kemanusiaan yang mereka inginkan dari orang lain? Mengapa jenayah dibolehkan terhadap orang lain tetapi jangan orang lain berlaku kasar terhadap mereka? Bukankah kita sudah lihat sikap yang sama di bumi Palestin dimana halal bagi tentera Israel membunuh orang Palestin walaupun bayi berumur 2 bulan tetapi jangan orang Palestin, nak baling batu pun satu kesalahan besar!

Sikap double standard ini nampaknya semakin ketara apabila Pakatan Rakyat yang diterajui PKR mendapat menang besar pada PR12 yang lalu. Malangnya, yang dituduh jahat, tidak adil, zalim dan sebagainya ialah apabila sesuatu itu dilakukan oleh orang Melayu. Tetapi apabila kaum Cina atau India melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma masyarakat majmuk Malaysia ianya atas alasan kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia. Saya cukup kecewa apabila pemimpin PKR malah PAS sendiri tidak langsung membicarakan tentang isu kepulangan Chin Peng tetapi mengatakan ianya hanyalah mainan politik UMNO/BN.

8. Nampaknya, apa saja yang menyukarkan sokongan dari kaum Cina dan India kini sudah boleh ditangani oleh orang Melayu dalam PKR dan PAS - iaitu berdiam diri kalaupun tak sokong. Ini adalah mainan politik yang cukup licik kerana apa yang PKR dan PAS tuduh terhadap UMNO, iaitu mengadai bangsa kini mereka juga melakukan hanya kerana meraih sokongan dari kaum Cina dan India.

9. Inilah nasib orang Melayu rata2, diperkuda dan diguna pakai oleh pemimpin2 yang mereka harapkan. Tidak kiralah dari UMNO, PKR atau PAS, kita mesti berfikiran lebih ikhlas terhadap nasib dan masa depan orang Melayu Islam di Malaysia. Kalau Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya pun sudah diberi pertimbangan, jangan terkejutlah jika satu hari nanti Botak Chin penjenayah ulung di Malaysia satu hari nanti akan diberi anugerah bintang (posthumus) oleh kerajaan Pakatan Rakyat atas desakan orang Cina demi mengenangkan jasa Botak Chin membantu memperhebatkan dan memperbaiki sistem pentadbiran dan urus kerja pasukan Polis DiRaja Malaysia.






Botak Chin - pun hero juga?












Mari kita renung betul2, Chin Peng ini Hero untuk siapa?

TOLAK KERAJAAN PERPADUAN!!! KENAPA?

mayangperapu.my
drip from menangsorak

Kenapa ada yang TOLAK (-)???

1. Logiknya semua orang akan suka apabila ada pihak yang menganjurkan perpaduan. Tak kiralah sama ada perpaduan yang dimaksudkan itu adalah dikalangan adik beradik, jiran tetangga atau pun masyarakat. Apatah lagi jika perpaduan yang dibincangkan itu adalah diantara dua parti utama orang Melayu di Malaysia ini. Saya kira rata2 umat Melayu sudah bosan dan letih dengan retorik dan latahan pemimpin2 politik Melayu di Malaysia ini. Sementara ahli2 Yang Berhormat Melayu saling bertikam lidah, kutuk mengutuk, cabar mencabar sesama sendiri tanpa segan silu kepada rakyat maupun pemerhati asing luar maupun dalam negara - kaum lain berusaha memperkukuhkan kedudukan mereka sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan dan status sosial mereka.

2. Kita tidak boleh menafikan kejayaan Samy Vellu yang telah membawa keluar kaum India dari belenggu kemiskinan untuk menjadi kaum paling banyak berubah dalam tempoh amat singkat iaitu kurang dari 5 tahun. Kaum Cina tak perlulah kita hairan lagi - sudahlah mereka menguasai 90% ekonomi runcit di Malaysia, mereka juga sudah mendapat hak2 lain seperti tempat dalam MRSM, biasiswa JPA, bantuan tambahan untuk sekolah2 venakular mereka, tanah2 anugerah dan lain2 lagi.

3. Senario 'perpecahan' dikalangan umat Melayu Islam juga membuka ruang kepada agama lain dari Islam untuk memperhebatkan peluang mereka untuk berdakwah dikalangan anak2 Melayu walaupun secara sindiran atau tempiasan. 'Allah' kini bukan lagi hak eksklusif untuk orang Melayu beragama Islam. Kalau diikutkan pejuang2 Artikel 11, semua kanak2 di Malaysia dibawah umur 18 tidak boleh dipaksa oleh ibu-bapa mereka untuk mengikuti mana2 agama demi kebebasan kemanusiaan.

4. Yang menghairankan kita ialah ada pula golongan Melayu yang kononnya beragama Islam juga mendokong cita2 ini. Sekiranya undang2 'tidak paksa agama' ini terlaksana yang paling ramai yang akan menghadapi bahananya ialah orang Melayu Islam kerana kanak2 Melayulah yang paling ramai di Malaysia ini. Tapi nak kita kata apa - orang Melayu ini memang terkenal tak pandai Matematik - mereka tak berapa faham yang sebagai kaum terbesar di Malaysia (70% ++) merekalah yang akan paling terkena kesan cadangan Artikel 11 itu. Agaknya mereka ingat 'aku sorang saja yang kena, bukan semua!' - dia congak2 70% tu lebih kurang sama saja dengan 30% - kira teruk2 buat apa? Terima sajalah cadangan itu!

5. Segala pemikiran kebebasan ini timbul selepas tahun 1997 ketika negara dilanda krisis dalam kepimpinan orang Melayu. Kaum lain yang menjadi 'king maker' (penentu) dalam senario politik pecah dan perintah ini mengalih sokongan mereka kepada segerombolan parti politik pembangkang yang bersatu (perpaduan tu!) untuk menjatuhkan sebuah lagi perpaduan parti2 politik.

6. Jelas perpaduan dapat merubah lanskap sosio-politik-budaya malah pemerintahan sesebuah negeri seperti yang kita lihat berlaku semasa PR12 yang lalu. Tidak hairanlah jika ada pihak khuatir perpaduan juga boleh merubah pemerintahan negara ini. Bukankah pihak2 yang berpolitik sekarang masing2 mempunyai perpaduan mereka sendiri yang mereka harap dapat membawa teraju Malaysia kepada kumpulan mereka.Politik Perpaduan? - yang berlawanan pun boleh berkawan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Hanya apabila Datuk Seri Hj Hadi mencadangkan 'Kerajaan Perpaduan' dengan UMNO maka mereka yang berkepentingan lain (PKR & DAP) merasa curiga kerana 'perpaduan' mereka sendiri yang akan pecah jika cadangan Hj Hadi menjadi realiti. Hakikatnya, perpaduan itu amat penting - hanya yang menjadi persoalannya ialah dengan siapa perpaduan itu dilangsungkan.

Ramai juga dikalangan orang Melayu yang mengimpikan senario ini. Entahlah boleh jadi atau tidak?

Tuan Guru tak setuju. Karpal pun (tak setuju!)

 

 

8. Suasana di Malaysia kini tidak lagi berpihak kepada orang Melayu. Di khabarkan kepada dunia oleh rakan Cina dan India dari Malaysia bahawa orang Melayu amatlah tidak adil kepada mereka kerana orang Melayu diberi layanan istimewa di tanah air mereka sendiri. Mengikut logik mereka itu, tuan rumah tidak boleh mendapat keistimewaan di rumahnya sendiri tetapi mesti berkongsi sama rata sama rasa dengan semua yang singgah dirumah tuan tanah tadi. Itu adalah hak asasi manusia - orang Melayu tak faham ke? Dan jika ada perpaduan Melayu maka itu adalah satu usaha untuk menindas orang lain. Teruk betullah Melayu ni!

9. Tanya rakan2 Cina dan India 'bila lagi nak serah rumah kamu kepada kami?' Kami lebih pandai menjaganya dari kamu sendiri - mungkin orang Melayu boleh berpindah ke tempat lain?! Kenapa tak cari? Orang Melayu dahulu dah pernah dihalau British ke Madagascar, Afrika Selatan, Pulau Solomon dan Pulau Christmas. Kenapa tidak keluar sekarang? Buat apa ada perpaduan kalau nanti jadi gaduh sesama sendiri - lebih baik saja mengalah, itu lebih demokratik!

10. Jadi, tidak hairanlah ada orang yang tolak 'Kerajaan Perpaduan' - ianya hanyalah untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara orang Melayu dan pada mereka itu sangat tidak adil! Tidak demokratik!