Pemolo

Wednesday, October 15, 2014

Guan Eng persoal MIDA ?

mayangperapu.my

1. Industri dan prasarana pengilangan telah dibangunkan secara agresif dan terancang di Pulau Pinang sejak zaman BN semasa Dr Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Landasan inilah yang menjadikan Pulau Pinang antara negeri industri yang disegani.

2. MIDA adalah Malaysian Industrial Development Authority yang menumpukan FDI dalam bidang Industri yang bukan sahaja pelaburan masuk di Pulau Pinang tetapi bagi keseluruhan negara. Elemen-elemen  asas yang sama digunakan bagi lain-lain negeri, begitu jugalah pelaburan-pelaburan luar di negeri-negeri lain ini dianalisa. Standardnya adalah sama bagi kesemua negeri. Maka prestasi perbandingan ini adalah selari. Jika tinggi prestasinya,maka  tinggilah, jika rendah, maka rendahlah. Ianya berasakan kepada fakta.

3. Jesteru itu, apabila Lim Guan Eng mempertikaikan pengumuman FDI ke Pulau Pinang yang merudum seperti mana data yang dibentang oleh MIDA ini, ianya amat tidak wajar dan terpesong daripada prinsip asas iaitu “Industri”. MIDA sudah tentu tidak mengambilkira bidang dan sektor lain. Sudah tentu juga maklumat baru sehari dua tentang FDI tidak dimasukkan, angkanya juga perlulah angka yang rasmi dan bukannya hanya berdasarkan cakap. FDI adalah berasaskan data dan fakta yang dianalisa menjadi dapatan yang rasmi. Lantaran itu juga pandangan Lim Guan Eng agar dimasukkan pelaburan sektor-sektor lain ke dalam FDI Industri menunjukkan beliau juga tidak peka. Sama ada beliau tidak bijak atau sengaja beliau beralasan untuk mengelirukan warga Pulau Pinang. Lebih tepat ini adalah retorik politik yang tidak bertanggung jawab yang cuba dimasukkannya ke dalam kencah pengurusan yang berbeza sebagai alasan bagi dirinya.

4. Apa yang dipersoalkan adalah; Pulau Pinang sebagai negeri Industri yang disegani, kini menghadapi kemasukan FDI yang rendah serta merudum berbanding dahulu. Sebagai kerajaan DAP yang berbeza, prestasi Lim Guan Eng tidaklah boleh bersandar kepada BN lagi. Oleh kerana beliau menawarkan kepada warga Pulau Pinang kerajaan alternatif untuk dipilih pengundi maka pelaburan FDI ke Pulau Pinang  wajiblah di bawah tanggung jawab kerajaan beliau. Sebagai Ketua Menteri kerajaan alternatifnya, maka beliaulah yang bertanggungjawab. MIDA dan agensi-agensi di bawah kerajaan pusat atau BN selama ini, walaupun berbeza kerajaan telah banyak membantu, termasuklah oleh NCIA. Banyak pelaburan-pelaburan serta FDI yang telah dibawa masuk ke Pulau Pinang sebelum ini. Isunya sebagai mendakwa selaku Pengerusi Penang In-Invest serta Ketua Menteri kerajaannya, apa yang dia buat? Beliau harus mengaku ketidakmampuannya dan bukannya menuding kepada orang lain.

5. Bagi prasarana infrastruktur air yang dibangunkan oleh BN sejak sekian lama, Lim Guan Eng sebaliknya menaikkan tariff air dan mengenakan surcaj sedangkan catatan untung PBA yang beliau ambil alih terus merudum berbanding semasa BN dulu yang konsisten walaupun tidak mengenakan harga air yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang. Persoalannya kenapa jadi begitu?

6. Selain itu, kerajaan BN juga telah membantu menyediakan prasarana peluang kerja dan potensi oleh NCIA di Pulau Pinang, antaranya yang lain lagi kerajaan BN pusat telah membangunkan Empangan Mengkuang, suntikan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pembinaan Jambatan Kedua dan lain-lain lagi semasa LGE memerintah yang mana sepatutnya  kerajaan negeri yang diteraju oleh Lim Guan Eng lah yang perlu sediakan. Suntikan berbilion-bilion ringgit Malaysia ini disenyapkan oleh Lim Guan Eng sebaliknya dengan mudah menuduh ada sabotaj oleh kerajaan pusat. Dia tidak boleh duduk goyang kaki dan mengharapkan pelaburan masuk. Apabila tiada pelaburan masuk ke negeri di bawah tadbirannya, dia menyalahkan pihak lain. Ini kenyataan tidak bertanggungjawab yang cuba menyembunyikan kelemahan dirinya.


*Dia suka kondem orang-orang lain dan negeri lain, antaranya, “"Perlu diingat bahawa Pulau Pinang adalah penerima terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia. Kedudukan Kedah begitu jauh dari segi FDI," katanya apabila beliau menentang hasrat pembinaan lapangan terbang oleh Kedah suatu ketika dulu. Sedangkan Kedah juga perlukan FDI untuk memajukan negeri mereka. Ya, itu barulah sabotaj namanya.

Thursday, May 15, 2014

Laporan MAGERAN 13 Mei 1969 : Lim Kit Siang Ketuai Kumpulan Halau Melayu

mayangperapu.my


Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh "Yang Berhormat Ipoh Timur" [Lim Kit Siang] dan parti beliau (DAP) pada masa itu. Apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah Malai Si’ (Mati Melayu- Ini yang disebut oleh Teresa Kok di dalam videonya.

Di dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat ketika itu, antara kenyataan pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, 
Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang
Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah
“KL sekarang Cina punya

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control

Di Jalan Khir Kampung Baru, dihadapann orang Melayu ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang, 
Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… 
“…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis”

Pada 12 Mei, 
Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel
Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang
Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Sebab kenapa Lim Kit Siang tidak mahu perkara ini disebut-sebut. Ini sejarah, kenapa tidak boleh disebut?

Tuesday, March 11, 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370 (Pakar 'bingung' pesawat hilang)

mayangperapu.my


1."Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" dah mai...Tergantung antara 3 negara dalam alam mistik. Ibrahim Mat Zin telah pernah memberi perkhidmatannya dalam kejadian Highland Tower, kes pencarian mayat banjir Kuala Dipang dan kes pembunuhan ahli politik oleh Mona Fendy.

2.Pasangan Bomoh Warisan pun meminta izin, menawarkan diri untuk menggunakan kaedah pengimbasan batin berikutan orang bunian telah menyembunyikan pesawat.

3.Ada pula tentang sumber terbaru tentang penglibatan militia namun kenyataannya "“Sehingga kini, kita tiada bukti untuk mengaitkan bahawa kumpulan militan negara China (kumpulan kecil) bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat ini.

4.Ada juga cerita sumber yang tidak established menyatakan MH370 kini berada di sempadan Russia-China berikutan terdapatnya 3@4 orang Billionaire China yang menumpang pesawat berkenaan - ini isu kidnap oleh kumpulan antarabangsa yang punya kepentingan-kepentingan tertentu.

5.Ada pula ahli politik populis yang berpengaruh menggemburkan bahawa kehilangan berkait dengan simptom Bermuda Triangle. Ini di uar-uarkan oleh DS Nizar.

6. Kerajaan Malaysia pula dalam pengumuman telah mengerahkan segala aset ketenteraan membuat pencarian dan beberapa negara lain termasuk, U.S, Filipina, Singapura dll turut membantu.

7.Ada beberapa anggota FBI pula ingin memasuki negara untuk siasatan risikan berikutan ada warga U.S di atas pesawat? Selang beberapa hari ada pula perkaitan tentang passport palsu oleh dua individu yang dikatakan "not asian looking" berdasarkan cctv (?). Ada misteri di situ.

8.Ada pula pandangan tentang terhempas dan hanyut ke perairan Thailand. Dikukuhkan dengan ada pula orang nampak cahaya yang menjunam ke laut di Kelantan.

9. Ada pula yang mengaitkan dengan ayat Al-Quran surah-surah tertentu, ada pula yang mengaitkan dengan huruf dan angka MH370 - Mas Hilang pada bulan tiga, tujuh haribulan yang kosong itu diibaratkan tidak akan dijumpai. Ini lebih kurang seperti nujum angka Illimuniti (?). DLL

*Macam-macam (?). Apa pun rakyat Malaysia dikatakan antara yang sukar difahami tentang logik akal mereka yang begitu memperpercayai banyak cerita-cerita yang berlerakan yang tidak sahih atas dogma yang dipimpin oleh persepsi politik. Persepsi imaginary yang dibina secara pengulangan oleh kelompok tertentu sehingga apa-apa juga akan dikaitkan dengan segalanya begitu negatif. Bayangan "Hantu-Hantu" yang tidak wujud ini adalah amat begitu berbahaya untuk sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Terlalu banyak spekulasi yang tiada asas dan hanya dilepas cakap tanpa mengambilkira sensitiviti antara satu dengan lain. Namun itulah yang dibentuk untuk memecahkan perpaduan kita atas kepentingan-kepentingan individualistik tertentu atau disengajakan oleh anasir-anasir terancang tertentu.



Terbaik, adalah kita bersama-sama mendoakan. Yang Islam buatlah solat hajat. Yang lain-lain agama berdoalah, berhajat mengikut cara masing-masing. Allah swt memberi ujian namun Dia juga Maha pemakbul. Halanya adalah supaya MH370 ini dijumpai dan semuanya selamat. Hentikan hebahan yang berunsur spekulasi, melihat orang lain bodoh dan kitalah sahaja yang pandai. Ada unsur ujub di situ. Semoga Allah swt melindungi kita semua daripada fitnah dan kesan akibatnya. 

Amiiin.

Wednesday, February 12, 2014

AMALAN PEMIMPIN UMNO BERSUMPAH MENGGUNAKAN AL-QURAN

mayangperapu.my

Berikutan sumpah bersaksikan al-Quran dalam kes bolasepak JDT bertemu T-Team,  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi komen "Jangan main-main dengan al-Quran. Biarlah FAM menjalankan tugas dengan melakukan siasatan berhubung insiden yang berlaku". 

A. Antara "tempelan" yang dibuat adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjadi saksi kepada kedua-dua belah pihak. 

B. Antaranya yang difitnahkan adalah kenyataan seorang rakan penyokong pembangkang seperti berikut, 
"Dah menjadi amalan pemimpin UMNO bersumpah menggunakan Al Quran...tiada yg menghairankan."

***
1. Tak pernah pula saya dengar orang Islam bermubahalah bersaksikan Bibble... (?)
51 minutes ago · Like


2. Saiful Bukhary memegang al-Quran, bermubahalah pada 15 Ogos 2008 (petang Jumaat 14 Sya'ban 1429 di dalam masjid Masjid Wilayah Persekutuan). Dia adalah pekerja paling rapat dengan Ketua Umum PKR. Tak mungkin seorang ahli UMNO bebas keluar masuk pejabat dan bilik pemimpin tertinggi PKR.
32 minutes ago · Like

3. Pada 29 April 2011 Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga memegang al-Quran melakukan sumpah laknat mengikut tertib mubahalah di Masjid Amru Al-As, Bangi. Dia adalah seorang PKR antara kroni terapat kepada Ketua Umum PKR.
31 minutes ago · Like

4. Pada 22 Ogos 2008 di hadapan Jemaah Masjid Jamek Guar Perahu, dengan bersaksikan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi… disudahi dengan "Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak, tapi saya tahu saya tak buat salah. Ini antara saya dengan Tuhan." DS Najib telah bersumpah cara Islam tanpa memegang al-Quran.
30 minutes ago · Like

5. Pada 2008, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam respon cadangan supaya Anwar bersumpah bersama Saiful menyatakan “Sila bersumpah kepada orang yang dituduh. Sebut, kita nak dengar “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” Saya tidak melakukannya. Jika sekiranya tak padan (juga), semua tak puashati, kita mai (mari) mubahalah.
“Seorang kata, jika dia tidak melakukan kepada saya, maka laknat Allah lah ke atas saya. Seorang lagi kata, jika saya melakukan hal itu ke atasnya, maka laknat Allah lah ke atas saya…
28 minutes ago · Like

6. Pada 9 April 2011 semasa di Mekah di hadapan Kaabah, Saiful Bukhary sekali lagi mengulangi sumpah laknatnya.
25 minutes ago · Like

7. Selain menolak mubahalah dengan pelbagai alasan, Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim pada Ogos 2011, semasa di dalam mahkamah juga menolak keterangan bersumpah dalam pembelaannya, yang mana jenis ini tidak dapat disoal balas oleh pendakwaraya di dalam mahkamah. Mengikut bekas peguambela tertuduh, memilih cara ini adalah kerana tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan soalan balas daripada pihak pendakwa ataupun mahu melindungi sesuatu supaya dapat dibendung lebih banyak lagi akan terbongkar di mahkamah.
25 minutes ago · Like

8. Siapa pemimpin UMNO yang dikatakan, “Dah menjadi amalan pemimpin UMNO bersumpah menggunakan Al Quran...tiada yg menghairankan” (?). Pertanyaan kepada sdr XXX: Adakah di dalam mana2 ayat al-Quran atau sunnah Rasulullah saw yang menyatakan apabila memFITNAH akan beroleh pahala? Jika tidak, akan beroleh apa?
28 minutes ago · Like

Tuesday, February 4, 2014

ANWAR SALAH UMNO - BN

mayangperapu.my

Belum pun seminggu Anwar membuat havoc sedunia yang dia dihalang masuk Jepun sebab penglibatan Wisma Putra ke Jepun, yang hakikatnya ialah dia tak bawa Visa. Abu bendera Jepun yang dibakar oleh pengikut dia pun tak sejuk lagi, tiba-tiba dihujung bulan Januari 2014, di hening pagi, Ketua Umum PKR itu meng"umum" perletakan jawatan "Tuan" Lee Chin Cheh sebagai ADUN N25 Kajang itu hanyalah SPEKULASI. Pada sebelah petang hari yang sama, tiba-tiba pula Penasihat Ekonomi negeri Selangor tu mengumumkan pula yang DIA LAH CALON ADUN yang akan mengisi kekosongan Lee Chin Cheh. Rakyat Malaysia khususnya di Permatang Pauh yang "bakal Menteri Besar Selangor" tu jadi Ahli Parlimen pakat garu kepala. Orang kampung Anwar di Cherok Tok Kun pun pening dengan kerenah orang kampung mereka tu.

Anwar tergesa-gesa pulang ke Permatang Pauh bertemu dengan orang-orang dia yang pening di situ, yang memang pun lama tak tengok Ahli Parlimen selibriti mereka. Anwar dalam kenyataannya di Permatang Pauh semasa balik memberi alasan kenapa bertanding di Kajang  pada malam 1.2.2014 itu menyatakan bahawa tujuannya bertanding adalah untuk menyelesaikan masalah kronik PKR Selangor dan pertelagahan antara Khalid dan Azmin. Apabila ditanya oleh penyokong-penyokongnya bagaimana hendak menjawab apabila rakyat membangkitkan isu pembaziran wang rakyat kerana mengadakan Pilihanraya Kecil tak tentu pasal, Anwar kata di Kajang nanti spin ja isu kenaikan harga barang adalah salah BN bagi menutup semua isu-isu lain.

Tiba-tiba lagi, pada esok tu, 2.2.2014, Kesavan a/l Subramaniam YB Hutan Melintang mengumumkan keluar daripada parti Anwar kerana hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut.



Mungkin juga harga barang naik melampau-lampau di Hutan Melintang dengan Kajang? Yang tu Penasihat Ekonominis negeri Selangor, Ahli Parlimen Permatang Pauh, orang Tok Kun tahap pemimpin dunia yang jadi Ketua Umum PKR tu kena jawab... 
*Kita tau dah jawapan dia macam mana nanti... 
"Salah UMNO-BN"!

Friday, January 24, 2014

DAJJAL BETUL LA COMANGO NI !

mayangperapu.my


Dia merupa dalam pelbagai rupa. Sudut Fitnah yang terancang yang diwujud untuk meleka dan bersengketa sesama... Sedang dia makin menyatu membawa ke satu hala. Bila COMANGO itu dilihat dengan rasa selamba, tiada apa... hujung zamannya telah tiba.

*Dalam Khutbah terakhir Rasulullah saw (9 Zulhijjah, 10 Hijrah) antaranya,  perkara 8: Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergian ku,  di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain.  Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan,  jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya,  maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya;  kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
Perkara 12 pula: Kemudian kamu akan disoal tentang aku,
 maka apa yang akan kamu jawab ?  Mereka menjawab,
 "Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."

Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit,
 dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata,
 "Ya Allah...! Saksikanlah."
 "Ya Allah...! Saksikanlah."
 "Ya Allah...! Saksikanlah."

Amaran Dajjal:
 - Aku hampir diizinkan keluar, maka aku PASTI keluar...
 Nasihat Dajjal:
 - adalah lebih baik manusia mengikuti ajaran Nabi Muhammad.
 (sila ulangkaji Kisah Tamim Ad-Dhari, dalam Hadis )

*Dia muncul semula (terlepas) selepas wafatnya baginda Rasululla saw. 

*Nabi pernah berpesan kepada kita melalui salah satu rekod hadis sahihnya yang berbunyi:
 "...sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah kalian, maka akulah menjadi penyelamat kamu semua, dan...sekiranya Dajjal muncul selepas kemangkatan ku, setiap diri adalah penjaga diri masing-masing"...

*Ini bukan mitos. Semuanya semakin terbuka dengan fitnahnya yang menyala-nyala untuk humbankan akhidah umat Islam. Kita berada di tengah-tegah era kemunculan itu, berada di dalam permainannya untuk menjadi Raja akhir zaman yang membawa kesesatan umat secara besar-besaran.

Pesan Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah tu:
 "Segala puji bagi Allah.  Kita memuji, meminta pertolongan,
 beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah,  maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya..."

..."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya"...


Mayang sekadar berpesan, kerana inilah yang Rasulullah saw pesan. "Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw". *Ya Rasulullah saw di atas barakah mu & rahmat Allah swt, doakanlah kami semoga kami tegolong di kalangan pemegang amanah tali mu dalam perjuangan terakhir ini, Amiiin ya rabbalalamiin.

KANG MAS ANWAR IBRAHIM MELEPAS KANGKUNG JEPUN !

mayangperapu.my

Bila Anwar tak boleh masuk Jepun, mula lah dia buat pablisiti kononnya Wisma Putra terlibat dalam mengarahkan kerajaan Jepun tak kasi dia masuk. Banyak spekulasi timbul daripada pablisiti mula yang Anwar buat-buat heran tu. Yer la, dia pun lama dah tenggelam. Anwar ni jenis orang yang perlukan perhatian, manja, boleh gila dia kalau orang tak sebut nama dia atau say "hai".

Antara spekulasi lain adalah mengenai misteri duit nota 500 dan 1,000 dulu-dulu, bukan duit pokok pisang zaman Jepun tapi duit Ringgit Malaysia ketika masa Anwar menjadi Menteri Kewangan. Katanya dibawa masuk ke akaun-akaun di Jepun. Akaun-akaun duit haram tu disita dan sedang disiasat. Katanya laaa... Hakikatnya, yang dijawab oleh imigresen adalah Anwar masuk ke Jepun tak bawa visa! Selepas 2013 mengikut undang-undang landing di Jepun, siapa-siapa yang ada kes mahkamah atau bekas banduan bukan hanya "lenggang kangkung" bawa kad i.d biometriks jer tapi kena bawa VISA sama... Dia tak bawak! lerrrr... katun le Pak Sheikh ni! Kempunan la "kangkung" Jepun Pak Sheikh oiiii...


Saturday, January 18, 2014

COMANGO

mayangperapu.my


1. Gabungan NGO liberal & anti Islam. Mereka menghantar laporan ke PBB yang melaksanakan agenda Orde Baru Dunia akhir zaman yang berbalut tajuk yang bunyinya sungguh murni, "hak kebebasan asasi manusia sejagat":

2. Antara tuntutan COMANGO:

 i.   Perenggan 1: KEBEBASAN MURTAD

 ii.  Perenggan 6.1.1 & 6.1.2: MENGHALALKAN SEKS SONGSANG *Lesbian, gay, transeksual, biseksual (LGBT)

iii. Perenggan 6.2: MENGHAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

iv. Perenggan 6.8: MEMAKSA TAFSIRAN PERKAUMAN MENURUT SEKULAR LIBERALIS BARAT

v.  Perenggan 9: MENGHAPUSKAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH *Khalwat, zina, dsb

vi. Perenggan 10.11: MENUNTUT PENTERJEMAHAN 'GOD' KEPADA ALLAH OLEH KRISTIAN KATOLIK DI MALAYSIA

vii. Perenggan 10.1.6: MENUNTUT KEBEBASAN BERAGAMA BAGI AJARAN SESAT SYIAH DI MALAYSIA

viii.Perenggan 10.1.11: MENUNTUT AGAR MANA-MANA IBU BAPA YANG MEMELUK ISLAM TIDAK DIBERI HAK PENJAGAAN ANAK *Hak hanya diberi kepada pasangan bukan Islam

3. Macam biasa dengar, di Malaysia dulu masa mula-mula nak "break the ice" semuanya dibawa kabur terpecah-pecah melalui anasir politik pembangkang & NGO-NGO aliran mereka. Dana-dana luar ini bertimbun-timbun masuk kononnya nak ambil alih negara. Anwar biasa berbahasa yang sama, mempengaruhi kepimpinan Pas, pun terperangkap sama bila Pas kata kalimah Allah boleh diguna pakai oleh bukan Islam, apa salah? Anjurkan segala perhimpunan berkulitkan bunyi yang cantik yang dalang-dalangnya adalah kepala ini semua. BERSIH lah kononnya.

4. Siapa yang setuju tuntutan ini semua, sila angkat tangan??? Mayang pasti yang mula angkat adalah Lim Guan Eng, tapi buat masa ini dia masih malu-malu, alim-alim kucing tak mau tunjuk tangan. Yang lain-lain siapa yang setuju, angkatlah tangan.

5. Mayang juga pasti, sebahagian yang tak setuju tu, hari itu dah pernah sambut tangan mereka (sama ada sengaja atau tidak), tetapi melalui pemimpin-pemimpin yang mencanang-canang dengan balutan jualan murah agama orang Islam dengan bunyi arab "al Tahaluf wal Siyasi"...

Friday, January 10, 2014

Kenapa Syed Mokhtar Al Bukhary Diserang?

mayangperapu.my

1. Dengan anggaran 29 juta rakyat Malaysia, 67.4% (19.5 juta) adalah bumiputera, 56.4% adalah Melayu (16.4 juta). 24.6% adalah Cina (7.1 juta) dan India 7.3% (2.1 juta). 17.8 juta penduduk adalah beragama Islam (61.4%), 5.7 juta beragama Buddha (19.7%), 2.7 juta Kristian (10%) dan Hindu 1.8 juta (6%). Dianggarkan 1.3 juta kaum cina adalah beragama Kristian dan kaum India menghampiri 300 ribu orang.

2. Jika diteliti senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh forbes (awal 2014);
Robert Kuok - US$12.5 bilion; 2. Ananda Krishnan - US$11.7 bilion; 3. Lim Kok Thay - US$6.6 bilion; 4. Teh Hong Piow - US$5.6 bilion; 5. Quek Leng Chan - US$4.8 bilion; 6. Lee Shin Cheng - US$4.5 bilion; 7. Yeoh Tiong Lay - US$2.8 bilion; 8. Syed Mokhtar AlBukhary - US$2.75 bilion; 9. Tiong Hiew King - US$1.8 bilion; 10. Vincent Tan - US$1.3 bilion

3. Daripada 10 terkaya ini, Bilionaire kaum Cina mempunyai kekayaan sebanyak US$39.9 bilion di mana yang beragama Kristian (Cina) mempunyai kekayaan sebanyak US$13.8 bilion (Robert & Vincent), Buddha sebanyak US$26.1 bilion (dengan andaian Lim,Teh, Quek, Lee, Yeoh & Tiong beragama Buddha (?)), Kaum India Hindu US$11.7 Bilion (Ananda) dan Melayu/Bumiputera Islam US$2.75 bilion. Ini bermakna pecahan kek kekayaan 10 terkaya di Malaysia adalah kaum Cina sebanyak 73.5%, India 21.5% dan bangsa Melayu hanya 5%. Kristian di Malaysia sendiri adalah 25.5% berbanding Islam hanya 5% sahaja. 

4. Kenapa orang-orang seperti Lim Guan Eng dan bapanya, serta "Jeff" Ooi (cina), "Tony" Pua (cina), "Teressa" Kok (cina), "Irene" Fernandez (india), Karpal (sikh) dan ramai lagi, begitu juga orang seperti Paderi Lawrence Andrew (india) secara selaras menyerang asas-asas negara ini melalui agama dan bangsa teras secara kaedah anti graviti (sonsang). Perhatikan mereka ini satu agama walaupun daripada kaum yang berbeza. 
Lim Guan Eng yang tidak meletakkan nama Kristiannya di hadapan begitu sangat mempertikaikan Syed Mokhtar sebagai satu objek mudah, "seorang melayu yang monopoli" dan kononnya kekayaan Syed Mokhtar adalah tidak adil dan melambangkan sebagai orang melayu dan Islam di Malaysia ini zalim terhadap kaum-kaum dan agama lain, tidak adil. Orang-orang seperti Lim Guan Eng menanam persepsi seolah-olah orang melayu yang tidak layak ini mencuri harta kekayaan kaum-kaum lain di negara ini dengan secara pilih kasih, rasuah (?) dan menindas kaum-kaum lain.

4. Daripada 10 terkaya ini, orang melayu dan Islam yang mewakili 56.4% (61.4%) penduduk hanya memiliki 5% kekayaan terkumpul. Kaum India yang hanya seramai 7.3% pun memiliki 21.5% kekayaan dan kaum Cina yang 24.6% itu memiliki 73.5% kekayaan. Jika diandaikan Lim,Teh, Quek, Lee, Yeoh & Tiong beragama Buddha, Kristian sendiri memiliki 25.5% kekayaan daripada hanya 10% penganut di negara ini. Itu andaian kerana "pangkal nama" cina itu adalah Buddha, mereka mungkin juga ada yang beragama Kristian seperti mana keluarga Lim atau Karpal Singh. Jika begitu, jika di kalangan mereka itu ada lagi yang beragama Kristian maka besarlah lagi kek kekayaan yang dimiliki oleh wakil Kristian di Malaysia. 
Jadi apakah sebenarnya konsep adil yang cuba dipusingkan oleh Lim Guan Eng, dia menyerang Syed Mokhtar dengan katanya "Malaysian Malaysia" (slogan DAP yang ditinggalkan oleh Lee Kua Yew) untuk keadilan semua rakyat Malaysia, samarata-samarasa? Meneliti nisbah di atas adakah betul apa yang dicanang oleh Ketua Menteri Kerajaan Tahaluf Siyasi Pulau Pinang itu? Adakah di Malaysia ini orang Islam cukup zalim sehingga Kristian yang 10% itu perlu pula mengambil saki baki kuasa yang ada daripada orang Islam di sini? Kenapa? Untuk Apa? Adakah untuk kaum Cina, kaum India ataupun sebenarnya menggunakan (asimilasi agama) kaum-kaum ini untuk agenda agama Kristian?


5. Yang lebih pelik, orang-orang Melayu Islam dalam Pas dan PKR yang bersama (menghalalkan) bertahaluf siyasi dengan kelompok ini pun menyambut sama kata-kata nista orang seperti Lim Guan Eng ini kepada Syed Mokhtar! Masuk sama dalam mainan agenda Guan Eng kerana Lim Guan Eng tahu tabi’e penyakit mereka ini iaitu berhasad, dengki, khianat dan busuk hati kepada saudara seagama sendiri. Kelompok ini juga dijual dengan mimpi supaya mahukan kek orang Melayu Islam yang sikit itu dengan cara yang mudah, jadi itulah yang diajar oleh orang seperti Guan Eng kepada mereka.

Adakah agenda kristian yang mempergunakan kaum cina, india dan lain-lain ini mahukan Islam di sebalik Bangsa Melayu itu bertelagah dengan kaum-kaum lain? Adakah mereka mahu pula bangsa Islam di negara ini bangkit menuntut ketidak adilan anatara agihan kekayaan kaum ini? Kumpulan penyamar kristian telahpun menempatkan diri dalam barisan kepimpinan kaum-kaum bukan Islam ini dan menggunakan isu kaum untuk kepentingan mereka. Sudah tentunya kebencian yang ditanam kepada orang Melayu akan menguntungkan mereka. Selain kaum-kaum lain yang diperalatkan, yang paling diperbodohkan adalah orang-orang melayu yang tamak, yang menjual Islam dan bersekongkol dengan mereka melalui penghalalan Tahaluf Siyasi itu. Kerana Grand Design nya adalah daripada luar yang amat memusuhi Islam. 

*Mayang Perapu: Siapa yang zalim??? Siapa yang menindas pemikiran rakyat???




Thursday, November 28, 2013

Selangor dan Pulau Pinang Negeri Maju Pas

mayangperapu.my

1. Asas-asas yang ada di Selangor dan Pulau Pinang bukan perkara baru. Negeri-negeri itu sudah lama dijadikan tumpuan dari sudut perdagangan. Pelabuhan diletakkan di situ, begitu juga industri-industri terpenting di negara juga ditumpukan di situ. Urat saraf nadi perhubungan seperti lebuhraya dan pengangkutan dengan sengaja juga telah dipusatkan ke situ semasa era BN. Semua prasarana itu ditumpu dan dimajukan secara strategik oleh BN sejak dulu. Tidak hairanlah kedua-dua negeri ini menjadi negeri yg termaju di Malaysia. Sebagai asas perbandaran yang tradisi kelompokan kaum terbanyaknya adalah cina, budayanya juga sudah tentu banyak berasas kepada kaum itu. Namun penyeimbangan juga perlu kerana negara kita berteraskan agama  tertinggi orang melayu iaitu Islam. Jesteru itu perkembangan yang berkait dengan Islam juga diselit-selit ke tengah-tengah lapangan ini oleh Bn dulu. Walaupun di kawasan ini kaum definitifnya adalah bukan Islam, premis-premis yang berkait dengan Islam juga dibangunkan, antaranya masjid-masjid, disulami lagi dengan penempatan agensi-agensi dan jabatan-jabatan pentadbiran persekutuan. Ini adalah kaedah untuk penyeimbangan supaya tumpahan komersial juga akan diperolehi oleh kaum-kaum lain selain cina kesan daripada perancangan kerajaan. Antara lain penempatan mampu milik yang tidak berteraskan keuntungan juga dibina dengan tujuan supaya kaum-kaum miskin lain khususnya melayu, bumiputera dan india juga boleh berada di bandar bagi mendapatkan limpahan komersial yang sengaja diwujudkan itu.

2. Namun berbeda dengan pentadbiran dulu yang aktiviti kaum yang tidak berteraskan Islam di sini yg dihadkan kuotanya, maka apabila pentadbiran baru daripada kualasi Pakatan Rakyat mengambil alih, DAP yang mendominasi pakatan itu dengan kerjasama PKR telah melonggar syarat sosial rakyat yang dengan sengaja telah memperbanyakkan premis-premis judi dan maksiat. Pengkomersialan hartanah juga telah tidak mengambil kira lagi kepada peluang baru golongan-golongan miskin. Rumah mampu milik dihentikan. Meritokrasi menjadi asas baru berasaskan siapa yang definitif di situ.  Maka rumah mampu milik telah tidak lagi dibina kerana nilainya yang tidak menguntungkan. Khidmat kebajikan sosial ini dilihat sebagai tidak bijaksana di dalam dunia kapitalis kerana terasnya tidak menguntungkan. Begitu juga janaan pendapatan telah tidak memperdulikan sensitiviti agama orang-orang melayu lagi dengan pengwujudan berlipat kali ganda premis-premis maksiat yang tidak mengambilkira sensitiviti Islam walaupun bangsa melayu bukanlah majoriti di situ. Ini pernah berlaku di Singapura di dalam kawasan penempatan-penempatan melayu. Industri seperti ini sengaja diletakkan di situ dengan alasan boleh menyumbangkan banyak pendapatan di tempat yang padat dengan penduduk ini. Sekaligus lanskap budaya orang-orang melayu bandar berubah.

3. Orang-orang melayu dikira bernasib baik, sebelum daripada Pakatan Rakyat menawan wilayah-wilayah komersial ini, premis-premis agama dan penempatan melayu sempat dimuatkan di situ oleh kerajaan BN dulu yang diterajui UMNO. Jika tidak, jadilah nasibnya seperti Pas yang berkulitkan Islam, yang mencanangkan tentang agama tetapi akhirnya mereka tidak mampu melaksanakan apa-apa pun yang mereka kata. Pas hanya mampu menumpang apa yang telah disediakan oleh kerajaan BN yang mereka fitnahkan dulu tanpa mampu membina sesuatu pun yang lebih bermakna seperti mana yang dikatakan oleh mereka di atas pentas-pentas dan masjid-masjid yang sebenarnya dibina oleh musuh yang mereka wujudkan itu. Hakikat itulah yang diterima oleh Dr Hasan Ali yang suatu ketika dulu cuba  memperjuangkan apa yang dijanjikan oleh Pas kepada rakyat melayunya. Akhirnya Dr Hasan sendiri terpelanting keluar oleh anasir sekutu Pasnya sendiri. Sebahagian orang melayu sendiri yang telah membuat pilihan ini kerana Pas menggunakan agama Islam bagi mempengaruhi minda rakyat di situ yang akhirnya memberikan keuntungan kepada DAP bagi melaksanakan apa yang mereka mahu kepada kepentingan kaum kelompok definitif mereka. Persoalannya, adakah Pas sanggup menanggung apa yang dikata tetapi tidak dikota di hadapan Allah SWT nanti? Dan siapa akan menanggung kesan akibat daripada fitnah yang telah mereka lemparkan sehingga orang-orang melayu ini terpengaruh dengan mengundi musuh Islam itu?

4. Ingat, orang-orang melayu dan Islam juga menyumbang kepada kezaliman yang dibuat oleh DAP di Selangor dan Pulau Pinang. Mereka yang menyumbangkan share semasa pilihanraya akan menanggung dihadapan Allah SWT nanti dengan dipimpin oleh kepimpinan Pas yang acap menabur fitnah sehingga menggadaikan maruah Islam ini. Jangan ingat Islam itu hanya kulit, tetapi ada kesan dan akibatnya kerana ketamakan laba dunia dan kuasa yang berteraskan nafsu oleh kepimpinan Pas itu.

Friday, October 25, 2013

CALON BN DI SUNGAI LIMAU PUN WARAK MACAM USTAZ (DR) AZIZAN

mayangperapu.my

 
Dengar kata dok tanya, kenapa BN pilih calon profesional di Sungai Limau. Kenapa tak pilih yang lebih kekampungan, ustaz2, ala-cara Yan, berlatar Gunung Jerai? Rasanya calon yang macam tu pun, UMNO ada ramai macam tu di situ.

Dibelek-belek rupanya kenapa? Sebab Dr Ahmad Sohaimi Lazim ni memang sekian lama aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, diapun orang kampung Titi Batu. Selain bertokoh, berkelulusan tinggi, berperwatakan baik, dia juga memangpun anak jati tempatan yang lama bergaul dengan masyarakat situ. Ada yang kata dia bukan kelulusan agama (?). Calon mesti berkelulusan agama? Allah SWT tak kata macam tu pun, macam arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak pun profesional jugak dulu. Orang panggil Ustaz. Dr Ahmad Sohaimi ni seorang yang warak, cukup. Lagi untung, warak pun ya, pengalaman pun banyak, aktif membantu masyarakat pun ya, seorang profesional melayu yang berjaya pulak lagi. Ok la... Tu Wakil Rakyat la tu...
....Errrr.. yang Mahfuz Omar dok hentam-caci sangat Mukhriz tu sebab apa? Kona sampai ke London nuuu... (gula pilihanraya, ada2 saja nak bancuh racun...)

Thursday, September 19, 2013

MUKHRIZ CONFIRM KE NAIB PRESIDEN

mayangperapu.my

1. Semalam Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pendapat bahawa setiap calon yang berminat bertanding jawatan ketiga tertinggi parti harus merujuk pandangan Presiden, "Tentu Presiden mempunyai pandangannya sendiri". Ramai yang berpendapat ini berikutan ura-ura kuat yang Mukhriz Mahathir akan masuk gelanggang yang sama. Ada juga yang kata Mukhriz akan memberi jawapannya sehingga hari Khamis. Hari ini hari Khamis, berita yang mayang dapat, "Ya, sah! Mukhriz akan bertanding Naib Presiden UMNO". Nama Menteri Besar Kedah ini sedang harum, orangnya juga mendapat rating yang tinggi, jadi rugilah Mukhriz tidak masuk bertanding. Bayang-bayang ayahnya masih punya pengaruh kuat untuk dijadikan sebagai advantage. Orang-orang Mahathir di pinggiran pun ramai. Mereka sebenarnya tidak pernah meninggalkan politik sebaliknya seperti second layer yang akan timbul pada bila-bila masa.

2. Sudah tentu selain Zahid, Datuk Sri Hishamuddin juga tidak senang duduk. Datuk Seri Shafie Apdal mungkin tidak begitu khuatir berikutan prestasi Sabah-Sarawak yang banyak membantu BN semasa PRU-13 lepas. Dia wakil daripada sana. Manakala, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang cuba menyelit tu terpaksalah lebih bekerja keras turun padang. Mereka orang lama, dah biasa berkempen ke pelusuk tanah air, sepak terajang ni tegal biasa mereka.

Wednesday, September 18, 2013

BERTANDING MEMINTA-MINTA EHSAN UNTUK JAWATAN ???

mayangperapu.my



1. Sekarang ni musim pemilihan UMNO. Ke sana ke mari bersempena selepas mesyuarat UMNO kempen berjalan, calon ke depan menunjuk muka. Borang-borang penawaran jawatan dah dikeluarkan yang akan disubmitt pada 21 September ini.
 
2. Selain daripada calon-calon luar peringkat nasional, khususnya MKT dan Exco-exco sayap (tolak Presiden & Timbalan dan Ketua-ketua sayap), jawatan-jawatan peringkat Bahagian juga ditawarkan, daripada Ketua sehinggalah ahli-ahli jawatankuasa Bahagian. Begitulah juga di tiga-tiga sayap peringkat Bahagian.
 
3. Mayang cuma nak buat teguran sikit tentang kaedah kempen. Biasanya merayu meminta ehsan untuk orang memberi undi. Kenapa meminta ehsan? Sepatutnya kena lah confident. Suarakan idea, kreativiti dan apakah yang akan dilaksana untuk berbakti kepada Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Tumpah Darah. Usulkan, bahaskan, beritahu kepada perwakilan manifesto ka apa ka... "Kenapakah saya bercadang untuk beribadah dengan memegang jawatan ini, apakah yang saya akan buat!...". Teguran mayang ni bukan hanya kepada peringkat-peringkat bawahan ni saja tetapi lebih-lebih lagi kepada calon Ketua UMNO Bahagian. Kita tak mahu tin kosong! Wawasan biar jelas...

* Yang MKT dan top-top post peringkat kebangsaan pun, sila lah alert dalam penawaran, kerana anda akan dinilai nanti oleh rakyat. Kita tak mahu ada yang senang-lenang tapi parti kita kalah dalam PRU. Tak guna pun kalau gitu.

Tuesday, September 10, 2013

LIM GUAN ENG AKAN BERMUBAHALAH TENTANG CEC???

mayangperapu.my

1. Liang Kak Chean mencabar Guan Eng untuk segera mengangkat sumpah di  gereja sekiranya benar Ketua Menteri DAP Pulau Pinang itu benar-benar seorang Mubaligh Kristian yang tulus. Seperti mana mubahalah yang dibuat oleh Saiful Bukhary yang mengajak Anwar Ibrahim bersama-sama dengan ikhlas bagi menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah, Guan Eng selaku Setiausaha Agong DAP tidak perlu gentar seperti Anwar untuk mengangkat sumpah, kerana beliau sendiri telah beberapa kali tampil menafikan adanya unsur manipulasi undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Disember lepas, sedangkan dakwaan itu datangnya daripada dalam DAP sendiri, dari kalangan ramai ahli-ahlinya yang berpengaruh. Berani kerana benar dan tidak berani kerana tidak benar. Janganlah jadi seperti mana Shaikh Anwar.

 
2. Selain Naib Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM) itu yang mencabar Guan Eng, Naib Pengerusinya, Chan Kit Mun juga meminta Guan Eng membuat perkara sama, bersumpah. Ini adalah kerana bukannya DAP tidak biasa bersumpah. Mereka juga telah pernah bersumpah untuk menyebarkan agama kristian di Malaysia dan berbai'ah untuk berjuang menaikkan Perdana Menteri Kristian di Malaysia seperti mana yang didedahkan oleh Razali, bekas rakan rapat dan anak buah Guan Eng itu. Kit Mun juga menyifatkan tindakan DAP yang tiba-tiba tergesa-gesa cuba mengadakan pemilihan semula CEC telah menimbulkan tanda tanya rakyat kerana dulu mereka menafikannya dan tidak semena-mena pula menuduh UMNO yang tidak ada kena mengena langsung dengan DAP itu sebagai pihak yang bersalah (?). Seperti kata Kak Chean, Guan Eng perlu bersumpah bagi membuktikan ketulusannya bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina terhadap kepemimpinan beliau. Rakyat perlu mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP seperti mana drama air mata merambu-rambu yang dibuat oleh bapa Guan Eng, Lim Kit Siang tempoh hari yang  "seolah-olah" menyalahkan Perdana Menteri pulak yang menganiaya dia yang konon-kononnya DAP akan dibatalkan (???) dan calon-calon DAP akan terpaksa berlogokan Pas dalam PRU-13 lepas. Tak ada pun!
 ·         Tapi mayang tetap hairan, dah sah-sah pembohong si Guan Eng ni, tapi tetap masyarakat cina yang kononnya kurang yakin kepada DAP itu tetap memberi undi yang amat besar kepada Pakatan Pembangkang semasa PRU-13 tempoh hari. Iya ka masyarakat cina tak yakin atau ada yang dok buat wayang lagi bila rancangan besar DAP yang nak ambil alih negara ni tak menjadi, makanya buat-buatlah macam insaf gitu…

Monday, September 9, 2013

SUDUT PANDANG INTELEK SINGAPURA MELAYU KEPADA ISLAM DI SINGAPURA SENDIRI

mayangperapu.my

Mayang meng"FB" kan artikel ini dulu tetapi terlupa untuk diblogkan, jadi mayang mengutip semula sekadar untuk menyudutkan percambahan kefahaman. Ini berkait pada Januari 2013 lalu semasa Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara (Cabaran dan Harapan) di PWTC. Pemerhatian mayang adalah kepada seorang professor melayu Singapura yang realiti kefahamannya seolah telah berjaya diasimilasi dengan perseketiran negara itu, yang kita pun tahu halanya ke mana. Sedangkan dialah antaranya yang sepatut disandarkan harapan oleh orang melayu Singapura.
 
1. Seorang Profesor Melayu Singapura bidang Sains Politik sejak 1961 tentulah seorang yang hebat. Apatah namanya dikait dengan salah satunya Oxford. membentangkan peratusan melayu Singapura 13.9%(2000) - 13.4%(2010) daripada 3.772 juta penduduknya (2010). 503.9 ribu Melayu berbanding 2.794 juta Cina meletakkannya sebagai minoriti walaupun lebih berbanding India yang hanya 9.2%.
2. Dalam pengiktirafan "Global, Maju dan Moden", Singapura dianggap negara paling Global di dunia, mengatasi A.S. Katanya, golongan Melayu ada peningkatan di sana namun bukanlah golongan yang boleh dibanggakan oleh negara. Melayu Singapura dikatakan paling berjaya (?) tetapi tidak pula mengatasi Cina dan India Singapura. Dasar terbuka "Foreign Talent Policy" turut memberi kesan negatif kepada melayu-melayu ini apabila diukur dengan sudut baru "unemployability" yang lebih merbahaya daripada "unemployment" (Ini perlu diambil iktibar pro dan kontra oleh kerajaan Malaysia di dalam dasar Talent Corp mereka). Mungkin ini antara penyebab jurang melayu dengan kaum-kaum yang lebih berjaya ini melebar. Melayu yang dikatakan lebih berjaya berbanding melayu-melayu lain ini (?) tidak pula menceburi perniagaan di sana, jika ada pun yang kecil-kecil katanya. Apabila biasisiwa tidak berasaskan kaum tetapi berprinsipkan meritokrasi seperti amalan di Singapura, melayu-melayu yang terkebelakang berbanding dua kaum lain sudah tentu kurang peluang. Sekularisme, kapitalisme, materialisme, liberalisme, kosmopolitan telah mempengaruhi tatasusila, perlakuan dan gaya hidup masyarakat yang mana 40% belia Islamnya tidak pun menghadiri sebarang kelas agama. Di Singapura semuanya sedang berintegrasi antara satu dengan lain, sudah tentu Islamnya semakin liberal.
3. Apa pun pokoknya beliau tidak berterus terang mengenai keadaan Melayu di atas tanah asal sana atau mungkin beliau ini hanya kerap berada di dalam tembok dinding bilik pensyarahnya berfikir dan berfikir kerana jelas beliau tidak dapat menjiwai dan menyelami roh realiti kebenaran sebenar konflik norma pemikiran dan hidup melayu Singapura. Atau mungkin roh mereka telah mati kerana telah begitu diintegrasi. Dengan pengalamannya yang begitu lama dan namanya yang begitu besar, Profesor Muhammad Hussein Mutalib sebenarnya gagal mengupas persoalan "core issue" tentang Melayu Singapura. Ini mengecewakan dan tempoh sejam itu berlalu begitu sahaja.
4. Sebaliknya Tuan Mohd Mohiyuddin Mohd Sulaiman, pengkaji Islam di Myanmar, dalam tempoh sejam berjaya mengupas dan memahamkan audien tentang belenggu "core issue" yang menyelubungi Myanmar dengan begitu holistik sekali. Kata Mohiyuddin apabila diajukan soalan selepas pembentangannya, yang dapat disimpulkan adalah "Jangan bertanya tentang Islam atau tidak negara Malaysia, pokoknya negara ini adalah suatu tempat paling nikmat untuk umat Islam, semuanya serba lengkap untuk Islam, malah menjadi suatu destinasi pilihan bagi mana-mana juga umat Islam seluruh dunia untuk hidup dan berada di sini. Bersyukurlah".
- Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara (Cabaran dan Harapan), PWTC