Pemolo

Tuesday, June 5, 2012

PAS AJAR APA? Cara berpakat dengan HARBI?

mayangperapu.my
written on Jun 3, 2012

Hadith riwayat Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a; Rasulullah SAW yang benar lagi dibenarkan Allah telah bersabda, maksudnya; "Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan syurga cuma sehasta, tetapi oleh kerana kerana dia telah ditentukan sebelum itu (dalam Luh Mahfuz) sebagai ahli neraka, maka dia pun beralih mengerjakan amalan ahli neraka, ketika itu dia mati, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka cuma sehasta, tetapi oleh kerana telah pun ditentukan sebelum itu (dalam Luh Mahfuz) dia sebagai ahli syurga, maka lalu dia beralih mengerjakan amalan ahli syurga, ketika itu dia mati, maka masuklah dia ke dalam syurga." (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW walaupun ditanya Malaikat untuk bertindak ke atas masyarakat Ta'if ketika dilontar batu dan dicerca sewaktu baginda SAW berdakwah kepada mereka tetapi baginda SAW mendoakan kebaikan kepada mereka. 



1. Mayang teringat, di dalam satu majlis di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009, Dato' Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) telah menyeru para hadirin beramai-ramai mendoakan kehancuran dan bala kepada PM DS Najib dan DS Dr Zahid Hamidi. 

2. Begitu pula Dato Sri Hj Hadi (Presiden Pas) pernah mengeluarkan fatwa di dalam Harakah 5 Julai 1999 yang mengutuk dan medoakan kejahatan ke atas orang-orang UMNO malah pernah pada 7 April 1983 di Banggol Peradong mengeluarkan fatwa yang diedar besar-besaran bagi mendakwa UMNO kafir. 
Malah pula semasa PRU-12 fatwa juga dikeluarkan bahawa boleh mengumpat dan mencerca UMNO. Ini dihujah oleh Pas sebagai Allah juga mencarut dan menghina dengan berlapikkan ayat-ayat al-Quran khususnya yang berkaitan al-Lahab (perlu diperjelas bahawa Abu Lahab adalah kafir harbi).

3. Dr Badrul Amin yang selalu disebut ulama PKR yang mengeluarkan begitu banyak cd-cd zikir munajat juga pernah menggelar Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai "Bapak Syaitan".

4. Presiden Pas juga pernah menggelar ulama yang tidak sealiran dengan Pas sebagai "Syaitan Bisu" dan Dr Mahathir juga pernah diserang dengan maksud persepsi sebagai Kafir.

5. Mayang jelas tak mungkin merasakan bahawa untuk kita menegakkan Islam, kita menggunakan kaedah perbuatan Dosa sebagai amalan. Tak mungkin kita mengatakan Allah itu mencarut sebagai baik dan tak mungkin Syaitan itu dijadikan kawan walaupun berlapikkan perkataan Ikhlas seperti kata Dato' Nik Aziz pada Januari 1999.

6. Allah SWT telah berfirman pada ayat 38 surah al-Nisa',"Barang siapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka SYAITAN ITU ADALAH TEMAN SEBURUK-BURUKNYA". Begitu pula al-Baqarah (168);"Janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu".

7. Dalam hal ini juga Dato' Nik Aziz pernah ibaratkan DAP itu sebagai Syaitan tetapi dalam masa yang sama PAS boleh berkawan rapat dengan DAP ini dalam satu ikatan ukhwah. Tak mungkin sebab itu langkah-langkah DAP ini diikuti oleh PAS walaupun jelas dan tegas HARBI ini menentang Islam  sejak dulu hinggalah baru-baru ini. DAP ini juga yang dengan sengaja mempertikaikan laungan Azan dan pernah menjuarai dan membiaya perlindungan kepada umat Islam yang dimurtadkan. 
Firman Allah, surah al-An'aam (121) maksudnya;"...dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik."

8. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi (pengikutnya) itu musuh, iaitu dari kalangan syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain akan perkataan-perkataan (janji-janji) yang indah-indah untuk menipu (umat Islam). - surah Al-An'am (6:112).
Ini dapat dilihat dalam pelabagai manifesto yang menjadi halwa lama dulu yang tidak pun mereka tunai. Kini buku jingga ( jingga warna propaganda komunis pula mereka perkenalkan. Sudah tentu tiada matlamat negara Islam di dalamnya).

9. Ambiga telah dengan jelas mengaku menerima dana dari 2 sumber Yahudi bagi membiayai BERSIH dan agenda-agendanya yang lain. Dia orang yang sama memperalatkan perundangan bagi menegakkan aktiviti murtad, malah mengangkat LGBT, pluralisma agama dan sepakat supaya agama Islam disama-tarafkan dengan agama-agama lain di negara ini. Di belakangnya adalah jelas ada DAP dan rakan-rakan kristian (nasrani) di dalam PKR dan Majlis Peguam. Maka Mayang tidak boleh menerima walau sebarang alasan pun untuk umat Islam yang mengaku diri Islam bersahabat malah menuruti ponggong orang seperti ini yang memainkan agenda jahat musuh Islam nombor wahid! bagi memporak-perandakan kesatuan Islam.

"Selama-lamanya orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha (senang hati) kepada kamu (umat Islam) hinggalah kamu mengikuti agama (cara hidup) mereka." al-Baqarah: 120).

10. Dalam hal ini mungkin tepatlah tindakan Dr Hasan Ali yang setelah dipecat dengan tidak adil, telah bertegas yang dia tidak mahu kembali kepada Pas ketika ini bertitik tolak daripada kes arak dan seterusnya perkara murtad umat Islam di Selangor tempoh hari, bilamana pula Pas menyetujui segala tindakan DAP dan PKR atas kesetiakawanan malah sanggup membela pula. Barangkali lupa kepada firman Allah ( al-Mumtahanah (60:1) yang bermaksud "Wahai orang yang berIMAN, janganlah kamu mengambil musuh-musuh Ku dan musuh mu menjadi teman-teman yang setia..."

11. Sedangkan yang WAJIB bagi umat Islam seperti yang Rasulullah SAW jihad dan syiarkan adalah kesatuan tali persaudaraan umat Islam. Ini pula diketepikan oleh sekelompok yang mengaku Umat Rasulullah SAW dengan sejuta alasan dan syarat!


* Jadi bagaimana manusia itu menetapkan syurga atau neraka sesama manusia dan kafir atau tidak sesama islam? Kecualilah, diri itu menganggap diri itu sehebat Tuhan! Azzazil pernah menjadi makhluk terhebat yang darjatnya tinggi di kalangan para malaikat. Perlu diingat dia terpelanting dari syurga kerana sifat ujub, riak, sombong dan takbur dalam dirinya yang dia kata dia betul walaupun Allah SWT kata tidak!... dan dia tetap kata dia betul walaupun dia menderhakai perintah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment