Pemolo

Thursday, December 18, 2008

Pilihanraya KECIL Kuala Terengganu & DAP


mayangperapu.my

1. DAP akan terus secara halus menggunakan DSAI & PAS bagi mencapai matlamat memecah belahkan orang melayu.

2. Mereka akan manis menyokong siapa sahaja calon atas nama Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu memandangkan kawasan itu majoritinya melayu.

3. DAP lebih suka calonnya adalah daripada PKR tetapi memandangkan pembahagian dulu semasa PRU-12 adalah milik PAS jadi mereka secara strateginya bersetuju jika calonnya adalah daripada PAS.

4. Lagi pula tren imbangan pengaruh di Kuala Terengganu adalah di antara UMNO dan PAS bagi karektoristik lokaliti kawasan itu yang pekat kemelayuannya dan polarnya antara perbandaran dan kampung maka peluang bagi calon PAS adalah lebih cerah.

5. Sebab itulah DAP dari awal-awal lagi menyatakan sokongan kepada PAS seolah membayangkan sokongan mereka adalah begitu padu. Mengalah buat masa ini. Sebenarnya sekam.

6. Dijangka isu Ketuanan Melayu akan dilonggarkan di sini kerana membabitkan Raja-Raja. Lagi pula Terengganu adalah Negeri Agung Malaysia kini. Besar kemungkinan DAP hanya akan membantu dari segi kemudahan dan kewangan bagi cucuhan di belakang tabir.

7. Antara isu-isu yang akan dibangkitkan adalah Harga Minyak yang dikatakan sepatutnya lebih murah daripada kini (telah dilambung mula oleh Lim Guan Eng – katanya RM1.42 seliter), Rasuah akan dikaitkan dengan UMNO menggunakan isu Politik Wang Pemilihan UMNO Malaysia (telah dilambung oleh Saifuddin Nasution di dalam Dewan Rakyat), Harga Barang yang mahal dan tidak terkawal akan dikait dengan ketidakcekapan Kerajaan BN terutama UMNO. ISA akan terus diperalat. Pas akan terus mengaitkan UMNO dengan istilah ”Penzalim” yang tidak berkebajikan.

8. DSAI akan mewayangkan kealiman dirinya dan akan menjawab isu tanah runtuh di Selangor sebagai penyelewengan kerajaan BN sebelumnya di sana bagi menutup tuntutan mangsa yang terdiri daripada penduduk Selangor kepada kerajaan negeri yang dibonekai oleh PKR. Begitu juga sentimen peralihan kerajaan persekutuan dengan pertambahan kerusi parlimen di Kuala Terengganu.

9. Institusi Kepolisan yang dikaitkan dengan kerajaan BN juga akan dikatakan sebagai gagal dengan merujuk Ketua Polis yang dikatakan mementingkan projek mega daripada keselamatan rakyat yang disandarkan kepada indeks tahap keselamatan. Institusi kehakiman akan terus dipertikai walaupun telah ada tindakan yang dibentang di parlimen.

10. Secara umum propaganda RASUAH akan terus dikaitkan dengan UMNO bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada parti pemerintah dengan pelbagai cerita-cerita menggunakan nama Hak Rakyat.

11. Kita akan melihat bagaimana tren gerak-kerja yang akan dibuat oleh parti-parti komponen selain UMNO sama ada menjadi pemerhati, melepaskan batuk ditangga, bersungguh atau menikam belakang terutama wakil kaum cina dan india. Apa pun Gerakan dijangka menyepi.

12. Parti Gerakan yang memerhati akan melihat apa-apa isu yang dikaitkan dengan kepentingan Melayu jika dibangkitkan oleh UMNO akan dioalah sebagai tidak sensitif kepada rakyat pelbagai kaum dan akan diperpanjang ke selepas PRK Kuala Terengganu menjadi isu nasional dengan jenama "perkauman".

13. Kesemuanya adalah kepada pengukuran dan perancangan strategik pembangkang menghala ke PRU-13. Terutama sekali agenda tersirat DAP dan rakan-rakannya. Mereka akan terus bermain sentimen mengangkat Anwar Ibrahim sebagai kononnya bayangan Pemimpin Besar Negara yang mana rahsia beliau kini berada dalam kantung mereka. Apabila tiba masanya mereka akan melonggokkan rahsia-rahsia Anwar ini sehingga beliau terkancing.

14. Apa pun agenda mereka kini adalah dengan terus mengasingkan (mengepong) bukan melayu daripada melayu dan menggunakan melayu untuk memecahkan melayu. Pengasingan ini bagi kaum bukan melayu mereka jenamakan sebagai ”Malaysian” (Bahasa Inggeris) dan keterusan agenda memecahkan percampuran antara bukan melayu dengan melayu yang dipecahkan ini akan terus dinamakan dengan selitan propaganda ”Kuasa Rakyat” (termasuk Pas) sebelum mereka menendang keluar melayu-melayu ini daripada coalation mereka bila tidak diperlukan nanti.

15. "Bangsa Malaysia" yang disebutkan mereka sebenarnya adalah satu matlamat tersirat yang dibayangkan percantuman pelbagai kaum tetapi sebenarnya beragendakan dominasi oleh kaum cina. Tanpa disedari Pas juga menyahut seruan ini.

16. Apapun kebencian (kesumat) PAS kepada bangsanya sendiri yang berjenama UMNO dan kepentingan peribadi Anwar untuk menutup kelemahannya sendiri akan digunakan sepuas-puasnya tanpa perlu DAP bersusah payah.

17. Jika pembangkang menang, siapa pun ia, yang akan menangguk keuntungan dari kekeruhan perpecahan melayu adalah DAP untuk strategi jangka panjangnya untuk mengambil-alih Malaysia daripada penguasaan Melayu dan seterusnya membalas dendam. Mungkin secara halus mungkin secara kasar.

18. "Malaysian" , "Bangsa Malaysia", "Rakyat Malaysia" yang di uar-uarkan dan disambut oleh Pas dan PKR sebenarnya adalah pecahan persepsi ke arah Propaganda "Malaysian Malaysia" yang mana merupakan matlamat tersirat kaum cina cheuvanist ke arah dominasi pemerintahan negara ini.

- Raja-raja (sultan melayu) disebut mereka sebagai "Malay Rulers". Pemerintah Melayu. Bukan pemerintah mereka. Kekebalannya akan digagalkan secara halus.

Wednesday, December 17, 2008

Melayu Mudah Lupa

mayangperapu.my

by Mahathir Mohamed. Dec 17, 2008
Melayu Mudah Lupa

1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).

2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".

3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.

4. "One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.

5. "It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law".

6. Lain padang lain belalang.

Monday, December 15, 2008

Sebuah Syarikat yang bernama JERIT!!!

mayangperapu.my

1. S. Arulchelvan adalah penyelaras JERIT.

2. JERIT adalah singkatan kepada Jaringan Rakyat Tertindas. Maka pendokong-pendokong JERIT ini termasuklah S.Arulchelvan adalah rakyat Malaysia yang diseksa dan ditindas dengan amat dasyat di Malaysia. Nak hidup pun susah tapi boleh senyum dan berat badan mereka juga melebihi had terutama Mr. Arul.

3. S. Arulchelvan yang juga Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan JERIT dibayangi parti politik tertentu. Mereka diiktiraf Suhakam, katanya.

4. S. Arulchelvan kata lagi, "Saya tidak bersetuju bahawa tuduhan JERIT bukan 'Pertubuhan Berdaftar'. JERIT adalah gabungan kumpulan masyarakat yang tertindas dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat".

5. Jadi, JERIT adalah sebuah syarikat?

6. Ha..Ha..Ha..

- tergelak lah pulak...* nih pendaftar syarikat tolong tengok sat, apa lah pulak ni...

Ramlan & Reformis nyaa...& Anwar & Khalid & Tian Chua dan dot dot dot

mayangperapu.my
Tiba-tiba saja nama Ramlan naik. Menjadi buah mulut. Siapa Ramlan? Dia bukan Ramlan(g) Poringin.

Ramlan seorang pejuang. Seorang pejuang dalam sebuah negara aman, Malaysia.

Agak pelik, sebuah negara yang begitu aman dan begitu makmur seperti Malaysia melahirkan begitu banyak pejuang hari ini, di merata-rata. Ini termasuklah pejuang paling unggul abad ini, Anwar Bin Ibrahim. Yang mana kehebatan perjuangan telah mengatasi barisan pejuang-pejuang dan pahlawan-pahlawan tanah air daripada dulu, sebelum merdeka sehinggalah era selepas merdeka. Apa yang diperjuangkannya adalah sesuatu yang tidak dapat dijawab kerana terlalu hebat Anwar Ibrahim ini, malah telah melebihi indeks tandaan erti perjuangan itu sendiri.

Itulah yang didokong oleh sebahagian besar penyokong Parti KeAdilan Rakyat. Alasannya ”Kuasa Rakyat & Hak Rakyat!”. Hebat.

Nama Ramlan Abu Bakar tiba-tiba saja mencanak naik. Beliau menentang Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, sorang Tan Sri! Strateginya untuk berkombat ala gerila memang mencerminkan darah perjuangannya. Apatah lagi caranya untuk bermogok, berbogel itu sudah dapat mentakrifkan definisi keberanian yang paling amat melampau. Melangkau keberanian-keberanian pahlawan-pahlawan yang pernah dilahirkan.
Ramlan Abu Bakar adalah pengerusi Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), yang beranaknya juga daripada Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Dia ahli PKR yang sentiasa menyematkan logo PKR di mana-mana. Yang peliknya dia mengisytiharkan perang terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga seorang PKR untuk membuat serang hendap berbogel kepadanya, malah lebih pelik dia mencabar Pemimpin Tidak Terbanding PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ”sebelum ini sering diuar-uarkan Anwar adalah pembela bangsa, negara dan rakyat”, tambahnya, ”Slogan ’Kuasa Rakyat’ yang dilaungkannya hanya manis mulut di bibir sahaja. Anwar pandai memanipulasi rakyat dengan kepandaian berkata-kata dan pidato supaya rakyat memilih dia”. Kini Ramlan menyifatkan "Anwar Ibrahim sebagai seorang pendusta, hipokrit dan munafik!"
Berat tuduhan Encik Ramlan ni kepada Anwar. Lebih berat daripada tuduhan Ezam Mohd Noor dan Lukman NorAdam (juga bekas-bekas PKR) kepada Anwar. Lebih hebat dia daripada Ezam dan Lukman (yang setelah maki hamun UMNO sampai tak cukup padang, hari ni teringin dapat tempat dalam UMNO balik). Mungkin dia terlupa bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pejuang yang maha hebat! gamaknya.

Ramlan tambah lagi, ”Anwar bijak mempengaruhi rakyat tetapi hasilnya jelas dilihat hari ini, bukan kebajikan yang diberikan tetapi kezaliman yang diberikan kepada rakyat!”. Malah dia sehingga membuat perbandingan,”Jika kami berbogel pun ianya tidaklah melibatkan kesejahteraan rakyat kerana rakyat masih kekal seperti biasa tetapi perbuatan menipu rakyat dan melakukan kezaliman ke atas rakyat ( perbuatan Anwar dan Khalid ) akan memberikan kesan kepada rakyat!”.
Ditambah lagi, nama Yang Berhormat Tian Chua juga yang tidak kurang darah pejuangnya itu dikatakan pula sebagai seorang Ahli Parlimen yang tidak mampu pun menyelesaikan satu masalah lif rosak di Sentul Utama, dalam kawasan Parlimen Batu. "6 Bulan dah", katanya.
”Seharusnya sebelum menjanjikan sesuatu mereka perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu dan menentukan apa perkara yang boleh mereka lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan,” kata Ramlan lagi sebagai merujuk janji-janji manifesto Pakatan Rakyat (PR) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

*Encik Ramlan mungkin terlupa jasa Anwar yang berjaya menurunkan harga minyak dunia termasuklah kat Malaysia ni sambil pakai "rayban" je...siap tunjuk-tunjuk lagi...


Maka lahirlah seorang lagi Pejuang dalam Parti KeAdilan Rakyat. "RE..FOR..MAAA.....???"

- Pening memikior...

Tuesday, November 25, 2008

Malu...Sedih; Hilang Maruah

1. Ketika "Reformasi!!!" dilaung-laungkan ketika itu... Kerana kita sedar laungan itu adalah satu "propaganda merapu" yang datang dari orang yang juga merapu; atas kesedaran, atas memahami, atas rasa memperbetulkan yang salah, satu jiwa perjuangan, satu semangat dan kekuatan terbentuk dari dalaman diri; insaf & bermaruah. Tanpa segan silu diri ini pada ketika itu, tahun 1998-99 mengaku "Aku UMNO!!!" di tengah-tegah gelombang reformasi.
Bendera UMNO berkibar, lencana UMNO, sticker UMNO & apa-apa sahaja yang umno tak lekang, sentiasa tersemat, terlekat - tiada perasaan takut dan gementar pun! Menongkah gelombang "reformasi tipu" yang besar. Berkorban masa duit ringgit. Membina, menyedarkan sekelompok minoriti UMNO di Permatang Pauh supaya bangga dan keluar berjuang tanpa mengira jawatan ( kerana yang berjawatan ketika itu tidak melaksana tanggungjawab dengan ruh sebenar UMNO di Permatang Pauh - mereka malu mengaku diri UMNO! ).
Ketika itu rasa amat bangga, rasa amat bermaruah mengaku kepada sesiapa sahaja, menayang dada bahawa "Aku UMNO!!!", "Mari berdepan!".

2. Tetapi hari ini setelah UMNO dicantikkan dimaniskan, dipulihkan sebelum tahun 2004, dan kini 2008 UMNO diruntuhkan, hati ini rasa malu dan terasa seperti hilang maruah bila mengaku dengan bangga dan menayang dada bahawa "aku umno"... (walaupun di dalam hati amat teramat menyayangi UMNO)... malu mengaku bahawa aku umno dari kelompok yang tiada maruah. Siapa yang membuat UMNO hilang maruah? Tiada ruh.

- sedih kerana UMNO telah hilang maruah!
Terima Kasih kepada politikus-politikus UMNO...

Thursday, November 20, 2008

High-Lite - ISU OBAMA, ISU PM MALAYSIA

1. Selain DAP; MCA dan Gerakan (PGRM) juga sealiran bahawa Presiden terbaru Amerika patut dijadikan garis alasan yang bukan melayu layak menjadi PM di Malaysia. Apa yang sebenarnya dilapikkan adalah secara terangan maksudnya; "orang cina layak untuk menjadi PM Malaysia." atau lebih tepat lagi, "orang cina yang sepatutnya lebih layak jadi PM Malaysia". Walaupun tidak dinyata secara jelas tetapi difahami.
2. Barrack Hussein Obama, anak kepada perempuan kulit putih yang bapanya Afrikan. Beliau dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat bersebab; beliau tidak bersekolah aliran Tamil, Cina atau Afrika di negara Amerika. Beliau tidak pun berbahasa Tamil, Cina atau Afrika di Amerika. Beliau bersekolah dan berbudaya seperti mana juga Amerikan-amerikan yang lain. Kebangsaan yang sama. Dan beliau memenuhi tuntutan syarat utama kerana beliau adalah kristian tulen yang diterima dan dipandang sebagai agama teras universal di Amerika. Mana mungkin Cina atau India di Malaysia yang lebih fasih bahasa cina atau india dan Bahasa Malaysia hanyalah sebagai bahasa kedua atau ketiga selepas Inggeris hendak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia. Apatah lagi tidak memenuhi syarat teras kewarganegaraan secara budaya dan beragama rasmi. Budaya Melayu dan agama Islam. Jesteru itu sebenarnya di kalangan kaum bukan melayu dan bumiputera yang asalnya pendatang yang ada hari ini di Malaysia sebenarnya tidak layak pun sebut untuk menduduki kerusi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Malah Menteri pun mereka tidak layak. Apa yang mereka dapat sebenarnya adalah ehsan daripada Bangsa Melayu atas sifat toleransi yang tinggi. Itu pun tidak bersyukur. Ini sudah bersifat penderhakaan sebenarnya. Itu pun pemimpin-pemimpin yang menganggap mereka pemimpin Melayu masih menikus. Memalukan!!!
3. Baik DAP, Gerakan atau MCA sebenarnya adalah parti yang memperjuangkan kuasa cina di bumi Melayu ini. Yang disebut DAP sebagai Malaysian-Malaysia dan Gerakan sebagai parti tidak berteraskan kaum sebenarnya hanyalah sebuah Wayang Meritokrasi!!! Mana mungkin melayu yang ketinggalan dipatutkan untuk memimpin mereka yang lebih kaya dan kononnya bijaksana!? Secara tersirat sebenarnya mereka mahukan orang melayu supaya berada di telapak kaki mereka!!! - lihat Singapura.
- Ini kes diberi betis hendak peha sebenarnya.

Najib & Hisham


1. Dato' Najib, Timbalan Presiden UMNO yang akan menaiki takhta Presiden awal tahun depan. Minggu lepas beliau membuat kenyataan tentang ekuiti bumiputera. Ekuiti 30% tu seciput jika hendak dibandingkan dengan 60-70% bumiputera di Malaysia. Pandangannya bahawa 30% ekuiti bumiputera dalam DEB perlu dinilai semula. Gambarannya seolah ianya akan dikurangkan dari masa ke semasa sedikit sebanyak mengurangkan rasa hormat saya kepadanya. Marah mungkin. Sedangkan penguasaan kekayaan Melayu hanya 18-20% dalam negara "Malay"sia!!! Siapa yang terhutang siapa?

2. Dulunya Dato' Hishamuddin Hussein mencium keris sebelum PRU-12. Selepas PRU-12 dia meminta maaf kepada bukan melayu, kepada rakyat. Lemah lutut saya. Rasa marah, rasa hilang maruah. Adalah tidak perlu permohonan itu pun apatah selepas PRU yang sudah tidak ada kesan apa2 lagi!

3. Kedua-dua ini tidak sepatutnya dibuat. Tidak perlu pun disentuh. Sebab itu saya katakan pemimpin-pemimpin membuat lompong-lompongnya sendiri. Lompong yang akan masuk angin dan membuncit. Tikus akan berlari-lari di dalamnya. Harapkan siapa untuk menimbus lompong-lompong ini? Benarlah satu perbuatan yang membuang masa orang-orang lain.

4. Kita tidak perlu kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang pengecut dan satu hala. Banyak cara lagi yang tuan2 boleh buat dengan pendekatan yang bijak. Bukan tindakan bodoh!!!

Wednesday, November 19, 2008

Kasihan Dato' Abdullah










1. Kasihan Dato' Abdullah. Selepas pengumuman peralihan kuasa yang dipercepatkan kepada Dato' Najib, beliau kini seolah tiada begitu bernilai. Seorang Perdana Menteri yang dipandang sepi.
Ini tidak pernah berlaku kepada Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelumnya. Entahlah apa yang akan diingati oleh rakyat Malaysia kepada Dato' Abdullah selepas hilang kuasa beliau nanti.

2. Kasihan dia kerana dia ditakdirkan Allah SWT untuk berbakti, menjadi Perdana Menteri untuk memimpin. Sudah barang tentu niat dia adalah untuk membawa kemakmuran kepada negara dan rakyat jelata. Malangnya persepsi yang wujud selepas sepenggal lebih pemerintahannya lebih tepat disebut cemuhan dan kekecewaan rakyat. Sebab itu beliau dipandang sepi.

3. Agak baik kerana Dato' Najib adalah seorang yang berhemah dan sabar. Tidak menunjukkan tanda-tanda lapar, tamak dan tiada hormat. Beliau masih low-profile dan memberi ruang kepada Dato' Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

4. Apa yang berlaku kepada Dato' Abdullah tidak dijangkanya. Beliau mungkin terlepas pandang kepada banyak lompong-lompong yang ditinggalkannya. Beliau melihatnya simple, lompong-lompong yang ada dijangkanya akan dibawa angin waktu dan akan kembali kepada asal. Lompong-lompong ini tidak bertampung. Lompong kecil-kecil lain pula yang ditampung. Lompong-lompong asal dibiar terdedah sehingga masuk angin dan kembung.

5. Selepas ini kita akan melihat kelibat-kelibat hulubalang menteri yang menghentak Mahathir dulu. Akan berlakukah yang sama kepada Dato' Abdullah. Semasa Dato' Abdullah menjadi Perdana Menteri mereka inilah yang sepatutnya menjadi hulu-balang tetapi tidak pun berbuat sedemikian kecuali menjadi benteng kerana sebab kepentingan jawatan. Sebaliknya memberi indikator yang salah kepada Abdullah. Mereka telah tidak berperanan seperti sepatutnya, yang sepatutnya juga menampung lompong-lompong yang ada. Mereka ini dedalu. Hari ini backing Abdullah, esok kononnya mendesak, itupun kerana sudah tidak boleh bertahan akan reaksi rakyat, lusa merekalah juga yang akan mengkritik Dato' Abdullah nanti. Sedangkan sebenarnya bukan salah Abdullah seorang. Mereka juga patut berkongsi kek mundurnya Dato' Abdullah.

6. Khairy Jamaluddin adalah seorang anak-muda yang pintar. Punya potensi besar. Tetapi Khairy Jamaluddin jugalah yang menjadi trauma Dato' Abdullah sebenarnya. Mustahil Dato' Abdullah tidak tahu. Lompong asal ini tidak ditutup kemas oleh Dato' Abdullah. Khairy juga adalah pemain politik yang menghambat kedudukan dan kuasa. Dalam masa yang sama membina kekayaan melalui pengaruh dan membina pengaruh melalui kekayaan. Dato' Abdullah disandarnya. Ini telah dikutip oleh musuh-musuh tradisi UMNO. Bapak-bapak Menteri lain pula seolah membiarkan ini berlaku kerana mereka juga dapat tumpang sekaki. Apatah Khairy ini adalah menantu kepada Perdana Menteri, bos mereka. Sayang dia, sayanglah Perdana Menteri kepada mereka. Daripada berlawan arus lebih baik ikut saja, kongsi. Tumpang semasa boleh.

7. Kewujudan Khairy Jamaluddin pada gear laju ketika mertuanya menjadi Perdana Menteri itulah yang tidak kena. Dato' Abdullah sepatutnya telah merehatkan dulu menantunya. Gambaran Khairy tidak boleh menjadi Figura Utama dalam mebayangi zaman mertuanya. Kelibatnya harus datang selepas itu. Lagi pula pengaruhnya hingga ke dalam pejabat PM dan Kewangan; 2 portfolio utama Dato' Abdullah telah begitu tersebar hingga menjadi "cerita rakyat". Jumlah nilai kewangan yang disebut-sebut pula bukan ratus, ribu, juta tetapi ratusan billion. Lompong ini secara ceriteranya semakin membesar, kembung dan membelon. Meletop! pada pilihanraya ke-12 Mac 2008 lalu dibawa oleh raja-raja pembangkang. Daripada situ pula barulah yang lain berekor. Kicap ditambah lagi dengan terlepasnya Primadona Pentas dari kandang, pun berlaku pada masa Dato' Abdullah. Khairy adalah orang pertama yang menyambutnya. Entah untuk tujuan apa? Atau untuk menumpang apa? Mungkin ada strategi tertentu atau mungkin sesuatu yang paling tersalah langkah yang pernah dibuat oleh Dato' Abdullah. Mungkin juga atas satu "nasihat" strategi yang diikutinya.??? Jika itu satu strategi maka saya katakan itulah suatu risiko paling bodoh yang dibuat.

8. Dato' Najib sebenarnya tidak begitu selesa. Berbanding dengan penyerahan kuasa yang dibuat sebelum-sebelumnya oleh Presiden, beliau pula mewarisi sesuatu yang rosak tidak seperti yang elok-elok diterima oleh waris-waris sebelumnya. Apatah pula Primadona Pentas yang terlepas kandang itu pula memang menyasarkan beliau dari mula lagi. Harapannya dalam bersahaja dan tampak tenang di luar, di dalamnya diharapkan beliau mempunyai trouble-shoot yang tepat dan mempunyai strategi-strategi yang juga tepat.

9. Hari ini Dato' Abdullah semasa dalam lawatan di Uzbekistan menyatakan kesediannya untuk membantu menyelesaikan masalah Wanita UMNO. Entah di mana masalahnya, kita pun tidak tahu. Takut kerosakan katanya, ketika UMNO bergolak. Penyelesaiannya sepatutnya simple. Ikut kehendak ramai ahli kerana kuasa pemimpin sebenarnya adalah suara ahli-ramai yang di bawah. Tetapi apa pun sebagai masih Presiden beliau memberi gambaran akan membantu. Harapannya supaya tidaklah berlaku kerosakan lagi walau pada hematnya sendiri nanti adalah suatu penyelesaian.

10. Apa pun pendapat saya; Tan Sri Rafidah Aziz atas sifat dan jiwa sebagai pemimpin dapat melihat bahawa maruahnya tidak tercalar dengan pencalonan kepadanya yang sebegitu, melebihi Dato' Shahrizat. Sekiranya beliau berundur dan memberi laluan kepada Shahrizat akan membayangkan bahawa beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang matang dan tidak berkepentingan. Malahan Wanita akan terus menghormati beliau. Beliau sendiri telah memaklum bahawa beliau akan melepas jawatan, penggantinya juga disebut Shahrizat bukan orang lain. Lagi pula tidak ada apa yang nak dirugikan berbanding tempoh lama beliau menerajui tanggungjawab kepada sayap wanita dan telah banyak nikmat dan faedah yang diperolehinya dalam tempoh itu. Apa pun beliau masih lagi diperlukan tetapi tidak semestinya pada kerusi Ketua Wanita.

- Lihat apa Presiden hendak buat.

WARKAH UNTUK TUN


Ayahanda Tun,


1. Banyak yg tidak kena; current UMNO's culture, the way managing the nation, total behaviour of the voters. Repackaging InsyaAllah berlaku but no point if DS Najib cannot pull the confidence of rakyat towards a common sharing. Kita multi racial but perjuangan towards islam, melayu & daulah kita tidak boleh terlalu kabur. Kena high-lite the "contract". It says all. Menidakkan ia bererti menidakkan kewarganegaraan sendiri, termasuk orang melayu juga. Itu saja. Tebarkan dgn cara bijaksana with support data, fact, argument , win-win situation for all. Ini tidak dibuat oleh pemimpin2 sedia ada.

Pak Lah memang melakukan banyak langkah yg tersasar. Makin lama makin seperti tikus perbaik labu. Memberi ruang yang makin membesar kepada tikus di dalam labu. Meninggalkan kepada DS Najib banyak hambatan yang perlu diperbaiki secara trouble-shoot. DS Najib harus mengambil langkah-langkah yg tepat.

2. Kita tidak punya banyak masa. Tetapi agak kecewa, perubahan yg diharapkan yg sepatutnya berlaku kpd UMNO hari ini sebenarnya tidak pun berlaku. Kalau dulu sebelum PRU-12 kita mengharapkan calon-calonnya tepat. Juga tidak berlaku. Ada barah, tidak dilihat oleh seorang pun pemimpin2 UMNO. Kebanyakan pemimpin2 UMNO menuju kepada indikator yg salah. ( Apabila Tun Mahathir high-lite. Dia pulak disalahkan ). Pada saya mereka tidak sepatutnya berada di situ. Pemimpin2 yg ada tidak menjawab kpd penyelesaian masalah tetapi membuka kepada permasalah yang lain, "bola tanggung". Mereka ini yang tidak layak, mengisi jawatan-jawatan terpenting menentukan masa depan anak-anak kita. Apa yang Tun bina sekian lama dilihat hancur. Kita tidak sepatutnya berada pada tahap ini lagi pada hari ini. Sepatutnya telah menjadi pemain dunia yg lebih daripada dulu seperti yang telah dibuka jalan oleh Tun. Pada hemat saya DS Najib harus membentuk pemikiran rakyat pelbagai kaum kepada satu perkongsian emosi. Untuk itu fokusnya harus ke luar negara kepada perkara2 @ peristiwa global. Diversification ini perlu.

3. Agak memalukan kita telanjang bulat dgn mendedahkan budaya buruk UMNO menjadi buah-mulut ramai. Perhimpunan Agung UMNO tidak perlu pun dibuat siaran langsung ke semua tempat!? Dalam kain kita hendak didedah macamlah kita sahaja yang huni bumi bertuah ini. Hari ini kita kurang laku. Membuka cerita sensitif penting dalaman orang melayu kepada tatapan ramai seperti memberi peluru kepada musuh. Untuk apa perdebatan terbuka? Yang tertutup memang perlu. Kita mahukan misi & visi yang jelas bagi penawaran menjadi pemimpin-pemimpin melayu ini. Ini tidak berlaku kpd orang2 yang menawarkan diri menjadi menjadi Ketua2 Bahagian pun! Tetapi pelik mereka ini jugalah yg dipilih. Tiada visi. Tidak ada jiwa & roh. UMNO adalah parti orang melayu-islam sudah tentulah membawa perjuangan teras memartabatkan bangsanya. Ia berkepentingan sepertimana juga MCA untuk kaum cina dan MIC untuk kaum india. Begitu juga DAP & Gerakan secara tersirat untuk cina. Kenapa perlu didedah ke seantero negara? Mereka membawa kepentingan dan strategi untuk kaum mereka tetapi tidak mendedahkan apa-apa pun.

4. Pembentukan UMNO supaya menjadi bangsa definitive kepada pengwujudan Bangsa Malaysia kini tidak boleh berlaku. Melayu masih satu bangsa yang termundur secara nisbah. Tiada magnet menjadi definitive supaya kaum-kaum lain menerima nilai-nilai kita ke muka ke arah pembentukan Negara Bangsa. Tiada makna sekiranya kita ada Bangsa Malaysia tetapi budayanya bukan teras kita. Bangsa yang asal (dgn hormat).


5. Ini tidak pun seperti Barrack Hussein Obama, anak kepada perempuan kulit putih yang bapanya Afrikan. Beliau dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat bersebab; beliau tidak bersekolah aliran Tamil, Cina atau Afrika di negara Amerika. Beliau tidak pun berbahasa Tamil, Cina atau Afrika di Amerika. Beliau bersekolah dan berbudaya seperti mana juga Amerikan-amerikan yang lain. Kebangsaan yang sama. Dan beliau memenuhi tuntutan syarat utama kerana beliau adalah kristian tulen yang diterima dan dipandang sebagai agama teras universal di Amerika. Mana mungkin Cina atau India di Malaysia yang lebih fasih bahasa cina atau india dan Bahasa Malaysia hanyalah sebagai bahasa kedua atau ketiga selepas Inggeris hendak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia. Apatah lagi tidak memenuhi syarat teras kewarganegaraan secara budaya dan beragama rasmi. Budaya Melayu dan agama Islam. Jesteru itu sebenarnya di kalangan kaum bukan melayu dan bumiputera yang asalnya pendatang yang ada hari ini di Malaysia sebenarnya tidak layak pun sebut untuk menduduki kerusi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Malah Menteri pun mereka tidak layak. Apa yang mereka dapat sebenarnya adalah ehsan daripada Bangsa Melayu atas sifat toleransi yang tinggi. Itu pun tidak bersyukur. Ini sudah bersifat penderhakaan sebenarnya. Itu pun pemimpin-pemimpin yang menganggap mereka pemimpin Melayu masih menikus. Memalukan!!!

6. Tun, jawatan di dlm UMNO dibeli seperti di pasar malam. Ada tawaran ada permintaan. Yang membeli salah tetapi yang menjual lebih lagi salah. Apa nak buat, orang melayu untuk kehidupan hari ini, ramai yg susah tetapi berkeinginan besar. Jadi mudah dibeli kerana jiwa mahu senang cara tersenang. Ketua2 UMNO sahaja hari ini agak sukar untuk dikatakan tidak jutawan. Mereka yang naik ini bukan leaders ( Pemimpin ) mereka adalah political managers ( Pengurus Politik )yg tahu mengurus politik dan bagaimana untuk naik ke atas untuk kuasa. Harta. Mana mungkin potensi baru boleh bersaing dengan mereka ini yg telah diperkayakan lama dulu dan sanggup melabur. Melabur sudah tentu berpulangan. Ini perniagaan. Mesti ada untung!!!
Hormat tidak boleh dipaksa Tun, hormat datang bersama maruah. Ini tidak ada. Nilai tidak ada. Kualiti pemimpin-pemimpin UMNO kini secara keseluruhannya terhadap maruah, tidak ada.

7. UMNO perlu diperbetulkan dulu. Budayanya. Presiden perlu di”hormati secara terhormat”. Yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. Kuncinya Iman. Keseluruhannya tidak ada. Presiden perlu faham yang ditanggungnya berat, Amanah. Kerusi itu perlu diperkuatkan dulu. Maruahnya perlu datang drp bawah. Kepimpinan UMNO yang bermaruah (MKT & Ketua2) akan memperkuatkan maruah kerusi Presiden UMNO. Barulah pengerusi BN ini bermaruah dan akan dihormati komponen2 lain, punya pengaruh dan sebagai PM dia perlulah pula dilihat bijaksana, sharp thinker, creative, pointers, rational, realistic dengan cara berdepan. Eye contact perlu. Ini adalah tandaan bahawa dia milik rakyat. Rakyat harus bangga memiliki dia.

Kuncinya; Melayu harus kembali sekurang2 70% kepada UMNO sebelum menjelang PRU-13. Then arrest will follow.Hormat saya untuk Ayahanda. Terima kasih untuk segalanya.

Friday, October 31, 2008

POLITIK WANG DALAM UMNO

by Dr. Mahathir Mohamad at October 24, 2008 5:54 PM

1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

PEMILIHAN UMNO

by Dr. Mahathir Mohamad at October 17, 2008 4:50 PM

1. Seluruh Negara sedang perhatikan penamaan calon-calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Keputusan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak pertahankan kerusi Presiden parti telah menyemarakkan lagi minat terhadap siapa yang akan memimpin UMNO. Ini kerana jangkaannya ialah siapa yang dipilih jadi Presiden UMNO akan turut dilantik Perdana Menteri Malaysia. Jika pengundi UMNO gagal memilih seorang pentadbir yang baik dan jujur, negara akan sekali lagi menempuh keadaan yang tidak stabil dan kejatuhan ekonomi. Tidak seorang pun rakyat Malaysia yang inginkan keadaan ini. Di dalam keadaan terdesak mereka mungkin akan pilih parti pembangkang pada pilihanraya akan datang. Dan ini tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Malahan ianya akan menjadikannya lebih buruk daripada penyandang jawatan yang tidak cekap yang ada sekarang.

2. Bagi UMNO empat tahun akan datang ini amat penting. Sesiapa juga yang menjadi Presiden parti, jika gagal memulih parti, bermakna bahawa masanya telah tamat bagi parti yang tertua di antara parti yang memperjuangkan kemerdekaan sesebuah negara. Jika ini terjadi maka kepimpinan UMNO yang akan datang ini akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada parti politik yang pada satu masa dulu amat berkuasa dan terkenal.

3. UMNO telah menggunapakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.


4. Pada anggapan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri ini, jika mereka berjaya pengaruhi ketua-ketua bahagian dan cawangan melalui rasuah dan mengancam dengan ugutan, pegangan mereka keatas parti akan kekal. Begitulah cengkaman mereka ke atas parti hinggakan parti nampak seolah-olah memberi sokongan padu kepada mereka. Mereka boleh lakukan apa sahaja dan sokongan yang tidak belah bagi terjamin.

5. Tetapi anggapan mereka salah. Ketua-ketua bahagian dan cawangan mungkn akan tunduk kepada mereka tetapi ahli parti dan penyokong yang bukan ahli parti tetap dengan pendirian mereka. Tidak berupaya untuk bersuara atau mengkritik pemimpin, mereka mengundi pembangkang.

6. Begitulah di dalam Pilihanraya Mac 2008 Parti Barisan Nasional dan UMNO mengalami kekalahan teruk. Pimpinan parti tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan ini, malahan mendakwa yang mereka menang kerana mempunyai cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan pusat.

7. Pengundi yang jelek dengan sikap pemimpin memastikan satu lagi tamparan hebat dikenakan di dalam pilihanraya kecil yang tidak kurang penting dan UMNO dan Barisan Nasional yang begitu kuat satu masa dahulu ditundukkan, sehinggakan takut untuk mempamerkan bendera parti.

8. Akhirnya beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berani bangkit dan memutuskan cukuplah. Presiden mesti dipaksa meletak jawatan. Selepas melengahkan waktu seberapa lama yang boleh, Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan dengan itu hak tradisi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.


10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.


11. Setakat ini masih tidak jelas sama ada bahagian-bahagian UMNO akan menyokong mereka yang membangkang Abdullah ataupun penyokongnya. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.

12. Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.

13. Bagaimana penting sekalipun pencalonan oleh bahagian-bahagian bagi melayakkan seseorang calon bertanding untuk mendapat tempat di dalam Majlis Tertinggi UMNO; kata putus bukan di tangan mereka. Ini terletak di tangan perwakilan ke Mesyuarat Agong.

14. Pada tahun 1987 apabila Tengku Razaleigh Hamzah bertanding kerusi Presiden menentang saya, saya mendapat lebih ¾ pencalonan daripada bahagian-bahagian. Tetapi saya menang dengan kelebihan hanya 43-undi daripada 2,500 perwakilan bahagian yang hadir. Jelas bahawa perwakilan ke Perhimpunan Agong tidak mengundi mengikut keputusan bahagian.

15. Ini harus mengingatkan yang bertanding jawatan supaya tidak terlalu yakin yang mereka akan menang hanya kerana mendapat jumlah pencalonan yang tertinggi dari bahagian-bahagian. Banyak perkara yang mungkin berlaku pada masa Perhimpunan Agong diadakan di Kuala Lumpur. Saya tidak terkejut jika banyak wang akan bertukar tangan, dan banyak juga keputusan yang beralih.

16. Pada pemilihan 1987, undian diberhentikan seketika pada waktu sembahyang Jumaat. Dipercayai ramai perwakilan dihampiri pada waktu rehat ini dan dipengaruhi menerusi pelbagai cara untuk ketepikan keputusan bahagian mereka dan mengundi calon lain.

17. Untuk elak kejadian ini tidak harus ada apa-apa masa rehat semasa proses mengundi. Jika boleh janganlah diadakan pada hari Jumaat. Bagaimanapun amat penting bagi pengundian di adakan pada hari pertama perhimpunan.

18. Seperti yang saya katakan, negara sedang perhatikan pemilihan UMNO dengan penuh debaran. Jika bahagian-bahagian dan perwakilan UMNO utamakan ketamakan diri mereka dalam membuat keputusan maka ini akan menjadi kali terakhir mereka menjadi "king-maker" di Malaysia.

19. Saya teringat akan ketamakan seorang Melayu kampung yang kerjanya mengutip buah keranji dari hutan untuk dijual kepada orang Thai. Kerjanya agak berat kerana pokok tinggi dan terdapat banyak semut.

20. Kerana tidak sabar dengan masalah yang dihadapi, pengutip keranji ini menebang pokok tersebut. Dan itu merupakan kali terakhir dia membuat duit dari mengutip keranji.

21. Mungkin yang belajar aliran Inggeris lebih setuju dengan cerita angsa yang mentaskan telur emas.

22. Apapun, pengajarannya tetap sama. Jual undi anda hari ini maka berakhirlah politik UMNO bagi anda.

Thursday, October 30, 2008

Komen Bulan April 2008;

April 2008; komen sikit...
ISU DATO’ MUKRIZ SEDIA BERTANDING KETUA PEMUDA

Mukriz Mahathir adalah ahli UMNO. Sebagai ahli yang fikir dia layak, berkemampuan, mempunyai perancangan memimpin maka sebenarnya tidak ada apa-apa isu pun yang perlu dibincangkan. Ia perlu dihormati kerana mengambil risiko untuk satu tanggungjawab yang besar dan berat.
Begitu juga Mohamad Khir atau Khairy Jamaluddin jika nak bertanding, bertanding saja. Ahli, sama saja. Jangan prejudis. Atau sesiapa pun lagi yang mahu bertanding. Bertanding saja. Tapi ukurlah baju di badan;
Persoalannya; ”Jika tuan mahu mengisi perjawatan ketua ini apakah faedahnya yang dapat tuan beri dari segi Misi dan Visi bangsa tuan? Matlamat tuan yang sebenarnya apa? Dapatkah tuan mengangkat martabat melayu keseluruhannya ke hadapan? Apakah perancangan tuan? Apakah pengisian tuan boleh mencapai sasaran tuan atau tong kosong? Tuan meletakkan agama Islam, bangsa melayu dan kecintaan kepada tanah kita pijak ini di hadapan atau selepas kepentingan lain? Cabarannya besar, tuan mampu ke?

Ini lah yang perlu dijawab oleh calon-calon yang sepatutnya menjiwai ukuran baju di badan sendiri untuk islam, melayu dan tanah tumpah darahnya. Bukan terikat kepada jawatan ketua sahaja. Apa-apa jawatan sekalipun. Bukannya dengan cara membeli dan menjual seperti di pasar. Jika berlaku tawaran beli dan ahli-ahli menjual dengan ”harga” maka jangan disalahkan mereka yang naik jadi pemimpin cara sebegitu tetapi salahkanlah juga diri sendiri yang menjual.

Bagaimana ahli-ahli nak menterjemahnya, terpulanglah.

Komen aku April 2008; Ahli UMNO Perlu Berani Luah Kepincangan

April 2008; komen sikit...
ISU AHLI UMNO PERLU BERANI LUAH KEPINCANGAN

Ahli UMNO perlu berani kerana benar dan berfakta. Bukan membuta tuli. Jika benar sekalipun, perlulah dengan tindakan yang bernas bukan menghancurkan.

Sehingga kini, pilihanraya telahpun berlalu. Faktor bahaya ke arah pembentukan kerajaan bukan BN bukan lagi isu. Yang ada adalah rasionaliti dan pembentukan reaksi ke arah pembetulan dan pengukuhan menjelang musim-musim mendatang. Ini isu pengukuhan UMNO. Jika dilihat pincang, bersuaralah mengikut salurannya. Suara sahaja tidak cukup. Ia perlu disusuli dengan tindakan tepat mengatasi kepincangan. Jika didiamkan ia akan membarah.

Barah lebih bahaya, apatah menghala ke PRU-13 nanti. Keputusan PRU-12 adalah satu fakta dan data yang perlu diteliti dan dikaji dan diambil tindakan segera. Sebenarnya ia barah. Sebab itu tidak dapat dilihat sebelum pilihanraya. Barah akan makin membesar dari masa ke semasa.

Mahathir bukan barah. Mahathir adalah orang ( ahli UMNO ) yang mengenalpasti dan memberitahu bahawa ada barah dan perlu diubati. Beliau ahli UMNO yang diibaratkan sebagai seorang bekas doktor pakar ( ini kerana 22 tahun kemampuan pengekalan kuasanya bukan satu tempoh yang singkat ) yang cuba memberitahu doktor-doktor lain bahawa ada barah. Siapa rasa dia doktor?; doktor-doktor yang mampu untuk mengubati barah, yang rasa layak, rasa mampu harus tampil ke hadapan untuk mengubatinya. Ini tanggungjawab.

Namun harus diingat, mengubati barah mempunyai risiko yang juga besar, namun ia perlu diubati dengan langkah yang betul, oleh pakar. Itu sahaja.

Komen Bulan April 2008; Desakan Tun Mahathir agar PM Berundur

April 2008; komen sikit..
ISU DESAKAN TUN MAHATHIR AGAR YAB PM BERUNDUR
Perdana Menteri adalah kerusi perjawatan. Abdullah Ahmad Badawi adalah individu. Abdullah Ahmad Badawi adalah ahli UMNO sama seperti jutaan ahli yang lain, sama seperti Mahathir Mohamad, juga ahli UMNO.

Kini Abdullah adalah Datuk Seri. Beliau kini adalah Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional. Pengerusi Barisan Nasional adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri selepas PRU-12. Sebelumnya selepas era PRU-11, beliau jugalah Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Perdana Menteri yang kukuh. Perbandingan dua PRU dan keputusannya; PRU-11 menang dengan mandat besar. PRU-12 menang dengan susutan yang tidak dijangka. Kini beliau adalah Perdana Menteri yang kurang kukuh. Sebagai ketua eksekutif pentadbiran yang berkuasa dan mempengaruhi, ini adalah satu tanggungjawab. Yang ditekankan oleh Tun Mahathir sebenarnya adalah pertanggungjawaban dan kemampuan pengurusan tepat pada penyandang kerusi penting ini. Bukannya Datuk Seri Abdullah sebagai individu. Ini sebenarnya adalah suara ke arah pengukuhan Presiden UMNO yang tepat, Pengerusi BN yang tepat dan Perdana Menteri yang tepat. Datuk Seri Abdullah juga berpeluang menjadi Perdana Menteri yang tepat ini, itu rasionalnya. Untuk itu beliau sendirilah yang perlu bertindak dengan tepat. Kelebihan ada padanya kerana kuasa ada padanya hari ini. Salah tindakan, bukan orang lain yang salah tetapi Abdullah sebagai individu yang juga ahli UMNO yang tersalah. Peluang ada di tangannya untuk menjadi Presiden UMNO yang lebih kukuh dari semalam. Kukuh secara terhormat tidak sama dengan yang dipaksakan kerana ada barah dibawahnya. Begitu juga sebagai ahli UMNO yang lain yang berfikir layak dan mampu untuk pengisian Presiden, peluang juga ada, jangan ditahan. Sebenarnya yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah suara reaksi ke arah pembentukan presiden UMNO yang dihormati, yang akan mengukuhkan Barisan Nasional yang akan berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk memudahkan segala perancangan dan perlaksanaan dapat dipacu dengan bermandat, yakin dan selamat ke hadapan.


IDOLA KU NAIK SHAIKH











Letih dan penat dulu. 1999 dan sebelumnya.
Ketika Anwar di dalam UMNO lagi, pelik memikirkan di mana keistimewaan tulen makhluk ini! Bila berbicara, berpentas dia merasa itulah dunia yang dia cipta. Dia translatekan pada audien. Dikutip bahasa dan frasa. Dikutip nama-nama sarjana yang disandar kepadanya "Shaikh sana-Shaikh sini" semua dia kenal, yang ketika itu belum menjadi tren. Berbunga-bunga nan indah. Takjub. Manusia bertepuk sorak. Terhibur. Inilah pemimpin masa depan! Walhal isinya hampas!

Tren pengucapan Anwar dilihat idealis. Hakikatnya hanya hiburan, menonjol, maka ramai yang jatuh cinta kepada Anwar.Dia sebenarnya artis, orang seni dalam dunia dia. Boleh jadi Shaikh, boleh jadi Sivaji, boleh jadi Robin Hood, boleh jadi Mandela. Bukan setakat perempuan yang sukakan rupa paras dia yang cantik manis, lelaki juga terpesona. Ramai. Azizah masa tu tak tahu apa-apa. Doktor dia pun entah ke mana. Dok rumah, tukang angguk. Adik beradik kata, dok kena makan penampar je. Ada kes mahkamah shariah pun. Ada kuasa boleh tarik punya. Anwar punya kerja. Dulu pun ada kes rogol budak perempuan di Bangunan Bahagian Anwar semasa dia dalam UMNO, ada kuasa. Dia jugak yang tarik dan hilangkan kes tu.

Anwar menjadi idola. Gayanya ditiru, dikutip ke atas pentas. Maka ramailah selepasnya yang berikonkan dia membawa gaya pengucapan yang sama. Tren baru, sengau, bersahaja, naik-turun bersulam tegas dalam jenaka, semangat. Ini tiket untuk menjadi pemimpin. Mudah. Pandai berucap!!! Anwar Ibrahim hebat!!!..? Ezam terpesona, Azmin terpesona ( bini dia pun sama, terpesona), kiri-kanan. Depan belakang, ramai lagi. Chandra Muzaffar juga. Dr Munawar pun, Sukma pun. Tu kira orang cerdik tu. Korporat pun ramai. Hari ni dah jadi ustaz-ustaz. Dalam UMNO dulu pun ramai, bijik mata Mahathir di dalam surat khabar ditojoh, di buat lanun. Ada siung pulak lagi. Dalam UMNO yang takut hilang jawatan dunia ramai juga masa tu, tiket kesenangan macam Anwar ajar. Ramai. Zahid pun biasa bela dia, bahasa nepotisme, bahasa kronisme. 1997-98. Ini semua "isme-isme" Anwar Ibrahim (bahasa yang sama di Indonesia). Tapi apa jadi pada Zahid dalam mesyuarat tindakan MKT ketika tu? Ada Anwar bela dia?

Manusia kata kenal dia. Ramai kata kenal. Tidak mungkin seorang manusia sesuci Anwar Ibrahim buat silap, buat dosa. Dia ikon. Dia pejuang islam! Berbicara di atas pentas masjid! Ada kewalian. Maksum. Itu kata ramai, orang yang rasa kenal tapi hakikatnya tak kenal pun, tengok jauh-jauh saja, luar-luar saja. Tapi rakan-rakan se MCKKnya dulu kata lain. Yang kenal dia. Keling yang 30 tahun rapit dengan dia dulu juga sewaktu zaman bahagia dulu kata lain, hari ini atas "kepentingan negara?, sayangkan negara" pun kata lain. Pun penipu. Dulu menipu hari ni insaf lah kot. Nalla, penipu yang kembali sedar, atau baru nak mengaku sedar. Menyusahkan orang. Macam Ezam. Macam Chandra juga. Ada lagi. Banyak. Luqman pun. Dr Rahim Ghouse mana? Senyap-sunyi. Insaf kot. Nalla Karuppan kata," Dulu duit Magnum tu lah Anwar Ibrahim dok pakai. Hari ni dia kata berjudi haram, Magnum haram. "Muka Anwar Ibrahim pagi lain, petang lain, malam lain. Tipu punya orang, tadak prinsip la ini orang. Apa yang Mahathir kata pada Anwar tentang Anwar, semuanya betul. Anwar bukan penganut agama islam yang baik, bulan puasa pun dia buat banyak benda-benda tarak betul, saya tau la. Kaki perempuan, tiap-tiap hari mau lain perempuan. 30 tahun saya kawan baik sama dia. Ingat ka dia mau ubah. Tarak berubah la ini orang". "Sivaji" ini mau kasi rosak negara ". Nalla yang kata. Bukan saya. Kawan baik dia yang kata. Berkawan 30 tahun. Tokeh Magnum.

"Mohamad Sabu yang segar bugar" kononnya bertiket islam, hari ni senyap-sunyi. Menuli. 90-an dulu dialah yang kata atas pentas Parti Islam seMalaysia pulak tu, "Anwar Al-Juburi". Bukan saya kata, dia yang kata. Disambutlah segala "pengaku ulama", para-para ustaz dan pengaku anbia' ini, diusung cerita ke segala ceruk pentas. Bertepuk soraklah para pengikut. Terhibur dengan cara macam persembahan ustaz-ustaz hebat ini. Betul!!!, Anwar Al-Juburi!!! Allahuakbar!!! Takbir!!!Hari ni duduk sekali. Kita nak panggil apa? Mana boleh panggil munafik pada ustaz-ustaz, pengaku ulama. Dosa. Dia orang ni boleh la panggil orang lain munafik sebab taraf dia tinggi setinggi tuhan. Ada seorang bekas Imam yang lebih tahu. Pengakuan orang yang kena sumbat dengan Anwar sendiri kepada dia. Pun diam. Subahat la tu.

Sewaktu menjawat Menteri Pelajaran, yang terhebat Anwar buat adalah menjadikan dirinya Menteri kepada Kementerian Pendidikan. Tukar nama, jadilah dia Menteri Pendidikan pertama di Malaysia. Hebat! Sebelumnya selaku Menteri Pertanian, dihambatnya segala para-para tikus di bendang. Perang!!!Menjadi Menteri Kewangan, Apa tu "Management By Out"?, dia tanya. Tapi orang putih iktiraf dia The best Finance Minister!!!, Menteri Kewangan yang terbaik dalam dunia lah kot. Sebab tu gamaknya dia bawak masuk pakej mula IMF 50 million dulu. Masa krisis ekonomi 90-an dulu.Abdullah masa tu dok sembunyi belakang pokok getah saja, gara-gara Pak Shaikh ni. Kena timbus. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim boleh suruh dia jadi tukang angkat kasut saja. Kena gelak dengan geng Anwar Ibrahim pemimpin hebat yang banyak duit. Seantero UMNO kena beli dengan duit. Berebut. Ada jawatan ada duit. Kena pegang terus jawatan, beli undi, bertambahlah duit. Pandai Anwar Ibrahim ajar. Raja Duit. Yang lingkup? UMNO. Tak apa janji ada duit! Anwar Ibrahim hebat! Jom join Anwar! Pemimpin masa depan.Yang Perdana Menteri pula ketika tu kata kita tidak akan tunduk dengan desakan IMF dan Bank Dunia. Anwar kritik Mahathir ke segala pelusuk rantau. Kaki-kaki dia ramai. Kaya-kaya pulak tu. Macam-macam dia kata pada Mahathir, Bodo! Akulah yang pandai. Dipolisikan; pinjaman-pinjaman bank disekat. Bank-bank kena kutip balik hutang-hutang. BLR naik. Perniagaan tidak boleh kembang. Lingkup. Hutang kena bayar. Melambung pulak tu. Kesan dia, orang pun tak boleh bayar hutang, bank pun tak boleh kutip apa-apa. Ekonomi merudum. Negara di ambang kelingkupan. Hebat Anwar Ibrahim.
Sanusi biasa kata, "Bukan susah jadi menteri ni."
Akhirnya Perdana Menterilah juga yang kena ambil alih portfolio Kementerian Kewangan ni. Daim dipanggil semula walaupun dah "Tun". Datanglah balik orang tua tu pasal nak selamatkan negara. Ha! naik perbaik yang rosak tu lah yang susah. Tapi dia boleh buat. Hari ni Pak Shaikh ni ada re-carnation. Dia lah yang biasa jadi menteri itu dan ini, bagitau semua orang. Pengalaman luas! Tahu menguruskan negara. Dia lah yang layak jadi Perdana Menteri. Yang dia tak bagi tahu berapa banyak duit Foundation of the Future, anak perempuan Dick Cheney dah rasuah dia, USD beb. Good fren to Wolfowitz lagi. Nak ditambah lagi. Mohamad Sabu dan seangkatan dia pun tepuk sama. Sebab tu menikus. Pengaku-pengaku ulama pun tepuk sama sebab Anwar Ibrahim boleh turunkan harga minyak dunia sebanyak 30 sen sambil pakai Ray-Ben je. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Orang yang iktiraf dia Menteri Kewangan terbaik dunia dulu hari jugaklah yang provok mengatakan dia bakal Perdana Menteri Malaysia, tak gitu Pak Habib?
Ezam sekongkolan Anwar hari tu jugak lah yang hari ni bagi komen khuatir dan mesti ada muslihat bahawa akhbar Yahudi mencanangkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Walhal kita dah bagi tahu daripada dulu lagi dah. Sewaktu Anwar dalam UMNO lagi! Sewaktu dia memporak-porandakan UMNO lagi dulu dengan budaya duit dia! Yang kau bengong ikut dia dulu sebab apa. Menyusahkan orang. Menyusahkan negara. Hari ni nak tunjuk pandai. Sebenarnya tunjuk kebodohan diri sendiri. Macam mana nak jadi pemimpin?Tu la yang penat tu. Waktu UMNO busuk, di rosakkan oleh "Pak Shaikh" ni. Pakat semua diam, sembunyi, takut. Bela dia lagi ada la. Macam-macam orang kata pada UMNO. Menikus.Hadirlah orang-orang yang sedar ke depan. Tak perlu jawatan pun. Masa tu dikira orang jahat la. Tidak ada kepentingan kecuali kepentingan melayu, islam. Berani berkata benar! Bila dah cantik dah wangi, semua yang berduit pakat-pakat tampil beli jawatan UMNO. Berebut-rebut balik. Yang dulu penyokong "die-hard" Anwar pun tampil semula. Nak hidup. Berduit. Beli saja jawatan.
Ingat pasar malam!!!?
Pegang jawatan-jawatan besar dengan kereta-kereta yang besar. Agenda pengukuhan sebenar diabaikan. Mendongak langit melupa tanah, pengukuhan politik diri yang diutamakan, membina kesenangan. Orang lihat, rakyat lihat. Diri lupa sebab kasta tinggi. Tak perlu peduli pun apa orang kata. Bila rosak, busuk pakat-pakat menuding jari pada lain. Lupa muhasabah diri.
"Sedih. Penat melihat UMNO diruntuhkan oleh politikus-politikus ni".
from alfahizal 23 April 2008